Iklan Penaja 1

Picture

Khamis, Oktober 31, 2013

Najib, KDN digesa beri respon isu perisikan Amerika - Anwar Ibrahim

anwar najib

KUALA LUMPUR 31 OKT : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan rasa terkejut kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak mengeluar kenyataan berhubung laporan Kedutaan Amerika Syarikat menjadi pusat operasi aktiviti perisikan.

Katanya, tindakan Najib dan KDN itu dilihat umpama “nampak terlalu lemah” walaupun perkara berkenaan terlalu serius.

“Ini perkara serius untuk negara. Kami minta Perdana Menteri, KDN memberi respon berkenaan perkara ini supaya kita tidak dilihat terlalu lemah.

“Tidak ada negara yang boleh bertoleransi dengan kegiatan perisikan,” katanya pada sidang media di Parlimen, di sini, hari ini.

Sebelum ini, bekas kontrakor agensi keselamatan kebangsaan Amerika Syarikat, Edward Snowden mendedahkan, Amerika dan Australia menggunakan kedutaan untuk melakukkan aktiviti perisikan serda mengumpul data negara berkenaan.

Mengikut laporan, antara negara yang menjadi sasaran aktviti perisikan itu termasuk Benua Eropah dan Benua Asia. -NFN-

Selangorku

Kewangan negara lelah bawah Umno - Azmin Ali

 
Azmin Ali 
Azmin Ali        
KUALA LUMPUR - [Dikemaskini] Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menyatakan pengurusan wang oleh Umno menyebabkan negara mengalami lelah kewangan.

Menurutnya, perkara itu berlaku ekoran tidak mempunyai 'fiscal space' untuk berbelanja kerana hutang negara yang terlalu besar dan ianya tidak mempunyai 'politic will' bagi memerangi rasuah serta ketirisan.

Beliau berkata, kedudukan kewangan negara 'membengkak' disebabkan disiplin fiskal yang diamalkan kerajaan lemah.

"Disiplin fiskal yang lemah menyebabkan hutang negara terus membengkak.

"Pada tahun 1998, hutang negara adalah pada tahap 36 peratus daripada KDNK , meningkat kepada 53 peratus dariapada KDNK dalam tahun 2012 dan dijangka akan meningkat kepada 54.7 peratus kepada KDNK 2014.

"Ini adalah rekod yang tertinggi di Asia Tenggara," katanya lagi dalam perbahasan Bajet 2014, di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Pada Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2014 iaitu sebanyak RM264.2 bilion bagi melaksanakan langkah-langkah, program dan projek untuk kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara.

Daripada jumlah itu, RM217.7 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan operasi, manakala RM46.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

"Di bawah perbelanjaan operasi, kerajaan akan memperuntukkan RM63.6 bilion untuk emolumen dan RM36.6 bilion untuk perkhidmatan dan bekalan.

"Sejumlah RM114.5 bilion diperuntukkan untuk pemberian dan kenaan bayaran tetap, manakala RM1.4 bilion untuk pembelian aset. Baki RM1.5 bilion lagi diperuntukkan untuk perbelanjaan lain," katanya .

Dalam pada itu, Mohamed Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak turut menambah negara hanya menikmati lebihan bajet (budget surplus) selama tujuh tahun selepas kemerdekaan.

"Dalam tempoh 56 tahun negara mencapai kemerdekaan, Malaysia mengalami defisit fiskal selama 49 tahun dan hanya tujuh tahun menikmati lebihan bajet.

"Negara menikmati lebihan bajet lima tahun berturut-turut mulai 1993 iaitu ketika YB Permatang Pauh menerajui Kementerian Kewangan," katanya lagi.

Sinar Harian

Rabu, Oktober 30, 2013

Sultan Selangor pengerusi mesyuarat Majlis Raja-Raja

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu kali ke-233 di Istana Negara di Kuala Lumpur.

Mesyuarat dua hari bermula hari ini dihadiri semua Raja Melayu kecuali Kedah, Kelantan, Perak dan Pahang yang menghantar wakil masing-masing.

Pada mesyuarat itu Raja-Raja Melayu diiringi menteri besar masing-masing manakala yang dipertua negeri Pulau Pinang, Sabah dan Melaka diiringi ketua menteri.

Sementara itu, Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng hadir dengan diiringi Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah dijadual berangkat menghadiri majlis santapan bagi memuliakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu kali ke-233 malam ini.

Seri Paduka juga dijadualkan berangkat ke mesyuarat majlis itu esok.

Malaysiakini

PR akan bantah GST habis-habisan - Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim     
KUALA LUMPUR - PR menentang habis-habisan perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak 6 peratus yang bakal bermula 1 April 2015.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PR akan melakukan bantahan ke seluruh negara mengenai perkara itu dalam masa terdekat.

"Kami akan turun padang membantah perlaksanaan GST ini di seluruh negara. Ini jenayah. Kamu biarkan ketirisan dan rasuah berlaku. Kamu biarkan rakyat tanggung bebannya.

Kami akan lawan habis-habisan," katanya pada perbahasan Belanjawan 2014, di sidang Dewan Rakyat, semalam.

Anwar, yang juga Ketua Umum PR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, GST juga dijangka memberikan lebih kesan negatif kepada golongan penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.

"Pengurangan permintaan domestik di kala permintaan luar berkurangan boleh membawa negara ke dalam kemelut kemelesetan ekonomi," katanya.

Beliau menjangkakan GST dinaikkan kepada 8 peratus pada 2016.

"Ini kerana cukai ini adalah antara yang paling mudah dikenakan. Pelaksanaan GST akan merangsang kerajaan yang boros ini untuk menaikkan kadar GST tatkala kesempitan," katanya.

Anwar turut mengulangi pendiriannya bahawa GST masih belum boleh dilaksanakan dan perlu terus dikaji sehingga pendapatan rakyat berada pada tahap memuaskan.

"Selain itu, kutipan cukai pendapatan juga perlu diperbaiki seluruhnya dan sehingga kedudukan ekonomi negara berada pada tahap lebih memberangsangkan," katanya.

Minggu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan GST akan dilaksanakan mulai April 2015, dengan menegaskan tindakan itu diambil setelah kerajaan mengkajinya secara terperinci.

Najib berkata, 2015 adalah tempoh yang paling sesuai untuk negara melaksanakan GST yang akan mengawal inflasi yang rendah, selain menangani kelemahan dalam sistem percukaian.
Sinar Harian

Selasa, Oktober 29, 2013

PKR Menasihatkan : Buat pilihan tepat, elak hidup terbeban

SHAH ALAM - PKR menasihatkan pengundi di Dun Sungai Limau supaya membuat pilihan tepat pada pilihan raya kecil (PRK) minggu depan supaya tidak terperangkap dengan janji manis yang bakal membebankan hidup rakyat termasuk apabila Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan pada 1 April 2015.

Pengarah Komunikasinya, Fahmi Fadzil menegaskan, rakyat sewajarnya memilih wakil yang dapat membantu dalam menjimatkan penggunaan dana awam daripada pemborosan, ketirisan dan penyelewengan agar ia dapat dimanfaatkan untuk kebajikan rakyat sepenuhnya.

"Pengundi perlu hantar mesej yang jelas dan mereka tidak mahu GST membebankan hidup mereka apatah lagi masyarakat Melayu masih ramai yang miskin di bawah pentadbiran Umno-BN.

"Saya harap pengundi sedar apabila memilih seseorang pemimpin kerana ada implikasinya kepada hidup rakyat jika tersalah pilih," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas lanjut kenyataan Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican semalam yang menyifatkan pembangkang 'menangguk di air keruh' apabila kerap memutarbelitkan isu GST ketika berkempen PRK Dun Sungai Limau.

Dalam pada itu, Fahmi turut menyifatkan kenyataan Reezal itu sebagai tidak wajar dan tidak bersesuaian dengan amalan demokrasi negara ini apabila beliau meminta pembangkang menghentikan mempolitikkan isu cukai baru itu.

Tegasnya, rakyat Malaysia masih terkilan dengan tindakan kerajaan BN selepas PRU13 lalu apabila menaikkan harga petrol dan diesel sebanyak 20 sen, apatah lagi kehadiran GST yang hanya meningkatkan kos sara hidup.

"Kenyataan itu tidak sesuai dengan semangat demokrasi sekarang, kita perlu lihat kepada dasar secara keseluruhan.

"...sebelum perkenal cukai baru itu, kerajaan sepatutnya atasi kelemahan mengurusan ekonomi negara, tiada guna pendapat meningkat jika pemborosan dan ketirisan terus berlaku," katanya lagi.

Sinar Harian

Anwar Ibrahim dakwa syarikat gula untung 1 bilion

Subsidi gula sebanyak 34 sen dihapuskan bermula Sabtu lalu iaitu sehari selepas pembentangan Bajet 2014. Gambar fail.Subsidi gula sebanyak 34 sen dihapuskan bermula Sabtu lalu iaitu sehari selepas pembentangan Bajet 2014. Gambar fail. Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa penghapusan subsidi 34 sen sekilogram bagi gula memberikan keuntungan sebelum cukai syarikat monopoli gula sehingga RM1 bilion dengan lonjakan keuntungan 20% hingga 25%.

Ketua Pembangkang itu berkata, penghapusan subsidi itu hanya menjimatkan wang kerajaan sebanyak RM551.25 juta.

"Apa yang menjadi pertanyaan kita ialah mengapa korporat mendapat keuntungan berganda akibat penghapusan subsidi gula dan rakyat dibebankan dengan kenaikan harga gula," katanya di Parlimen hari ini.

Beliau berkata, liberalisasi gula perlu dilakukan untuk mengelak monopoli berterusan yang boleh mengekang kenaikan harga gula akibat pemotongan subsidi dengan penyertaan syarikat baru.

Anwar berkata, pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) gagal mengimbangi pengurangan subsidi dengan sejumlah RM7.29 bilion subsidi dikurangkan bagi 2014 dengan RM39,408 bilion berbanding RM46.698 bilion pada 2013.

“Potongan subsidi sebanyak RM7.29 bilion jauh melebihi kenaikan bayaran BR1M untuk 2014. Kesimpulannya, perbezaan sebanyak RM5.6 bilion yang dikutip oleh kerajaan ini masih akan dibiayai oleh penerima BR1M kerana pengurangan subsidi walaupun BR1M ditambah," katanya.

Semasa membentangkan Bajet 2014 pada Jumaat, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penghapusan subsidi gula secara serta-merta. - 28 Oktober, 2013.

TheMalaysiaInsider

Isnin, Oktober 28, 2013

Buat apa saya mahu gulingkan Khalid, bidas Anwar Ibrahim


KUALA LUMPUR - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan adanya usaha untuk menggulingkan kerajaan negeri Selangor yang ditadbir oleh Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Anwar hari ini mengakui memang ada membuat teguran terhadap Abdul Khalid supaya hasil pendapatan negeri dapat ditumpukan kepada rakyat terutama di dalam bidang pendidikan dan infrastruktur, namun tidaklah sampai ke tahap mahu menggulingkan kerajaan negeri itu.

"Memang teguran dibuat walaupun tidak dalam konteks yang benar, saya puji kerajaan Pulau Pinang dan Selangor kerana pengurusan ekonomi yang baik, saya gesa kerana lebihan itu, supaya dapat menumpu kepada rakyat terutama dalam bidang pendidikan dan terutamanya dalam bidang infrastruktur.

"Itu sahaja yang saya tekankan, saya kata itu sahaja yang saya bagi contoh saya dapati Shah Alam, jalan setiap minggu saya dapat aduan, rosak dan sebagainya, jadi saya kata dekat Khalid ada pegawai bagi laporan baik (tentang keadaan jalan) tapi di jalan itu berlopak.

"Sebab itu ada orang kata Anwar mahu gulingkan, buat apa saya mahu gulingkan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Anwar juga berkata, desas-desus yang bertiup kencang kononnya Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mahu mengambil alih tampuk kerajaan negeri tidak ada dalam pengetahuannya.

"Azmin, kalau dia nak ambil alih tak kan saya tak tahu, yang tahu Utusan dan Utusan yang paling prihatin tentang masalah ini," ujarnya.

