Iklan Penaja 1

Picture

Jumaat, Januari 31, 2014

Mohon baca : Serampang Kajang, selangkah Ke Putrajaya

 
Saya sedar bahawa keputusan mengosongkan kerusi DUN Kajang perlu dijelaskan sebaiknya kepada rakyat. Saya juga ingat pesan Datuk S Ambiga kepada saya supaya berterus terang dengan rakyat.

Mohon maaf

Maka sebaiknya saya perlu memohon maaf kepada rakyat Malaysia amnya dan pengundi Kajang khususnya atas perkara ini. Pilihanraya Kecil (PRK) ini sudah tentu akan membazirkan wang dan masa rakyat tatkala kita bersusah payah dengan kemelut harga barang naik.

Tidak ada alasan yang baik apabila wang rakyat dibazirkan kecualilah dengan memohon maaf. Parti saya juga perlu bersedia dan pasrah sekiranya pengundi Kajang mengambil pendirian menghukum kami.

Sebagai salah seorang yang paling kuat menyokong serampang politik ini, sejujurnya saya memikul tanggungjawab yang paling besar di atas keputusan tersebut.

Dinamik dalaman Umno, permainan perkauman dan agama

Namun, atas kejujuran kepada diri sendiri dan rakyatlah kita harus mengakui bahawa ada beberapa masalah dan cabaran di Selangor yang memerlukan campur tangan segera.

Pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim yang cemerlang selama enam tahun yang lepas memang membuatkan rakyat senang dengan beliau. Pun begitu, masih banyak ruang yang boleh dibaiki terutamanya mengambil kira dinamik dalaman Umno yang sedang berlaku.

Gerakan dalam Umno untuk memecat Datuk Seri Najib Razak sudah bermula. Sebagai pengarah strategi parti, saya tidak menolak kemungkinan Datuk Seri Najib dipecat dan kepimpinan Umno jatuh ke tangan puak ultra yang berkiblatkan Tun Mahathir Mohamad.

Permainan jahat melalui serangan bertalu-talu yang berkisar kepada isu agama dan perkauman untuk mengambil alih Selangor akan bermula sebaik sahaja Datuk Seri Najib yang lemah itu dipecat oleh Umno. Setakat ini pun, jelas bahawa tangan-tangan Umno menjadi dalang kepada pelbagai kontroversi agama dan perkauman di Selangor sejak beberapa bulan lepas.

Sekiranya Datuk Seri Najib tumbang, wajarlah kita bersedia untuk berdepan dengan manipulasi perkauman dan agama secara besar-besaran untuk mewujudkan kebencian dan rasa tidak percaya kepada kerajaan Selangor.

Negeri contoh model ke Putrajaya

Pada masa yang sama, walaupun pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim telah menjadi contoh dari segi amanahnya dan berjimatnya dalam menggunakan wang rakyat, kita juga perlu menerima hakikat bahawa ada perkara-perkara yang boleh ditambahbaik.

Kita perlukan penyelesaian radikal untuk menangani masalah trafik yang meruncing; lebih banyak rumah mampu milik perlu dibina segera. Perancangan depan yang lebih menyeluruh diperlukan untuk memastikan kelangsungan khidmat bekalan air yang lebih baik di Selangor. Kita perlu lebih tegas mempertahankan hak kumpulan minoriti yang menjadi sasaran permainan politik Umno.

Sebagai ahli parlimen, saya yakin kita boleh tawarkan khidmat yang lebih baik kepada rakyat terutamanya bersabit kebersihan dan persekitaran hidup rakyat. Kita mempunyai potensi menjadi negeri contoh yang mempunyai jalan raya yang terbaik di seluruh negara.

Maknanya, Selangor perlu tawarkan khidmat yang dua kali ganda lebih baik dari sekarang jika kita mahu menjadikannya negeri contoh dan model ke Putrajaya. Sepertimana Istanbul adalah loncatan Erdogan dan Jakarta bakal menjadi loncatan Jokowi, Selangor boleh menjadi loncatan Pakatan untuk mengambilalih Putrajaya.

Menguatkan kubu Pakatan di Selangor

Tugas membela rakyat dan melangkah ke Putrajaya belum selesai dan kini kita berdepan dengan satu lagi siri serangan adu domba dan permainan kotor Umno untuk merampas Selangor.

Justeru, walaupun tindakan membazirkan wang rakyat dengan memaksa satu PRK menimbulkan kemarahan rakyat, duduk menunggu serangan Umno tanpa berbuat apa-apa adalah satu pengabaian amanah rakyat yang dosanya lebih besar.

PKR dan Pakatan perlu menguatkan kubu kita di Selangor supaya kita boleh mempercepatkan pelaksanaan reformasi pro-rakyat dan pada masa yang sama mematahkan serangan politik dan adu domba Umno. Kita perlukan seberapa ramai pimpinan utama Pakatan di sekitar Selangor untuk mempertahankan negeri mahkota ini.

Atas dasar itulah keputusan untuk mencalonkan Datuk Seri Anwar bertanding di kerusi Kajang dibuat bertujuan mewujudkan satu pilihan politik yang boleh dilaksanakan segera sekiranya ada keperluan.

Adakah ini bermakna kerajaan Selangor akan mendapat menteri besar baru? Mungkin ya, mungkin tidak. Persoalan itu tidak timbul sekarang. Tetapi jika keperluan itu timbul, Pakatan mempunyai pilihan segera untuk menggunakan keseluruhan tenaga pimpinan kita untuk melawan Umno.

Yang penting adalah mewujudkan pilihan itu terlebih dahulu. Adanya pilihan bermakna kita ada ruang untuk mengambil langkah politik yang menyekat permainan politik Umno, terutamanya yang bersabit isu perkauman dan agama.

Elakkan pengalaman Kedah

Saya tahu bahawa penerangan ini tidak akan berjaya memadamkan kemarahan rakyat pada ketika ini. Saya hanya memohon supaya kami diberikan masa untuk menerangkan rasional dan ruang untuk melakukan yang perlu demi kepentingan Pakatan di Selangor.

Saya juga perlu memohon maaf bagi pihak parti saya kerana perbezaan pendapat di kalangan kami sering merunsingkan rakyat. Kami sedang berusaha sebaiknya untuk menyelesaikan perbezaan itu kerana melengahkan penyelesaian perbezaan dalaman akan mengheret kita mengulangi perkara sama di Kedah yang berakhir dengan kekalahan. Kami faham bahawa sebarang perbezaan dalaman perlulah diselesaikan segera kerana parti perlu utuh menghadapi Umno.

Serampang Kajang selangkah ke Putrajaya

Pemimpin yang baik tidak selalunya popular. Saya sayu melihat bagaimana nama baik Datuk Seri Anwar Ibrahim terheret di dalam perkiraan ini dan menjadi sasaran kemarahan rakyat. Namun, kesanggupan beliau mengambil amanah ini walaupun pahit terus meyakinkan saya akan nilai pengorbanan beliau sebagai seorang pemimpin.

Sejak beberapa hari yang lalu, saya meyakinkan diri saya bahawa Winston Churchill (Perdana Menteri Britain) juga terpaksa mengharungi kemarahan rakyat Britain apabila terus menggesa bermusuh dengan Nazi pada ketika sentimen popular adalah untuk berbaik dengan Nazi. Di kemuncak kuasa Nazi, Churchill berdiri keseorangan menentang Nazi pada ketika keseluruhan Eropah tunduk kepada Nazi.

Keyakinan untuk terus mempertahankan tindakan yang betul, walaupun dikritik hebat dan berdepan kemarahan umum, adalah ciri-ciri seorang pemimpin yang jujur.

Saya mengucapkan terima kasih kepada pimpinan utama Pakatan yang memahami keputusan ini. Saya berterima kasih kepada rakan saya dalam kepimpinan pelapis Pakatan yang terus memberi sokongan moral dan politik untuk melaksanakan tindakan ini.

Saya harap satu hari kelak apabila kita di Putrajaya, kita boleh mengingati hari-hari sukar ini yang saya anggap “Serampang Kajang” sebagai loncatan terbaik melangkah ke Putrajaya.

Saya mungkin budak mentah dan ditertawakan atas kurangnya pengalaman bersilat politik, tetapi sekurang-kurangnya saya berlaku jujur dengan menerangkan perkara sebenarnya kepada rakyat.

Sama-sama kita melihat ke hadapan ke arah Putrajaya dengan semakin ukuhnya Pakatan Rakyat selepas PRK Kajang ini.

