Sabtu, Julai 27, 2013

Pimpinan Umno kian hari kian lemah

Akhirnya Umno jadi parti yang tidak berkepimpinan


KUALA LUMPUR: Perpaduan di antara kaum mula terencat pembinaannya apabila kepimpinan parti-parti seperti Umno dan MCA serta MIC mula menjadi lemah kerana berbagai sebab yang mereka hadapi.

“Umno menggunakan isu perkauman sebagai senjata untuk menakutkan orang Melayu untuk bersama-sama bersatu dengan bangsa bukan Melayu,” tulis Aspan Alias di dalam blognya.

Menurutnya, pimpinan yang kian hari kian lemah itu terpaksa menggunakan isu perkauman untuk mengekalkan orang Melayu bersatu di bawahnya.

Ini, ujarnya adalah disebabkan orang Melayu semakin hari semakin menjauhi Umno kerana masalah dan isu besar yang dihadapi Umno itu sendiri.

Baginya, Umno sudah ketandusan kepimpinan di setiap peringkat kerana mereka yang menjadi pemimpin datangnya dari mereka yang tidak berkepimpinan dan tidak dihormati oleh orang ramai.

Menurutnya lagi, apabila Umno dirasuk oleh penyakit politik wang, maka hanya mereka yang sanggup membeli dan membayar sokongan dari ahli-ahlinya yang lahapkan wang ringgit untuk menjadi pemimpin.

“Akhirnya Umno menjadi parti yang tidak berkepimpinan kerana yang berkepimpinan telah diketepikan kerana tidak bermain dengan politik wang itu,” tulis beliau selanjutnya.
 
HarakahDaily

1 ulasan:

  1. Orang melayu UMNO kata...tak pa asalkan orang melayu yg memerintah...biar Negara bangkrap asalkan orang melayu yg tetap memerintah!!!!Bila lah orang melayu UMNO ni nak berubah pemikiran!!??

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng