Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, Disember 25, 2013

“Gani Patail sedia disiasat, kenapa SPRM tidak bertindak?

KUALA LUMPUR 24 DIS: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga hari ini tidak melakukan sebarang tindakan, meskipun Peguam Negara, Tan Seri Abdul Gani Patail telah membuat tawaran terbuka bagi menyiasat akaun miliknya.

Shamsul Iskandar“Gani Patail telah menawarkan dirinya untuk siasat akaunnya di Hong Kong. Jadi pihak SPRM dan PDRM (Polis Diraja Malaysia) harus melakukan tindakan lanjut.

“Saya mendesak PDRM dan SPRM membentuk Suruhanjaya Khas Diraja yang terdiri daripada pegawai kanan yang berpengalaman.

“Memandangkan kes ini merupakan kes berprofail tinggi melibatkan seorang peguam negara,” kata Shamsul kepada Keadilandaily.

17 Disember lalu, Gani Patail membenarkan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli memeriksa akaun bank miliknya bagi membuktikan Peguam Negara itu sedia disiasat berhubung pendedahan sogokan berkaitan tuntutan bertindih Pulau Batu Puteh.

Manakala ahli parlimen Pakatan Rakyat 4 Disember lalu membuat laporan polis menggesa siasatan berhubung pendedahan tersebut berdasarkan perakuan sumpah (SD) bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim.

SD tersebut mendedahkan wujud unsur rasuah melibatkan Gani dalam kes tuntutan bertindih Pulau Batu Puteh hingga negara kalah dalam tuntutan tersebut.

“Sepatutnya orang yang dimaksudkan dalam akuan tersebut terlibat dalam siasatan, Tak cukup sekadar panggil Md Zain yang membuat akuan sumpah. Adakah terdapat dua undang-undang beralainan?

“Kalau seorang bekas pegawai polis dipanggil, mengapa orang yang berjawatan lebih besar (Peguam Negara) tidak dipanggil untuk siasatan?

“Ini menunjukkan undang-undang pilih kasih (double standard) kata Shamsul.

KeadilanDaily

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...