RAFIZI RAMLI adalah pengarah strategi PKR

Khamis, Januari 30, 2014

Perutusan Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Tahun Baru Cina 2014

DSAI_rumah2

Kesungguhan dan ketekunan untuk mencapai cita-cita sudah menjadi lumrah kehidupan masyarakat Cina yang seharusnya dicontohi oleh seluruh masyarakat Malaysia. Ini penting, terutama sekali dalam perjuangan dan usaha kita untuk membawa perubahan ke arah kebaikan dalam kehidupan, masyarakat dan negara.

Di sebalik pelbagai kemelut yang melanda negara mutakhir ini, saya bagi pihak Pakatan Rakyat telah mengusulkan supaya dirundingkan suatu Konsensus Nasional bagi merungkai segala permasalahan khususnya yang membabitkan isu perpaduan di antara kaum dan agama.

Yakinlah bahawa sekiranya Konsensus ini tercapai, kerukunan hidup bernegara dapat dikukuhkan dan kesemua rakyat dapat bekerjasama untuk membawa negara ini ke suatu tahap yang lebih baik.

Justeru, sempena sambutan tahun baru ini, saya menyeru seluruh lapisan rakyat untuk terus beriltizam meneruskan usaha memastikan negara ini kekal dalam keharmonian dan kerukunan. Perbezaan agama dan fahaman politik sewajarnya diketepikan dan titik persefahaman perlu dicapai demi merealisasikan matlamat ini.

Di kesempatan ini, saya mewakili pimpinan dan anggota KEADILAN mengucapkan Xin Nian Kuai Le dan Gong Xi Fa Cai kepada semua rakyat berketurunan Cina di Malaysia. Semoga sambutan tahun baru kali ini dilimpahi dengan kebahagiaan dan kegembiraan.

ANWAR IBRAHIM

Anwar sampai tazkirah Jumaat di Masjid Batu 10 Jalan Cheras, Kajang esok

Qariah batu 10

KAJANG 30 JAN: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan tazkirah di Masjid Qariah Batu 10 Jalan Cheras, Kajang sebelum solat Jumaat esok.

Manakala, Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhamad Nur Manuty akan menyampaikan Khutbah Jumaat.

Kaum muslimin di Kajang dan kawasan sekitarnya dialu-alukan hadir.

KeadilanDaily

Rabu, Januari 29, 2014

Panas!! Najib di Cabar Bertanding lawan Anwar di Dun Kajang..


Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata, penduduk Kajang bertuah kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim, seorang yang disifatkannya pemimpin bertaraf dunia, bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

Katanya, semua pihak sedia maklum tentang kepimpinan Anwar bukan sahaja di Malaysia tetapi juga negara-negara Islam seperti di Timur Tengah serta negara-negara membangun.


"Dia (Anwar) bukan hanya diperlukan di Malaysia sahaja tetapi dia pemimpin dunia.

"Negara Islam di Timur Tengah sana pun memerlukan Anwar.
 
"Jadi orang Kajang bertuah pemimpin dunia turun ke sini berjuang.

Sementara itu, Azmin juga mencabar Umno mencalonkan pemimpin tertingginya Datuk Seri Najib Razak bersaing merebut kerusi yang dikosongkan Lee Chin Cheh itu

“Umno kalau berani mari turun di Kajang, jangan letak MCA jangan letak MIC.

"Kalau berani letak Najib sebab dalam Utusan kata bukan main hebat (dia), lagi pemimpin hebat, pemimpin besar.

"Besar tak besar, mari turun Kajang," katanya dalam taklimat pilihan raya kecil DUN itu kepada lebih 100 jentera pilihan raya PKR.

Ucapan pengerusi PKR Selangor itu sekali gus disambut sorakan penyokong parti itu.


Malaysiakini

Selasa, Januari 28, 2014

Anwar sah tanding kerusi DUN Kajang

 
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di kerusi DUN Kajang yang kosong apabila penyandangnya, Lee Chin Chen dari PKR meletakkan jawatan semalam, umum Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Parti Keadilan dan Pakatan Rakyat setuju meletakkan calon Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan bertanding (di) Kajang," kata Khalid dalam sidang media di ibu pejabat PKR pagi ini.

Antara pemimpin yang hadir dalam sidang media itu, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dan  mewakili DAP dan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Sementara itu, Anwar - yang duduk di sisi Khalid - berkata keputusan bersama pimpinan Pakatan Rakyat itu dibuat bagi memastikan "Selangor terus menjadi asas kukuh buat Pakatan Rakyat bagi mengambil alih Putrajaya".

Pengumuman itu menguatkan lagi desas-desus Anwar akan mengambil alih jawatan menteri besar daripada Khalid bagi menyelesaikan pertelingkahan antara Khalid dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali di negeri itu.

Ditanya tentang perkara tersebut, Anwar berkata "ia hanya spekulasi" dan beliau mahu menumpukan perhatian kepada pilihan raya kecil akan datang.

"Kita minta Tan Sri Khalid teruskan kerja-kerja dia sementara kita tunggu pilihan raya kecil Kajang," katanya.

Anwar turut ditanya tentang kemungkinan pilihan raya kecil ini mewujudkan persepsi yang beban untuk menyelesaikan masalah dalaman PKR kini diletakkan kepada pengundi Kajang.

Gesa BN tak tanding

Jelasnya, persepsi itu tidak berbangkit sebaliknya pilihan raya kecil nanti merupakan peluang untuk Pakatan Rakyat meningkatkan khidmatnya kepada rakyat.

"Dia tak berbangkit isu itu kerana kita nak guna (pilihan raya ini) untuk lonjakkan prestasi khidmat kepada rakyat," katanya.

Sementara itu, Anwar juga menggesa BN agar tidak meletakkan calon memandangkan kerusi itu disandang PKR dan bagi mengelakkan pengundi keluar mengundi dua kali.

"Kalau boleh, kawasan (ini sudah) dimenangi oleh PKR, Pakatan, (jadi) bagi laluan, tak payah ada pertandingan," kata Anwar ketika ditanya kemungkinan ia membebankan pengundi.

Sementara itu, Bernama melaporkan Salahuddin berkata PAS akan memberi sepenuh sokongan kepada calon yang diketengahkan bagi memastikan kemenangan berpihak kepada pakatan rakyat.
  
Mohamad Azmin Ali yang sebelum ini disebut-sebut sebagai calon menteri besar yang baru ketika ditemui selepas itu hanya memberi reaksi ringkas berhubung pemilihan Anwar sebagai calon.
  
"Keputusan dah dibuat...saya hanya akan buat kenyataan selepas mesyuarat dengan pimpinan PKR negeri ini," katanya. 

Malaysiakini

Isnin, Januari 27, 2014

ADUN Kajang letak jawatan..Panas!!!!!

 

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat hari ini

Perkara itu diumumkan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Hannah Yeoh petang ini dan akan dimaklumkan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok.

Yeoh berkata, beliau menerima surat peletakan jawatan pada hari ini.

“Dengan ini, saya mengisytiharkan kerusi DUN N25 Kajang dikosongkan dan SPR seharusnya menjalankan pilihan raya kecil dalam masa 60 hari," kata Yeoh.

Berhubung sebab peletakan jawatan itu, Yeoh berkata perkara itu harus diajukan kepada Lee (kanan) sendiri.


Dalam pilihan raya umum lalu, Lee sebagai calon PKR menang dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, BERJASA dan tiga calon bebas.
Kawasan itu mempunyai 38,965 pengundi dengan 48 peratus Melayu, 41 peratus Cina dan India sebanyak 10 peratus.

Malaysiakini

Ahad, Januari 26, 2014

Debat untuk jelas kekeliruan penggunaan kalimah Allah - MP PAS


SHAH ALAM: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad memberitahu program debat anjuran Sinar Harian esok adalah bagi menjelaskan kekeliruan yang berlaku dalam masyarakat sekarang tentang isu kalimah Allah.

Jelas beliau, debat tersebut bukan untuk memanjangkan isu tetapi bagi memberi penjelasan sebenar di sebalik konflik penggunaan kalimah Allah.

"Saya bersetuju atas jemputan Sinar Harian dalam program debat membabitkan isu kalimah Allah, kita ingin memberi penjelasan sebenar agar tiada lagi kekeliruan yang berlaku.

"Saya harap selepas debat ini, masyarakat akan lebih faham dan isu ini reda, kalau masih ada lagi yang memperbesarkannya serta keliru itu terpulang kepada mereka," jelasnya kepada Harakahdaily.