Sinar Harian

Teks Penuh Ucapan Perbahasan Belanjawan Negara 2014 oleh Ketua Pembangkang (DSAI)


anwar ibrahim parliament 1

1. Sebenarnya, Bajet Barisan Nasional 2014 hanyalah satu pengulangan dan pengekalan sikap boros berbelanja Barisan Nasional yang hanya mementingkan dan menguntungkan segolongan kecil rakyat disebalik penambahan derita ekonomi dan bebanan kewangan rakyat terbanyak

2. Meskipun Bajet Barisan Nasional diramalkan akan mengakibatkan pengurangan defisit Negara dari 4% kepada 3.5% KDNK, apabila dikaji dengan lebih teliti, masalah fiskal ini tidak diatasi dengan cara yang betul. Perbelanjaan pengurusan negara sepatutnya dikurangkan melalui pengurangan perbelanjaan perbekalan dan perkhidmatan yang selalunya terededah kepada ketirisan dan pembaziran, manakala, perbelanjaan pembangunan sepatutnya ditambah untuk menjana lebih banyak program-program pembangunan ekonomi

3. Ciri dan masalah utama Bajet Barisan Nasional adalah perbelanjaan pengurusan negara sekali lagi naik daripada RM 216.2 billion (2013) kepada RM 217.6 billion (2014), manakala, perbelanjaan pembangunan terus-menerus dikurangkan daripada RM 45.1 billion (2013) kepada RM 44.5 billion (2014). Perbelanjaan subsidi untuk rakyat pula dikurangkan serta mendadak sebanyak RM 7.3 billion dan seterusnya cengkaman kewangan rakyat ditambahkan melalui GST pada kadar 6% pada 2015

4. GST juga merupakan suatu kebimbangan memandangkan ianya merupakan suatu bentuk cukai regresif yang sekiranya dilaksanakan dalam keadaan ekonomi kini akan menyebabkan pelebaran jurang ketidakseimbangan pendapatan (“income inequality’) yang wujud kini.

5. Di dalam keghairahan pemimpin Barisan Nasional meniru penyelesaian ekonomi dari Barat, seperti GST, kita tidak mahu wujudnya suatu keadaan ketidakseimbangan pendapatan yang lebih buruk di Malaysia, di mana golongan berada bertambah kaya, golongan bawahan semakin menderita, sepertimana yang sedang dialami di Amerika Syarikat. Menurut suatu kajian yang dibuat oleh Emmanuel Saez di University Calfornia Berkeley, mengenai permasalahan ketidakseimbangan pendapatan di Amerika Syarikat bertajuk “Striking it Richer: The Evolution of Top Incomes in the United States” bertarikh September 2013, beliau mendapati bahawa; “the top 1% incomes (of the population) grew by 31.4% while bottom 99% incomes grew only by 0.4% from 2009 to 2012. Hence the top 1% captured 95% of the income gains in the first three years of the economic recovery hence, close to recovering, while the bottom 99% have hardly started to recover”

6. Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat 2014, Pakatan Rakyat dengan jelas telah menggariskan cadangan pengurangan defisit dengan menangani ketirisan dan pembaziran yang rata-ratanya membarah pada perbelanjaan pengurusan menurut Laporan Ketua Audit Negara
Realiti Ekonomi Global

7. Prospek yang lebih baik bagi ekonomi global pada tahun 2014 berbanding 2013 oleh badan dunia seperti OECD, IMF dan Bank Dunia pada kadar 3.0% hingga 4.0% tidak boleh dijadikan alasan untuk Malaysia bersikap tidak endah akan kedudukan fiskal dan pembangunan ekonomi negara

8. Ini adalah kerana ramalan di atas masih lagi tertakluk kepada beberapa faktor global yang penuh ketidaktentuan seperti siling hutang kerajaan dan penarikan semula “quantitative easing” di Amerika Syarikat, kelembapan ekonomi Eropah akibat kesan penjimatan dan pertumbuhan ekonomi negara China yang kurang memberangsangkan

9. Berdasarkan ketidaktentuan di atas, pengurusan ekonomi yang berhemah perlu menjadi dasar utama kerajaan untuk memastikan Malaysia tidak terpaksa berdepan dengan risiko kenaikan kos khidmat bayaran hutang negara secara mendadak, penguncupan permintaan dalam negeri bagi mengimbangi sebarang penurunan permintaan luar akibat kemerosotan eksport dan risiko defisit berkembar pada belanjawan negara dan penguncupan akaun semasa

10. Mutakhir ini, kita telah menyaksikan satu siri pasang surut modal di dalam pasaran aset global kerana para pelabur terutamanya yang dahulunya selesa dengan era “wang mudah” kini dilihat menjual asset-aset yang lebih berisiko terutamanya dalam pasaran negara membangun dan lebih cenderung mengalihkan pelaburan mereka ke dalam aset pasaran maju yang dilihat lebih baik dan selamat

11. Sekiranya jangkaan pemulihan ekonomi global yang lebih meluas dan muktamad tidak menjadi kenyataan, kemerosotan eksport semasa dijangkakan akan terus memberi tekanan ke atas sektor pembuatan Malaysia sehingga hujung tahun ini, mengheret pertumbuhan KDNK pada kadar yang lebih perlahan dan melewatkan pemulihan muktamad bagi ekonomi Malaysia ke suku kedua 2014 meskipun sokongan yang memberangsangkan dari permintaan domestic swasts dan awam. Buat masa ini, Pakatan Rakyat menjangkakan ekonomi Malaysia akan berkembang pada kadar 5.2% bagi tahun 2014

12. Jangkaan pengurangan subsidi berterusan dan pengenalan Goods & Services Tax (GST) dilihat sebagai usaha konsolidasi fiskal untuk mengelakkan kemungkinan penurunan taraf kepada penarafan kredit berdaulat Malaysia berikutan semakan bagi “outlook” kepada negatif daripada stabil oleh Fitch Ratings pada hujung bulan Julai 2013, berkemungkinan memberi tekanan ke atas inflasi pada masa hadapan.

13. Pengurangan berterusan kepada lebihan akaun semasa Malaysia, yang mengecil kepada hanya RM2.55 billion pada suku kedua 2013 berbanding purata sukuan sebanyak RM23.93 billion di antara 2005 dan 2012, memungkinkan Malaysia menghadapi masalah defisit berkembar (“twin deficit”) dalam jangka masa yang terdekat.

PRESTASI KERAJAAN BN SEMENJAK PRU-12

Prestasi buruk dan tiada kesungguhan pengurangan perbelanjaan pengurusan

14. Berdasarkan data Kementerian Kewangan di dalam Laporan Ekonomi tahunannya, jelas bahawa, perbelanjaan  pengurusan sebenar bertambah setiap tahun mulai 2010. RM 151.6 billion 2010, RM 182.6 billion 2011, RM 205.5 2012 dan RM 216.2 untuk anggaran 2013. Kadar purata pertambahan untuk setiap tahun adalah sebanyak RM 22 billion atau 13%

15. Perbelanjaan pembangunan pula menurun secara konsisten setiap tahun bermula 2010, iaitu RM 51.3 billion 2010, RM 45.3 billion 2011, RM 44.3 billion 2012 dan RM 45.1 billion untuk anggaran 2013. Kadar purata pengurangan setiap tahun adalah sebanyak RM 2 billion atau 5%

16. Ini ditambah pula dengan perbekalan tambahan yang dilakukan 2 kali setahun secara berterusan semenjak 2009

17. Kajian perbedaan di antara anggaran jumlah perbelanjaan tahunan dengan jumlah perbelanjaan sebenar tahunan mendapati bahawa “underestimation” jumlah perbelajaan tahunan kerajaan adalah pada kadar purata 7% setiap tahun

18.  Kadar purata peningkatan jumlah perbelanjaan tahunan kerajaan tahun demi tahun pada 9% juga amat membimbangkan terutamanya apabila kadar pertumbuhan ekonomi hanya pada 4% hingga 5% setahun. Dalam ertikata lain, kadar kenaikan perbelanjaan mengatasi kadar pertumbuhan ekonomi yang boleh menjurus ekonomi Negara kepada keadaan yang lebih parah

19. Kami juga ingin memaklumkan Dewan ini bahawa sebelum pimpinan Dato’ Seri Najib, kerajaan selalunya memperuntukkan 30 hingga 35% daripada jumlah perbelanjaan untuk perbelanjaan pembangunan. Tetapi pada era Dato’ seri najib, nisbah ini telah turun pada kadar 20%. Perlu diingatkan bahawa masih banyak pembangunan perlu dilakukan di kawasan pendalaman dan negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak yang bakal mengecapi sedikit keselesaan sekiranya perbelanjaan pembangunan ditingkatkan

20. Jika kesemua permerhatian ini diambilkira, adakah ini gambaran sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan berhemat dikala rakyat menderita akibat kesempitan ekonomi dan bebanan kewangan?

21. Oleh itu, perlukah Dewan ini percaya akan angka-angka anggaran yang diberi kerajaan untuk tahun 2014? Setiap kali anggaran perbelanjaan dibuat sudah tentunya jumlah perbelanjaan sebenar akan menjadi lebih besar dan sudah tentu juga akan ada perbekalan tambahan. Kami menganggarkan bahawa perbelanjaan pengurusan 2014 akan bertambah sekurang-kurangnya 10% lagi iaitu RM 22 billion, menjadikan perbelanjaan pengurusan berjumlah sekitar RM 240 billion. Ini bermakna paras defisit keseluruhan Negara bagi 2014 akan meningkat kepada RM 59 billion. Berkemungkinan besar kadar defisit negara boleh melonjak pada kadar yang lebih tinggi daripada kadar 3.5% KDNK yang dianggarkan untuk 2014. Terima kasih Barisan Nasional!

22. Di samping permasalahan defisit negara, perlu juga diingatkan bahawa penguncupan akaun semasa akibat penguncupan lebihan dagangan boleh mengheret Malaysia ke dalam permasalahan ‘twin defisit’. Ini boleh menyebabkan Malaysia kehilangan kekuatan fiskal untuk menangani kemelesetan ekonomi yang mungkin timbul akibat kelembapan berterusan ekonomi global. Perdagangan lebihan (trade surplus) untuk 2014 dianggarkan pada RM 57.3billion berbanding RM 64.3 billion (2013), RM 94.82 billion (2012), RM 124.24 billion (2011). Anggaran 2014 hampir menyamai tahun 1998 pada RM 58.44 billion.

23. Inilah kerajaan BN yang sebenar. Kerajaan boros yang kini dilamun kerunsingan akibat penerusan keborosan dan kecuaian menjaga ekonomi negara tetapi masih tidak ada kekuatan untuk mengakui kelemahan ini dengan mengurangkan perbelanjaan pengurusannya demi mengurangkan bebanan kewangan rakyat.

LANGKAH PENGURANGAN SUBSIDI

Pengurangan subsidi menguntungkan siapa?

gula-naik-1

24. Kami mendapati tiada pengurangan sebenar pada perbelanjaan pengurusan melainkan pengurangan subsidi. Antara penuruan subsidi yang dimaklumkan adalah;
a.  penghapusan sebanyak RM 551.25 juta subsidi gula oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
b. pengurangan sebanyak RM 505.365 juta untuk minyak masak melalui Skim Penstabilan Harga Minyak Masak oleh Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi

25. Kita semua maklum akan kesan penghapusan subsidi gula di mana lonjakan segera sebanyak 34 sen/kg telah terkesan. Akibat dari penghapusan in, industri gula akan dimonopoli oleh 2 syarikat utama iaitu Malaysian Sugar Manufacturing (dimiliki Felda Global Ventures) dan Central Sugar (dimiliki Tradewinds).

26. Pendapatan kasar industri gula adalah sekitar RM 4 billion setahun. Pada kebiasaannya, keuntungan sebelum cukai syarikat gula adalah sekitar 9%. Setelah kemasukan syarikat dimiliki Tan Sri Mokhtar ke dalam sektor ini, keuntungan sebelum cukai telah melonjak naik kepada 15%. Dengan penghapusan subsidi, kentungan sebelum cukai syarikat-syarikat di dalam sektor ini dijangka melonjak ke 20% hingga  25% dengan pengumpulan keuntungan hampir RM 1 billion, akibat pengukuhan monopoli oleh kedua syarikat ini. Yang menjadi pertanyaan kita mengapa korporat mendapat kentungan berganda akibat penghapusan subsidi gula dan rakyat dibebankan dgn kenaikan harga gula?

