Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, Disember 05, 2013

MP Pakatan Rakyat lapor polis salah laku Peguam Negara

KUALA LUMPUR 5 DIS: Satu laporan polis terhadap salah laku peguam negara, Tan Sri Ghani Patail dan Datuk Shafee Abdullah dibuat oleh ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat diterajui MP Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Beliau bersama ahli parlimen Rasah, Anthony Loke, G Manivannan (Kapar) Steven Sim (Bukit Mertajam) Teo Kok Seong (Rasah) dan Datuk Takiyuddin Hassan (Kota Bharu) membuat laporan di IPD Dang Wangi semalam.
Shamsul bersama ahli parlimen Pakatan Rakyat
Shamsul bersama ahli parlimen Pakatan Rakyat
Laporan dibuat bagi mendesat siasatan Polis terhadap pendedahan melalui surat akuan bersumpah bekas Pegawai Siasatan Jenayah, Datuk Md Zain Ibrahim yang dibuat pada 7 Oktober 2013.

“Surat Akuan tersebut mendedahkan beberapa perkara yang dilakukan dua individu yang jelas merupakan salah laku jenayah dan perlu tindakan polis dengan segera”
“Yang pertamanya ialah, Tan Sri Gani Patail terlibat dalam tindakan jenayah apabila beliau telah dengan sengaja memalsukan dokumen laporan perubatan bagi tujuan menutup insiden ‘mata lebam’ terhadap Anwar pada 20 September 1998.

“Kedua apabila beliau dengan sengaja tidak mengemukakan keterangan penting delam perbicaraan Pulau Batu Puteh di Mahkamah Keadilan Antarabangs (ICJ) pada 2007 sehingga menyebabkan kehilangan pulau itu kepada Singapura.

“Beliau (Gani) juga telah menerima wang rasuah yang dimasukkan di dalam akaunnya di Hong Kong bagi tindakan beliau dalam kes Pulau Batu Puteh,” kata Shamsul.

ShamsulTambahnya, peguam Shafee Abdullah juga telah melakukan kesalahan kerana menyembunyikan kesalahan Gani Patail.

“Tan Sri Shafee walaupun mengetahui dan sedar kesalahan yang dilakukan Gani Patail, beliau gagal memaklumkan kepada pihak berkuasa walaupun bertanggungjawab berbuat demikian.
“Kegagalan tersebut boleh menyabitkan beliau dibawah Seksyen 202 Kanun Keseksaan,” kata Shamsul (gambar).

KeadilanDaily
      

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...