Sinar Harian akan menganjurkan  “Perdebatan Hujah Isu Kalimah Allah Dari Perspektif Undang-Undang” yang merupakan Wacana Sinar Siri 26 esok jam 2.30 petang.

Perdebatan tersebut membabitkan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Abdul Samad dan juga Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar.

Khalid turut mengharapkan agar rakyat menyambut baik debat tersebut dan perlu memikirkan dari sudut yang positif demi kesejahteraan masyarakat negara ini.

"Berdebat dengan mengemukakan fakta-fakta yang jelas dan bukan mengikut perasaan, saya harap rakyat menyambut baik debat tersebut.

"Kita mahu menyeleraikan apa yang mengelirukan fikiran rakyat, dalam hal ini kena berfikiran positif serta jangan cepat melatah kerana kita mahukan sebuah negara yang aman dan harmoni," sambung beliau.

Beliau menyambut baik debat yang dianjurkan Sinar Harian sebagai usaha jalan penyelesaian dalam konflik penggunaan isu kalimah Allah yang melanda negara ini.

Khalid turut berharap agar selepas program debat ini, tidak ada lagi pihak yang terus mempersoalkan penggunaannya kerana ia telah diperjelaskan oleh kedua-dua parti PAS dan Umno.

Moderator bagi debat tersebut adalah Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Prof Madya Dr Sham Rahayu Ab Aziz.

HarakahDaily

Hutang negara meningkat 70 peratus?

SHAH ALAM 25 JAN: Hutang sebenar negara dijangka meningkat daripada RM529.2 bilion pada September lalu kepada jumlah hutang semasa yang mengatasi 55 peratus paras siling hutang yang dibenarkan daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

DSC_8672Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar, berkata anggaran ini dibuat berdasarkan tindak-tanduk Kerajaan Pusat yang sejak mutakhir ini yang masih terus membiayai projek mega yang dijalankan syarikat kroni mereka termasuk projek Mass Rapid Transit System (MRT).

“Ini tidak termasuk hutang halimunan yang kita tidak tahu entah berapa. Cuma kita tahu hutang negara termasuk hutang luar jangka sebelum ini sudah mencecah 69 peratus dan sekarang kemungkinan besar sudah mencapati 70 peratus daripada KDNK.

“Projek MRT sahaja sudah mencecah RM60 bilion yang kebanyakkannya ditanggung kerajaan walaupun pada awalnya dikatakan akan dibiayai pihak swasta,” kata Nurul Izzah ketika ditemui Selangor Kini dalam Program Hormat Diri Anda anjuran Exco Hal Ehwal Wanita Selangor.

DSC_8611Keadaan kerajaan yang digambarkan dalam keadaan terdesak ini disahkan lagi dengan tindak-tanduk kerajaan sejak akhir- ini semakin giat memotong subsidi untuk rakyat seperti menaikan harga petrol dan tarif elektrik.

Terdahulu dalam satu temubual bersama Selangor Kini, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata Kerajaan Pusat dijangka mengambil langkah drastik sekiranya pertumbuhan hutang negara mengatasi 55 peratus daripada KDNK.

Langkah itu diambil bagi memenuhi syarat sekiranya kerajaan memutuskan membuat pinjaman baru dari Bank Dunia atau Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mahupun syarikat kewangan antarabangsa lain.
Antara syarat lazim dikenakan kepada negara yang berhadapan bebanan hutang seperti mana dialami Greece, Sepanyol, Iceland, Rusia dan Argentina, mengurangkan jumlah kakitangan awam dan memotong gaji kaki tangan awam yang masih berkhidmat.

Selain itu negara-negara tersebut juga terpaksa memutuskan sama ada memperkenalkan cukai baru atau menaikkan cukai sedia ada sehingga melambung tinggi bagi tujuan mendapatkan dana bagi membayar semula hutang dan menjana semula dana negara.
EZY

Selangorkini

Sabtu, Januari 25, 2014

Harta Taib Mahmud lebih RM60 bilion, bila nak siasat?

taib-mahmudKUCHING 24 JAN: Angkatan Muda KEADILAN Sarawak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat harta kekayaan Ketua Menteri Sarawak, Tan Seri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya yang berjumlah lebih RM60 bilion.

Timbalan Ketua AMK Sarawak, Zulhaidah Suboh berkata, ratusan laporan polis dan SPRM dibuat, namun tiada satu pun siasatan dan tindakan diambil.

“Jika benar kedua-dau jabatan itu badan bebas rasuah dan berintegriti, maka mereka harus bertindak segera,” kata Zulhaidah dalam kenyataan.

Sebelum ini, seorang akauntan bertauliah Andrew Heng, 39, mendedahkan anak lelaki Taib, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib mempunyai kepentingan dalam 85 syarikat asing, termasuk Sakthi International yang berpangkalan di California.

Perkara itu diketahui ketika pendengaran tuntutan harta sepencarian isteri Bekir, Shahnaz A Majid dalam tuntutan perkahwinan RM100 juta, ekoran penceraian mereka.

zulhaidah_subohKata Zulhaidah (gambar) kekayaan keluarga Taib tidak mungkin diperolehi tanpa manipulasi hasil bumi selama 30 tahun oleh kedudukan Ketua Menteri yang paling lama berkuasa di Malaysia itu.

“Mana mungkin Taib hanya akan makan gaji sebagai Ketua Menteri boleh memiliki kekayaan yang di luar jangkauan.

“Pendedahan demi pendedahan dibuat Sarawak Report berkenaan Taib Mahmud dan keluarga tetapi tidak pernah menunjukkan sebarang maklum balas.

“Taib Mahmud akan memastikan bahawa tidak seorang pun anak-anak beliau ketinggalan daripada menjadi jutawan hasil daripada kerakusan mengaut hasil negeri.

“Sebaliknya kian agresif menelanjangkan terus hasil bumi Sarawak dan tanah adat rakyat negeri ini untuk mengisi kantung dan perut keluarga di kala rakyat sedang merintih sengsara,” kata Zulhaidah.

KeadilanDaily

Jumaat, Januari 24, 2014

PERHATIAN!!! : Anwar hadir Maulidur Rasul, ceramah di Sabah esok

DSAI_HQ - CopyKOTA KINABALU 24 JAN: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan hadir ke sambutan Maulidur Rasul KEADILAN Sabah bertempat di Pejabat KEADILAN Sabah di Millenium Centre, Jalan Lintas Kepayan, Penampang, Kota Kinabalu.

Program tersebut bermula jam 7 pagi, Ahad 26 Januari ini turut akan dihadiri Ketua Pembangkang Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin.

Anwar akan menghadiri masjlis pertemuan bersama pemimpin Pakatan Rakyat Sabah di Hotel Ming Garden, Kota Kinabalu sejurus selepas program Maulidur Rasul.

sabah2Manakala sehari sebelumnya, iaitu pada hari Sabtu, 25 Januari, Anwar akan menyampaikan ceramah di Program Kebangkitan Rakyat di kawasan Kadaiaman, Kota Belud kira-kira jam 4 petang.
Pada sebelah malamnya, Anwar akan menghadiri jamuan makan malam bersama ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sabah.

KeadilanDaily

Khamis, Januari 23, 2014

Pelaksanaan GST cadangan Daim bukan Anwar - YB Rafizi Ramli


PETALING JAYA - Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari ini menjelaskan bahawa cadangan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di negara ini adalah bermula daripada Tun Daim Zainuddin bukannya daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jelas Rafizi yang juga merupakan Pakar Strategik PKR itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya mewarisi cadangan tersebut, namun pun begitu ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan, beliau tidak melaksanakan GST tersebut.

"Ramai yang salah anggap bahawa Datuk Seri Anwar yang bertanggungjawab dalam pengenalan GST di Malaysia.

"...namun itu cuma salah faham kerana, cadangan GST bermula ketika Tun Daim Zainuddin menjadi menteri kewangan iaitu selepas krisis ekonomi pada tahun 1985 hingga 1987.

"...Anwar menjadi menteri kewangan ketika tahun 1991, beliau (Anwar) hanya mewarisi undang-undang tersebut... namun begitu ketika awal 1990 ekonomi kita semakin meningkat... oleh itu tiada keperluan untuk dilaksanakan GST, jadi bukan Datuk Seri Anwar yang mencadangkan GST ini sebaliknya Tun Daim Zainuddin," katanya pada Taklimat Faham GST Tolak GST di auditorium MBPJ, hari ini.

Pelaksanaan GST yang akan dilaksanakan pada 1 April 2015 ini, menjadi kontroversi apabila banyak pihak mendakwa GST akan memberi bebanan kepada rakyat.