27. Seharusnya liberalisasi industri gula perlu dilakukan untuk mengelakkan monopoli berterusan yang boleh mengekang kenaikan harga gula akibat pengurangan subsidi dengan kemasukan syarikat-syarikat pembekal baru. Dengan izin: Remove monopoly to allow free market mechanism to take place

28. Ketika rakyat masih lagi dikejutkan dengan kenaikan harga gula, mengapa Perdana Menteri dalam ucapan bajet beliau segan mengumumkan kenaikan harga minyak masak yang bakal dihadapi akibat pengurangan subsidi yang bernilai RM 505 juta yang hampir sama dengan subsidi gula yang dihapuskan?

29. Kita sedia maklum bahawa syarikat-syarikat pengeluar minyak masak yang dibarisi Felda, Sime Darby dan sebagainya semestinya juga mendapat keuntungan yang banyak kerana syarikat-syarikat ini memiliki ladang-ladang kelapa sawit yang banyak.

30. Mengapa kerajaan pilih untuk mengurangkan subsidi dan menyembunyikan kesan pengurangan subsidi minyak masak? Di dalam keadaan semasa di mana pengeluaran minyak mentah kelapa sawit dunia berada pada tahap yang tertinggi, kerajaan Indonesia sebagai contoh telah memperuntukkan subsidi minyak kelapa sawit (CPO) sebanyak 2 liter kepada setiap isirumah dan juga subsidi untuk biofuel. Mengapa kerajaan Malaysia tidak pilih inisiatif sebegini untuk menyerap pengeluaran CPO yang berlebihan sebaliknya membebankan rakyat dengan harga minyak masak yang bakal dinaikkan?

31. Jelas apabila dilihat kepada pengurangan subsidi bahan makanan seperti gula dan minyak masak ini, yang rugi dan terus dibebankan adalah rakyat. Sebaliknya korporat-koporat besar terus dibelai dan dilindungi daripada kerugian.

Pendekatan Pakatan Rakyat

32. Pakatan Rakyat tidak mengambil pendekatan pengurangan subsidi sebagai langkah utama untuk mengurangkan defisit negara. Sebaliknya, Belanjawan Pakatan Rakyat 2014 mencadangkan pengurangan perbelanjaan pengurusan negara sebanyak 10% bagi setiap kementerian dan agensi kerajaan sebagai langkah utama yang akan dicapai menerusi;
a. Penangguhan kenaikan gaji dan merasionalkan elaun pegawai atasan kerajaan dan menteri kabinet
b. Pengkajian semula polisi perbelanjaan kerajaan terutama sekali dalam pemberian kontrak dan prokumen peralatan
c. Pengutamaan perbelanjaan di mana perbelanjaan yang dianggap kurang berfaedah seperti Program Khidmat Negara yang menelan belanja RM 800 juta setahun ditangguhkan ataupun diberhentikan serta-merta sehingga kajian dibuat
d. Penangguhan projek-projek yang mempunyai kandungan import yang tinggi dan kesan pengganda yang rendah

33. Belanjawan Pakatan Rakyat juga akan menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas ke atas kes-kes ketirisan dan penyelewengan yang dilaporkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 bagi mengurangkan ketirisan di dalam perbelanjaan Negara sekiranya berkuasa.

34. Sebagai contoh penjimatan, sebanyak RM 1.1 billion boleh dijimatkan di dalam Pengurusan Projek Mansuh oleh Jabatan Kerja Raya, RM 1.6 billion dalam projek penyediaan sistem kawalan keselamatan di sekolah/institusi pendidikan dan termasuk perbelanjaan hari belia selama seminggu yang menelan belanja RM 67.6 juta dan bukan hanya bayaran k-pop sebanyak RM 1.6 juta.

35. Belanjawan Pakatan Rakyat 2014 juga mencadangkan penubuhan sebuah Defence Accounts Committee Dwipartisan yang dianggotai oleh wakil kerajaan, pembangkang dan pakar pertahanan awam yang akan memantau kesemua perbelanjaan pertahanan yang tidak diklasifikasi sulit. Penjimatan sebanyak RM 3.5 billion boleh dicapai menerusi inisiatif ini. Tiada langsung inisiatif untuk memperbaiki dan mengkaji semula polisi pemerolehan pertahanan negara yang diselimuti pelbagai kontroversi di dalam Bajet 2014.

Pemberian BR1M tidak cukup untuk mengimbangi pengurangan subsidi

36. Menurut Laporan Ekonomi 2013/2014 (mukasurat 36), jumlah penerima BR1M (dan berpendapatan kurang RM 3,000 sebulan) adalah 4.8 juta isirumah yang layak, manakala angka Jabatan Perangkaan Negara adalah pada 2.65 juta isirumah. Sekiranya jumlah sebenar isirumah yang layak adalah benar lebih rendah, adakah ini satu lagi bentuk kebocoran yang bakal direstui kerajaan BN? Sekiranya juga angka kerajaan yang lebih tinggi adalah benar, maka tidakkah ini juga bermakna golongan berpendapatan rendah di Malaysia semakin bertambah?

37. Sejumlah RM 7.29 billion subsidi dikurangkan untuk 2014 (RM 39,408 billion) berbanding 2013 (RM 46.698 billion). Pada 2013, bayaran untuk BR1M berjumlah RM 2.9 billion. Untuk 2014, penambahan bayaran BR1M dianggarkan bertambah sebanyak RM 1.7 billion. Dengan ini, potongan subsidi sebanyak RM 7.29 billion jauh melebihi kenaikan bayaran BR1M untuk 2014. Kesimpulannya, perbezaan sebanyak RM 5.6 billion yang di kutip oleh kerajaan ini masih akan dibiayai oleh penerima-penerima BR1M kerana pengurangan subsidi, walaupun BR1M ditambah.

38. Perlu dimaklumkan juga di Dewan yang Mulia ini bahawa kerajaan masih belum menunaikan janji-janjinya yang berkait dengan BR1M pada PRU-13 yang lalu. Kerajaan menjanjikan kenaikan BR1M untuk setiap isirumah dari RM500 kepada RM1200. Hingga kini hanya RM 650 diberi. Begitu juga bantuan BR1M kepada warga bujang yang dijanjikan untuk dinaikkan dari RM 250 kepada RM 600. Setakat ini hanya RM 300 diberi. Inilah kerjaan BN dengan slogan kosongnya: “janji ditepati”
Pengurangan perbelanjaan pembangunan kepada rakyat luar bandar, belia dan rakyat terbanyak, Sabah dan Sarawak

39. Bajet BN 2014 juga telah menyatakan pengurangan perbelanjaan pembangunan yang agak tinggi kepada kementerian dan agensi kerajaan yang berperanan untuk membantu golongan berpendapatan rendah luar bandar.

40. Di antara yang boleh kami ketengahkan adalah:
a. Pengurangan peruntukan untuk pembangunan perkhidmatan kesihatan luar bandar sebanyak -RM 130 juta
b. Pengurangan peruntukan pembangunan luar bandar, termasuk Institut Kemahiran Mara (- RM 50 juta), Bekalan Elektrik luar bandar (-RM 47 juta), bekalan air luar bandar (-RM 136 juta), Jabatan Kemajuan Orang Asli (-RM 24 juta).
c. Pengurangan peruntukan pembangunan jalan-jalan dan jambatan oleh Kementerian Kerja Raya di Sabah & Sarawak (-RM 158 juta).

41. Ini berbeda dengan Belanjawan 2014 Pakatan Rakyat yang juga akan menyegerakan pembinaan dan menaiktaraf lebuhraya Pan-Borneo untuk menghubungkan semua bandar di Sabah dan Sarawak. Pakatan Rakyat juga akan menyelesaikan isu-isu tanah Orang Asal secepat mungkin dengan menyegerakan pengeluaran geran-geran tanah agar Orang Asal dapat memiliki tanah untuk menjana pendapatan. Pakatan Rakyat juga akan mengkaji semula polisi Kabotaj untuk Sabah dan Sarawak untuk mengurangkan harga barangan di sana

42. Sebaliknya, jumlah peruntukan perbelanjaan untuk pengurusan Jabatan Perdana Menteri naik sebanyak RM 1.5 billion untuk 2014 berbanding 2013

43. Jelas bahawa pembangunan golongan berpendapatan rendah terus dipinggirkan tetapi pembayaran yang tinggi untuk khidmat jururunding-jururunding yang mahal di Jabatan Perdana Menteri terus dikekalkan dan ditambah

Duplikasi agensi sedia ada bakal merugikan negara

44. Beberapa agensi baru akan ditubuhkan yang bakal mempunyai matlamat yang sama seperti agensi yagn sudah sedia ada. Ini akan menyebabkan duplikasi dan pembaziran. Antara contoh adalah:
a.  The Malaysian Green Foundation dengan geran pelancaran sebanyak RM15 juta apabila  Green Technology Corporation Malaysia sudah diwujudkan
b. Skim Permulaan Entreprenor Melayu Bumiputera (SUPERB) dengan peruntukan permulaan sebanyak RM30 juta apabila kita sudah mempunyai TERAJU dengan geran mudah cara sekurang-kurangnya RM 412 juta
c. Penubuhan Pusat Inovasi dan Kreatif Global Malaysia (MaGIC) dengan peruntukan sebanyak RM50 juta apabila kita sudah mempunyai Agensi Inovasi Malaysia dan Yayasan Inovasi Malaysia.
d. Apakah motif penubuhan New Entrepreneurs Foundation (MyNEF) dan SME Corp dimana kedua-duanya mempunyai objektif yang sama?

45. Pakatan Rakyat juga mencadangkan agar 1MDB digabungkan bersama Khazanah Nasional Berhad memandangkan keduanya mempunyai objektif dan fungsi yang sama. Penggabungan ini boleh menjimatkan perbelanjaan pengurusan yang bernilai berjuta ringgit dan ia juga penting bagi menjana keyakinan para pelabur dan penganalisa luar terhadap 1MDB yang kini dianggap tidak telus, penuh kerahsiaan dan diselubungi pelbagai kontroversi, terutama sekali dalam isu siapakah yang mendapat habuan keuntungan terbesar dalam penerbitan bon bernilai USD 3 billion melalui Goldman Sachs yang bertaraf ‘sovereign’ pada bulan April 2013.

gst
GST

Malaysia tersendiri dan rakyat bakal kesempitan

46. Walaupun GST pada dasarnya diandaikan boleh menjadi mekanisma penjana hasil yang berkesan dengan pengenaan cukai kepada kesemua rakyat serta mengekang ‘ekonomi gelap’ dan pengelakkan cukai yang berleluasa, Pakatan Rakyat berpendirian bahawa:

47. GST merupakan cukai regresif di mana golongan berpendapatan rendah dan tinggi akan membayar GST. Walaubagaimanapun, golongan berpendapatan rendah dan menengah akan kehilangan peratusan pendapatan yang lebih tinggi untuk membayar GST berbanding golognan berpendapatan tinggi. United Nations Conference on Trade and Development UNCTAD, di dalam laporannya “Trade and Development Report 2012: Policies for Inclusive and Balanced Growth” telah menyatakan bahawa Value-Added Tax (VAT) atau Goods and Services Tax (GST) adalah bersifat regresif; “The lower share of the income tax yield and the higher share of VAT(or GST) in total tax revenues indicate that the tax system overall is more regressive in developing and transition economies than in developed countries”;

48. Kemungkinan penyalangunaan kuasa oleh kerajaan persekutuan sebagai jalan mudah untuk meningkatkan hasil secara cepat kerana GST selalunya berada pada kadar yang lebih rendah berbanding tahap cukai pendapatan;

49. GST boleh menjadi punca utama kenaikan inflasi. CIMB Research meramalkan bahawa perlaksanaan GST pada mana penyelewengan berleluasa dan penguatkuasaan yang lemah (kerana ketiadaan Akta Anti-Pencatutan, Akta Persaingan, sistem laporan) akan membolehkan pertambahan inflasi kepada tahap 5% lebih tinggi dari tahap sekarang;

