Iklan Penaja 1

Picture

Rabu, Julai 31, 2013

Beri peluang laksana undang-undang syariat Islam


Meskipun kerajaan menjadikan agenda pengurangan jenayah sebagai salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara, namun statistik dan laporan pendedahan jenayah di media akhir-akhir ini menunjukkan sebaliknya.

Daripada data sampel yang dikumpul dari paparan media sejak 1 April 2013 hingga 30 Julai 2013, sebanyak 15 kes jenayah melibatkan senjata api, pedang dan parang telah berlaku. Mangsa jenayah pula meliputi golongan berstatus tinggi hingga ke status rendah.

Tambahan lagi, kejadian-kejadian yang berlaku adalah di perkarangan umum seperti di tepi jalan, tempat parkir kereta dan berdekatan sekolah pada waktu pagi, petang dan malam. Ekoran daripada kes-kes tersebut, timbul beberapa persoalan:

a) Bagaimana penjenayah-penjenayah bersenjatakan pistol dan pedang samurai begitu mudah menembak serta menetak mangsa di lokasi-lokasi awam?

b) Adakah senjata-senjata seperti pistol dan pedang samurai senang diperolehi di pasaran serta tidak terkawal?

c) Benarkah dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan wujud banyak kumpulan samseng/mafia yang mempelopori sindiket-sindiket haram seperti pembunuh upahan berprofil tinggi di negara ini?

Saya menyeru kepada semua pihak termasuk daripada PAS agar turut sama berganding bahu untuk membantu pihak polis dalam membanteras jenayah di negara ini menggunakan kapasiti kemampuan masing-masing. Mewujudkan persekitaran negara yang aman dan selamat merupakan agenda serta komitmen seluruh rakyat.

Saya juga menggesa agar saksi-saksi kejadian tidak gentar malah segera tampil ke hadapan untuk membantu pihak polis menyelesaikan kes-kes jenayah yang berlaku. Malah, pihak kerajaan khususnya Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) dapat mempertingkatkan usaha-usaha seperti sentiasa mengaktifkan keberadaan anggota-anggota polis di lokasi-lokasi panas, memperbaiki CCTV di kawasan awam dan memperkemaskan gerak kerja risikan agar sindiket jenayah dapat ditumpaskan.

Berikut adalah data sampel kes-kes jenayah bersenjatakan pistol dan pedang samurai dari 1 April 2013 hingga 30 Julai 2013.

a) 1 April 2013 - Kejadian tembak dan tetak seorang lelaki di Taman Seri Timah, Balakong.

b) 26 April 2013 - Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Shaharuddin Ibrahim ditembak mati dengan jarak dekat di Lebuh Sentosa, Putrajaya.

c) 7 Mei 2013 - Kejadian tembak di sebuah kedai cuci kereta di Kampung Keliang, Kalumpang, Hulu Selangor.

d) 25 Mei 2013 - Seorang peraih ikan ditembak mati selepas keluar daripada Masjid Nurul Anuar, Mukim Dalam Rhu, Pasir Puteh.

e) 27 Mei 2013 - Seorang lelaki yang sedang berkebun di kawasan rumahnya cedera parah selepas ditembak di Jalan Melati, Nilai.

f) 28 Mei 2013 - Kes menetak, mengikat dan menembak pekerja kontrak Petronas di Dungun

g) 2 Jun 2013 - Seorang pemandu bas sekolah cedera ditembak lima das tembakan di hadapan rumahnya di Taman Rembau, Butterworth.

h) 7 Julai 2013 - Polis Kelantan mengesan tiga kumpulan besar pengedaran dadah yang menyebabkan beberapa kes tembakan.

i) 8 Julai 2013 - Pembunuhan seorang guru Sekolah Kebangsaan Beris Panchor, Kota Bharu selepas terkena tiga das tembakan.

j) 13 Julai 2013 - Seorang kanak-kanak berusia 4 tahun menjadi mangsa akibat tembakan yang disasarkan oleh penjenayah tidak menepati sasaran di Pangsapuri Golf View Bukit Jambul, Georgetown.

k) 17 Julai 2013 - Seorang guru ditembak mati di Simpang Empat Keladi, Kulim dalam perjalanan ke sekolah.

l) 24 Julai 2013 - Seorang lelaki yang baru selesai dari berjoging cedera parah selepas ditembak di kawasan letak kereta Taman Rekreasi Gunung Lambak, Kluang.

m) 26 Julai 2013 - Seorang pemandu lori Pertubuhan Peladang Kawasan Temerloh cedera setelah ditembak dalam perjalanan ke Jerantut.

n) 28 Julai 2013 - Pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) MyWatch cedera parah setelah ditembak di persimpangan jalan Taman Cempaka, Bahau.

o) 29 Julai 2013 - Pengasas Arab Malaysian Bank maut dan isterinya ditembak dari jarak dekat di kawasan parkir kereta di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur.

Jika negara buntu dan pihak berkuasa mati kutu untuk menangani jenayah yang meningkat mendadak secara luar biasa, saya sekali lagi mahu mengulangi pendirian saya yang pernah saya lontar satu masa dulu betapa perlunya perlaksanaan undang-undang Syariat Islam dikuatkuasakan sebagai alternatif dari kegagalan teruk sistem yang ada pada hari ini.

Berilah peluang kepada Islam membuktikan keupayaan dan kemampuannya menangani dan membanteras jenayah yang semakin membarah. Islam pasti sahaja akan memastikan keadilan dan kesaksamaan kepada semua kaum dan bangsa tetutama insan tertinda dan mangsa jenayah serta Islam menurunkan berkat dan rahmat Allah swt tuhan yang Maha Mencipta.

Pada masa yang sama, insya-Allah Dewan Pemuda PAS Malaysia akan turun padang mengedarkan risalah untuk meniup kesedaran rakyat betapa perlunya "Bersama Perangi Jenayah" di pertengahan syawal selepas ummat Islam menyambut hari lebaran Aidil Fitri yang bakal menjelma tidak berapa hari sahaja lagi.

Institut Pemikiran Fadhil Noor (INFO) sebagai sebuah agensi di bawah lajnah Penerangan DPPM akan diaktifkan sebagai agen yang akan bekerjasama dengan pihak PDRM, menyampaikan kesedaran ini kepada masyarakat menerusi forum dan wacana awam "Bersama Perangi Jenayah" .

NASRUDIN HASSAN adalah ketua Dewan Pemuda PAS Pusat dan ahli parlimen Temerloh.

Malaysiakini

Lagi Cerita Kapal Selam Scorpene...

 
  
   Suaram: Jasbir sorok fakta rundingan Scorpene

Pengarah Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel menyifatkan saksi kes Scorpene di Perancis, Jasbir Singh Chahl tidak mendedahkan sepenuhnya maklumat yang diketahuinya mengenai urus niaga pembelian kapal selam itu kepada media arus perdana.

"Perkara ini menjadi perhatian ramai tetapi beliau tidak mendedahkan semua," katanya pada sidang media hari ini bagi mengulas kenyataan Jasbir yang dilihat memburuk-burukkan Suaram dalam NST.
Beliau berkata, Jasbir sepatutnya mendedahkan butiran pembekalan, selain peranannya dan mengapa beliau digugurkan dari rundingan berkenaan.

"Kami pelik mengapa butiran itu tidak disiarkan NST," katanya yang berpendapat Jasbir juga wajar mendedahkan punca Datuk Seri Najib Razak campur tangan dan pembabitan kawan lamanya, Abdul Razak Baginda dalam rundingan itu.

Tidak setuju dengan kenyataan dalam akhbar berkenaan, Cynthia berkata, Jasbir menyatakan Altantuya Shaariibuu tidak terlibat dalam proses rundingan tetapi ia bertentangan dengan kenyataan bapanya sendiri yang mendedahkan anaknya perunding pojek itu.

"Jika bukan perunding projek, mengapa Altantuya meminta $500,000 sebagai komisen," katanya.
Antara 2009 dan 2010 sewaktu kapal selam dalam proses penghantaran, beliau berkata, Jasbir membayar €114.9 juta kepada Perimekar yang mencatatkan kerugian daripada untung bersih, RM19 juta kepada RM3.3 juta.

Beliau berkata, laporan kewangan syarikat pada 2010 menunjukkan projek dengan kerajaan tamat pada Disember 2009 dan kerugian berlaku.
"Jadi, adakah Permekar ditubuhkan hanya untuk menerima projek kapal selam? Dan, kenapa Jasbir tidak mendedahkannya?" katanya.

Cynthia turut mempersoal peranan Jasbir dalam Terasasi Sdn Bhd dan mengapa syarikat itu tidak didedahkan kepada umum.
"Jasbir pernah menjadi pengarah di syarikat itu sebelum Razak dan bapanya turut terlibat sama, katanya sambil mendesak suruhanjaya siasatan ditubuh bagi mendedahkan hal berkenaan kepada umum.

Menyatakan Jasbir pernah menjadi perunding dalam perolehan dua kapal selam sebelum digugur, beliau berkata, saksi kes Scorpene itu juga memfail saman RM50 juta terhadap Razak yang sebelum membuat penyelesaian luar mahkamah.
Pada kenyataan dalam NST baru-baru ini, Jasbir bersumpah Altantuya tidak berada di Perancis semasa rundingan pembelian kapal selam.

Urus niaga pembelian kapal selam juga menjadi antara sebab Razak menjadi tumpuan media pada 2006 apabila Altantuya didakwa mengancamnya sebelum mayatnya diletup di Puncak Alam.
Pada 2009, Suaram membuat  aduan kepada Mahkamah Perancis yang membawa kepada siasatan membabitkan dua hakim berhubung dakwaan kerajaan Malaysia terbabit dalam rasuah pembelian dua kapal selam Scorpene. - 30 Julai, 2013.

TheMalaysiaInsider

Pembunuhan Rakyat Mesir, Kerajaan Malaysia Membisu? - DSAI

Anwar PC 2

PETALING JAYA 29 JULAI : Sikap membisu Kerajaan Malaysia berhubung isu pembunuhan rakyat Mesir mengundang rasa kesal umat Islam di negara ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa kesal terhadap Datuk Seri Najib Razak kerana tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan bagi mengecam pembunuhan beramai-ramai penduduk Mesir itu.
“Kita mengutuk keras tindakan ini dan bukan sahaja umat Islam dan negara-negara yang cintakan keadilan harus membantah pembunuhan beramai-ramai oleh rejim tentera yang zalim apatah lagi di bulan Ramadan ini.

“Saya kesal sehingga ke hari ini Kerajaan Malaysia belum mengeluarkan apa-apa kenyataan, maknanya pembunuhan beramai-ramai itu tidak langsung menyentuh perasaan dan sikap mereka,” katanya.

Turki mengepalai beberapa lain lantang mengutuk serangan yang mengorbankan lebih 300 penduduk Mesir baru-baru ini, tetapi situasi berbeza dipraktikkan Kerajaan Malaysia kerana masih membisu.

Baru-baru ini, tentera kerajaan sementara pimpinan Jeneral Abdel Fattah al-Sissi bertempur dengan penyokong Presiden yang digulingkan, Dr Mohamamad Morsi dan ahli Ikhwanul Muslimin dalam perhimpunan aman di beberapa bandar di Mesir.

Selangorku

Selasa, Julai 30, 2013

Doakan kesihatan Sanjeevan – Anwar Ibrahim

SERDANG 30 JULAI: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini ke Hospital Serdang untuk melawat Pengerusi Mywatch, R Sri Sanjeevan yang cedera ditembak selepas memaklumkan mengenai hasratnya untuk mendedahkan sindiket jenayah polis.

Bagaimanapun, sebaik tiba di hospital tersebut kira-kira jam 1.30 petang tadi, Anwar dihalang memasuki bilik rawatan Sanjeevan, walaupun sebelum itu perbincangan bersama Ketua Polis Daerah Kajang berlangsung.
Foto: Nayeel Aqmar
Foto: Nayeel Aqmar
“Saya ke Hospital Serdang tetapi tidak dibenar melawat atas alasan keselamatan, rawatan rapi dan memuaskan. Doakan…,” tulis Anwar di twitter.
Anwar dalam sidang medianya semalam menggesa polis mempertingkat kawalan keselamatan terhadap hospital yang menempatkan Sanjeevan.

Beliau juga mahu polis menyiasat cubaan bunuh itu serta pendedahan berhubung penglibatan anggota polis dalam sindiket jenayah.
Ini kerana beliau tidak menolak kemungkinan kejadian tembakan itu ada kaitan langsung dengan hasrat untuk mendedahkan penglibatan pegawai polis dengan sindiket jenayah dan kegiatan haram.

Sanjeevan, 29, parah di bahagian rusuk kanan selepas ditembak dua lelaki bermotosikal di simpang jalan di Jempol kira-kira 4.30 petang, Sabtu lalu.

Menurut bapa mangsa, P Ramakrishnan, keadaan anaknya itu kini lebih stabil walaupun kritikal.
Sanjeevan menerima rawatan di Hospital Serdang setelah dipindahkan dari Hospital Tuanku Jaafar, Seremban petang semalam.

KeadilanDaily

Isnin, Julai 29, 2013

Panas!! Anwar Ibrahim telah ditawarkan jawatan timbalan perdana menteri..

       Kerjasama politik PR-BN mustahil, kata Anwar

PETALING JAYA - Walaupun menganjurkan himpunan membantah keputusan PRU13 di seluruh pelusuk negara, yang dilihat sebagai usaha untuk mengembalikan 'hak yang dirampas', Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan ia bukan kerana sebuah kekuasaan.

Anwar bahkan menolak sama sekali untuk diberi sebarang jawatan dalam kerajaan, seperti yang didakwa telah ditawarkan kepadanya bulan lalu.

"Kalau ada pun kita tolak, kita tidak bersedia untuk bekerjasama dengan Umno-BN.

"Saya tidak pandang serius (tawaran), saya sedia berunding dengan sesiapa saja, soal prinsip dan dasar saya akan pertahankan suara rakyat," tegasnya.

Anwar berkata demikian mengulas laporan bahawa beliau telah ditawarkan jawatan timbalan perdana menteri dan empat pemimpin dalam partinya jawatan menteri Kabinet.