Sinar Harian

PERHATIAN!!! : Konvensyen Pakatan Rakyat di Selangor 8 Mac ini

PRKUALA LUMPUR 22 JAN: Pakatan Rakyat akan mengadakan konvensyen peringkat kebangsaan di Selangor pada 8 Mac ini, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar turut mengumumkan Menteri Besar Selangor, Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim sebagai penasihat program, manakala Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan & Peneroka Bandar Selangor, Ir Iskandar Abdul Samad sebagai pengarah.

Turut hadir sidang media bagi mengumumkan konvensyen tersebut ialah Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Keadilandaily difahamkan Sekretariat Pakatan Rakyat, pertemuan kali ini akan diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) manakala tema, logo dan tarikhnya akan diumumkan dalam masa terdekat.

Konvensyen Pakatan Rakyat kali ini adalah yang kelima semenjak 2008 dan yang pertama selepas pilihan raya umum ke-13 dilangsungkan pada Mei 2013.

KeadilanDaily

Rabu, Januari 22, 2014

Yang dibangkit isu ekonomi & kos sara hidup, bukan isu kaum - Anwar Ibrahim

pr_hq_pasKUALA LUMPUR 22 JAN: Pakatan Rakyat menyelar usaha pihak tertentu yang ingin menyemarakkan tindakan melampau dengan niat membangkitkan persengketaan perkauman seperti mana yang berlaku dalam bantahan di Pulau Pinang baru-baru ini.
“Kita ingin jelaskan, bahawa ini isu ekonomi, kemiskinan dan kenaikan (harga) barang
“Isu rakyat tidak harus diputarbelit untuk menakut-nakutkan. Termasuk (flashmob) kangkung yang ingin dikaitkan dengan insiden 13 Mei,” kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di Pejabat Agung Pas, hari ini.

Tegas Anwar, tidak wujud masalah perkauman dan perpecahan melainkan provokasi pihak tertentu yang dengki dengan keharmonian masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

18 Januari lalu, kira-kira 600 ahli Umno berhimpun di Seberang Jaya, Pulau Pinang dan membawa sepanduk provokatif mengancam mengulangi tragedi 13 Mei sekiranya isu kangkung terus dimainkan.

Antara sepanduk yang dibawa termasuk yang tertera ayat ‘Menghina PM seperti menghina Melayu’, ‘Melayu Pulau Pinang bertahan kerana makan kangkung dan “DAP musuh Islam”.

“Apa sahaja pertelingkahan dan pergaduhan, yang selalunya menjadi mangsa adalah rakyat miskin di peringkat bawahan,” kata Anwar.

Kangkung-Lee-Khai-LoonDalam pada itu Anwar turut mempertahankan tindakan ‘flashmob kangkung’ yang dianjur Adun Machang Bubuk, Lee Khai Loon yang menurutnya tidak berniat menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“YB Lee Khai Loon telah buat kenyataan. Dia nafikan (berniat) menghina dan menjelaskan tidak bermaksud untuk menghina Datuk Seri Najib.

“Apa yang hendak dia sampaikan ialah mesej tentang penderitaan rakyat,” kata Anwar.

KeadilanDaily

Pijak bendera Jepun: Anwar enggan minta maaf


KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan memohon maaf terhadap perbuatan sekumpulan penyokong yang memijak bendera Jepun sebagai solidariti terhadap beliau.

Beliau turut menyelar tindakan itu dan menyifatkan sebagai perkara itu tidak perlu dilakukan dalam perhimpunan aman.

"Saya setuju mereka gunakan hak untuk berhimpun untuk nyatakan bantahan.  Tetapi tindakan memijak bendera itu tidak perlu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan PR hari ini.

Ditanya adakah beliau akan meminta maaf bagi pihak penyokong PR itu, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menyifatkan perkara itu tidak perlu.

"Kenapa pula saya perlu minta maaf? Bukan saya yang buat malah saya dihina.

"Orang yang hina itulah minta maaf," katanya.

Mengulas lanjut mengenai penahanan beliau dari memasuki Jepun Ahad lalu.

Anwar menafikan beliau menuduh Wisma Putra sebagai "tangan ghaib" yang menghalang kemasukannya ke negara itu.

"Saya tak sebut Wisma Putra, saya cuma cakap ada "tangan ghaib',  sebab pegawai imigresen (Jepun ) merujuk laporan terbaru.

"Jadi sekarang ini saya inginkan penjelasan dari kedua-dua pihak autoriti (Menteri Luar) dan Jepun apakah sebenar disebalik laporan tersembunyi  itu sehingga mereka kata mereka ada kuasa untuk berbuat demikian. Sebab saya ada hak sebagai rakyat Malaysia, jadi saya minta penjelasan," katanya.

Terdahulu, Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin berkata, Anwar perlu memohon maaf dan  mengemukakan bukti terhadap dakwaannya bahawa Wisma Putra berkomplot dengan pihak berkuasa Jepun bagi melarang pemimpin pembangkang itu masuk ke Jepun.

Hamzah berkata, Anwar sedia maklum bahawa bekas banduan perlu memohon visa untuk masuk ke Jepun.

“Pihak Jepun sendiri sudah jelaskan apa yang berlaku adalah salah dia sendiri. Dia hendak masuk ke negara itu, dia kena ada perjanjian khas sebab pernah dipenjarakan. Dia bukan tidak tahu tentang itu kerana sebelum ini dia pernah buat," katanya.

Sinar Harian

Selasa, Januari 21, 2014

Rekod Anwar di kedutaan Jepun tiada isu, kenapa dihalang?

IMG_0447KUALA LUMPUR 21 JAN: Sekatan kerajaan Jepun terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki negara itu mengejutkan, kerana rekod pejabat Ketua Umum KEADILAN itu menunjukkan tiada isu yang boleh menyebabkan beliau dihalang, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin.

“Untuk rekod, pada tahun 2011 dan 2012, Datuk Seri Anwar ada memasuki Jepun tanpa halangan.

“Namun kenapa beliau dihalang dari memasuki Jepun pada 19 Januari lalu,” kata Shamsul ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan memorandum bantahan di kedutaan Jepun di Jalan Tun Razak, hari ini.

IMG_0454Justeru, Shamsul menggesa jawapan munasabah dari kedutaan Jepun kerana menyenaraihitam nama Ketua Pembangkang yang mendapat jemputan rasmi untuk membentangkan kertas kerja untuk Yayasan Nippon.

Jepun juga telah memansuhkan permohonan visa oleh rakyat Malaysia ke negara itu semenjak Julai 2013
“AMK dan KEADILAN meminta kedutaan Jepun segera menyiasat insiden tersebut dan memberi penjelasan menyeluruh selain membuat permohonan maaf,” kata Shamsul yang juga merupakan ahli parlimen Bukit Katil.

KeadilanDaily

Ahad, Januari 19, 2014

Berita panas!!! Anwar dilarang masuk ke negara Jepun


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilarang daripada memasuki Jepun hari ini, ekoran sesuatu yang berlaku tahun lalu, walaupun sudah memasuki negara itu tanpa halangan sebelum itu – pada 2006, 2009 dan 2012.

 Ketua umum PKR itu berkata, pegawai imigresen di Lapangan Terbang Narita memintanya mengambil penerbangan pertama untuk kembali sejurus sahaja tiba atau akan dihantar pulang.

 “Ekoran saya terus menuntut penjelasan, mereka akhirnya memberitahu terpaksa mengambil langkah itu 'kerana laporan terkini' kemungkinan pada 2013,” katanya. Beliau kemudian mengambil pesawat keluar pada jam 10.45 pagi waktu Tokyo.

Anwar berlepas ke negara matahari terbit itu untuk membentangkan kertas kerja untuk Yayasan Nippon.

Dalam kenyataannya malam ini, Anwar berkata, pejabatnya sudah menyemak dengan kedutaan Jepun berhubung keperluan penerbangannya minggu lalu dan tidak dimaklumkan sebarang halangan.

 Justeru, beliau mendesak Wisma Putra menjelaskan perkara itu, terutamanya berhubung “laporan terkini” yang menyebabkan beliau dilarang.

 Malaysiakini

Jumaat, Januari 17, 2014

Anwar bakal hadir makan malam amal ‘Bebaskan Petrajaya’ Sarawak

pilihanraya-negeri-sarawakKUCHING 17 JAN: Ketua Umum KEADILAN,Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka hadir ke majlis makan malam Amal Gala ‘Bebaskan Petrajaya’ akan diadakan pada 1 Mac depan bertempat di Crown Square Kuching Sarawak.