50. Menurut satu kajian oleh Wee Chong Hui (Wee Chong Hui, 2006, Fiscal Policy and Inequality in Malaysia, Universiti Malaya Press, Kuala Lumpur) GST oleh menyumbang kepada pelebaran jurang pendapatan isirumah (income inequality) yang merupakan antara masalah utama di Malaysia

51. GST juga mampu membantutkan pertumbuhan ekonomi dan merangsang pertumbuhan sector ‘ekonomi gelap’ terutama sekali dalam negara-negara membangun. Joseph Stiglitz dalam kertas pembentangannya berjudul “Development Oriented Tax Policy” mengatakan: “Economists have long recognized that any market taxation encourages non-market production, and that this can constitute a significant distortion. …Similar issues arise in developing countries, except is not only labor within the household which escapes taxation, but work in the informal sector, which typically cannot easily be monitored, or monitored at all. Accordingly, a VAT or GST shifts resources away from the formal sector into the informal sector, lowering GDP”

52. Keperluan Malaysia untuk melaksanakan GST berbeda dengan negara-negara lain dan tidak boleh dibandingkan secara terus

53. Sebagai contoh, GST dilaksanakan di Singapura kerana perlunya kerajaan menambah pendapatan akibat bilangan cukai pendapatan rakyatnya yang terhad. Kadar kenaikan pendapatan lebih tinggi dari kenaikan kadar cukai. Sebelum perlaksanaannya, Singapura sudahpun mempunyai sistem percukaian yang sistematik dan GST dimulakan dengan kadar yang lebih rendah, iaitu 3%, dan dikekalkan selama 7 tahun berikutnya

54. Menyenaraikan negara-negara seperti Rwanda, Zimbabwe dan Cambodia untuk menjustifikasikan pelaksanaan GST di Malaysia adalah tidak sesuai sama sekali memandangkan negara-negara tersebut tidak mempunyai sistem kutipan cukai pendapatan yang baik ditambah juga dengan keberhasilan yang sedikit. Jadi, negara-negara ini patut melaksanakan GST untuk menjamin pendapatan berterusan

55. Komuniti perniagaan seluruhnya menjangkakan penambahan kos sebanyak RM 2 bilion untuk penyediaan sistem dan pematuhan perundangan (compliance)

56. Pelaksanaan SST pada 2013telah membawa masuk RM 16.4 bilion ke dalam kantung negara, manakala, pelaksanaan GST pada kadar 6% dijangka akan membawa pulangan tambahan sebanyak RM 12 billion kepada negara menurut kajian CIMB Research. RM 12 billion tambahan melalui melalui GST ini sudah semestinya dibiyai oleh kesemua rakyat.

57. GST dijangkakan akan memberikan lebih kesan negatif kepada golongan penerima BR1M yang berpendapatan kurang dari RM 3,000 sebulan. Dengan terlaksananya GST, bantuan BR1M yang diberikan untuk membantu golongan ini berbelanja bagi tujuan memacu ekonomi melalui permintaan domestik akan terkesan. Pengurangan permintaan domestik dikala permintaan luar berkurangan boleh membawa negara ke dalam kemelut kemelesetan ekonomi

58. Lazimnya, kerajaan yang melaksanakan GST akan menaikkan kadar GST di masa hadapan kerana cukai ini adalah antara yang paling mudah dikenakan.  Perlaksanaan GST akan merangsangkan kerajaan yang boros ini untuk menaikkan kadar GST tatkala kesempitan

59. Oleh itu kami berpendirian bahawa GST masih belum boleh dilaksanakan dan perlu terus dikaji sehingga pendapatan rakyat berada pada suatu tahap yang memuaskan, kutipan cukai pendapatan diperbaiki seluruhnya dan sehingga kedudukan ekonomi negara berada pada tahap yang lebih memberangsangkan

60. Kerajaan BN tidak mempunyai legitmasi moral untuk mengenakan GST kepada kesemua rakyat selagi mereka tidak memperbaiki perbelanjaan mereka dan mengurangkan kebocoran dan penyelewengan.

Penutup

61. Seperti yang saya sebutkan pada awal bicara, Bajet Barisan Nasional 2014 hanyalah satu pengulangan dan pengekalan sikap boros berbelanja Barisan Nasional yang hanya mementingkan dan menguntungkan segolongan kecil rakyat disebalik penambahan derita ekonomi dan bebanan kewangan rakyat terbanyak

62. Sesungguhnya inilah kerajaan yang tidak “menepati janji (“Janji ditepati”) dan yang mendahulukan rakyat (“Rakyat Didahulukan) dan bukan dirinya sendiri terutama sekali dalam menyelesaikan permasalahan defisit negara yang telah kekal lama semenjak PRU-12 yang lalu

Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat

Pemimpin negara enggan laksana hukum Syariah, kata Aziz Bari


Hukuman hudud di Kelantan perlu mengikut kerangka negeri. Gambar fail.Hukuman hudud di Kelantan perlu mengikut kerangka negeri. Gambar fail.Pakar undang-undang, Dr Abdul Aziz Bari, berkata undang-undang syariah tidak dilaksanakan di Malaysia disebabkan pemimpin negara sendiri yang enggan melaksanakannnya.

Beliau berkata, sektor perbankan dan zakat dilaksanakan mengikut prinsip syariah di Malaysia maka tiada sebab hukuman kepada pesalah tidak diadili berlandaskan hukum Syariah.

“Alasan yang mengatakan undang-undang negara ini sebagai sekular adalah daripada mereka yang tidak selesa dengan undang-undang Syariah.

 “Perbankan Islam sudah ada, pelaksanaan zakat juga dibuat dan sebagainya, namun undang-undang Islam tidak dilaksanakan atas desakan pihak tertentu,” katanya seperti dilaporkan portal milik PAS Harakahdaily hari ini.
Abdul Aziz berkata, pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah ll (1993) mengandungi hukum hudud yang digubal dan bakal dilaksanakan di Kelantan mampu dilaksanakan dengan syarat perlu mengikut laluan yang dibenarkan Perlembagaan.

Katanya, kehendak rakyat Kelantan yang mahu hukuman hudud dilaksanakan perlu mengikut kerangka negeri kerana undang-undang tersebut tidak bertentangan dengan dasar yang diterima di dunia.
"Kerajaan negeri perlu melakukan sesuatu supaya ia selaras dengan peruntukan undang-undang di peringkat Persekutuan.
 "Kemenangan PAS di peringkat pusat bersama Pakatan Rakyat adalah antara faktor penting bagi melaksanakan perkara itu," katanya.

Awal bulan ini, bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad berharap kerajaan menimbangkan cadangan kuasa Mahkamah Syariah diletakkan di bawah kerajaan Persekutuan dan bukan kerajaan negeri dalam usaha menambah baik dan mengatasi masalah berkaitan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Beliau berkata, sekiranya Mahkamah Syariah masih berada di bawah kerajaan negeri,  bidang kuasanya amat terhad dan banyak kes tidak dapat diselesaikan.

Abdul Hamid berkata, beliau turut mencadangkan  hakim Mahkamah Sivil bersidang bersama seorang hakim syarie atau menggabungkan kedua-dua mahkamah berkenaan ketika perbicaraan bagi mendapatkan satu keputusan yang tepat.

Katanya, sekiranya sesuatu kes itu bersangkut dengan isu syariah, maka Mahkamah Sivil tidak akan buat keputusan dengan alasan ia terletak dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah. - 28 Oktober, 2013.

TheMalaysiaInsider

Sabtu, Oktober 26, 2013

Bajet BN 2014 hanya tambah beban rakyat - DSAI


KUALA LUMPUR 25 OKT : Gagal memperbetulkan ketirisan puluhan bilion wang rakyat. Itu adalah intipati Bajet 2014 yang dibentangkan Perdana Menteri, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain itu, tegas Anwar, pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 April 2015 pada kadar 6 peratus hanya akan menambahkan bebanan rakyat.

“Tidak ada pertimbangan untuk memperbetulkan soal kebocoran, ketirisan puluhan bilion, tidak ada soal pembaziran hendak dibetulkan dan juga memperbaiki pengurusan Kerajaan.

“Yang terpaksa mereka lakukan kerana kedudukan fisikal yang lemah ialah percukaian. GST hanya akan membebankan rakyat bawahan dan akan menambahkan pelebaran jurang kaya dan miskin,” kata Anwar selepas pembentangan bajet oleh Datuk Seri Najib Razak di parlimen.

Keduanya tambah Anwar, kerajaan menaikkan harga gula, dengan hujah yang cukup lemah dan remeh sekali.
Mengulas sama, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata pelaksanaan GST hanya menyebabkan rakyat yang tidak pernah membayar cukai akan terpaksa membayar cukai.

“Di Malaysia hanya enam peratus penduduk yang bayar cukai. Di Malaysia hanya 15 peratus daripada pekerja yang bayar cukai. Sekarang semua kena bayar cukai,” katanya.

Tambahnya, Kerajaan Pusat tidak berlaku adil kepada rakyat yang berpendapatan rendah kerana rakyat yang tidak pernah membayar cukai selama ini terpaksa membayarnya.

Keadilandaily

Bajet jerat golongan pendapatan rendah - Azmin Ali


KUALA LUMPUR - Pengumuman Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya akan menjerat golongan berpendapatan rendah.

Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali berkata, pengumuman pelaksanaan GST dalam Bajet 2014 menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin PR.

“Pengenalan cukai GST ini pasti membebankan golongan berpendapatan rendah, iaitu kalau ada hujah yang mengatakan GST ini memacukan pelaburan dan simpanan, saya tidak nampak asasnya perkara ini, tetapi mungkin ia lebih sesuai untuk golongan kaya kerana pendapatan mereka lebih besar.

“Jadi mereka boleh peruntukan dan boleh bayar cukai barangan dan perkhidmatan, tapi tidak untuk mereka yang berpendapatan rendah,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Presiden PKR berkata, bajet selepas pilihan raya menambah beban rakyat berbanding Bajet 2013 yang memberi pelbagai bantuan kepada rakyat.

“Ini adalah belanjawan pasca pilihan raya dan sebab itu kita tidak nampak sebarang imbuhan untuk memancing undi. Tetapi merupakan bajet orang kaya dan menekan berpendapatan rendah.

“Apabila berbicara soal miskin bukan kita berbicara miskin tegar dan keperluan isi rumah, tapi dengan adanya GST ini ia akan memberi beban termasuk mereka yang baru berkahwin, baru dapat kerja dan mereka yang ada ramai anak,” katanya.

Sinar Harian

Jumaat, Oktober 25, 2013

Tujuh projek baru Selangor bernilai RM38.22 bilion


khalid dunSHAH ALAM 25 OKT : Ekonomi Selangor dijangka terus berkembang melalui tujuh projek pembangunan membabitkan tanah seluas 3,771.81 hektar dengan nilai perbangunan kasar dianggarkan berjumlah RM38.22 bilion.

Tujuh projek pembangunan itu sudah diluluskan Majlis Perancangan Fizikal Negara membabitkan tanah milik kerajaan dan swasta yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam satu mesyuarat, pada 17 Oktober lalu.

Projek pembangunan yang dirancang itu membabitkan pembangunan bercampur di Bandar Bukit Raja, Kapar (Sime Darby), pembangunan bercampur di Rawang (Kundang Properties), resort golf 18-lubang di Batang Kali (Mines Gold & City Sdn Bhd) dan pembangunan bercampur di Beranang, Hulu Selangor (Riverside Hills Sdn Bhd).

Selain itu, antara projek lain adalah projek perumahan dan komersil di Dengkil, Sepang (Tristar Acres Sdn Bhd), projek perumahan di Semenyih, Hulu Langat (UEM Land Berhad) dan pembangunan semula kawasan Institut Penyelidikan Getah Malaysia di Sungai Buloh (Kwasa Ldn Sdn Bhd).

Jabatan Perancangan Bandar dam Desa dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri (MTES), semalam turut mengesahkan sebanyak 85,415 unit rumah akan dibina melalui pembangunan terbabit untuk didiami 403, 700 orang.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata kerajaan negeri akan terbabit secara aktif dalam projek berkenaan kerana  memberi kesan yang besar dan faedah secara langsung kepada rakyat.

Beliau yang mempengerusikan mesyuarat mingguan itu turut mengarahkan kakitangan kerajaan dan agensi negeri memberi kerjasama sepenuhnya kepada agensi persekutuan yang terbabit dalam pembangunan projek berkenaan.

