Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, Julai 10, 2013

Pengesahan keputusan PRU ganggu petisyen, tarik semula – Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR 9 JULAI: Pakatan Rakyat mahu pengesahan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) dalam nota menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong ditarik semula kerana akan mengganggu petisyen bantahan yang difailkan.

Anwar 1Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pakatan akan mengemukakan usul pindaan kepada Speaker Dewan Rakyat, esok bagi mengeluarkan pengesahan keputusan PRU tersebut.
Beliau berkata, perkara berhubung penerimaan penuh keputusan pilihan raya dalam titah ucapan menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong perlu ditarik semula untuk meneruskan proses petisyen bantahan.
“Dalam PRU lalu, kedua-dua parti BN dan Pakatan telah mengemukakan petisyen bantahan.

“Kita tidak merasakan wajar titah Tuanku dimasukkan sokongan penuh dalam keputusan pilihan raya kerana ada petisyen pilihan raya oleh kedua-dua pihak.
“Kita sedang mengkaji untuk mengemukakan usul pindaan,” katanya pada sidang media di Pejabat Ketua Pembangkang, di Parlimen hari ini.

Anwar menjelaskan, penerimaan keputusan pilihan raya itu akan menjejaskan petisyen pilihan raya yang difailkan.
“Kalau kita buat penerimaan penuh terhadap keputusan itu, maksudnya petisyen ini tidak ada makna,” katanya.
3 pemimpinPakatan telah memfailkan petisyen pilihan raya untuk mencabar keputusan pilihan raya umum 5 Mei lalu melibatkan 40 kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).


Hadir sama sidang media, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa; Penasihat DAP; Lim Kit Siang; Setiausaha Agung PAS; Datuk Mustafa Ali; Timbalan Presiden dan Naib Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali dan Tian Chua serta Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Keadilandaily
    

1 ulasan:

  1. Nasib baik ada orang yg bijak dan sensitif kepada hal2 begini... kalau tidak kena kencheng lagilah jawabnya dgn pemerintah zalim itu... perkara ini sebenarnya akan memberi impak besar kepada petisyen itu. mungkin telah dirancang sebegitu utk satu lagi penipuan yg akan menindas rakyat...

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...