Menurut penganjur, majlis makan malam bagi mengumpul dana dan sokongan seramai mungkin warga Petrajaya bagi membina momentum parti menjelang pilihan raya negeri yang dijangka pada tahun 2015 atau 2016.

Turut dijangka hadir ialah presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

“Majlis ini bertujuan merapatkan ukhwah di antara pemimpin parti dan orang ramai khususnya warga Petrajaya,” kata Ahmad Nazib Johari, jurucakap majlis makan malam amal gala bebaskan Petrajaya
Pembelian satu meja untuk sepuluh orang dijual pada harga RM 1000 , manakala satu tempat duduk dijual pada harga RM 100.

Untuk pembelian meja atau tempat duduk boleh berhubung terus sekretariat penganjur di talian 019-7975868 (Zamree)

KeadilanDaily

Tiada persempadanan semula dengan SPR sedia ada - DSAI

DSAI_SPRPETALING JAYA 17 JAN: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tidak boleh diadakan persempadanan semula kawasan pilihan raya ketiika masih diterajui pimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedia ada.

Katanya, SPR sehingga hari ini masih gagal menyelesaikan pendedahan ratusan penyelewengan dan salah laku sepanjang pilihan raya umum ke-13 pada Mei 2013.
“Mengapa SPR dalam format yang ada sekarang ini diberi kuasa untuk meneruskan persempadanan semula?
“Dia (SPR) tidak ada wibawa. Dia (SPR) terlibat dalam kes penipuan. Masih tidak selesaikan pembersihan senarai daftar pemilih.

“(Dengan pimpinan lama) adakah masih mahu teruskan dengan tanggungjawab baru? kata Anwar pada seidang media di ibu pejabat KEADILAN, semalam.

Pakatan Rakyat melalui KEADILAN, Pas, DAP termasuk pasukan Pemantau Bersih sebelum ini mendedahkan ratusan penyelewengan, malah 60 petisyen keputusan turut dibawa ke mahkamah pilihan raya.
Justeru tegas Anwar, persempadanan semula yang dibenarkan dalam tempoh 10 tahun tidak boleh dijalankan oleh SPR dan pengerusinya harus meletakkan jawatan serta-merta.

Cadangan ini pernah disuarakan sebelum ini oleh bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifudin Abdullah yang mendesak ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terutama pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof diberhentikan serta merta.

KEADILAN sebelum ini melalui pasukan khas bagi mengkaji maklumat dan sistem persempadanan semula menegaskan, tiga kriteria utama perlu diselesaikan SPR seblum cadangan itu dipertimbangkan.

Antaranya, jurang perbezaan pengundi antara parlimen dikurangkan sebanyak 15 peratus, jumlah kerusi di Sabah dan Sarawak kekal sekurang-kurangnya 26 peratus daripada keseluruhan jumlah kerusi parlimen dan satu-satu kawasan parlimen tidak sepatutnya melebihi tiga Majlis Perbandaran.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebelum ini menggunakan alasan bahawa proses itu pernah dijalankan pada 1958, 1974, 1984 dan 1994.

Justeru kata Anwar, cadangan SPR menggesa Pakatan Rakyat menerima persempadanan semula kononnya ia menguntungkan semua pihak tidak masuk akal.

“Pendirian KEADILAN dan Pakatan Rakyat dari awal sama seperti pendirian Bersih. Kita membantah cadangan SPR,” tegas Anwar.

KeadilanDaily

Utusan selayaknya ‘dihukum’ kerana terus memfitnah - DSAI

PETALING JAYA 16 JAN: Akhbar kawalan Umno, Utusan Malaysia wajar menerima hukuman setimpal berikutan akhbar itu berterusan melemparkan pelbagai fitnah terhadap pemimpin Pakatan Rakyat (PR) khususnya Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, akhbar harian itu mengambil sikap demikian bagi melindungi kepentingan politik Umno-BN dan sekaligus memastikan kelangsungan parti itu terus bertahan tanpa mengambil kira soal maruah, moral dan etika kewartawanan yang sepatutnya dipelihara.

utusan fitnah grafik“Memang dah lama terbukti Utusan adalah media fitnah, terus menerus memfitnah dan selayaknya dihukum kerana memang kerja dia untuk terus menerus memfitnah,” kata Anwar ketika ditemui Selangor Kini selepas menghadiri sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, hari ini.

Mengulas lanjut kemenangan beliau dalam isu saman RM50 juta terhadap Utusan, Anwar menggesa agar pengamal media di negara ini mengamalkan etika kewartawanan yang sihat dengan melaporkan isu sebenar dan menolak politik fitnah bagi menjatuhkan musuh politik mana-mana pihak.

Semalam Mahkamah Rayuan di Putrajaya mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang sebelumnya memutuskan bahawa dua artikel yang cuba memberi gambaran kononnya Anwar tidak layak memegang jawatan dan mempunyai pendapat yang berbeza dengan ajaran Islam diterbitkan Utusan Malaysia (M) Sdn Bhd bersifat fitnah.

anwar whiteUtusan Malaysia sebuah akhbar yang menyebarkan propaganda Umno bukan kali pertama tewas dalam perbicaraan yang melibatkan isu fitnah di mahkamah.

Selain Anwar yang kali kedua menang saman fitnah terhadap Utusan, Utusan juga tewas saman fitnah yang melibatkan fitnah terhadap Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin; Ahli Parlimen Bukit Gelogor, Karpal Singh; Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Selain itu, Utusan juga terpaksa membuat penyelesaian damai dengan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dengan bersetuju menarik balik fitnah dan membayar kos RM40,000 kepada Husam bagi mengelakkan dikenakan bayaran ganti rugi lebih tinggi.

Utusan juga membuat penyelesaian di luar mahkamah berhubung saman fitnah yang difailkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok terhadap akhbar itu.

Ketika ini Utusan masih mempunyai kes saman fitnah yang menunggu masa untuk dibicarakan di mahkamah termasuklah dua saman fitnah yang difailkan Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang.
EZY

Selangorkini

Khamis, Januari 16, 2014

Kenaikan inflasi hasil polisi kerajaan yang rugikan rakyat - Anwar Ibrahim

dsaiRakyat Malaysia terus dibebankan oleh kenaikan kos barangan dan sara hidup akibat pengurangan subsidi oleh pihak kerajaan.

Pendekatan yang diambil pihak kerajaan bagi meringankan bebanan kewangannya tidak menjurus kepada pengurangan keborosan perbelanjaan mereka ataupun merawat ketirisan perbelanjaan yang jelasnya semakin membarah setiap tahun.
Sebaliknya, kerajaan lebih gemar menggunapakai langkah-langkah yang menekan rakyat melalui kenaikan harga barang keperluan asas serta penambahan cukai kepada rakyat terbanyak (seperti GST).

Kenaikan kos barangan dan sara hidup boleh dinilai secara kuantitatif melalui kadar inflasi yang diukur melalui Indeks Harga Pengguna, CPI (Consumer Price Index).
 
Jadual 1Data rasmi Bank Negara menyatakan bahawa kadar inflasi negara berada pada tahap 1.2% pada bulan Disember 2012, seterusnya meningkat hampir setiap bulan sepanjang tahun 2013 kepada 1.3% pada Januari, 1.5% pada Februari, 1.6% pada Mac, 1.7% pada April, 1.8% pada Mei dan Jun dan 2.0% pada Julai 2013.

Menurut Monetary Policy Statement oleh Bank Negara, bertarikh 7 November 2013, CPI rasmi terkini di Malaysia telah melonjak kepada 2.6% pada bulan September 2013 berbanding 1.9% pada bulan Ogos 2013, rentetan daripada pengurangan subsidi petrol sebanyak 20 sen/liter dan kenaikan harga barang makanan.

Berdasarkan anggaran terkini oleh Trading Economics, kadar inflasi untuk bulan Oktober 2013 terus meningkat kepada 2.8% dan November 2013 pada 2.9%. Ini menunjukkan bahawa kadar inflasi di Malaysia telah melonjak sebanyak 2.4 kali hanya dalam masa setahun (1.2% Disember 2012 kepada 2.9% November 2013)!

Jadual2Rakyat harus sedar bahawa bebanan ini dijangka akan terus bertambah apabila kerajaan melasanakan program pengurangan subsidi serta GST pada masa hadapan.

