Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Julai 01, 2013

Anwar Ibrahim sahkan Pas tandingi kerusi Dun Kuala Besut


KUALA LUMPUR - Kemelut dalam menentukan calon yang akan mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di kerusi Dun Kuala Besut hampir selesai.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kerusi itu akan ditandingi Pas.

"Kita serah kepada Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang untuk buat keputusan dan kita akan bagi sokongan.

"Saya bercakap tadi dengan Hadi sendiri, kita akan beri sokong penuh," katanya kepada Sinar Harian Online di pekarangan Bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail hari ini yang mengumumkan memberi laluan kepada calon Pas untuk bertanding di Dun Kuala Besut yang dikosongkan penyandangnya, Datuk A. Rahman Mokhtar yang meninggal dunia pada Rabu lalu.

Bagaimanapun katanya, butiran mengenai calon yang Pas itu akan dimaklumkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam masa terdekat.

"Ya calon Pas, saya ingat ketua PKR Negeri sudah jelaskan, dan PKR negeri pun sudah bersetuju," katanya.

SinarHarianOnline
    

4 ulasan:

  1. Dlm keadaan skrg yg penting focuskan Terangganu akan kembali ketangan PR. Tak payah nak berebut antara PKR dan PAS untuk jadi calun. Dlm PAS memang tidak dinafikan ramai uztaz2 tamak dan temakasih DSAI kerana mengalah...

    BalasPadam
  2. kenapa nak berebut rebut ada petugas ke setahu saya di trengganu satu dun tu pkr dapat 72 undi saja sedar lah markas bayak pertugasnya tiada

    BalasPadam
  3. pas pasti kalah sbb BN akn mnggunakn semua jntera krj pusat n krj ng utk menang.perut pngundi2 kuala besut akn penuh doit tk lama lg

    BalasPadam
  4. bukan soal mengalah ada petugas ke tak rumah tangga sendiri blm lagi tamat

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...