Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, Julai 19, 2013

Terbaik!!!! Masjid dan Surau Lebih Aktif di Bawah Pakatan Rakyat

Faekah Husin bagi kurma

KLANG, 19 JULAI : Peranan masjid dan surau di sekitar kawasan negeri Selangor dilihat lebih aktif dalam menganjurkan program yang bukan hanya berbentuk keagamaan, malah turut merangkumi aktiviti kemasyarakatan sejak negeri itu ditadbir Pakatan Rakyat (PR) pada Mac 2008.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin berkata, Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berjaya mengembalikan fungsi masjid dan surau sebagai tumpuan masyarakat Islam untuk beribadah dan mendapat ilmu.

Menurutnya, bagi merancakkan program Ihya Ramadan pada tahun ini, Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memperuntukkan sebanyak RM2.7 juta untuk diagihkan kepada semua masjid dan surau di negeri ini.

Katanya, bagi masjid peruntukan sebanyak RM1,650 akan diserahkan, sementara surau yang mengadakan solat Jumaat akan menerima sumbangan sejumlah RM1,250 dan RM1,000 pula akan diberikan kepada surau di seluruh Selangor.

“Masjid dan surau diamarahkan dengan begitu baik sekali sejak PR memerintah, malah jauh lebih baik daripada 10 tahun yang lalu.

“Saya menerima banyak respon positif daripada masyarakat setempat yang begitu berpusu-pusu untuk mengunjungi masjid di sekitar Selangor kerana teruja terhadap aktiviti dan program keagamaan serta ilmu yang dianjurkan,” katanya semasa menghadiri Majlis Penyerahan Kurma kepada Masjid di sekitar DUN Pelabuhan Klang, di sini.

Dalam majlis itu, Faekah yang mewakili Abdul Khalid menyerahkan kira-kira 2,000 pek buah kurma kepada setiap 10 buah masjid di sekitar DUN itu.

Antara masjid yang menerima sumbangan tersebut ialah Masjid Bukit Tinggi, Masjid Pendamar, Masjid Kampung Idaman, Masjid Ar Rahman dan Masjid Ubudiah.

Agihan kurma telah dilaksanakan sejak tahun 2008 lagi bagi beberapa kawasan di sekitar Selangor di mana tidak kurang 10,000 pek akan diagihkan kepada rakyat. Selangorku

Faekah Husin bagi kurma 01
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...