Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Disember 03, 2013

PR lancar kempen tolak GST - Anwar Ibrahim


KUALA LUMPUR - PR  mengumumkan akan membuat pelancaran besar-besaran Kempen Tolak Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 20 Disember ini di Kelab sultan Sulaiman, Kampung Baru.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia bagi meningkatkan usaha kempen nasional faham GST tolak GST yang dilakukan sebelum ini.

Menurutnya, keputusan itu  dibuat selepas mendapat kata sepakat daripada rakan PR iaitu DAP, Pas dan PKR pada Mesyuarat Majlis Pimpinan PR, di Pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen, semalam.

"Jawatankuasa yang terdiri daripada  Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli; Ketua Publisiti DAP, Tony Pua dan Bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifli Ahmad juga ditubuhkan untuk mewakili tiga parti PR.

"Pelancaran akan dilakukan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang  dan saya sendiri," katanya kepada media.

Beliau berkata, perkara kedua disepakati dalam mesyuarat itu, PR melahirkan keprihatinan tentang cadangan persempadanan semula yang menimbulkan banyak keresahan.

"Terutama dalam keputusan dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dilihat ada  kecurangan berlaku.

"Maka satu Jawatankuasa Khas Persempadanan Semula juga telah dibentuk," katanya.

Tambahnya, PR juga meminta kerajaan Selangor terutama Menteri Besarnya (MB), Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mengkaji semula kenaikan elaun kepada Ahli Dewan Negeri itu.

"Kami setuju dengan kenaikan dilakukan tetapi kami juga peka teguran rakyat justeru meminta MB selangor timbang semula keputusan itu

"Ia demi  mengambil kira setiap teguran sebahagian rakyat yang mahukan kerajaan negeri mengurangkan elaun daripada kadar ditetapkan," katanya.

Anwar berkata, segalanya terserah kepada Khalid untuk menerima pandangan mereka.

"Kami (PR) setuju jumlah elaun itu boleh dikurangkan sebelum boleh dilaksanakan," katanya.

Sinar Haraian.
      

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...