Kenaikan kadar inflasi yang berterusan bakal merugikan negara, terutama sekali apabila kadar inflasi naik lebih tinggi daripada kadar pertambahan pendapatan rakyat. Kerugian ini bakal menjadi kenyataan apabila rakyat terpaksa merubah gaya hidup kepada alternatif yang lebih murah secara berkekalan. Ini akan mengakibatkan penguncupan pendapatan kepada para peniaga yang akhirnya mengakibatkan penguncupan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) negara.

Anwar Ibrahim Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia

Rabu, Januari 15, 2014

Anwar Menang!!! Utusan Kalah!!! Panas!!!

boikot_utusan_badgeKUALA LUMPUR 15 JAN: Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa dua artikel diterbitkan Utusan Malaysia bersifat berhubung temubual Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan BBC, mengenai undang-undang homoseksual dua tahun lepas.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Zaharah Ibrahim memerintahkan bahawa tiada merit dalam rayuan perayu selepas meneliti asas penghakiman dan nota prosiding Mahkamah Tinggi.

Panel hakim memerintahkan kos sebanyak RM25,000 dibayar kepada responden, dan mahkamah turut menolak permohonan Umno untuk mencelah dalam rayuan itu,
Dua panel lagi ialah Hakim Datuk Mah Weng Kwai dan Datuk K Anantham.

Mahkamah Tinggi tahun lepas memutuskan bahawa defendan Utusan Melayu (M) Bhd dan Ketua Pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak gagal mempertahankan semua pembelaan statutori merangkumi justifikasi, komen yang adil dan keistimewaan bersyarat.

Pada 10 Januari 2012, Anwar memfailkan saman fitnah dengan menuntut RM50 juta gantirugi atas dakwaan defendan telah menerbitkan dua artikel dalam akhbar Utusan Malaysia pada 17 Jan 2012, berhubung temubualnya dengan BBC.

Beliau menegaskan bahawa kata-kata yang digunakan memberi gambaran beliau tidak layak memegang jawatan dan sebagai pemimpin Islam mempunyai pendapat yang berbeza dengan ajaran Islam.

Dalam rayuan hari ini Anwar diwakili peguam R Sivarasa, sementara Utusan diwakili Datuk Firuz Hussein Ahmad Jamaluddin.

KeadilanDaily

Selasa, Januari 14, 2014

Perutusan Maulidur Rasul: Tuntut perubahan seluruh sistem kehidupan

Menjelang sahaja 12 Rabiul Awal, maka kita umat Islam pasti terkenangkan Baginda Muhammad SAW kerana pada tarikh tersebut junjungan mulia dilahirkan.

Anwar hari rayaSungguhpun begitu, mengingati Rasulullah SAW pastinya tidak sekadar khusus pada 12 Rabiul Awal semata-mata. Junjungan kita yang menyampaikan pesan wahyu itu haruslah dingati sepanjang masa.

Risalah yang berpaksi tauhid, mengithbatkan Allah, menafikan patung dan menuntut pembaharuan dan perubahan menyeluruh sistem kehidupan. Demikian dirumuskan sebagai obor yang membawa pencerahan, membebaskan manusia, dasar zalim dan bobrok.

Justeru, dalam menghadapi malapetaka yang menimpa umat dari Afghanistan ke Iraq, Syria, Mesir dan bumi Palestin, serta kekeliruan dan kedangkalan fahaman umat termasuk dalam negara kita, marilah kita jadikan sambutan Maulud untuk memperkuat tekad, meningkat ilmu dan amal selaras dengan risalah perdamaian, keadilan dan rahmatan Lil aalamin!

Datuk Seri Anwar Ibrahim
Ketua Umum KEADILAN

Saifudin Abdullah (Pemimpin Umno) tuntut pengerusi SPR dipecat


Pemimpin Umno, Datuk Saifudin Abdullah menyertai pelbagai pihak mendesak agar ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terutama pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof diberhentikan.

Beliau berkata, pengerusi SPR yang bebas sangat diperlukan ketika keyakinan awam terhadapnya semakin menurun.

"Kita memerlukan sesaorang yang tekun, bebas dan seorang yang tidak bercakap bagi pihak Barisan Nasional (BN).

"Awak tidak membantu BN sebenarnya," kata Saifudin merujuk kepada ahli SPR yang bercakap seolah-olah mewakili BN, dalam satu forum malam tadi.

Pengerusi baru Bersih 2.0, Marina Chin menuntut agar semua ahli SPR dipecat kerana masyarakat awam sudah kehilangan keyakinan kepada mereka.

Katanya, petisyen akan dilancar selepas ini untuk membuat tuntutan itu dan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Kenyataan ini datang ketika bekas pemimpin SPR, Tan Sri Rashid Abdul Rahman, berkata persempadanan semula dibuat untuk mempastikan sesetengah pihak kekal berkuasa.

Pengerusi SPR, Tan Sri Aziz baru-baru ini berkata, Pakatan Rakyat perlu menyokong persempadanan semula kawasan pilihan raya kerana ia untuk kebaikan semua pihak termasuk mereka.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menegaskan Pakatan tidak akan menyokong persempadanan semula kawasan pilihan raya itu kalau ia dikendalikan oleh ahli SPR yang ada.

Bersih 2.0 menuntut dihentikan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang sedang dilaksanakan oleh SPR sehingga masalah berkaitan dengannya diselesaikan.

"Bersih 2.0 sekeras-kerasnya dengan ini, sekali lagi menggesa supaya persempadanan semula yang sedang berlangsung dihentikan serta merta sehingga senarai pengundi dibersihkan, dan SPR yang baru perlu dilantik dengan penglibatan langsung masyarakat sivil.

"Kenyataan Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman ini melengkapkan lagi episod panjang kecurangan dan salah laku yang terpalit ke atas SPR selama ini.

"Bagaimanapun, kami percaya kecurangan ini boleh dihentikan. Namun ia perlu dilakukan sekarang," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 itu. – 14 Januari, 2014.

TheMalaysiaInsider

Isnin, Januari 13, 2014

Kontroversi Lahad Datu: Umno tarik balik saman terhadap Tian Chua...Panas!!!!!

Lahad_DatuKUALA LUMPUR 13 JAN : Umno hari ini menarik saman yang difailkan terhadap Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berhubung laporan insiden Lahad Datu sebelum ini.

Penarikan dibuat setelah Tian Chua memberi penjelasan bahawa dakwaannya sebelum ini adalah tanpa merujuk kepada Umno sebagai parti poltik yang berkonspirasi dalam insiden tembak-menembak di Lahad.

Plaintif, Datuk Ab Rauf Yusoh yang mewakili Umno bersetuju dengan penjelasan Tian Chua dan menarik saman yang dikenakan sebelum ini, serta tiada sebarang kos saman yang ditanggung oleh Tian.
Pada perbicaraan di Mahkamah Sivil pagi ini, Tian diwakili peguam William Leong.

Sebelum ini, Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh memfailkan saman fitnah terhadap Chua Tian Chiang atau Tian Chua dan dua yang lain berhubung artikel diterbitkan dalam portal KeadilanDaily.com berkaitan insiden pencerobohan Lahad Datu.

Selain Tian, dua defendan lain ialah Fazallah Pit, ketua editor portal tersebut serta penulis artikel, Aisha Geoffrey.

KeadilanDaily

Sabtu, Januari 11, 2014

KPDNKK kata rungutan rakyat di laman sosial bukan aduan rasmi

amk_putrajayaPUTRAJAYA 10 JAN: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) kesal dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan (KPDNKK) yang menyatakan rungutan rakyat di media sosial bukan aduan rasmi kenaikan harga barang.

“Menteri kata tiada aduan sebelum ini, sedangkan ada banyak rungutan melalui Facebook dan twitter.

“Facebook dan twitter tidak dianggap rasmi di peringkat Kementerian. Walhal, sudah puluhan ribu keluhan rakyat di laman sosial.

“Jadi AMK ambil peranan untuk panjangkan hasrat dan rintihan rakyat ke peringkat kementerian,” kata Naib Ketua AMK, Nazree Yunos kepada Keadilandaily.

AMK hari ini menyerahkan memorandum bagi membantah secara rasmi siri kenaikan harga barang dan perkhidmatan ke KPDNKK.

Memorandum diterima Timbalan Ketua Setiausaha KPDNKK Datuk Basaruddin Sadali di Anjung Bistari, Menara KPDNKK Putrajaya.

Tegas Nazri, sebagai kelompok muda yang paling terkesan dengan kenaikan harga barangan, AMK hadir bagi menyatakan bantahan secara rasmi bahawa aduan dari badan atau perwakilan orang ramai bagi menyatakan bantahan terhadap kenaikan kos sara hidup.

