Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Disember 10, 2013

Panas!!! Mat Zain: Najib tahu Gani Patail palsukan keterangan

KUALA LUMPUR 10 DIS: Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim dalam akuan bersumpahnya (SD) mendedahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tahu peranan dimainkan Peguam Negara, Tan Seri Abdul Gani Patail dalam pemalsuan keterangan insiden mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim.

MAT_ZAINMat Zain dalam akuan bersumpahnya menyatakan beliau telah bertemu Najib selama setengah jam yang ketika itu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya pada bulan Oktober 2008.

Menurut SD Mat Zain, pertemuan tersebut diatur oleh seorang ahli perniagaan yang mempunyai hubungan akrab dengan Najib dan beberapa pemimpin tertinggi Umno yang lain.

Mat Zain (gambar) mengesahkan kepada Najib bahawa kejadian pemalsuan keterangan laporan perubatan yang diadukan oleh Anwar memang benar berlaku dan terdapat dokumen- dokumen untuk membuktikan dakwaan Anwar.

Tambahnya, dalam pertemuan tersebut beliau mengesahkan kepada Najib bahawa wujud komplot diantara Gani serta dua individu lain bagi melakukan pemalsuan tiga laporan perubatan berkaitan kecederaan mata lebam Anwar.

Lebih mengejutkan, di dalam akuan tersebut Mat Zain mendedahkan dalam pertemuan tersebut Najib sendiri membuat beberapa komen menunjukkannya seolah-olah tahu apa yang berlaku dan peranan dimainkan Gani Patail.

Mat Zain sebelum ini menyatakan, kerajaan gagal bertindak berdasarkan akaun bersumpah bertarikh 7 Oktober 2013 yang dibuatnya.

keadilanDaily

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...