Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, September 13, 2013

Projek IC: Mampukah Anwar rungkai misteri?


 SHAH ALAM - Kontroversi 'projek IC'  di Sabah yang didakwa didalangi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin bakal terurai apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia untuk memberi keterangan dalam kes itu.

Pejabat ketua pembangkang menerusi satu kiriman SMS kepada sebuah portal mengesahkan, Anwar bakal memberi keterangan di hadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung dengan pendatang haram di Sabah.

"Datuk Seri akan beri statement (keterangan) minggu depan," menurut SMS itu.

Semalam, Dr Mahathir mendakwa, bekas timbalannya itu pasti mengetahui jika pengeluaran kad pengenalan palsu di Sabah dikeluarkan secara rasmi oleh kerajaan.

Beliau menegaskan, pemimpin PR itu seharusnya mengetahui kejadian yang berlaku di Sabah.

"Jika ianya polisi kerajaan, kenapa dia tidak berhentikan?" soalnya.

"Adakah dia akan menipu di suruhanjaya dan mengatakan saya yang arahkan? Dia mesti tahu, kerana dia timbalan saya," katanya merujuk kepada RCI berhubung dengan pendatang haram di Sabah.

Sinar Harian
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...