“Kita harap selepas ini tiada respon daripada Menteri yang menyatakan tidak ada aduan,” katanya.

KeadilanDaily

Jumaat, Januari 10, 2014

Panas!!! Gagal selesai beban rakyat, Najib perlu letak jawatan PM

PUTRAJAYA 10 JAN: Datuk Seri Najib Tun Razak perlu meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri jika tidak lagi mampu mentadbir negara terutama dalam menyelesaikan isu kenaikan kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat.

Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nazree Yunus. berkata Najib bukan sahaja gagal menyelesaikan beberapa isu utama membabitkan kepentingan rakyat dan beliau juga dilihat sebagai pemimpin yang boros.

nazree yunus 1Katanya, pentadbiran Najib pada ketika ini jelas tidak berkemampuan untuk melaksanakan idea bernas dan efektif yang memberi manfaat, sebaliknya rakyat semakin terbeban.

“Mungkin Najib perlu memikirkan cadangan ini (meletak jawatan) andai beliau tidak mempunyai ‘political will’ yang kuat hingga gagal menjayakan beberapa hasrat integriti dan pentadbiran ‘good governance’.

“Jika seorang pemimpin diberi amanah dan kuasa, namun tidak ada kekuatan untuk melakukan perubahan menjadi lebih baik bagi keseluruhan rakyat, maka ia tidak berguna.

“Beri sahaja laluan kepada pemimpin baru yang lebih berkelayakan dan berkemampuan untuk menjadi orang nombor satu dalam negara,” katanya selepas menghantar memorandum Aduan Rakyat AMK kepada wakil Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), di sini, pagi tadi.

Nazree berkata, sifat boros Najib bukan sahaja disedari pemimpin pembangkang tetapi turut diakui mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Kenyataan Tun (Mahathir) jelas menunjukkan bahawa beliau bersetuju andai dikatakan Najib sebagai seorang yang boros dan perbelanjaannya perlu disemak semula.
“Dalam keadaan rakyat dihambat kenaikan harga barang dan kos sara hidup, maka adalah tidak wajar seorang Perdana Menteri melakukan pemborosan termasuk isu jet peribadi,” katanya.

Dr.-Mahathir-MohamedSemalam, Mahathir dalam satu rancangan bual bicara bersama RTM berkata beliau tidak memerlukan jet mewah dan besar sewaktu mentadbir negara, selama 22 tahun.

Beliau berkata demikian ketika ditanya jika Najib membuat perbelanjaan berlebihan untuk membeli jet dan Mahathir juga secara sinis berkata kerajaan pusat pada hari ini mungkin lebih kaya daripada zaman pemerintahannya, maka pimpinan Najib perlu menaik taraf sistem penerbangan.
-NFN-


Selangorkini

Bersih 3.0: Anwar dan lima yang lain dilepaskan!!

bersih-3.0KUALA LUMPUR 10 JAN: Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini memutuskan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden, Azmin Ali, Ketua KEADILAN Cabang Rembau, Badrul Hisham Shahrin dan tiga yang lain dilepas tanpa dibebaskan daripada tuduhan mengambil bahagian dalam perhimpunan Bersih 3.0.

Hakim Ahmad Bache membenarkan permohonan peguam untuk menggunakan penghakiman Mahkamah Rayuan minggu lalu bahawa perintah majistret yang melarang perhimpunan tersebut adalah tidak sah.

anwar-azmin-chegubard_“Asas tuduhan adalah mengenai perintah tersebut. Kami dapati bahawa tuduhan itu kini tidak berasas,” kata Hakim Ahmad Bache mengarahkan mereka dilepas tanpa dibebaskan.

6 Januari lalu Mahkamah Rayuan Putrajaya sebulat suara mengenepikan arahan Majistret Kuala Lumpur. Zaki Asyraf yang mengharamkan perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April 2012, di bawah Seksyen 98 Kanun Acara Jenayah.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Linton Albert mempertimbangkan perintah arahan itu sebagai cacat, ekoran rayuan Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali dan Badrul Hisham Shahrin.

KeadilanDaily

Khamis, Januari 09, 2014

Anwar seru kerjasama sarjana Islam dengan Oxford, Cambridge

dsai_oxbridge_talkKUALA LUMPUR 9 JAN: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru sarjana Islam bekerjasama lebih erat dengan universiti Oxford dan Cambridge demi kemanusiaan sejagat.

Kata Anwar, tidak ada percanggahan di antara intelektual barat dengan pemikiran tamadun Islam, bahkan masing-masing berperanan mengangkat martabat kemanusiaan melalui tradisi keilmuan.

“Sebab itu antara perhatian saya kepada sarjana Islam adalah keperluan melakukan reformasi pendidikan tinggi.

“Universiti Oxford dan Cambridge antara pusat keilmuan yang berperanan menyumbang kepada idea dan intelektuali. Tidak ada percanggahan nilai.

“Melalui pendidikan, orang Islam dan bukan Islam dapat meningkatkan kefahaman demi kemanusiaan sejagat,” kata Anwar dalam pertemuan bersama ahli Oxford & Cambridge Society Malaysia di Bankers Club, malam tadi.

Dalam program tersebut, Anwar diperkenalkan sebagai pensyarah tamu yang pernah mengajar di St Antony’s College, Universiti Oxford diantara tahun 2005 hingga 2006.

Dalam sesi dialog tersebut, Anwar turut mengulas pengalaman negara-negara Asia berhadapan isu rasuah, tatakelola kerajaan dan usaha-usaha pendemokrasian di kalangan negara-negara membangun.

“Ya, kita mengakui ada beberapa kelemahan. Terutamanya berkaitan dengan isu rasuah, ketelusan dan tatakelola kerajaan. Berbanding di Amerika Syarikat dan United Kingdom yang telah wujud dan kuat institusi ketelusan dan akauntabilitinya,” kata Anwar.

Beliau turut mengupas kandungan bukunya, The Asian Renaissance (Gelombang Kebangkitan Asia) yang menekankan tentang nilai Asia dan persediaannya berhadapan dengan etika barat.

“Justeru, sekarang adalah masanya untuk kita (masyarakat Timur) menyatakan pendrian tentang usaha pendemokrasian. Dan hal ini juga adalah perkara-perkara asas mengenai kebebasan,” kata Anwar.

KeadilanDaily

Bersih 3.0: Permohonan Anwar diputus esok

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini menetapkan esok untuk memutuskan sama ada membenarkan permohonan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan empat yang lain bagi dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada semua pertuduhan berkaitan perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara pada 28 April, 2012.

Hakim Ahmad Bache juga akan memutuskan sama ada akan membenarkan permohonan pihak pendakwaan bagi penangguhan sementara menunggu permohonan di Mahkamah Persekutuan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengetepikan perintah Mahkamah Majistret yang melarang Dataran Merdeka dijadikan venue perhimpunan itu.

Ahmad memberitahu barisan peguam bela dan pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin bahawa terdapat beberapa isu penting dibangkitkan kedua-dua pihak dalam permohonan masing-masing, dan dengan itu mahkamah memerlukan masa untuk memutuskan perkara berkenaan.

Dalam prosiding hari ini, peguam S. N. Nair yang mewakili Ketua PKR Cabang Rembau Badrul Hisham Shaharin, memberitahu mahkamah yang beliau telah menulis kepada Pejabat Peguam Negara supaya anak guamnya diberikan DNAA daripada pertuduhan itu susulan keputusan Mahkamah Rayuan.

Bagaimanapun, Wan Shaharuddin memaklumkan pihak pendakwaan telah memfailkan notis rayuan di pejabat pendaftar Mahkamah Rayuan semalam dan ia (perbicaraan) patut ditangguhkan sementara menunggu keputusan oleh mahkamah itu.

Sinar Harian

Rabu, Januari 08, 2014

Terbongkar!!! Pemimpin Wanita Umno Selangor untung ‘atas angin’ RM13 juta

rafizi_HQPETALING JAYA 8 JAN: Pemimpin Wanita Umno Selangor, Raja Ropiah Raja Abdullah mendapat untung atas angin RM13 juta berikutan pambatalan kontrak pembinaan Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas), kata Pengarah Strategi KEADILAN Rafizi Ramli

Menurut Rafizi, kontrak Awan Megah Sdn Bhd bagi membina Puspahanas telah lama lupus, sekaligus menjadikannya batal dan memberi keuntungan RM13 juta melalui deposit kerajaan.

