Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, Disember 26, 2013

Jual aset negara bukti Najib terdesak!!! - Rafizi Ramli

BN

Jual aset negara bukti Najib terdesak capai defisit – Rafizi


PETALING JAYA 26 DIS: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak begitu terdesak untuk mencapai sasaran defisit empat peratus, sehingga sanggup menjual aset negara, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

“Mereka tidak boleh menafikan fakta yang dibentangkan Bank Dunia mengenai terdesaknya pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mencapai sasaran defisit.

“Satu-satunya cara untuk mencapai sasaran defisit empat  peratus yang iumumkan Najib bagi tahun 2013 ialah dengan menjual dan menggadai lebih banyak aset kerajaan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Rafizi  turut menyuarakan kebimbangan terhadap kenyataan Kementerian Kewangan yang mengatakan pensekuritian hutang kerajaan dilaksanakan bagi mewujudkan modal pembiayaan tambahan untuk pinjaman perumahan penjawat awam.

Menurutnya, langkah yang dibuat dalam tahun 2004 dan dikendalikan oleh Cagamas, iaitu syarikat pinjaman perumahan negara akan menjadi punca krisis kewangan seperti Amerika Syarikat.
“Pensekuritian pinjaman perumahan menjadi salah satu punca krisis kewangan subprima yang melanda Amerika Syarikat dalam tahun 2007 dan 2008.

rafizi_pc_pkrhq“Ia mempunyai risiko tersendiri kerana rumah-rumah yang dibeli peminjam digadaikan pula kepada pelabur yang mereka tidak ketahui,” tegasnya.

KEADILAN dalam kenyataan sebelum ini yakin sasaran defisit lebih rendah iaitu 3.5% boleh dicapai seperti diunjurkan dalam Belanjawan Pakatan Rakyat melalui penjimatan perbelanjaan kerajaan dan membanteras rasuah.

Namun, pentadbiran Najib Razak enggan memotong perbelanjaan boros kerajaan menyebabkannya mencari jalan menekan rakyat mengakibatkan pengurangan subsidi, kenaikan tarif elektrik, kenaikan harga barang dan terbaru ialah kenaikan kadar tol.

KeadilanDaily

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...