Abdul Khalid berkata, syarikat air yang akan dilantik kerajaan negeri selepas penstrukturan semula air diselesaikan akan memainkan peranan penting bagi membekalkan air bersih secara cekap sebagai perkhidmatan utama kepada penduduk di kawasan baru berkenaan.

“Kerajaan Selangor sangat komited untuk menyelesaikan penyusunan semula industri air dan berharap pengambilalihan ini selesai, akhir tahun ini seperti yang ditetapkan menteri.
“Pasukan kami terdiri daripada kumpulan profesional yang pakar dan berpengalaman dalam pengurusan air bersedia. Tugas mereka yang pertama adalah mengurangkan kadar air tidak berhasil (NRW),” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, pagi ini

Selangorku

Agong berkenan serah watikah pelantikan kepada 13 anggota Majlis Agama Islam


KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini berkenan menerima menghadap dan mengurniakan watikah pelantikan kepada 13 anggota Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dan tiga anggota Majlis Agama Islam Melaka (Maim) di Istana Negara di sini.
  
Turut hadir pada majlis itu ialah Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tun Dr Abdul Rahman Abbas, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Penguna dan Hal Ehwal Agama Islam Datuk Abdul Malik Abul Kassim dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang merangkap Setiausaha MAINPP Datuk Sazali Hussein.
  
Mendahului senarai penerima MAINPP ialah Yang Dipertua MAINPP Datuk Mohd Salleh Man diikuti Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Datuk Farizan Darus, Penasihat Undang-undang Negeri Pulau Pinang Datuk Faiza Zulkifli dan Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang Datuk Mokhtar Mohd Jait.
  
Turut menerima watikah pelantikan itu ialah Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abd Rahim Hanafi, Hakim Mahkamah Rayuan di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Datuk Yusof Musa dan Pegawai Agama Istana Negara Datuk Abd Aziz@Aziz Che Yacob.
  
Enam lagi anggota MAINPP ialah Dr Danial Zainal Abidin, Rosidi Hussain, Zainudin Haniff, Norhayati Jaafar, Dr Wan Salim Wan Mohd Noor dan Afnan Hamimi Datuk Taib Azamudden.

Sementara itu, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron mengetuai penerima watikah Maim diikuti Pegawai Kewangan Negeri Melaka Datuk Zainal Hussin dan Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar) Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Datuk Prof Dr Mizan Hitam.
  
Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Pengerusi Maim Datuk Yaakub Md Amin, Mufti Kerajaan Negeri Melaka Datuk Rashid Redza Mohd Salleh, Canselor Universiti Kolej Sedaya International (UCSI), Tan Sri Panglima Dr Abd Rahman Arshad, Ketua Hakim Syarie, Mahkamah Syariah Malaysia Tan Sri Ibrahim Lembut dan Timbalan Ketua Polis Melaka Datuk Shah Gzali Khan Shahadat.

Sinar Harian

MB sedia timbang tambah peruntukan - Azmin Ali


Azmin: MB sedia timbang tambah peruntukan
 
Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim sedia mempertimbangkan cadangan untuk menambah peruntukan pembangunan dalam Bajet Selangor 2014, seperti yang dikemukakan dalam memorandum Kelab Penyokong Kerajaan (BBC).

Katanya, menteri besar menetapkan satu tarikh pada awal November depan untuk bertemu dengan BBC bagi memaklumkan sama ada cadangan mereka – yang disifatkan Khalid sebagai "cukup mengagumkan" – akan disertakan dalam bajet negeri itu

NONE"Tan Sri Khalid pada kelazimannya membaca mana-mana memorandum daripada pelbagai pihak satu atau dia kali, tetapi daripada BBC, beliau baca tiga kali, kerana beliau berpendapat cadangan BBC cukup impresif.

"(Oleh itu) Beliau telah menetapkan satu tarikh untuk kembali kepada BBC untuk memaklumkan cadangan kami. Ini menunjukkan ada satu kerja yang positif bahawa kerajaan menerima pandangan kita," kata Azmin ketika dihubungi Malaysiakini lewat petang ini.

ADUN Bukit Antarabangsa itu menjangkakan pertemuan itu akan berlangsung minggu pertama awal November sebelum mesyuarat pra-bajet yang dijadual berlangsung 8 November depan.

Dalam pertemuan lebih tiga jam itu bermula 3 petang ini, Azmin berkata Khalid pada dasarnya bersetuju dengan pendirian BBC bahawa wang rezab negeri mesti dibelanjakan untuk pembangunan demi kebaikan rakyat negeri itu.

"Beliau juga akan meneliti cadangan BBC dalam bidang strategik untuk diberi peruntukan pembangunan," kata Azmin sambil menambah pertemuan itu yang dihadiri kira-kira dua pertiga daripada 44 ADUN Pakatan Rakyat.

NONEBBC antara lainnya mencadangkan tambahan peruntukan untuk perumahan rakyat, isu tebatan banjir, isu pendidikan dan belia dan sukan termasuk meminta kerajaan negeri memantau prestasi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang tidak mencapai tahap yang ditetapkan.

Beliau berkata cadangan untuk mengurangkan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM100 juta dalam bajet tersebut dimaklumkan kepada mereka dalam satu taklimat oleh menteri besar 3 Oktober lalu.

Azmin yang juga ahli parlimen Gombak berkata Khalid dalam pertemuan hari ini menyatakan kesediaan untuk meneliti semula rancangan tersebut.

Menteri besar mengambil kira pandangan BBC bahawa “tidak wajar untuk mengurangkan belanja pembangunan dalam suasana kemungkinan berdepan kegawatan ekonomi," katanya.

Azmin berkata, BBC menyambut baik kesediaan Khalid dan pegawai kerajaan negeri untuk memberi ruang untuk berbincang mengenai cadangan mereka selepas menerima keluhan daripada akar umbi.

"Saya akui ada (cadangan) yang penting, ada dan ada yang boleh ditangguhkan. Tetapi mesti ada tradisi perbincangan dengan BBC kerana kita mengetahui rakyat di bawah," katanya lagi.

Azmin berkata pertemuan itu berlangsung dengan keadaan baik, yang turut dihadiri exco kerajaan negeri, pegawai kerajaan dan speaker DUN Selangor.

Malaysiakini

Khamis, Oktober 24, 2013

PR mahu Ketua Pembangkang setaraf Kabinet

Nga Kor Ming                                                                         
KUALA LUMPUR - PR menggesa kerajaan supaya mengiktiraf jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen sebagai setaraf Menteri Kabinet.

Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming berkata, penghormatan terhadap institusi pembangkang adalah antara intipati penting dalam sebuah sistem demokrasi matang.

Menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dicadangkan mengumumkan pengiktirafan itu ketika membentangkan Belanjawan 2014, Jumaat ini.

“Sudah tiba masanya kerajaan melakukan pembaharuan supaya amalan demokrasi negara setaraf dengan negara maju, khasnya negara Komanwel yang mewarisi sistem demokrasi ala Westminster berparlimen sama,” katanya di lobi Parlimen, semalam.

Beliau berkata, di Malaysia layanan kepada institusi Ketua Pembangkang adalah ketinggalan.

“Bukan sahaja tiada sebarang peruntukan, pejabat Ketua Pembangkang hanya ada tiga orang pembantu.Keadaan ini amat menyukarkan pembangkang menjalankan pemeriksaan ke atas kerajaan, berbanding Jabatan Perdana Menteri yang mempunyai lebih 90,000 pekerja dan jumlah bajet pengurusan melebihi RM4.2 bilion setahun,” katanya.

Tambahnya, di peringkat negeri, keadaan lebih teruk dan tidak munasabah, kecuali Pulau Pinang dan Selangor yang diperintah PR yang memberi pengiktirafan kepada jawatan Ketua Pembangkang.

“Di dua negeri ini PR sedia kereta rasmi, pembantu mencukupi dan elaun tambahan, tetapi negeri lain di bawah pemerintahan BN tidak dilakukan,” katanya.

Sinar Harian

Sampai kiamat Islam tak terima tuntutan mereka - Bekas Mufti Perlis


SAMPAI kiamat pun Islam tidak akan terima tuntutan yang dibuat Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango) kerana ia bercanggah dengan Islam dan kedudukannya sebagai agama Persekutuan.

Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, tuntutan itu lebih bersifat hak asasi manusia, bukan hak beragama Islam.

“Saya lihat Comango memperjuangkan hak itu (tuntutan) berdasarkan pentakrifan mereka tentang sesuatu agama kerana golongan sebegini diibaratkan seperti tiada Tuhan.

“Malah mereka percaya apa yang diperjuangkan lebih suci dan perlu dipenuhi. Padahal Islam menganggap tuntutan itu adalah kufur serta salah di sisi agama,” katanya.

Dr Asri berkata, umat Islam tidak akan membiarkan tuntutan Comango yang telah diamalkan di beberapa negara barat seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat, dihalalkan di negara ini.

Katanya, Comango tidak sepatutnya membuat tuntutan sedemikian, malah mereka sepatutnya menghormati agama ini sebagai satu budaya dalam masyarakat.

Beliau yakin, umat Islam tidak akan mengiktiraf tuntutan sedemikian kerana Islam mempunyai pegangan tersendiri.

“Kita berpegang pada al-Quran dan hadis. Saya yakin tidak mungkin berjaya membuat tuntutan itu di negara Islam meskipun mereka berjaya di negara Kristian.” katanya.

Sinar Harian

Rabu, Oktober 23, 2013

Gempak!!! Menuntut Semua Anggota Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Letak Jawatan


KENYATAAN MEDIA | 23 OKTOBER 2013

Menuntut Semua Anggota Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Letak Jawatan Kerana Gagal Melaksanakan Tanggungjawab

Semua anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dituntut meletakkan jawatan beramai-ramai atas kegagalan melaksanakan tanggungjawabnya menurut Perlembagaan Persekutuan bagi menjalankan ulangkaji persempadanan.

Perkara 113 (2) dan 113 (3) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan ulangkajian bahagian-bahagian pilihanraya dijalankan oleh SPR dengan lat tempoh tidak kurang daripada 8 tahun antara tarikh siapnya ulangkajian yang terdahulu.

Kerajaan mengesahkan persempadanan terdahulu bagi Semenanjung dan Sabah diluluskan pada 21 Mac 2003, manakala Sarawak pada 10 Jun 2005.

Oleh yang demikian, lat tempoh Semenanjung & Sabah berakhir pada 21 Mac 2011 dan sepatutnya ulangkajian masing-masing bermula selepas itu. Kemudian Sarawak seharusnya bermula selepas 10 Jun 2013.

Tuntutan dan tanggungjawab Perlembagaan ini terus terabai. SPR gagal laksanakannya. Ini pengabaian dan kegagalan serius.

Sebelum ini SPR gagal jalankan PRU13 secara adil dan bebas selain berbangkit masalah proses yg pincang kerana isu dakwat yang tak kekal dan daftar pemilih yang tercemar.

Pakatan Rakyat menuntut seluruh anggota SPR meletakkan jawatan atas pengabaian dan kegagalan melaksanakan tanggungjawab Perlembagaan.

DATO SERI ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG MALAYSIA

KEADILAN muafakat pertahan kemenangan PAS di DUN Sg Limau

SUNGAI LIMAU 22 OKT: Pakatan Rakyat muafakat mahu mempertahan kemenangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu 5 November ini.

Pendirian itu dizahirkan melalui permuafakatan pemimpin KEADILAN yang berkampung di Sungai Limau mulai semalam untuk memberi sokongan penuh kepada calon PAS, Azam Samad pada hari penamaan esok.

prkn20Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali; Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Dr Mansor Othman antara pemimpin yang menyertai ceramah perdana dan majlis pengumuman calon di Markas Utama PAS Jerai malam tadi.

Kira-kira 3 petang tadi, Azmin, Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin; Adun Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin; Ahli Parlimen Alor Setar, Gooi Hsiao Leung bergandingan dalam program Ramah Mesra Bersama Aktivis dan Anggota Cabang Alor Setar dan Kuala Kedah di Pejabat Majlis Pimpinan Negeri.

Turut serta, Ahli Majlis Tertinggi, Dr Xavier Jayakumar dan Adun Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari.

Program diteruskan di Kampung Setia Jaya, Sedaka, Yan dengan Pelancaran Bilik Gerakan Utama KEADILAN Negeri dan jentera parti kira-kira 5 petang ini yang turut dihadiri Adun Bakar Arang, Simon Oii.

Esok mereka juga sepakat akan berarak ke Pusat Penamaan di Pejabat Daerah Yan dan mengiringi Azam sebelum berkempen selepas itu.

Azam merupakan Ketua Pemuda PAS Jerai yang juga bekas guru bakal berdepan calon BN, Ahmad Sohaimi Lazim.

KeadilanDaily

Selasa, Oktober 22, 2013

Negara jimat RM30 bilion jika tidak diseleweng – Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR 22 OKT: Pakatan Rakyat menganggarkan penjimatan antara RM20 bilion dan RM30 bilion setiap tahun jika pembaziran dan penyelewengan berdasarkan Laporan Tahunan Ketua Audit Negara dihentikan.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, wang negara boleh dijimatkan jika kerajaan bertindak tegas terhadap kementerian terlibat dengan salah laku dan pembaziran.

DSAI“Antara contoh pembaziran besar dilaporkan adalah RM2.051 bilion dibelanjakan dari 2010 ke 2012 dari jumlah RM3.689 bilion peruntukan kepada Kementerian Pelajaran untuk membayar pengawal tidak bersenjata di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian.

“Walaupun ia berniat baik, namun ketiadaan sistem pemantauan mengakibatkan perkara itu disia-siakan dan dianggarkan sebanyak RM1.6 bilion dibazirkan,” kata bekas Menteri Kewangan itu dipetik Sinar Harian.
Anwar berkata, pengurusan 83 projek Mansuh oleh Kementerian Kerja Raya, dianggarkan berjumlah RM2.2 bilion turut mencatat kerugian tinggi.

“Kerugian dianggarkan RM1.1 bilion atau 50 peratus daripada nilai asal disebabkan kelemahan pemantauan projek dan kegagalan menuntut balik bayaran daripada kontraktor,” katanya.

Menurutnya, bagi menjamin perbelanjaan kerajaan diuruskan dengan efisien dan teratur, Pakatan akan melancarkan program rasionalisasi kos untuk setiap kementerian dan jabatan kerajaan, khusus bagi mencapai pengurangan 10 peratus perbelanjaan operasi.

“Program ini akan dicapai melalui penangguhan sementara kenaikan elaun Menteri Kabinet dan Ketua-ketua Jabatan Kerajaan. Pakatan turut menggariskan pengkajian polisi perbelanjaan kerajaan.

“Selain itu, mekanisme subsidi sasaran dan pengawalan barangan subsidi perlu diperkemaskan bagi mengelakkan salah guna,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan cadangan Belanjawan Pakatan  Rakyat 2014 di bangunan Parlimen, semalam.

KeadilanDaily

Cukai RPGT, henti PKLN antara cadangan bajet alternatif - Anwar (PR)

Cukai RPGT, henti PKLN antara cadangan bajet alternatif

Usaha menghentikan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan mengkaji dasar perbelanjaan kerajaan, terutama dalam kontrak dan perolehan peralatan, adalah antara beberapa cadangan dalam Belanjawan Alternatif 2014 pakatan pembangkang.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata melalui belanjawan berkenaan pakatan pembangkang juga akan memperkenal sistem cukai keuntungan hartanah (RPGT) pada tahap sebelum 2007, iaitu cukai berperingkat pada kadar 30 peratus bagi tahun pertama sehingga cukai terendah lima peratus bagi penjualan pada tahun kelima.

NONE"Ini bertujuan mengekang kegiatan spekulasi hartanah yang berlebihan," katanya pada sidang media mengenai Belanjawan Alternatif 2014 pakatan pembangkang di bangunan Parlimen di Kuala Lumpur, hari ini.

Anwar, yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh, berkata PLKN akan dihentikan sementara waktu sehingga kajian dibuat oleh Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC).

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, yang juga Setiausaha Agung DAP, pada sidang media yang sama berkata melalui belanjawan alternatif 2014, pakatan pembangkang akan memberi peruntukan tambahan kepada sekolah aliran vernakular pada kadar RM300 bagi seorang pelajar setahun.

"Sebanyak 1,854 sekolah janaan rakyat atau pun yang ditakrifkan sebagai sekolah bahasa ibunda harus diberikan bantuan tambahan ikut kepala, ini akan melibatkan peruntukan RM22 juta setahun, untuk meningkatkan mutu pembelajaran dan pembangunan sekolah bahasa ibunda, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil dan Cina," katanya.

Malaysiakini

Isnin, Oktober 21, 2013

Pakatan Rakyat jamin perbelanjaan efisyen dan teratur - DSAI

anwar belanjawan PR 

KUALA LUMPUR 21 OKT: Pakatan Rakyat (PR) menganggarkan penjimatan sekurang-kurangnya RM20 hingga RM30 billion sekiranya semua pembaziran dan penyelewengan yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 dapat dihentikan.

Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata bagi menjamin perbelanjaan kerajaan yang lebih efisyen dan teratur, PR akan mengambil tindakan tegas terhadap kementerian yang terbabit dalam salah laku serta pembaziran seperti dilaporkan.

Beliau berkata, pembaziran perbelanjaan yang dikenal pasti adalah membabitkan Kementerian Pelajaran Malaysia berjumlah RM2.051 billion dari tahun 2010 ke 2012 yang digunakan untuk membayar pengawal tidak bersenjata bagi mengawal sekolah dan institusi pengajian tinggi daripada jumlah RM3.689 bilion peruntukan yang disalurkan.

“Walaupun berniat baik, namun ketiadaan sistem pemantauan mengakibatkan pengawal yang berumur dan tidak disahkan latar belakang dibenarkan bertugas.

“Selain itu, kamera litar tertutup (CCTV) juga tidak berfungsi untuk diguna bagi memastikan keselamatan pelajar sekolah,” katanya ketika bercakap dalam sesi pembentangan Belanjawan PR 2014, di Parlimen, hari ini.
Anwar berkata, PR akan melancarkan program rasionalisasi kos untuk setiap kementerian dan jabatan kerajaan dalam usaha mencapai pengurangan perbelanjaan sebanyak 10 peratus.

“Perkara ini akan dicapai melalui penangguhan sementara kenaikan elaun menteri kabinet dan ketua-ketua jabatan. PR juga menyarankan pengkajian semula polisi perbelanjaan kerajaan terutama dalam pemberian kontrak dan perokumen peralatan.

“Selain itu, pelaksanaan lain adalah kekemasan mekanisma subsidi dan pengawalan barangan subsidi seperti petrol, diesel, gula serta tepung bagi mengelak salah guna subsidi,” katanya.

Katanya, tindakan itu harus dilaksanakan sebagai usaha mengkaji semula keutamaan perbelanjaan negara dengan mengurang dan menghapuskan program yang tidak berkesan serta kurang berkepentingan. -NFN-

Selangorku

PR tunda bentang bajet, elak diciplak - DSAI

KUALA LUMPUR - [Dikemaskini] Pakatan Rakyat (PR) akan mengumumkan laporan lengkap Belanjawan PR 2014 sehari sebelum kerajaan Barisan Nasional membentangkan Bajet 2014 pada Jumaat ini.
 
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan itu terpaksa diambil bagi mengelakkan kerajaan BN "menciplak" idea dan rangka belanjawan pembangkang seperti mana yang berlaku pada tahun lalu.
 
"Butiran terperinci (Belanjawan PR) akan disiapkan dalam tempoh tiga hari kerana sebelum ini kita pernah siapkan seminggu lebih awal namun ia telah dicuri oleh kerajaan BN tanpa memaklumkan hal tersebut.
 
"Kami tidak kisah jika kerajaan Datuk Seri Najib mengambilnya dan berterima kasih dengan cadangan PR itu, tetapi kami tidak lihat perkara itu dilakukan sebaliknya," katanya kepada pemberita semasa membentangkan Pra-Belanjawan PR 2014 di Bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Jelas Anwar, Belanjawan Alternatif 2014 PR akan memperkenalkan reformasi fiskal dalam memastikan pencapaian defisit fiskal bajet pada kadar tiga peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dapat dicapai menjelang 2015.

Selain itu katanya, langkah itu membolehkan Malaysia mencapai lebihan bajet selewat-lewatnya pada 2018 sekali gus negara berupaya mengatasi kemelut hutang pada masa akan datang.

"Reformasi fiskal ini dijangka membolehkan Malaysia keluar dari kemelut hutang yang kini melebihi RM500 bilion dan pembayaran hutang yang melebihi RM20 bilion setahun," katanya.

Tambahnya, kebergantungan pertumbuhan ekonomi negara yang berasaskan pinjaman juga akan beralih kepada pertumbuhan ekonomi yang dijanakan oleh aktiviti perbelanjaan kerajaan.

Bagi menjamin perbelanjaan kerajaan yang lebih efisien dan teratur, PR juga memperkenalkan program rasionalisasi kos dengan pengurangan perbelanjaan operasi sebanyak 10 peratus untuk setiap kementerian dan jabatan kerajaan.

"Ia dapat dicapai dengan penangguhan sementara kenaikan elaun menteri Kabinet dan ketua-ketua jabatan kerajaan, mengkaji semula polisi perbelanjaan kerajaan terutama dalam pemberian kontrak dan prokumen peralatan dan mengawal barangan subsidi daripada disalahgunakan," katanya lagi.

Bagi mencapai matlamat itu juga, PR mencadangkan supaya pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ditangguhkan kerana ia dilihat lebih membebankan golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

"Kajian menyeluruh mengenai trade-off cukai korporat atau peribadi dengan GST dilakukan dan diperjelaskan kepada rakyat untuk mengelakkan rakyat dibebani dengan pertambahan cukai," katanya lagi.
 
Sinar Harian

Ahad, Oktober 20, 2013

Belanjawan Alternatif PR fokus pertahan hak rakyat - Anwar Ibrahim


Anwar, Kit Siang, Hj hadi

SHAH ALAM, 20 OKT : Belanjawan Alternatif 2014 yang dibentangkan Pakatan Rakyat (PR) akan memberikan fokus kepada usaha mempertahankan hak dan kepentingan rakyat dalam mengharungi gelombang krisis ekonomi mendatang.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Belanjawan Alternatif itu akan dibentangkan pada Isnin (21 Okt) di Parlimen sebelum Bajet 2014 dibentang Perdana Menteri pada 25 Oktober ini.
“Kita menjangka, negara akan mengalami krisis ekonomi dengan kadar hutang semakin meningkat, pelaburan berkurangan, harga barang meningkat dan beban kepada rakyat juga bertambah,” kata Anwar.

Anwar berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Bengkel Persediaan Belanjawan Pakatan Rakyat 2014 di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor di sini hari ini.
Hadir sama dalam majlis itu Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Menerusi Bengkel Belanjawan tadi, Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat rancak membincangkan draf belanjawan 2014 secara teliti.
“Ia kemudiannya dibentangkan kepada kami selaku pimpinan utama ketiga-tiga parti untuk membuat keputusan muktamad,” kata Anwar.

Anwar berkata, PR merancang untuk mengadakan sesi dialog dengan Kerajaan Pusat untuk membincangkan isu kepentingan rakyat.
“Kita mengusulkan Perdana Menteri dan kepimpinan BN tumpu tadbir negara, urus ekonomi dan tangani isu besar demi kepentingan rakyat yang terabai sekian lama sejak PRU-13 Mei lalu.

“Perlunya perbincangan dan dialog dalam isu ekonomi, perbalahan kaum dan agama, peningkatan kadar jenayah dan isu pengurusan kerajaan termasuk rasuah seperti yang dilaporan ketua audit negara,” kata Anwar.
PR sebelum ini menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menjalankan kajian sebelum satu belanjawan bayangan dibentangkan sebelum Belanjawan 2014 dibentangkan.

Jawatankuasa itu ditubuhkan bagi mendapatkan satu formula terbaik untuk dimasukkan dalam belanjawan bayangan Pakatan Rakyat sekaligus mencabar Belanjawan 2014 yang dijangka akan dibentangkan Najib Razak.

