Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Disember 30, 2013

Islam Benarkan Rakyat Tegur Kerajaan - TGNA



KOTA BHARU: “Apa sahaja cara kita buat untuk menyedarkan kerajaan tentang kesusahan hidup rakyat Islam tidak menghalangnya. “Boleh dibuat, hendak berhimpun ke.. hendak berdoa ke.. atau naik sepanduk pun boleh.

Negara demokrasi Islam membenarkan rakyat tegur kerajaan,” kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Mursyidul Am PAS berkata, Islam memberi peluang kepada rakyat untuk beritahu kesusahan mereka kepada kerajaan.

 “Waktu Saiyidina Abu Bakar jadi Khalifah beliau menyebut kalau aku betul tolong bantu aku, kalau aku salah tolong betulkan aku. “Kemudian bangun seorang sahabat, dia kata kalau kamu salah aku akan betul dengan mata pedang,” katanya ketika ditemui di pejabat Institut Pemikiran Tok Guru di sini, hari ini.

Beberapa NGO termasuk Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) menganjurkan perhimpunan aman pada malam 31 Disember ini bagi mendesak kerajaan menurunkan kos hidup rakyat. Selepas pilihan raya umum lalu kerajaan BN menaikkan harga petrol 20 sen seliter, dan awal tahun hadapan pula kenaikan tarif elektrik 4.99 sen satu kilowatt.

 Selain itu kenaikan tambang LRT, monorel dan kadar tol di 15 lebuh raya. Bagaimanapun kerajaan BN melalui media dikuasainya melabelkan perhimpunan aman tersebut sebagai agenda bagi menggulingkan kerajaan. Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berkata, beliau menyokong perjuangan anak-anak muda yang bersusah payah membawa isu rakyat. “Tidak boleh kita membisu, hak kita menegur.

Hak orang besar mesti dengar. Sebab itu agama tidak boleh diasingkan daripada politik. Kalau agama dianggap lain daripada politik itu tidak kena. “Kalau tidak ada kaitan dengan agama, maka mereka bebas melakukan apa sahaja sehingga boleh menyelewengkan wang rakyat dan sebagainya.

“Bebas macam mana mereka pun makhluk. Dunia yang kita duduk bukan hak kita, apabila mati kita akan disoal dalam kubur lagi,” ujarnya. Menurutnya juga menjadi orang besar (pemimpin) bukan suatu kesenangan.

Kata beliau ketika berada di kerusi Menteri Besar 24 jam hidup dalam keadaan gelisah dan bimbang percakapannya tidak kena pada pandangan rakyat. “Sebab itulah percakapan, perbuatan, tingkat laku saya selalu beringat, takut-takut saya salah.

Alhamdulillah kesilapan yang dilakukan saya ditegur dalam mesyuarat,” katanya.

 Harakahdaily

1 ulasan:

  1. sifat islamik dalam leadership mana ada dalam kerangka budaya politikUMNO..UMNO lahir untuk mengekalkan feudalisme dalam wajah baru supaya institusi raja dapat dikekalkan tatkala Melayu mula berasa institusi raja tidak memberi manfaat kepada survival Melayu...hari ini UMNo mengekalkan tingkah laku raja dulu-dulu dalam magnitud yang lebih rakus. UMNO akan membuat apa saja untuk mengekalkan kuasa hatta menggadaikan kewarganegaraan kepada pendatang asing..ini telah dilakukan oleh Tunku a rahman yang memberi kewarganegaraan kepada pendatang Cina dan India yang dibawaoleh British...UMNOlah pengkhianat Melayu dari zaman ke zaman....

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...