Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, Ogos 01, 2013

Panas!! NGO mahu Muhyiddin disiasat bawah Akta Hasutan

        NGO mahu Muhyiddin disiasat bawah Akta Hasutan

Satu gabungan NGO menggesa polis menyiasat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengikut Akta Hasutan kerana menuduh bahawa orang bukan Islam terlibat dalam video jurulatih anjing yang didakwa menyinggung perasaan umat Islam

NONESetiausaha Agung Persatuan Progresif India Malaysia, S Barathidasan (kanan) berkata beliau akan membuat laporan polis berhubung perkara itu dalam masa terdekat.

Beliau mendakwa Muhyiddin membuat tuduhan melulu bahawa orang bukan Islam menjadi dalang di sebalik video tersebut.

Menurutnya, tindakan itu adalah tidak patut dan tidak bertanggungjawab.

Barathidasan berkata sebagai timbalan perdana menteri, Muhyiddin sepatutnya memeriksa fakta terlebih dahulu sebelum mengulas perkara itu.

Kenyataan Barathidasan itu merujuk kepada laporan The New Straits Times semalam yang memetik kenyataan Muhyiddin.

Malaysiakini
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...