Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Julai 06, 2013

[ Terkini Isu Semasa Mesir ] Fatwa pembatalan rampasan kuasa tentera ke atas Presiden Dr.Muhammad Mursi


1.Fatwa oleh Sheikh Hashim Islam, salah seorang Ahli Jawatankuasa Lajnah Fatwa Al-Azhar yang juga merupakan pengasas Persatuan Ulama Al-Azhar telah mengeluarkan fatwa kewajipan menjaga perpaduan negara Mesir dan rakyatnya serta mengekalkan identiti Arab-Islam berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah, malah memberi jaminan hak kewarganegaraan yang sama rata bagi non-muslim.

2. Beliau menegaskan bahawa Dr.Muhammad Mursi merupakan presiden yang sah kerana dipilih melalui pilihanraya. Adalah tidak wajar bagi rakyat mesir berpaling dari beliau. Ini kerana kepimpinan yang berasaskan rampasan kuasa ditolak menurut syarak.

3. Konflik yang berlaku di Mesir bukanlah sekadar pertembungan ideologi, tetapi realiti yang berlaku kini ialah pertembungan akidah antara tamadun Islam-Arab mesir dengan para pendukung sekular dan anti-Islam.

4. Tambah beliau: "Walaupun berbeza pandangan antara kita terhadap penjenayah dan pemberontak, namun kita juga perlu membezakan antara demontrasi rampasan kuasa yang diharamkan Islam dengan demontrasi bantahan yang diharuskan oleh Islam.

5. Beliau menyeru rakyat Mesir untuk turut serta dalam revolusi mempertahankan syariat di seluruh Mesir, Tahrir dan menewaskan kebatilan seperti yang berlaku dalam perang Jamal, serta membentuk satu jawatankuasa tetangga bagi memelihara negara dan rakyat.

6. Di akhir ucapan, beliau menyatakan: “Antara prinsip tertinggi dalam Islam ialah menganjurkan kebebasan, membenci pemerintahan diktator dan keganasan. Beliau menggalakkan pembangkang agar menggunakan konsep pembinaan bukannya kehancuran kerana Islam mementingkan prinsip menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran.

via Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

Sabtu | 06 Julai 2013 | 01.58 pagi
    

2 ulasan:

  1. Pada pandangan saya, ketika negara dalam kegentingan dan kerajaan awam gagal untuk menjaga ketenteraman maka adalah wajar tentera mengambil alih kuasa. Lantaran Mesir sendiri sejak meredeka sehinggalah kejatuhan Hosni Mubarak sudah diterajui oleh tentera, maka rakyat mesir memang telah sebati dgn undang-undang tentera.

    Kini dilaporkan tentera hanya sebagai penimbal dalam masa peralihan sahaja. Selepas itu akan dikembalikan kepada rakyat.

    Kita yg hidup dlam suasana berbeza tak perlulah terlalu mengikut emosi meminta sesuatu yg kita sendiri tidak faham. Sebernarnya rakyat Mesir memang mengalu-alukan tentera campur tangan.

    Ikutilah kupasan saya dalam, "Krisi politik Mesir : tentera rampas kuasa redakan Arab Spring II".

    http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/07/krisis-politik-mesir-tentera-rampas.html

    BalasPadam
  2. Satu pandangan bodoh..apa gunanya tentera kalau tak pertahankan kerajaan yg dipilih dlm pilihan raya. Apakah pandangan bodoh ini akan sama sekiranya kerajaan BN dirampas kuasanya dan Najib di tahan?

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...