Jawatankuasa yang dikordinasikan Institut Rakyat itu dibahagikan kepada sembilan kumpulan yang diketuai Ahli Parlimen Pakatan Rakyat berdasarkan kementerian tertentu dan bidang kepakaran masing-masing.
Sembilan kumpulan tersebut, kajian isu nasional dan antarbangsa; ekonomi dan kewangan; keselamatan; pendidikan dan pekerjaan; pertanian, perladangan dan pembangunan luar bandar; pengangkutan dan pembangunan bandar; pengurusan sumber dan kelestarian; masyarakat, kebajikan dan gender serta polisi berkaitan Sabah dan Sarawak.

Selangorku

Anwar Ibrahim Di Australia..

ADELAIDE (AUSTRALIA) 19 OKT: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi penghormatan oleh Persatuan Islam Australia Selatan menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Abu Bakar Assidiq, Adelaide di Australia semalam.
Jemaah penuh mendengar khutbah disampaikan Anwar.
Jemaah penuh mendengar khutbah disampaikan Anwar.
Masjid itu yang terletak di 52-54 Wandana Avenue Gilles Plain antara pusat komuniti Muslim paling aktif di ibu negeri selatan Australia itu.
Ini merupakan pengiktirafan yang jarang diberikan oleh pegawai masjid kepada pemimpin luar negara.
Khutbah dengan tajuk Kebangkitan Dunia Islam, Peranan Minoriti Muslim dalam masyarakat Barat disampaikan Anwar dalam Bahasa Inggeris.
Dalam lawatannya, Anwar dijemput menjadi panel pada forum di Festival Idea, Perbezaan Pendapat dan Demokrasi yang berlangsung di Dewan Universiti Adelaide hari ini.
Orang ramai berasak-asak bersalaman dengan Anwar.
Orang ramai berasak-asak bersalaman dengan Anwar.
Usaha Kerajaan Malaysia menghalang mahasiswa Malaysia menyertai program dihadiri Anwar itu gagal apabila penuntut dan rakyat Malaysia serta masyarakat tempatan beramai-ramai beratur panjang untuk mendengar ucapannya.
Dewan Universiti dipenuhi hadirin.
Dewan Universiti dipenuhi hadirin.
Malah, sekumpulan pelajar Malaysia mengadakan bantahan terhadap arahan Kerajaan Persekutuan Malaysia yang melarang mereka menghadiri program tersebut.
Mengikut agensi berita Australian Broadcasting Corporation (ABC), hampir sedozen pelajar berhimpun sambil memakai topeng dan memegang sepanduk tanda bantahan larangan itu.
Keadilan Daily 15 Oktober lalu mendedahkan amaran pegawai penasihat pelajar di Jabatan Penuntut Malaysia, Sharezan Md Sheriff yang diemel kepada mahasiswa Malaysia di Australia khasnya pemegang biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) agar ‘menjauhkan diri’ dari menghadiri sesi awam bersama Anwar.
Anwar bertemu penuntut Malaysia yang mengadakan bantahan terhadap larangan Kerajaan Malaysia.
Anwar bertemu penuntut Malaysia yang mengadakan bantahan terhadap larangan Kerajaan Malaysia.
Selepas forum, Anwar dijadual akan menghadiri program sembang santai, #MeetAnwar di Watson Avenue, Rose Park, South Australia atas anjuran Kelab Anwar Ibrahim (AIC) dengan kerjasama Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM) Adelaide.

KeadilanDaily

Sabtu, Oktober 19, 2013

Siswa M’sia di Australia rancang himpunan pertahan hak bersuara Hari ini..

KUALA LUMPUR 18 OKT: Satu himpunan bagi mempertahankan hak bersuara dan kebebasan maklumat kepada mahasiswa Malaysia di luar negara akan diadakan di Elder Hall, Adelaide University, Australia.

Menurut laman Facebook Adun Semambu, Pahang, Lee Chean Chung, himpunan akan diadakan pada hari Sabtu , 19 Oktober ini bernula jam 10 pagi, waktu Australia.

Peserta himpunan turut digalakkan memakai pakaian hitam sebagai simbol bantahan.

Silent_demo

“Sejurus selepas insiden pemegang biasiswa JPA diberi amaran supaya jangan hadir program Anwar Ibrahim di Australia, sekumpulan mahasiswa kita akan membuat bantahan di Universiti Adelaide.

“Saya memberikan sokongan penuh kepada mereka yang berani dan matang,” tulis Lee di laman Facebook beliau.

Himpunan dibuat sebagai bantahan terhadap amaran Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) dipercayai kepada semua penerima biasiswa JPA daripada menghadiri i sesi awam bersama Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Laman Keadilandaily sebelum ini mendedahkan e-mel dihantar pegawai penasihat pelajar JPA, Sharezan Md Sheriff yang akan mengambil tindakan keras ke atas penerima biasiswa JPA yang terlibat.

Kandungan e-mel menyatakan, tindakan menghadiri program tersebut menyulitkan mahasiswa mengekalkan gred, manakala biasiswa boleh ditarik semula.

Dalam pada itu, Anwar akan menyampaikan pidato pada sesi awam di Festival of Ideas ‘Dissent and Democracy’ di Adelaide University.

Beliau turut diundang Masyarakat Islam Selatan Australia (ISSA) untuk berkhutbah di Masjid Abu Bakr Assiddiq, Adelaide, Australia hari ini.

Manakala satu program sembang santai, #MeetAnwar akan diadakan Watson Avenue, Rose Park, South Australia pada hari Sabtu atas anjuran Kelab Anwar Ibrahim (AIC) dengan kerjasama Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM) Adelaide.

KeadilanDaily

Jumaat, Oktober 18, 2013

Anwar Ibrahim diberi penghormatan berkhutbah di Masjid Adelaide, Australia




Walaupun Kerajaan UMNO/BN 1M'sia pimpinan Najib Razak, siang malam pagi petang tanpa kira waktu dan masa terus menerus serang dan hentam Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan pelbagai isu reka cipta seperti ejen asing, boneka Amerika, peliwat, pengkhianat dan sebagainya namun beliau tetap diberi penghormatan oleh para pegawai Masjid Abu Bakar Adelaide, Australia untuk menjadi Khatib menyampaikan kutbah solat Jumaat.

Suatu penghormatan yang amat jarang diberikan oleh para pegawai masjid berkenaan untuk pemimpin luar negara.

Paling menkjubkan sekali apabila ribuan penuntut dan rakyat Malaysia turun beramai-ramai ke Masjid Abu Bakar Adelaide, Australia untuk mendengar sendiri kutbah yang disampai oleh DSAI dalam Bahasa Inggeris.

Omak Kau sehingga kini belum lagi nampak maupun diberitahu dengan bukti bahawa Najib Razak ada menyampaikan khutbah Jumaat di mana-mana masjid dalam negara maupun di luar negara.

Begitu juga dengan pemimpin yang dijulang oleh juak-juak UMNO sebagai pemimpin Islam yang paling tersohor dan terhebat sekali seantaro dunia yang digeruni lawan dan ditakjub kawan, Tun Dr Mahathir Mohamad .. Omak Kau tidak pernah nampak lagi dengan bukti melakukan apa yang dilakukan oleh DSAI.

Di situ kita boleh nilai siapa pemimpin negara kita yang hebat.
 
HarakahDaily



KPRU: Status Ketua Pembangkang wajar setaraf Menteri Kabinet

Logo-KPRUiii

SHAH ALAM 17 OKT : Badan Pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meneladani kesungguhan Kerajaan Selangor mengamalkan pengiktirafan Ketua Pembangkang.

Menurut KPRU, pengiktirafan Ketua Pembangkang mustahak bagi merapatkan jurang saraan dan elaun antara Ketua Pembangkang dengan Menteri Kabinet atau Yang diPertua Dewan Rakyat.

“Pejabat Ketua Pembangkang patut diberi peruntukan menggaji kakitangan bagi menjalankan pelbagai tugas merangkumi pegawai penyelidik, pegawai media dan pembantu eksekutif serta kemudahan lain.

“Peruntukan ini bagi membolehkan memperolehi tenaga kerja mencukupi menjalankan kewajipannya,” kata KPRU dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Kerajaan Selangor mengukuhkan sistem demokrasi berparlimen dengan memberi elaun istimewa berjumlah RM8,620 kepada Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor setiap bulan.

“Langkah ini merupakan perubahan yang ‘pecah rekod’ bagi memartabatkan dan menjunjung prinsip demokrasi dengan mempertahankan hak suara oposisi,” kata KPRU.

Kata KPRU, dalam tempoh dua penggal menerajui pemerintahan negeri, Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang berjaya mengambil inisiatif menggerakkan pendemokrasian DUN dan menunjukkan teladan kepada kerajaan negeri lain.

Ironinya, Kerajaan Pusat, biarpun selepas memerintah lebih daripada separuh abad, masih gagal mencatat pencapaian membanggakan.

“Manakah letaknya air muka Kerajaan BN sekiranya masih kebelakangan dan ketinggalan dalam menjunjung prinsip demokrasi sedangkan beria-ia dengan laungan “transformasi” dan “endless possibilities”, kata KPRU.

Selangorku

Khamis, Oktober 17, 2013

Pakatan Rakyat kekal pendirian bukan Islam boleh guna kalimah “Allah”, kata Anwar

(Dari kiri) Mustapha Ali, Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang yang turut hadir dalam sidang media menyuarakan pandangan yang sama bahawa bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli,17 Oktober, 2013.(Dari kiri) Mustapha Ali, Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang yang turut hadir dalam sidang media menyuarakan pandangan yang sama bahawa bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli,17 Oktober, 2013. 
























Pakatan Rakyat (PR) kekal dengan pendirian bukan Islam boleh menggunakan kalimah "Allah" seperti yang diputuskan Majlis Pimpinan PR pada Januari lalu, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar menegaskan pendirian PR konsisten dalam isu kalimah "Allah", selagi ia tidak disalahgunakan oleh penganut agama lain.

"Pakatan Rakyat kekal konsisten dengan pendirian kami dahulu.
"Cuma sekarang kami menggesa supaya semua pihak bertenang dan menggunakan kebijaksanaan dalam menangani isu ini," kata Anwar dalam sidang media yang diadakan di ibu pejabat PKR hari ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali dan penasihat DAP, Lim Kit Siang yang turut hadir dalam sidang media sama juga senada dengan pendirian tersebut, apabila disoal wartawan terhadap reaksi keputusan Mahkamah Rayuan baru-baru ini.

Pada 8 Januari lalu, PR mencapai pendirian penggunaan kalimah "Allah" boleh digunakan oleh penganut Kristian dengan syarat ia  tidak disalahgunakan dan menegaskan kalimah "Allah" tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa secara tepat.

Keputusan tersebut diumumkan selepas mesyuarat pemimpin tertinggi PR yang dihadiri Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Lim dan Anwar.

Mahkamah Rayuan dalam keputusan baru-baru ini, sebulat suara telah menghalang gereja Katolik daripada menggunakan kalimah Allah dalam akhbar mingguan berbahasa Melayu Herald sebagai rujukan kepada tuhan bagi agama Kristian.

Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang mempengerusikan panel tiga anggota hakim berkata ia dianggap dapatan mahkamah bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak bertindak dalam apa-apa cara yang mewajarkan campur tangan badan kehakiman mengenai keputusannya melarang penerbitan itu menggunakan kalimah Allah.

Bekas mufti Johor, Datuk Noh Gadut, yang juga penasihat Majlis Agama Islam, selepas keputusan tersebut diumumkan memberi amaran kepada penganut Muslim yang mempersoalkan pengharaman kalimah Allah ke atas yang bukan Muslim.

Isu kalimah Allah bermula pada awal 2009 apabila KDN membatalkan permit akhbar Herald menggunakan kalimah Allah merujuk kepada Tuhan.
Tindakan tersebut menyebabkan gereja mengemukakan saman kepada kerajaan kerana melanggar hak dalam Perlembagaan.

Mahkamah Tinggi kemudian membenarkan semakan keputusan dan membatalkan pengharaman oleh KDN untuk menggunakan kalimah Allah oleh Herald.

Hakim turut menjelaskan gereja mempunyai hak dalam Perlembagaan untuk menggunakan kalimah Allah dalam akhbarnya kerana agama selain Islam boleh mengamalkannya secara aman dan harmoni.

Katanya, meskipun Islam merupakan agama Persekutuan, ia tidak memberi kuasa kepada kerajaan menghalang gereja menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya. – 17 Oktober, 2013.

TheMalaysiaInsider

Tidak perlu menanti PRU14 untuk tumbangkan kerajaan Najib

Kita tidak perlu menanti PRU14 untuk tumbangkan kerajaan Najib. Kita boleh lakukan nya sekarang. Biarkan UMNO dan BN merasai penangan sokongan majority dan undi popular. Mereka menang kerana manipulasi persempadanan dan kepadatan pengundi yang tidak adil, masih tidak sedar diri. Pemimpin UMNO masih angkuh dan membudak budakkan orang lain.

Di Malaysia Timur, BN ada 47 kerusi parlimen dan jumlah yang agak besar dalam tangan komponen bukan UMNO. Jika parti2 ini tinggalkan BN, bagaimana? Jeferey Kitingan dan lain2 tokoh Malaysia Timur hanya perlu berkerja keatas parti ini untuk menumbangkan PM Najib. Tidak perlu keluar Malaysia kerana itu akan menjustifikasikan tindakan ketenteraan keatas bangsa Malaysia sendiri. 
Bayangkan jika Taib Mahmud hanya perlu neutral manakala semua parti bukan Islam lain keluar BN- BN akan hilang kuasa. Katalah 14 ahli parlimen PBB berkecuali dan 11 parlimen bukan Islam keluar BN. jika keluar hanya akan membawa faedah kepada kaum mereka. di Sabah pula jika 8 kerusi parlimen bukan-UMNO keluar BN sudah ada 19 kerusi berpindah.

Jika PBB berkecuali samalah seperti  BN hilang 14 parlimen menyebabkan 33 kerusi perpindah. BN akan hanya tingal 100 kerusi dan bila 33 ahli parlimen bersekutu dengan 89 ahli parlimen PR- sudah ada 122 kerusi. Jika 122 ahli parlimen ini bersatu- BN sudah tidak bertahan lagi. Sebaik sahaja threshold in dicapai, berduyun ahli parlimen UMNO dan BN menyeberang. Bayangkan jika 7 ahli parlimen MCA turut sama. Kiamat dunia bagi pencuri dan perasuah BN. Dikalangan 88 ahli parlimen UMNO itu pun kita boleh bincang2. Kita boleh gunakan kaedah insentif atau kaedah ugutan.

Boleh kita lakukan begini? Mengapa tidak. Sebaik sahaja BN hilang sejumlah kerusi parlimen, parti lain boleh jadi kerajaan. banyak pembaikan kita boleh lakukan. Orang Melayu tidak perlu takut jika UMNO ditewaskan. Selagi kerajaan yang ganti BN mempunyai majority pimpinan Melayu, itu sudah mencukupi.

jika mereka bertindak keluar dari BN kerana Najib seoarang pemimpin lemah, kerajaan kemungkinan tidak berkesudahan ini akan tumbang. Orang Islam minority dalam Sabah dan Sarawak . jika mereka tidak dengar suara hati majority, mereka pun akan lebur.

Jefrey kitingan berpendapat bahawa masa nya sudah tiba untuk Sarawak dan Sabah memulakan perbincangan untuk keluar dari Malaysia. Ini cakap yang amat berani. Ia bertentangan dengan Point #7 dalam 20-point memorandum dengan kerajaan persekutuan. Percakapan mengenai secession mungkin seditious. Point #7 dengan jelas menyebut tidak ada hak keluar dari Malaysia.

Kepada golongan pelampau di Semenanjung, kita perlu hormat point #1 perjanjian dengan Borneo Utara yakni: sementara tidak ada tentangan kepada Islam sebagai agama kebangsaan Malaysia, di Borneo Utara tidak ada agama negeri dan segala peruntukan dalam perlembagaan Malaysia mengenai Islam tidak terpakai di Borneo Utara.

Kecualilah perkara ini tidak difahami oleh pertubuhan right wing, maka Najib akan tunduk kepada desakan kumpulan seperti Perkasa dan lain2 nya.

Orang Sabah ada peluang membentuk sejarah baru tapi peluang tersebut dilepaskan dengan bersetia kepada BN. ternyata keputusan tersebut tidak bijak sekarang. Sekarang rakyat Sabah kena buli.  

Di Sarawak, saya yakin PBB akan menggunakan segala kekuatan untuk menyekat UMNO dari memasuki bumi Sarawak dengan perkembangan isiu kalimah Allah ini.

Tapi, apa jadi jika percakapan Jefrey Kitingan membayangkan pandangan majority rakyat Sabah dan Sarawak dari segi rohnya? Dari segi roh, cakap Jeferey Kitingan adalah suara rakyat Sabah yang majority. Mereka mahukan hak keatas memerintah sendiri. Sabah dahulu nya Borneo Utara dengan 20-point nya, Sarawak dengan 18 point nya. Semua perjanjian ini sepatutnya menjamin beberapa hak orang Malaysia Timur keatas negeri mereka sendiri. BN tidak hormat kepada perjanjian2 ini. ahli parlimen Sarawak jangan ingat mereka selamat. UMNO sentiasa mengintai untuk menggantikan PBB. PBB tak cukup Bumiputera jika tidak ada UMNO.

Saya tidak fikir isiu kalimah Allah ini cukup besar untuk mendorong Jefrey cakap durhaka. Isiu kalimah Allah hanya kemuncak rasa tidak puas hati yang legitimate bercampur dengan personal agenda Jefrey. Sebab itu sakit hati Jefery tidak dihalakan kepada mahkamah tapi kepada kelemahan kepimpinan Najib Tun Razak.

Cakap ini bukan kerana mahkamah telah mengesahkan desakan puak pelampau UMNO dan Islamis UMNO mengenai penggunaan kalimah Allah. Adalah menjadi persepsi umum bahawa mahkamah di Malaysia senentiasa menyebelahi mereka yang berkuasa.

Jika Jefrey dan MP Sabah dan Sarawak yang lain, berkerjasama dengan kumpulan selain BN, mereka boleh membantu kita mencapai objektif mencuci dan membersih insitusi kehakiman kita. Kerajaan baru hanya perlu memencenkan the top 15-20 judges dan kita mereformasikan judiciary dalam sekelip mata.

Jefrey menyuarakan apa yang terpendam dalam hati rakyat Sabah. Penggunaan kalimah Allah ini penyebab rasa tidak puas hati rakyat Sabah megenai kelambatan dan tipu helah kerajaan BN menghormati 20-point memorandum. Proses memborneokan perkhidmatan awam diSabah sengaja dilewatkan. Mustahil tidak ramai rakyat Sabah yang cerdik pandai yang boleh mengendalikan pentadbiran negeri itu.

Masih ada penyelesaian yang kurang ekstrim yang boleh MP Sabah dan juga Sarawak boleh gunakan. Tidak perlu keluar dari Malaysia. Mereka hanya perlu mengesahkan komitment kerajaan Malaysia menghormati 20 point agreement ketika masuk Maalysia dahulu. Jika kerajaan PM Najib mengheret kaki, ahli parlimen Sabah dan Sarawak boleh berpakat dengan parti poitik lain. Masa nya sudah tiba untuk forge new political alliances.

Penyelesian yang lebih baik ialah keluar dari BN- break ranks with BN. jika MP Sabah dan Sarawak ada prinsip menghargai diri sendiri, mereka mesti berani break ranks dengan BN. apa pasal mahu bersama parti yang meminggirkan kamu? Parti2 dalam Pakatan Rakyat tidak ada masaalah dengan penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian jika ia dipakai kepada memuja Allah yang satu.

Bahkan sesalan Kitingan yang saya rasa disetuji oleh ramai MP Sabah dan Sarawak disebabkan PM Najib membisu seribu bahasa lidah nya kelu tidak terkata. Ini membuktikan bahawa najib ialah seorang yang hipokrit dan seorang jurujual impian palsu dalam bentuk 1Malaysia yang sekarang digantikan dengan endess possibilities atau kemungkinan tidak berkesudahan. Kenapa kamu membiarkan rakyat Sabah dicandui dengan jualan impian palsu?

Penyelesaian nya tidak perlu ekstrim seperti ini; Jefrey hanya perlu meyakinkan parti2 Sabah dan Sarawak keluar BN. ini akan menyebabkan kerajaan Najib tumbang dan dengan tumbang nya kerajaan Najib segala ketidakadilan dan ketidakpuasan yang berpunca dari bersama2 dengan BN akan diselesaikan. Reaffirm dan laksana 20 point memorandum dengan rakan kongsi baru; cari pemimpin yang boleh mengundang hormat dan keyakinan orang ramai.

Minggu lalu, M Bakri Musa telah menulis sebuah artikel yang menyebutkan bahawa jika Najib mempunyai maruah, dia patut menyerahkan kerajaan ini kepada Tengku Razaleigh Hamzah. Nah- soalan sama ada Najib ada maruah atau tidak bukan persoalan penting yang  kita hendak bahas disini; keluar dari BN sudah menjadi suatu political imperative. Sesalan dan ketidakpuasan hati yang bertimbun mesti dikeluarkan dari tersemat dalam dada. Liberate yourselves from the clutches of an extremist party.

Mengenai mengapa Tengku Razaliegh dijadkan pilihan, Bakri Musa telah membahaskan nya dengan panjang lebar. Tidak perlulah saya mengulangi nya. kenapa tidak join forces dengan Tengku Razaliegh Hamzah to forge a new Malaysia?

Sama ada tak ramai yang membaca nya atau ramai yang mengiktiraf kejituan penghujjahan tersebut, maka komen2 tidak ada banyak kelihatan. Sekarang ini peluang terbaik untuk ahli parlimen Sabah dan Sarawak mengadakan perbincangan dengan Tengku Razaleigh untuk memimpin suatu permuafakatan antara parti politik sepemikiran dan demokratik, untuk membentuk sebuah kerajaan yang baru.

Keputusan mahkamah Rayuan mengenai penggunaan kalimah Allah mesti the last straw that breaks the camel’s back. Bacul pemimpin Sabah dan Sarawak jika membiarkan perkara ini berlaku begitu sahaja.

Sebelum Sabah dan Sarawak masuk Malaysia tahun 1963, pribumi sana yang beragama Kristian telah menggunakan nama Allah dalam kitab mereka. Orang Islam Sabah dan Sarawak tidak pun berasa apa2 dengan penggunaan tersebut. Tidak ada pun kita lihat orang Islam disana dianiayai dan diancam dan tidak dibenar menganut agama Islam.

Bila Sabah dan Sarawak masuk persekutuan Malaysia, mereka dijanjikan pengekalan beberapa keistimewaan. Saya rasa orang Melayu yang berzaman bercakap mengenai hal keistimewaan tentu boleh identify dan relate dengan tuntutan kepada kerajaan supaya menghormati 20 point agreement dengan Malaysia Timur. Kenapa kita tidak boleh hormat tuntutan pribumi Sabah dan Sarawak mengenai keistimewaan?

cara yang lebih baik untuk pribumi Sabah dan Sarawak menyelesaikan penzaliman yang dilakukan oleh kerajaan PM Najib keatas mereka ialah dengan keluar BN. parti2 bukan Islam Sabah dan parti2 diSarawak boleh mengambil langkah meninggalkan BN. dan mereka boleh mencari rakan kongsi yang menghormati hak2 mereka yang terkandung dalam 20 dan 18 point agreement Persekutan Malaysia. Masa depan rakyat Sabah dan Sarawak mulai sekarang bukan lagi dengan bersama sama dengan BN bawah pimpinan Najib.

Masaalah diSabah jika kita ikhlas mengakui nya, bermula bila UMNO masuk keSabah dan mengobah political dynamics di Sabah. Orang Islam sepatutnya kekal dibawah USNO atau mengembalikan USNO. Barulah UMNO dan BN menghormati Sabah.

Orang Sarawak boleh belajar dari apa yang terjadi diSabah. PBB mesti berkerja keras jangan membenarkan UMNO memasuki negeri tersebut. Apa yang UMNO boleh lakukan yang tidak boleh dilakukan oleh PBB?

Iklan Penaja 2

Hasil carian imej untuk bisnes mudah

Catatan Popular Mingguan

Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Iklan C

Blog Archive