Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, September 21, 2013

'PRU Kotor, Takkan Salah Anwar?' - Sallehuddin Ayub

 
Tidak wajar meletakkan beban membersihkan sistem pilihan raya negara ini di atas bahu Datuk Seri Anwar semata-mata dan menyalahkan ketua umum PKR itu kerana "mensabotaj" usaha Bersih 2.0 ke arah itu.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub menegaskan kegagalan sebenar bagi mewujudkan pilihan raya yang bersih dan adil itu sepatutnya dipikul kerajaan yang tidak komited kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membersihkan daftar pemilih.

"Komitmen untuk mendedah dan melumpuhkan sindikit pengundi asing, itu wujud dalam suasana politik negara kita tapi ia masih tidak mencapai matlamatnya kita kerana kerajaan tidak berikan komitmen sepenuhnya untuk menyediakan pilihan raya adil dan bersih," katanya kepada Sinar Harian Online semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut kenyataan penulis blog Raja Petra Kamarudin (RPK) semalam dalam laman blognya mendakwa Anwar telah mengagalkan usaha Bersih 2.0 untuk mereformasikan sistem pilihan raya negara ini.

RPK juga menyebut Bersih 2.0 telah melakukan kesilapan besar kerana bekerjasama dengan Pakatan Rakyat yang lebih cenderung kepada menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Salahuddin juga menyifatkan dakwaan RPK itu sebagai tidak berasas kerana usaha menuntut pilihan raya yang adil dan bersih tidak mungkin berhasil tanpa campur tangan parti politik.

"Mana mungkin perjuangan untuk memperjuangkan pilihan raya yang adil dan bersih ini tanpa pengaruh dan penglibatan parti politik.

"Sukar bagi saya wujud sempadan itu (Bersih 2.0 bebas pengaruh politik).

"...yang penting kita mempunyai objektif dan matlamat sama iaitu kita mahu SPR sediakan padang permainan sama rata termasuk pilihan raya yang adil dan bersih," katanya. -SH
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...