Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Disember 14, 2013

Hanif Omar perlu risaukan isu rasuah, kos sara hidup - Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

KUALA LUMPUR 14 DIS: Kenyataan Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar bahawa ada komplot untuk menghancurkan negara, disifatkan usaha menutup masalah sebenar seperti rasuah dan kenaikan kos sara hidup, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Menurutnya, Hanif sepatutnya bimbang dengan nasib rakyat yang dihimpit kenaikan harga barangan dan bukannya mengeluarkan kenyataan membodek kerajaan ataupun Sultan.

Pada masa ini, katanya, harga rumah, kos bahan api dan barang keperluan harian mengalami kenaikan dan membebankan rakyat, berbanding pendapatan mereka yang tidak berganjak.

“40% isi rumah di negara ini mempunyai pendapatan bawah RM3000 sebulan. Isu ini yang patut beliau bangkitkan. Bukan cuba momokkan rakyat dengan mengeluarkan kenyataan yang tidak relevan,” katanya ketika dihubungi.

Saifuddin berkata, isu hak istimewa Bumiputera, kedudukan raja-raja Melayu dan kesucian agama Islam tidak pernah dipersoalkan Pakatan Rakyat. Sebaliknya, pimpinan PR sendiri komited mempertahankan perkara itu seperti ditegaskan dalam perlembagaan.

“Semasa konvesyen PR di Shah Alam pada 19 Disember 2009, pimpinan tertinggi PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang telah menandatangani deklarasi yang mempertahankan perkara-perkara asas ini sebagai komitmen mereka memeliharanya dalam Perlembagaan Malaysia,” ujarnya.

Dalam pada itu, ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menganggap Hanif menjatuhkan kedudukannya sebagai bekas Ketua Polis Negara dengan menjadikan dirinya seperti ‘lembu dicucuk hidung’ oleh kerajaan.

“Kerajaan telah membuat penyelewengan terhadap hak istimewa Bumiputera. Mereka ‘putera’kan kroni dan mem’bumi’kan kaum Melayu dan Bumiputera,” katanya.
Tambahnya, Hanif patut menyalahkan kerajaan yang gagal dalam menjalankan fungsi sehingga munculnya rakyat negara ini yang mengaku diri sebagai tuhan seperti yang didakwanya.

KeadilanDaily

4 ulasan:

  1. tak abis lagi mamat ni dah lah tu walau pun bekas kpolis apa orang nak heran dengan kenyataan yang macam tu sana komplot situ komplot banyak pula duk merepet

    BalasPadam
  2. dia nilah yang kata tak ada ayat al-Quran yang kata judi itu haram ...... ada juga orang yang caya cakap dia lagi ke ....???

    BalasPadam
    Balasan
    1. kesian apa boleh buat hidayah milik Allah diberikan kepada hambaNya yang dikasihi

      Padam
  3. Dia ni kalau tak buta mgkn bodoh agak ny.Tak payah ada komplot utk menghancur kn negara.Skrg ni pun pun negara dh menuju kehancuran krn tidak amanah ny pemimpin2 negara.Kesejahteraan kehidupan rakyat dh lama hancur,dek kerakusan pemimpin UMNO.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...