Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, Disember 27, 2013

Terbaik!! Rafizi Jawab menteri umno : Saya tak putar belit isu



SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menafikan kenyataan Kementerian Kewangan yang mendakwa dirinya memanipulasi isu penjualan aset kerajaan. Menurutnya, laporan Bank Dunia jelas menunjukkan perkara itu berlaku selain kementerian hanya memberikan alasan bahawa penjualan aset dan pensekuritian pinjaman perumahan kakitangan kerajaan adalah perkara biasa yang berlaku sebelum ini. “Kenyataan itu tidak dinafikan dan kementerian hanya menyebut perkara biasa sahaja.

 Mengapa tidak jawab dalam konteks laporan yang dikeluarkan Bank Dunia. “Ini menunjukkan Kementerian Kewangan tidak boleh menafikan fakta yang dibentangkan Bank Dunia berkenaan kerajaan terdesak dalam mencapai sasaran defisit,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, semalam. Sebelum ini, beliau mendedahkan laporan Bank Dunia berkenaan penjualan aset negara oleh kerajaan bagi mengurangkan defisit ke paras empat peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seperti mana yang ditetapkan.

Laporan itu juga turut menyentuh pendapatan kerajaan akan dijana sebanyak RM1.4 bilion daripada aktiviti penjualan aset selain sejumlah RM4.2 bilion pula melalui pensekuritian pinjaman perumahan. Rafizi berkata, tindakan kementerian yang tidak menafikan perkara itu membuktikan kerajaan mengakui kesahihan laporan Bank Dunia berkenaan. Dalam kenyataan sama, beliau tidak menolak kaedah pensekuritian pinjaman perumahan kakitangan kerajaan akan terus digunakan sebagai alternatif mudah untuk mendapatkan pendapatan tambahan namun, mengakui perkara itu akan memberikan kesan kepada peminjam.

“Memang mereka (kementerian) kata ia bukan sumber utama dan hanya mencakupi 1.9 peratus daripada hasil kerajaan pusat. Namun, RM1.4 bilion itu satu nilai besar yang boleh digunakan untuk pelbagai perkara. “Mereka perlu faham, walaupun amalan yang dimulakan sejak 2004, pensekuritian pinjaman perumahan menjadi salah satu punca krisis kewangan yang melanda Amerika Syarikat dalam tahun 2007 dan 2008,” katanya.

Justeru, menurutnya, tindakan itu mempunyai risiko tersendiri kerana rumah yang dibeli peminjam digadai dalam pasaran sekunder kepada pelabur yang mereka tidak ketahui. “Pensekuritian membabitkan kerajaan menjual portfolio pinjaman perumahan kakitangan kerajaan kepada pelabur melalui penerbitan bon.

 "Ini bermakna kakitangan kerajaan secara tidak langsung berhutang dengan pelabur yang membeli bon diterbitkan melalui kaedah pensekuritian itu,” katanya. PKR dalam kenyataan sebelum ini yakin sasaran defisit lebih rendah iaitu 3.5 peratus boleh dicapai seperti diunjurkan dalam belanjawan PR melalui penjimatan perbelanjaan kerajaan dan membanteras rasuah.

 Sinar harian..

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...