Angkat nilai murni pelbagai budaya masyarakat Malaysia - Anwar Ibrahim

anwar-ibrahimKUALA LUMPUR 25 DIS: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk mempromosi, mengangkat nilai murni dan meraikan kepelbagaian kebudayaan di negara ini.

“Kita harus mengangkat nilai-nilai murni dalam pelbagai budaya dan memanfaatkan kekuatan dalam berbagai komuniti untuk mencapai Malaysia yang lebih bersatu dan harmoni.

“Ini adalah tatanan masyarakat kita yang perlu dijaga dan dipelihara. Mari kita semua terus menjaga toleransi dan menghormati sesama bangsa dan agama,” kata Anwar dalam perutusan Hari Natal 2013, hari ini.

Anwar turut merai dan menghargai peranan penganut agama Kristian di Malaysia secara khusus dan seluruh masyarakat secara amnya yang mengambil pendekatan toleransi dalam menghadapi perbezaan.
“Tahun ini merupakan tahun ujian hubungan Muslim-Kristian di Malaysia.

“Pendirian yang tidak konfrontasi diambil masyarakat Kristian telah memastikan kelanjutan perdamaian dan keharmonian di Malaysia yang terdiri pelbagai bangsa.

“Mari kita semua terus menjaga toleransi dan menghormati antara bangsa dan agama ,” kata Anwar.
Tambah Anwar, perayaan Krismas yang disambut hari ini wajar dijadikan jambatan perhubungan antara masyarakat Malaysia.

“Hari Natal adalah waktu untuk bersama-sama keluarga dan masyarakat, di mana kesalahan sebelum ini dimaafkan, hubungan lama dipererat, manakala yang baru, dimulai.

“Saya mengucapkan Selamat Natal kepada semua penganut Kristian di Malaysia dan selamat tahun baru 2014 kepada semua warga Malaysia,” kata Anwar.

KeadilanDaily
Previous
Next Post »

1 ulasan:

Write ulasan
Tanpa Nama
AUTHOR
9 Februari 2014 12:07 PTG delete

pui...angkat nilai murni pelbagai budaya masyarakat Malaysia konon cakap boleh brader...buat cam apa2 tah lagi....siang anwar lain malam cam lain plak....

Reply
avatar

Komenlah dan berhujahlah dengan baik... EmoticonEmoticon

Senarai Blog...Geng

Iklan Penaja

Blog Pilihan

iklan penaja.

dana-100-all

Senarai Blog @ Bisnes