“Dengan terbatalnya perjanjian diantara Boustead, Astacanggih dan Awan Megah, bermakna wang deposit yang telah dibayar kepada Awan Megah sebanyak RM13 juta hangus begitu sahaja,” kata Rafizi pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Sebelum ini Awan Megah Sdn Bhd milik Raja Ropiah menandatangani perjanjian jual beli dengan Boustead Holdings Berhad melalui anak syarikatnya, Astacanggih Sdn Bhd yang dikuasai peniaga permadani, Deepak Jaikishan.

Rafizi yang juga pemegang saham Boustead berkata, projek Puspahanas sebelum ini dianugerahkan kepada Awan Megah memerlukan bon tanah sebagai jaminan kerja (performance bond) kepada kerajaan.
Namun, syarat perjanjian (conditons precedent) diantara Awan Megah dan Boustead yang ditandatangani pada 27 Disember 2012 gagal dipatuhi.

Kandungan syarat ialah perjanjian penswastaan baru pembinaan Puspahanas, persetujuan kerajaan Selangor memindah hakmilik tanah dan pembatalan perjanjian dengan Guppy Unip.

Kata Rafizi, Menteri Pertahanan dalam jawapannya di Parlimen pada 2 Oktober 2013 mengesahkan perjanjian baru masih belum dimuktamadkan.

“Bon tanah baru masih belum diserahkan oleh Awan Megah Sdn Bhd,” kata Rafizi.
Justeru beliau akan menulis secara rasmi kepada Ketua Audit Negara untuk mengaudit projek Puspahanas dan pengurusan Boustead untuk mengesahkan status berkenaan.

KeadilanDaily

Selasa, Januari 07, 2014

Saman Fitnah : Chandra tarik balik kenyataan berunsur fitnah terhadap Anwar

KUALA LUMPUR 7 JAN: Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (JUST), Dr Chandra Muzaffar hari ini menarik balik kenyataan berunsur fitnah yang dibuatnya terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Chandra
Penarikan balik kenyataan tersebut dibuat Chandra di Kamar 3, Mahkamah Tinggi Sivil, Kompleks Mahkamah Jalan Duta di Kuala Lumpur pada pendengaran kes saman RM10 juta yang difailkan Anwar terhadap Chandra lebih 5 tahun lalu.

Tiada sebarang kos dan ganti rugi ditetapkan mahkamah.
“Pihak defendan dengan ini menarik balik keseluruhan perkataan-perkataan seperti yang dinyatakan di dalam perenggan 4(I)B dan 4(II)B di dalam pernyataan tuntutan terpinda,” ujar peguam Firuz Hassan, yang mewakili Chandra di hadapan Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohammad bagi memohon penyelesaian terhadap kes saman berkenaan.

Anwar Pada 6 Mac 2008 mendakwa Chandra telah membuat komen berunsur fitnah terhadapnya dalam satu forum bertajuk “Malaysia Decides 2008″ anjuran Star Publication Berhad di Menara Star,Petaling Jaya pada Mac 2008.

COURT_DSAIKenyataan berunsur fitnah oleh Chandra itu kemudian disiarkan oleh akhbar The Star dengan tajuk “Disaster if Anwar is PM” (Malapetaka besar, jika Anwar jadi PM).

Pada penghakiman hari ini, Anwar hadir dengan diwakili Peguam N.Surendran dan Latefa Koya.

KeadilanDaily

Isnin, Januari 06, 2014

Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas? - Anwar Ibrahim

dsai_puchongPUCHONG 6 JAN: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan pendirian mufti Perak, Tan Seri Harussani Zakaria ketika rakyat Malaysia terbeban dengan pelbagai kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

“Bila orang kaya rompak, tindas rakyat, kamu diam. Rakyat yang tertindas di bawah, kamu cela. Kamu mewakili siapa sebenarnya? kata Anwar pada program pidato The Asian Renaissance di Centre for Reform Democracy & Social Initiatives, semalam.

“Ini tidak adil. Sepatutnya dengar dulu penjelasan daripada orang yang datang demonstrasi sebelum memutuskan hukuman,” tegasnya.

Kata Anwar, Harussaini gopoh dan keterlaluan menuduh peserta himpunan membantah kenaikan harga barang pada malam tahun baru 2014 di Dataran Merdeka sebagai bughah dan dihalalkan darahnya untuk dibunuh.

“Walaupun ini pendapat peribadi mufti , tapi kena ingat. Pendapat ini keterlaluan.
“Masalah orang dicincang (dibunuh) di Mesir, di Syria berpunca daripada pendapat yang sebegitu. Memang bahaya,” katanya.

Dalam masa sama, kata Anwar kenyataan akan mendatangkan persepsi negatif terhadap masyarakat bukan Islam..

“Nak jatuhkan hukum itu,dia patut rujuk kepada Jawatankuasa Majlis Fatwa dan ulama’, bincang baik-baik, lebih-lebih lagi dalam isu bughah ini.

“Kita patut ambil sikap menyampaikan dengan baik, bukan menghukum. Isu ini menyebabka kekeliruan dikalangan umat dan kebencian dikalangan bukan Islam,” ujarnya.

KeadilanDaily

Ahad, Januari 05, 2014

Kalau Anwar tak betul pun kita gulingkan


PUCHONG - "Kalau Anwar tidak betul pun kita gulingkan," demikian kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Dr Syed Husin Ali.

Menurut beliau, tindakan itu tidak terhad kepada PKR sebaliknya ia juga wajar dilakukan oleh perwakilan mana-mana parti jika melihat pucuk pimpinan parti tidak berada di landasan yang betul.

"Kita wajib gulingkan pemimpin kalau sudah tidak betul, walaupun saya sendiri dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kalau lihat pemimpin sudah tidak betul, kita wajib gulingkan mereka (pemilihan)," katanya dalam ucapan di Centre For Reform, di sini, hari ini.

Jelas Syed Husin, ahli dan perwakilan parti wajib memberi teguran dan kritikan kepada pimpinan utama dalam membawa pembaharuan dalam hala tuju parti.

Menurutnya, kritikan juga perlu dilakukan sepanjang masa bagi membolehkan parti menambah baik kelemahan sedia ada agar diterima rakyat dan kekal relevan di negara ini.

Tambah beliau, kelemahan parti pemerintah hari ini apabila pemimpin mereka enggan menerima kritikan dan teguran sekali gus membuktikan sistem feudal masih kekal dan menebal dalam pentadbiran negara.

Sinar Harian

Sabtu, Januari 04, 2014

“Kuasa SPRM & polis Sarawak di tangan Taib Mahmud?

taib-mahmudKUCHING 3 JAN: Ratusan laporan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibuat rakyat Sarawak terhadap Ketua Menteri Tan Seri Taib Mahmud berkenaan isu rasuah, rampasan hak tanah adat dan salahguna kuasa.

Namun, sehingga kini Ketua Menteri paling lama di Asia Tenggara itu masih bebas tanpa sebarang siasatan, kata Exco Angkatan Muda KEADILAN, Zulhaida Suboh.

“SPRM & PDRM. Di mana kuasa jabatan anda? Adakah di tangan Taib atau kamu ditunggang Taib?, kata Zulhaida dalam kiriman di Facebooknya.

Beliau mengulas penahanan setiausaha Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sarawak, Yusoff Baharuddin ketika dalam perjalanan menghantar penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) CheguBard ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching 31 Disember lalu.

zulhaida_suboh
Zulhaida (tiga dari kiri) selepas proses ikat jamin
Zulhaida hari ini bersama penyelaras SAMM Kuching, Azan Akma ditemani peguam Dominique Ng menjadi penjamin Yusoff yang direman tiga hari di IPD Simpang 3, Kuching, Sarawak Lanjutan itu, Zulhaida mengingatkan pegawai SPRM dan Polis bahawa gaji mereka dibayar dari wang rakyat daripada cukai.

“Itu adalah wang rakyat yang minta pembelaan dan menuntut keadilan,” katanya.
Dalam pada itu, penyelaras SAMM Kuching, Azan Akma berkata pihaknya kesal kerana polis mengamalkan pilih kasih apabila begitu pantas menangkap aktivis tetapi membisu dengan setiap ancaman terhadap pimpinan Pakatan Rakyat.

“Apakah kerana tulisan beliau di laman sosial atau keterlibatan beliau dengan kempen Nyah Taib yang dilancar SAMM, maka beliau ditangkap dan direman hingga 3 hari?, soal Akma.

KeadilanDaily

Iklan Penaja 2

Hasil carian imej untuk bisnes mudah

Catatan Popular Mingguan

Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Iklan C

Blog Archive