Apakah anak Rosmah pun ‘menabung dari kecil’?

KUALA LUMPUR 3 JAN: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin terus mempersoalkan dari mana anak Datin Seri Rosmah Mansor memperolehi kekayaan luar biasa.

rosmah_anak_110juta_470_275_100Menurutnya,  Suruhanjaya Pencagahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat sumber kekayaan Riza Shahriz Abdul Aziz, hingga mampu memiliki kondominium mewah berharga RM110 juta di New York.

“SPRM perlu bertindak kerana isu ini berkaitan keluarga seorang Perdana Menteri, orang yang bertanggungjawab mengurus kekayaan negara,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, banyak laporan dibuat kepada SPRM berhubung kekayaan melampau Rosmah, namun tidak diambil tindakan, termasuk isu pembelian cincin berharga RM24 juta.
“Bermula dengan isu cincin, dan sebelum ini kecoh di Parlimen mengenai isteri perdana menteri menggunakan jet ke Qatar, tetapi tiada tindakan yang diambil SPRM.

“Sekarang anaknya pula berbelanja secara melampau sama macam emaknya (Rosmah). Saya tak tahulah kalau anaknya juga menabung sama macam emaknya,” ujar Shamsul yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil.
Sebelum ini, portal Sarawak Report mendedahkan Riza Shahriz  membeli satu unit kondo berharga RM110 juta (USD33.5 juta) di New York, pada 19 November lalu.

Riza merupakan anak sulung kepada Rosmah daripada perkahwinan pertama dan anak tiri kepada Datuk Seri Najib Razak.

Justeru kata Shamsul, KEADILAN mendesak SPRM melakukan tindakan lebih serius dengan menyiasat sumber kewangan Riza Shahriz dan sama ada berlaku salahgunakuasa membabitkan Rosmah Mansor.

“Saya cabar SPRM untuk bertindak, sekurang-kurangnya melakukan tindakan awal dengan mengambil keterangan daripada Riza Shah,” katanya.

KeadilanDaily
Previous
Next Post »

Komenlah dan berhujahlah dengan baik... EmoticonEmoticon

Senarai Blog...Geng

Iklan Penaja

Blog Pilihan

iklan penaja.

dana-100-all

Senarai Blog @ Bisnes