Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, September 10, 2013

Turki tambah tentera di sempadan Syria

Turki tambah tentera di sempadan Syria 
Kereta perisai Rusia ditempatkan di Kilis Gaziantep.
 
ANKARA - TURKI . Turki menempatkan tentera tambahan di sempadan Syria susulan tindakan Amerika Syarikat (AS) yang mahu melancarkan perang terhadap negara itu.

Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan berulang kali menegaskan, negaranya sedia menghadapi sebarang ancaman pencerobohan tindakan AS di negara jirannya.

Ditanya adakah Turki akan campur tangan dalam krisis di Syria, beliau menjawab, pihaknya akan menentang habis-habisan termasuk bersedia mengerahkan anggota tentera dan memberi sokongan logistik mengikut keperluan semasa.

Press TV melaporkan, Turki telah bersedia dengan berapa pesawat pejuang Turki flied, menggerakkan kereta perisai di Kilis Gaziantep dan di wilayah-wilayah panas berhampiran sempadan Syria.

Sementara itu, Israel juga dikatakan telah menggerakkan sistem peluru berpandu Iron Dome di beberapa bandar berhampiran sempadan Syria.

Bekas pengarah perkhidmatan keselamatan Israel berkata, Tel Aviv juga membuat persediaan rapi untuk berperang pada bila-bila masa termasuk mengetatkan kawalan berhampiran sempadan Lubnan.

Sinar Harian
    

1 ulasan:

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...