Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Julai 13, 2013

PANAS!!! SPR AKAN DI SAMAN ISNIN INI..

 Pakatan failkan saman pada SPR Isnin ini

KUALA LUMPUR 13 Julai: Pakatan Rakyat akan memfailkan saman kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Isnin ini berhubung isu dakwat tidak kekal, kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar membuat kenyataan palsu berhubung dakwat kekal serta kandungan nitrat perak yang terkandung di dalamnya.

“Kami mempunyai bukti dan dokumen yang cukup untuk menyaman SPR. Mereka tidak boleh menukar kenyataan berhubung kandungan nitrat perak daripada lima ke tujuh peratus ke satu peratus dan kemudiannya mengumumkan hanya pewarna makanan,” katanya dalam satu forum yang diadakan di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau juga menyifatkan kegagalan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) membawa 22 syor PR dalam penambahbaikan perjalanan pilihan raya disebabkan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mempunyai suara majoriti dan mengetuai suruhanjaya berkenaan.

“BN mempunyai ahli yang ramai manakala Ahli Parlimen PR mempunyai suara sedikit bagi membantah usul yang diutarakan suruhanjaya berkenaan.
“Cadangan ahli parlimen PR seperti Dr Mohd Hatta Ramli,  Azmin Ali dan Anthony Loke tidak mendapat perhatian sewajarnya daripada PSC,” ujarnya lapor The Malaysian Inside.

“Cadangan yang dikemukakan seperti pendaftaran pengundi secara automatik apabila berumur 21 tahun dan parlimen dibubarkan selepas empat tahun berlangsung turut tidak dilaksanakan,” katanya ketika berucap di siri seminar pasca pilihan raya yang dianjurkan Majlis Peguam, hari ini.
Beliau menggesa SPR lebih telus dalam menjalankan proses persempadanan semula yang dijangka dilakukan penghujung tahun ini.

“SPR dilihat cenderung memberi kemenangan kepada BN dengan memperluaskan kawasan yang dimonopoli mereka seperti memecahkan kawasan di Sungai Besar, Selangor namun menyatukan kawasan yang tidak diungguli mereka dengan mencantumkan kawasan parlimen Ampang dan Pandan,” katanya.

Antara syor diketengahkan PSC pada April tahun lalu ialah memberi kemudahan kepada rakyat Malaysia di luar negara sama ada mengundi di perwakilan Malaysia atau secara pos; memberi kemudahan mengundi secara pos kepada petugas SPR dan media serta membenarkan pra pendaftaran seseorang warganegara untuk didaftarkan sebagai pemiilih apabila mencapai umur 20 tahun.

KeadilanDaily
    

1 ulasan:

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...