Tawaran itu difahamkan datangnya daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu Anwar ke Indonesia untuk bertemu Susilo Bambang Yudhoyono pada 14 dan 15 Jun lalu.

Perkara itu dinyatakan oleh seorang penulis pembangkang, Terence Netto dalam tulisannya, yang disiarkan portal Malaysiakini.

Menurut Terence, Najib menunggu untuk bertemu Anwar namun pemimpin utama pembangkang itu enggan berbuat demikian.

Tawaran Najib itu kemudiannya disampaikan oleh bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, "saya perlu menghormati semangat kerahsiaan, bila perkara tersebar di media massa, tidak salah saya memberitahunya, namun pertemuan itu tidak berlaku," katanya ketika berucap pada majlis iftar bersama anak muda anjuran Kelab Anwar Ibrahim (AIC), di Damansara, malam tadi.

Anwar ditanya sejauh mana laporan yang menyatakan perkara itu benar-benar berlaku.

Walaupun tidak menafikan perkara itu, Anwar bagaimanapun menyifatkannya  sebagai "khabar angin" dan tidak dikemukakan secara rasmi.

Tambah beliau, kerjasama politik antara PKR, DAP dan Pas akan kekal erat dan pihaknya lebih berminat untuk bekerjasama dengan kerajaan dalam soal keterbukaan media, pemberian kontrak secara tender terbuka dan telus serta kawalan rasuah dan jenayah secara serius.

SinarHarian

Sidang Media oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 29 Julai 2013 (isnin)

Sidang Media oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 29 Julai 2013 (isnin)

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera.
Rakan-rakan media yg dihormati,
Satu sidang media akan diadakan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada hari esok.

Butiran seperti berikut:
Tarikh: 29 Julai 2013 (Isnin)
Masa: 11.30 pagi
Tempat: Ibu Pejabat KEADILAN, Tropicana, Petaling Jaya

Antara perkara yang akan disentuh di dalam sidang media esok adalah:
1 – Cubaan membunuh Pengerusi MyWatch, Sri Sanjeevan
2 – Keputusan mahkamah berkaitan petisyen pilihan raya
3 – Pendakwaan terpilih ke atas Rafizi Ramli dan peserta himpunan blackout.

Dengan segala hormatnya pihak media dijemput hadir utk membuat liputan.

PEJABAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

Ahad, Julai 28, 2013

Anwar Ibrahim mengajak semua pihak mengutuk sekeras-kerasnya Kerajaan Haram Mesir..

PC ANWAR Hari gelap buat Mesir – Anwar

KUALA LUMPUR 28 JULAI : Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pembunuhan beramai-ramai penyokong pro Morsi dan anggota Ikhwanul Muslimin berdekatan Masjid Rabaa al-Adawiya semalam merupakan hari paling ‘gelap’ di Mesir sejak berlakunya Arab Spring di wilayah itu.

Sehubungan itu, beliau mengajak semua pihak mengutuk sekeras-kerasnya komplot Pasukan Keselamatan yang diketuai Jeneral Abdel Fattah al-Sisi bersama pimpinan kerajaan sementara yang tidak sah kerana membunuh rakyat Mesir yang tidak berdosa.

“Pembunuhan lebih 100 penyokong pro-Morsi dan ahli Ikhwan Muslimin di sekitar Masjid Rabaa al-Adawiya, Kaherah menandakan hari paling gelap untuk Mesir sejak berlakunya Arab Spring.
Egypt
Jenazah penyokong Morsi yang terkorban diserang menjelang sahur di depan Universiti Al-Azhar pagi tadi

“Saya mengutuk pertumpahan darah yang dilakukan oleh tentera dan pasukan keselamatan ini. Panglima tentera Jeneral Abdel Fattah al-Sisi bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin kerajaan sementara yang tidak sah di Mesir bertanggungjawab atas semua ini.

“Saya menyeru semua pihak seluruh dunia mengutuk pembunuhan orang awam yang tidak berdosa dan memanfaatkan kuasa masing-masing untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Rangkaian televisyen Al Jazeera melapor 120 mati dan 4,500 cedera dalam serangan ke atas penyokong Ikhwan berdekat masjid itu.
Jurucakap Ikhwanul Muslimin, Gehad El-Haddad berkata, tentera mula menembak sebelum solat Subuh.
“Mereka menembak bukan untuk mencederakan, tetapi sengaja untuk membunuh. Kepala dan dada menjadi sasaran,” katanya.

KeadilanDaily

Terkini!!! Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan mengecam keras serangan polis Mesir


Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan mengecam keras serangan polis Mesir terhadap penyokong presiden Dr Muhammad Mursi yang dilakukan di tengah bulan suci Ramadhan. Perkara ini disampaikannya dalam majlis berbuka puasa bersama syarikat pengusaha Turki.

“Kita melihat bahawa hati mereka sedikitpun tidak menjadi lebih baik, walaupun berada dalam bulan Ramadhan. Ketika kaum Muslimin sedang bersiap untuk sahur, sekali lagi serangan berlaku di Mesir. 200 orang telah gugur syahid. Setelah melanggar kehendak rakyat, mereka yang menggulingkan pemerintah kini membantai rakyat.

Rakyat Mesir sedang menunjukkan kehormatan mereka di hadapan kudeta tentera selama berminggu-minggu. Mereka tidak memiliki sebarang bom molotov ataupun senjata, mereka hanya memiliki kesabaran. Mereka melarang vandalisma. Apa yang tidak berlaku di negara kita sedang terjadi di Kaherah dan Iskandariah?

Rakyat menyeru para penguasa untuk mengakhiri rampasan kuasa dan mengembalikan kekuasaan kepada presiden pilihan mereka. Bukannya mahu mendengar aspirasi rakyat, para pelaku kudeta Mesir bertindak balas dengan mengirim para penjahat dengan senjata dan peluru. Anda tahu apa yang membuatkan saya sedih? Ketika 200 saudara-saudara saya dibunuh dan 5000 ribu lainnya tercedera, ada orang-orang (bebal) yang bersuka ria dengan bunga api di Medan Tahrir. Siapa orang-orang ini? Kita harus berwaspada dengan kejahatan seperti ini.

Dimana Eropah? Dimana Amerika? Dimana nilai-nilai Eropah itu? Mereka yang mengajar (kami) erti demokrasi, dimana demokrasi itu? Dimana PBB? Mereka yang berteriak marah ketika polis Turki menyembur air dan gas pemedih mata dengan cara yang dibenarkan undang-undang, dimana mereka setelah rampasan kuasa dan pembantaian berlaku di Mesir? Mereka yang memasang iklan di akhbar-akhbar (tentang buruknya HAM di Turki), ratusan orang telah dibantai semalam, Mengapa engkau buta? BCC dan CNN yang melaporkan berjam-jam demonstrasi rusuh di Istanbul, mengapa engkau tidak membuat liputan mengenai tragedi ini?

Dunia Muslim, saudara-saudara anda dibantai. Bila anda peduli? Kami lebih dari tahu siapa yang berada di sebalik rampasan kuasa ini. Kami ingin mereka semua segera berundur. Salam dari kami buat saudara-saudara kami yang berdiri tegak melawan kudeta dari Istanbul. Semoga Allah bersama rakyat Mesir…”

Sumber : Islamedia, AlJazeera

~Kepada siapa senjatamu dihalakan?!~ Khusus kepada Tentera Mesir

Mulut Emas Ayah pernah berkata,
Wajah kita mungkin berbeza,
Warna, bentuk dan mata tidak serupa,
Tapi disisi zionis rupa paras kita adalah sama,

Wahai wira negara,
Kepada siapa anda menghalakan senjata?
Adakah kepada musuh sebenar senjata ditala?

Adakah ke tahap ini sanggup kita bertindak buta?
Sesama saudara sanggup dibunuh dengan nafsu gila?

wahai wira negara,
Kepada siapa anda menghalakan senjata,
Andakah anda sudah alpa dan lupa?
Haram menumpahkan darah Muslim sesama kita?

Bukankah ini wasiat Rasulullah kepada kita?
Haram membunuh muslim sesama kita?
Haram hukumnya ! Haram hukumnya !

Ayuh bangun dan sedarlah akan dirimu,
Bangkitlah dari lena tidurmu!
Saudaramu disembelih, sedangkan tidur sedang mengulit musuhmu!

Kepada siapa senjatamu diacu?
Kepada kanak-kanak yang seusia anak kecilmu?
Atau Kepada si miskin yang lapar lagi lesu?
Atau Kepada Si Pejuang yang bangkit tanpa jemu?

Kenapa tidak halakan senjatamu kepada yahudi musuhmu?
Yang membunuh dan manghalau saudaramu dari bumimu?

Israel pada saat dan tika ini sedang riang berpesta !
Setiap titis darah saudaramu musuhmu menyambutnya dengan ketawa !

Setiap detik kanak kanak diyatimkan olehmu !
Saudara saudaramu terus disembelih tanpa belas kasihanmu!

Kepada saudaraku yang berdarah, maafkan ku!
Adakah masih ada sekelumit rasa malu?!
Adakah masih ada sekelumit rasa malu?!

Atau sudah hilang rasa malumu?!
Kepada siapa senjatamu itu diacu!
Kepada siapa senjatamu itu diacu!


( terjemahan umum tanpa mengira terjemahan setiap perkataan)

Sheikh Yusuf Al Qaradhawi telah berkata bahawa As Sisi telah melanggar perjanjiannya

 Ketika ditemubual secara langsung oleh Al Jazeera sebentar tadi, Sheikh Yusuf Al Qaradhawi telah berkata bahawa As Sisi telah melanggar perjanjiannya dan menyifatkan mereka yang menentangnya sebagai pengganas, malah telah meminta rakyat untuk memberikannya mandat untuk menghapuskan ‘keganasan’ di Mesir.

Dan beliau juga berkata bahawa ‘pengganas’ pada mata As Sisi ialah mereka yang menentang rampasan kuasa ke atas presiden yang dilantik secara sah. Mereka juga telah berselindung di sebalik pendirian ini. Dia (As Sisi) juga menganggap mereka semua telah melanggar undang-undang serta melabel mereka sebagai pengganas. Justeru dia telah menyeru kepada semua rakyat supaya memberikannya mandat untuk berhadapan dengan ‘para pengganas’ ini.

Sesungguhnya telah jelas terbukti kepada dunia apa yang tersembunyi di sebalik kejadian yang berlaku. As Sisi telah lupa bahawa terdapat 35 buah medan yang telah menolaknya manakala yang menyokongnya hanya di 2 buah medan (Tahrir dan Ittihadiyah). Sebagai akibat, dia telah mengambil kuasa untuk melakukan sesuka hatinya. Seruan As Sisi kepada rakyat untuk memberikannya kuasa dan mandat untuk menyokongnya dijadikan alasan untuk menyingkirkan para penyokong Dr Mursi yang berhimpun secara aman.

Beliau (Sheikh Yusuf Al Qaradhawi) juga berkata bahawa para wartawan di Mesir merupakan para pembohong. Media di Mesir langsung tidak menyiarkan apa-apa liputan di 35 buah medan yang menentang rampasan kuasa. Berjuta-juta rakyat Mesir ini dimanipulasi sepenuhnya oleh media yang tidak bertanggungjawab dan ianya harus dihentikan setelah apa yang berlaku.

Dan beliau telah menutup bicaranya dengan berkata: “Kita tidak pasti apakah yang menjadikannya (Abdul Fattah As Sisi ) binatang yang bertopengkan manusia (kejam) terhadap para Muslimin yang tidak bersenjata.”

Sumber : Rassd
‪#‎mesirkini‬

Sabtu, Julai 27, 2013

Terkini!!! Anak ketua pengarang berita TV3 maut

 
 Foto Hiasan
   Anak ketua pengarang berita TV3 maut dalam kemalangan

Anak kepada Ketua Pengarang Berita TV3 Mohd Khaidir Ahmad, maut dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di km143 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan dekat Mentakab malam tadi.
  
Mangsa, Muhammad Luqman Mohd Khaidir, 26, mati di tempat kejadian manakala dua lagi rakannya, kedua-duanya lelaki, seorang pemandu kereta Proton Wira berumur 21 tahun, dan penumpang bahagian belakang, 31, cedera parah.
  
Dalam kejadian 9.30 malam itu, kenderaan yang terbabit dalam nahas itu ialah kereta Proton Wira yang dinaiki mangsa, sebuah kereta jenis Toyota Corolla dan sebuah kereta jenis Perodua Kancil.
  
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh, Supt Zundin Mahmood, ketika kejadian mangsa bersama dua rakannya itu dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menuju ke Kuantan.
  
"Di tempat kejadian, dipercayai kereta dinaiki mangsa terbabas ke laluan bertentangan lalu melanggar Toyota Corolla terbabit menyebabkan kenderaannya berpusing dan melintang di atas jalan sebelum dirempuh Perodua Kancil yang datang dari arah Kuantan," katanya di Temerloh hari ini.

Beliau berkata, turut parah ialah pemandu Perodua Kancil seorang lelaki berumur 64 tahun, sementara pemandu Toyota Corolla berkenaan hanya cedera ringan.
  
Mohd Khaidir ketika ditemui Bernama berkata anak kedua daripada enam beradik itu pergi ke Kuala Lumpur bersama dua rakannya itu untuk membeli persiapan bagi menyambut hari raya nanti.
  
"Saya sekeluarga juga turut ke Kuala Lumpur secara berasingan untuk membeli persiapan raya dan dimaklumkan kejadian itu malam tadi," katanya.
  
"Arwah anak yang baik dan mendengar kata, saya sempat berbuka puasa dengannya sebelum ini selepas selesai membuat liputan pilihan raya kecil Kuala Besut, baru-baru ini," katanya.
  
Jenazah Muhammad Luqman selamat dikebumikan 10 pagi ini di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lebak Muslim, dekat Temerloh.

Malaysiakini

Pimpinan Umno kian hari kian lemah

Akhirnya Umno jadi parti yang tidak berkepimpinan


KUALA LUMPUR: Perpaduan di antara kaum mula terencat pembinaannya apabila kepimpinan parti-parti seperti Umno dan MCA serta MIC mula menjadi lemah kerana berbagai sebab yang mereka hadapi.

“Umno menggunakan isu perkauman sebagai senjata untuk menakutkan orang Melayu untuk bersama-sama bersatu dengan bangsa bukan Melayu,” tulis Aspan Alias di dalam blognya.

Menurutnya, pimpinan yang kian hari kian lemah itu terpaksa menggunakan isu perkauman untuk mengekalkan orang Melayu bersatu di bawahnya.

Ini, ujarnya adalah disebabkan orang Melayu semakin hari semakin menjauhi Umno kerana masalah dan isu besar yang dihadapi Umno itu sendiri.

Baginya, Umno sudah ketandusan kepimpinan di setiap peringkat kerana mereka yang menjadi pemimpin datangnya dari mereka yang tidak berkepimpinan dan tidak dihormati oleh orang ramai.

Menurutnya lagi, apabila Umno dirasuk oleh penyakit politik wang, maka hanya mereka yang sanggup membeli dan membayar sokongan dari ahli-ahlinya yang lahapkan wang ringgit untuk menjadi pemimpin.

“Akhirnya Umno menjadi parti yang tidak berkepimpinan kerana yang berkepimpinan telah diketepikan kerana tidak bermain dengan politik wang itu,” tulis beliau selanjutnya.
 
HarakahDaily

NGO rayu bantuan dana dan guaman

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR 26 Julai: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) memohon bantuan guaman serta dana wang jaminan mahkamah bagi 33 individu yang akan didakwa berhubung perhimpunan depan bangunan Parlimen 24 Jun lalu.

Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shahrin berkata, 33 individu itu akan didakwa pada 29 Julai ini mengikut Akta Perhimpunan Aman kerana menyertai perhimpunan aman.

Manakala 17 daripadanya berdepan pertuduhan tambahan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana didakwa merusuh.

“Jika seorang dijaminan RM3,000 bagi satu pertuduhan, ia mencecah RM150,000. Jika tidak, akan ada berpengalaman merai Aidilfitri dalam Penjara Sungai Buloh. Peguam yang sudi membantu sukarela, mohon tampil kerana selain kes ini, kami juga membina rangkaian peguam bagi kes perlawanan rakyat seluruh negara.

“Kepada berkemampuan diharap menyumbang bagi mengumpul dana bagi tujuan ikat jamin. Jika ada baki akan dikumpul bagi menjamin Orang Kena Tuduh (OKT) berkaitan kes perlawanan rakyat di masa depan,” katanya dalam kenyatan 25 Julai lalu.

Wang jaminan itu katanya tidak akan hilang selepas kes selesai, sebaliknya ia boleh diambil balik.

“Wang jaminan akan dibuat dalam buku akaun bawah nama penyumbang dan selepas kes selesai, penyumbang boleh ke mahkamah mengambil semula wang jaminan,” katanya lagi.

Sehubungan itu, mana-mana peguam yang ingin memberi perkhidmatan boleh menghubungi Mohd Safwan Anang (014-8408219) atau Azmir Mustafa (012-2231239) atau emel ke samm4anakmuda@gmail.com.

Bagi penyumbang dana pula boleh terus memasukkan wang ke akaun Maybank bernombor 555041113224 atas nama Solidariti Anak Muda dan SMS ke 012-6937908 atau emel sama untuk pengesahan.

KeadilanDaily

Jumaat, Julai 26, 2013

Gempak!! Anggota tentera maut dipanah petir ketika latihan

Seorang anggota tentera maut manakala rakannya cedera akibat dipanah petir ketika menjalani latihan hutan di kawasan air terjun berhampiran Kampung Temenin Baru, dekat Kota Tinggi semalam.
  
Mohd Razid Sadiran, 25, dari Markas 6 Renjer yang berpangkalan di Kuala Lumpur, meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakannya, Azwan Abdullah, 25, dari Markas 14 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang berpangkalan di Gemas, Negeri Sembilan, dirawat di Hospital Kota Tinggi (HKT).
  
Difahamkan ketika kejadian kedua-dua mangsa bersama 11 anggota lain merupakan pasukan pendahulu bagi membuat persiapan sebelum pasukan lain tiba untuk latihan hutan selama seminggu di situ.
  
Kejadian malang yang menimpa kedua-dua mangsa hanya disedari anggota lain apabila mereka tidak muncul pada waktu berbuka puasa.
  
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Mohd Nor Rasid yang mengesahkan kejadian itu berkata insiden berlaku ketika hujan lebat apabila mangsa sedang bersiap-siap mendirikan khemah di lokasi kejadian.
  
"Jenazah Allahyarham Mohd Razid dihantar ke Unit Perubatan Forensik HKT untuk bedah siasat sebelum dibawa pulang dengan van jenazah tentera ke Pusat Latihan Pulada untuk pengurusan jenazah malam tadi," katanya ketika dihubungi di Kota Tinggi hari ini.
  
Jenazah anak kelima daripada sebelas beradik itu dibawa ke rumah keluarganya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Nita, Mersing.

Malaysiakini

SPR berkokok lebih bising daripada ahli politik – Rafizi Ramli


KUALA LUMPUR 25 Julai:  Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menegaskan beliau telah mengulangi pendedahan mengenai pembekal dakwat kekal dan kaitannya dengan pemimpin Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di luar dewan rakyat.

Rafizi mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Aziz Yusof yang mencabarnya membuat pendedahan di luar parlimen sekiranya ‘beliau anak jantan’.
Menurut Rafizi, kenyataan dibuat di luar dewan sebelum ini  mencukupi untuk pengerusi SPR dan timbalannya mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

“Tidak timbul soal mengikut kehendak kedua-dua mereka yang cuba mengelak dari persoalan sebenar dengan menimbulkan perkara cabar-mencabar, “siapa lebih anak jantan” seperti yang dimainkan sekarang,” ujarnya,.

Rafizi, yang juga Pengarah Strategi KEADILAN berkata, isu cabaran tersebut  membayangkan sikap berat sebelah pengerusi SPR dan timbalannya.
“Malah, perkataan-perkataan yang digunakan seperti “anak jantan”, “menipu” dan lain-lain tidak menunjukkan sikap profesional mereka yang kini berkokok lebih bising dari ahli-ahli politik,” tegas beliau.

Tegasnya, isu sebenar  adalah kegagalan mereka mengendalikan pilihan raya dengan adil, bebas dan telus terutamanya mengenai pelaksanaan dakwat kekal.
“Apabila diselidiki, didapati ia berpunca dari kontrak pembekalan yang diberikan secara terus kepada individu tertentu yang turut membolot beberapa kontrak pembekalan lain,” katanya.

Rafizi turut mempersoalkan mengapa syarikat milik Mohamed Salleh Mohamed Alli dipilih secara rundingan terus untuk menjadi pembekal barang-barang pilihan raya termasuk dakwat kekal.
“Apakah penglibatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR dalam urusan perolehan dan pembekalan bahan-bahan pilihan raya, terutamanya dakwat kekal yang menjadi penambahbaikan utama yang diwar-warkan oleh SPR dalam PRU13? ,” soalnya.

KeadilanDaily

Terkini!! Fatwa Yusuf al Qaradawi : Larang Rakyat Mesir Ikut demontrasi sokong Al Sisi

Qaradawi Urges Sunnis for Syria Jihad
Sheikh Yusuf al-Qaradawi telah mengeluarkan fatwa mendesak rakyat Mesir untuk mengabaikan panggilan komandan  militer mereka untuk demonstrasi untuk mendukung tindakan keras terhadap “terorisme ikhwan.”

Ketua Gerakan  Ulama Muslim sedunia itu mengeluarkan fatwa pada  Rabu malam untuk “melarang rakyat Mesir dari menyahut  setiap panggilan yang mengarah ke perang saudara atau mengambil tindakan kekerasan militer terhadap pihak manapun, atau menghasut pemberontakan.

 ”Panglima Tentera  Jenderal Abdul Fattah al-Sisi pada Rabu lalu  menyerukan demonstrasi secara besar-besaran pada hari Jumat (esok)untuk menyokong kerajaan"haram"mereka dan supaya mereka disokong untuk mengambil tindakan keras(zalim) terhadap kononnya Ikhwanul Muslimin itu  terorisme dan perlunya   para demonstrasi Ikhwanul Muslimin dihukum.

Khamis, Julai 25, 2013

KEADILAN tubuh j/kuasa siasat isu kenaikan tarif elektrik mendadak

PETALING JAYA 24 JULAI: KEADILAN membentuk satu jawatankuasa bagi menyiasat isu peningkatan mendadak bil elektrik yang berpunca dari program pemasangan meter elektrik baru jenis digital oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Jawatankuasa itu dianggotai Naib Presiden, Datuk Chua Jui Meng; Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datuk Dr Tan Kee Kwong; Adun Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar dan Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen.

PC“Kita mendengar rungutan ramai bahawa bil elektrik naik mendadak selepas meter lama ditukar kepada meter baru jenis digital. Adakah penukaran meter digital itu benar-benar tepat, ini yang kita perlu tahu,” kata Wong Chen.

Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan itu berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat parti di sini hari ini.

Menurutnya, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air sebelum ini telah mengarahkan program penggantian meter itu dihentikan apabila mendapat rungutan ramai yang tidak bersetuju.

Dalam masa sama, Menteri sendiri tidak pasti adakah TNB mematuhi arahan tersebut hingga ke hari ini.

Sementara itu Jui Meng menegaskan, kenaikan bil tidak munasabah yang berlaku sesudah proses penukaran meter hanya akan membebankan rakyat dan ia tidak wajar.

Selain isu tersebut, ahli jawatankuasa berkenaan juga akan membawa lebih banyak isu dari semasa ke semasa, bagi memberi kefahaman kepada orang awam berkaitan penggunaan tenaga elektrik.

Jawatankuasa tersebut turut merancang menyerahkan petisyen kepada pihak berwajib dan mahu menubuhkan laman web untuk kempen ini.

KeadilanDaily

MB Selangor Seru Patuhi Prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah

MB mugshot exco 17 jul 01

SHAH ALAM 24 JULAI : Semua umat Islam dan rakyat Malaysia yang bermastautin di negeri Selangor digesa supaya mengikuti dan mematuhi prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah yang ditetapkan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, rakyat Selangor perlu menerima prinsip itu sebagai asas kepada ajaran yang diterima Kerajaan Negeri.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pendirian Kerajaan Negeri terhadap fahaman Syiah yang makin berleluasa terutama di Selangor sejak kebelakangan ini.

“Enakmen atau keputusan berhubung fahaman syiah telah diputuskan sejak dahulu lagi. Pandangan Kerajaan Negeri ialah kami mahu seluruh masyarakat Islam terutama di Selangor untuk mempraktiskan prinsip yang telah ditetapkan,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco, di sini.

Tambahnya, Kerajaan Negeri akan menyerahkan kepada pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk mengambil langkah proaktif mengikut tatacara yang sesuai bagi membanteras fahaman Syiah.

“Fatwa dikeluarkan dan kami tidak mahu mencipta isu mengenai perkara ini tetapi proaktif untuk mempromosi konsep sebenar Islam di negeri ini,” katanya lagi.

Selangorku

Rabu, Julai 24, 2013

Terkini!! Tangguh kes, Pejabat AG diperintah bayar Anwar kos RM1,000

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Jabatan Peguam Negara membayar kos RM1,000 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menangguhkan pendengaran kes saman beliau terhadap bekas menteri dalam negeri, Tan Sri Syed Hamid Albar.

Perkara itu dimaklumkan peguam Anwar, Sankara Nair selepas berbincang dengan Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad dan pendakwaraya, Tengku Intan Suraya di kamar hakim pagi tadi.

"Mahkamah menganugerahkan kos RM1,000 kepada pasukan Datuk Seri Anwar kerana penangguhan ini," kata Sankara kepada pemberita.
Sebelum itu, Anwar hadir ke mahkamah seawal jam 9 pagi.

Beliau kemudian mundar-mandir di dalam mahkamah apabila perbicaraan masih tidak bermula menjelang jam 9.30 pagi.

Di sebelah pendakwaraya pula, hanya seorang sahaja wakil yang hadir untuk perbicaraan itu.

Anwar kemudian meninggalkan mahkamah dipercayai untuk menghadiri kes pendakwaan aktivis siswa Adam Adli, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dan MP Seremban Anthony Loke berhubung kes perhimpunan di Padang Merbok.
Menurut Sankara, kes itu akan didengar semula pada 28 hingga 30 Oktober depan dan pihaknya juga mempertimbang untuk menyelesaikan kes itu di luar mahkamah.

"Kami akan menulis surat kepada Peguam Negara berhubung perkara ini," katanya.

Kes hari ini adalah susulan kepada saman fitnah RM100 juta ketua pembangkang itu terhadap Syed Hamid berhubung satu kenyataannya di lobi Parlimen pada tahun 2008.

Syed Hamid dilaporkan menggelar Anwar sebagai 'tukang lapor' US susulan kenyataan Jabatan Negara US yang menggesa agar tiada campurtangan politik dalam perbicaraan kes Liwat 2 pada masa tersebut.

Anwar mendakwa kenyataan Syed Hamid dianggap menjejaskan nama baiknya, selain menuntut menteri itu tidak mengulangi lagi dakwaan seumpamanya.

Malaysiakini

Rasulullah haramkan mutaah

Rasulullah haramkan mutaah
Ustaz Nazmi Mohamad Karim
SHAH ALAM – Perkahwinan mutaah oleh pengikut ajaran Syiah berlaku atas alasan menghindari zina, sebaliknya perkahwinan sebegitu diharamkan oleh Nabi Muhammad SAW terhadap umatnya.

Pendakwah, Ustaz Nazmi Mohamad Karim berkata, hukum yang mengharamkan pernikahan itu bersandarkan hadis daripada Ali bin abi Thalib yang berkata: Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang nikah mutaah dan memakan daging keldai jinak pada perang Khaibar.” (HR. Bukhari 5115, Muslim 1407). Hadits Sabrah bin Ma’bad Al-Juhani.

"Tetapi golongan tanpa ilmu sering menggunakan alasan demikian, yang jelas cetek ilmu pengetahuan berkaitan agama. Nikah mutaah berlangsung tanpa wali dan akad dan ini tidak sah selama-lamanya” katanya.

Bagaimanapun, jelas Nazmi, beliau tidak mempunyai maklumat sama ada pernikahan seumpama itu berlaku atau pun tidak melibatkan pengikut Syiah di negara ini.

"Nikah mutaah adalah harus di sisi Mazhab Ja’fariyyah (Syi’ah). Manakala fuqaha’ ahli sunnah sepakat mengatakan nikah mutaah adalah haram dan batil. Pada zaman awal Islam, Rasulullah SAW membenarkan nikah mutaah kerana ia merupakan satu kebiasaan masyarakat zaman jahiliah ketika itu.

"Kemudian ia diharamkan secara berperingkat yakni terhad ketika berperang dan berdagang," katanya.

Nazmi berkata, sehinggalah di penghujung hayat Rasulullah, baginda mengharamkan nikah mutaah secara mutlak sehingga hari Kiamat.

"Justeru, hukum muktamad nikah mutaah adalah haram dan inilah yang menjadi pegangan para sahabat dan tokoh-tokoh ilmuwan Islam daripada semua Mazhab baik Syafi’e, Hanbali, Maliki dan Hanafi," jelas beliau.

SinarHarian

Selasa, Julai 23, 2013

Lagi pendedahan!! Individu sama terima kontrak topi, dakwat kekal - Rafizi Ramli

Rafizi
Rafizi
 
PETALING JAYA - PKR mendakwa penganugerahan kontrak dakwat kekal kepada syarikat milik Mohamed Salleh Alli pada PRU13 lalu turut membekalkan topi untuk petugas dan pegawai SPR.

Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata pihaknya juga mendapati kontrak yang diberikan kepada tiga syarikat pembekal topi itu menggunakan nama yang berbeza tetapi dikawal individu yang sama.

Beliau mendakwa dua daripada tiga syarikat tersebut dimiliki isteri dan pekerja Mohamed Salleh iaitu Shamsia Mansoor serta Norsiah Yusoff.

"Hasil semakan kami dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), ketiga-tiganya mempunyai hubung kait secara langsung dengan Mohamed Salleh Alli," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Rafizi turut mempertikaikan soal pemberian kontrak secara terus kepada tiga syarikat.

"Kenapa perlu beri pada tiga syarikat? Kenapa tidak diberi kepada satu syarikat sahaja?

"Rundingan terus ini menunjukkan ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh SPR dari pihak berkuasa dan orang ramai. Ia boleh berlaku jika Mohamed Salleh Alli ada hubungan istimewa dengan pimpinan SPR," katanya.

Beliau menjangkakan, kontrak topi tersebut bernilai RM 6 juta.

"Keseluruhan kontrak mungkin bernilai RM 6 juta berdasarkan 300,000 pegawai dan 250,000 petugas SPR.

"Jika satu topi berharga RM20, didarabkan dgn keseluruhan jumlah tersebut, secara kasar, ia berjumlah RM 6 juta," katanya.

SinarHarian

Usaha Merujuk YB Simpang Renggam Kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan - Khalid Samad

Setelah Ahli Parlimen Simpang Renggam membuat dakwaan bahawa Wikileaks telah mendedahkan simpanan wang beratus juta oleh Ketua Pembangkang di beberapa bank luar Negara termasuk di Israel, maka ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah bertindak untuk merujuk beliau ke Jawatankuasa hak dan kebebasan selari dengan peraturan mesyuarat 36(12). Usul untuk itu telah dikemukakan oleh Ahli Parlimen Jelutong.

Maka pada Khamis 18 Julai, setelah YB Simpang Renggam terus enggan meminta maaf dan menarik balik kenyataan beliau, maka usul tersebut telah dibahas dan ia merupakan isu terakhir yang dibahas di Parlimen sesi ini. Peraturan mesyuarat 36(12) berbunyi;

“Mana-mana ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina Majlis dan ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu.”
Speaker telah berkali-kali mengulangi bahawa untuk disabit kesalahan, ahli yang dituduh itu mesti mempenuhi 3 syarat seperti berikut:
1. Maklumat itu adalah salah.
2. Ahli berkenaan tahu ianya salah.
3. Walaupun tahu ianya salah, ahli tersebut terus menyatakannya kerana sememangnya berniat untuk mengelirukan dewan.

Apabila YB Jelutong membawa usul berkenaan, beliau mendedahkan beberapa fakta, termasuk hakikat bahawa tidak terdapat ‘maklumat’ tersebut di dalam Wikileaks dan salah satu Bank di mana kononya duit Ketua Pembangkang disimpan, yang disebut YB Simpang Renggam, iaitu National Bank of Israel, sebenarnya tidak wujud! Fakta tersebut adalah bukti bahawa YB Simpang Renggam sememangnya telah memenuhi ketiga-tiga syarat untuk layak dikenankan tindakan bawah 36(12).

Seterusnya Speaker telah meminta 3 pembahas dari PR dan 3 lagi dari BN untuk membahasnya. 3 wakil dari PR seperti yang telah dipersetujui pada hari sebelumnya adalah terdiri dari seorang dari DAP (YB Raub), PKR (YB Bukit Katil) dan PAS (YB Shah Alam).

Semasa saya berhujjah, saya hanya menumpu kepada 3 syarat untuk menyabit kesalahan seperti di atas. Saya telah menyebut;

1. YB Simpang Renggam mengatakan maklumat yang didedahkan beliau adalah dari Wikileaks. Dakwaan ini adalah tidak benar kerana ianya tiada dalam Wikileaks tetapi sebaliknya hanya boleh diperolehi dari blog yang tidak diketahui siapa pemiliknya (Anonymous). Maka maklumat bahawa ianya dari Wikileaks adalah tidak benar.

2. YB Simpang Renggam tahu bahawa dakwaan ianya dari Wikileaks adalah tidak benar kerana dia sendiri tahu bahawa dia telah memperolehinya dari blog ‘Anonymous’ ini dan bukan dari Wikileaks. Oleh itu YB Simpang Renggam penuh sedar dakwaannya bahawa ianya dari Wikileaks adalah tidak benar.

3. Sememangnya YB Simpang Renggam bertujuan untuk mengelirukan Dewan apabila beliau menyatakan maklumat tersebut adalah dari Wikileaks sedangkan dia membacanya dari blog ‘Anonymous’. YB Simpang Renggam tidak mahu menyatakan bahawa maklumat beliau adalah berdasarkan bacaan dari ‘blog Anonymous’ ini kerana beliau sedar dan faham bahawa sekiranya didedahkan kenyataan tersebut maka dakwaannya akan hilang kredibiliti. Untuk menambahkan kredibiliti dan keyakinan ahli Dewan maka disebut bahawa maklumat tersebut adalah dari Wikileaks. Tindakan beliau untuk menutup dan menyembunyikan fakta ini, bahawa ianya dari blog ‘Anonymous’, adalah bukti bahawa YB Simpang Renggam ingin dengan sengaja mengelirukan Dewan.

4. Hakikat bahawa YB Simpang Renggam sedar dakwaannya bahawa segala maklumat yang dibacanya adalah dari Wikileaks adalah tidak benar turut terbukti apabila beliau enggan mengulangi kata-kata yang sama di luar dewan.
Dalam perbahasan ini, wakil BN hanya bertindak untuk mengalih perbahasan kepada isu lain yang tidak ada kena-mengena dengan persoalan sebenar. Selain itu mereka mencelah perbahasan wakil-wakil PR dengan tujuan untuk mengalihkan perbahasan sehingga berlaku pertengkaran dan cabar-mencabar!

Saya merasakan fakta sudah mencukupi untuk menyabitkan kesalahan YB Simpang Renggam supaya dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Namun akhirnya keputusan dibuat berdasarkan proses ‘belah-bagi’ dan bukan atas kekuatan hujjah. Oleh itu semestinya YB Simpang Renggam akan terlepas kerana wakil rakyat BN akan semua mengundi untuk menolak usul yang dibawa YB Jelutong! Begitu juga, sekiranya usul dibawa seorang ahli BN, terhadap seorang ahli PR, sudah hampir pasti usul itu akan diterima,walaupun buktinya tidak sekukuh mana, sepertimana dalam kes Permatang Pauh pada penggal lepas.

Dan itulah yang telah berlaku pada hari tersebut. 100 lebih ahli dari BN, dari 133, mengundi menolak usul YB Jelutong dan 60 lebih ahli dari PR, dari 89, mengundi untuk menerimanya.

Bagi saya, proses menentukan sabit atau sebaliknya sesuatu kesalahan tidak sepatutnya ditentukan melalui proses ‘belah-bagi’ atau undi kerana proses itu tidak menjamin keadilan. Ini hanya mampu menjamin kehendak majoriti menguasai samada benar atau sebaliknya. Inilah yang digelar ‘dictatorship of the majority’ atau ‘tyranny of the majority’ dalam perbahasan akademik yang dibaca oleh mahasiswa pengajian sains politik di kampus.

Samada itulah yang telah berlaku pada 18 Julai lepas di Dewan Rakyat adalah untuk masing-masing menilainya.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Peguam Anwar Ibrahim fail permohonan tolak Muhammad Shafee

Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah

PUTRAJAYA - Pasukan peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memfail permohonan secara formal bagi dilucut kelayakan Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah untuk bertindak sebagai pendakwa raya dalam kes rayuan sodomi.

Seorang daripada peguamnya Ram Karpal Singh berkata permohonan itu akan difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Rayuan dalam masa terdekat.

"Kami akan mengemukakan permohonan disokong dengan afidavit daripada Anwar," kata beliau hari ini.

Muhammad Shafee diberi kuasa oleh Peguam Negara untuk mengetuai pasukan pendakwa dalam rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Anwar atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlah, 26, di unit kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 ptg dan 4.30 ptg pada 26 Jun, 2008.

SinarHarian

Isnin, Julai 22, 2013

Datuk Saifudin Nasution lapor diri sebagai Ketua Staff Pejabat MB Selangor


Datuk Saifudin Nasution Ismail (gambar)  hari ini melaporkan diri ke pejabat Menteri Besar Selangor sebagai Ketua Staff, jawatan yang baru diwujudkan untuk beliau.

Setiausaha Agung PKR itu melaporkan diri jam 12 tengahari tadi kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohd Khusrin Munawi.

Walaupun melaporkan diri hari ini, pelantikan sebagai Ketua Staff ala pejabat Presiden Amerika itu bermula dari 1 Julai lagi.

Selepas bertemu Khalid, Saifudin bertemu dengan Penasihat Undang-undang Negeri untuk membincangkan tugas barunya itu.

Sebagai Ketua Staff pejabat MB Selangor, Saifudin bertanggungjawab untuk menyelia semua kakitangan di pejabat itu.

Setaraf dengan beliau dari segi perjawatan adalah Ketua Setiausaha Sulit Kanan yang disandang oleh seorang bekas Pegawai Daerah yang menggantikan ketua setiausaha sulit Khalid sebelum ini. - 22 Julai, 2013.

TheMalaysiaInsider

Kes liwat II: Anwar Ibrahim bantah pelantikan Shafee

Foto Hiasan

SHAH ALAM - Pasukan peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membantah pelantikan peguam kanan, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pasukan pendakwaan bagi rayuan kes dakwaan liwat itu.

Prosiding yang sepatutnya berjalan hari ini ditangguhkan ekoran ketua peguam bela, Karpal Singh sedang cuti sakit.

Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Datuk Ramli Ali kemudian memberitahu peguam Ramkarpal Singh untuk membangkitkan perkara itu ketika prosiding berlangsung.

Anwar menerusi laman mikro Twitter miliknya menulis "Mahkamah Rayuan: tangguh kerana YB Karpal di HKL. Bantah perlantikan DS Shafee Abdullah yang terlibat menentang saya sejak 98 sebagai Ketua Pendakwa".

Pengurusan kes ditetapkan pada 1 Ogos.

SinarHarian

Jangan jadi hamba semata-mata mahu bantuan BN - Anwar Ibrahim



(Anwar berucap membantu kempen PAS di Tok Saboh malam tadi - gambar The Malaysian Insider)

KUALA BESUT: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut supaya tidak menjadi hamba BN semata-mata kerana mahu bantuan dari mereka.

"Pengundi Kuala Besut jangan jadi hamba dengan bantuan-bantuan BN. Pasal apa Umno curah banyak wang?

"Sebab nak menang, kalau kalah peta politik akan berubah, gugat kuasa politik Umno," katanya depan kira-kira 1,000 penduduk di Kampung Tok Saboh, Kuala Besut malam tadi, lapor The Malaysian Insider.

Ketua Umum PKR itu berkata, pengundi boleh mengambil bantuan yang diberi BN tetapi perlu berfikir sebelum mengundi kerana BN didakwanya bakal menindas mereka.

"Kerana miskin, tak salah dapat RM500, RM200 tapi salah kalau dapat RM500, jadi hamba kepada pemerintah.

"Kalau kata perlu undi BN untuk dapatkan bantuan, itu tidak masuk akal. Perlu tanya diri sendiri, kita ada pilihan," katanya pada ceramah menggunakan lori kecil yang dihiasi lampu warna-warni sebagai pentas.

Turut berucap ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Pengarah PRK Kuala Besut PAS, Datuk Husam Musa.

BN setakat ini sudah mengumumkan 10 projek dan bantuan untuk penduduk Kuala Besut yang dianggarkan bernilai RM387,490,750.

Antara projek terbaru ialah projek RM250 juta pedalaman Kuala Sungai Besut dan pemasangan benteng pemecah ombak yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

PAS pula mendakwa semua projek itu hasil perjuangan dan kempen PAS selama ini yang mendedahkan kepincangan tadbir urus kerajaan.

Sebaliknya, Anwar berkata, pengundi Kuala Besut harus mengambil peluang pilihan raya kecil (PRK) untuk mewujudkan kerajaan setara antara BN dan Pakatan Rakyat (PR).

Menyeru pengundi memberi sokongan kepada Endut@Azlan Yusof, calon PAS yang lebih dikenali sebagai Che Long di Kuala Besut, beliau yakin PAS mampu mengulangi kemenangan pada 1999.

"Siapa kata ini kawasan Umno? Tidak. Tahun 1999 dahulu PAS menang. Cuma, kita perlu tanamkan kekuatan itu," katanya merujuk kemenangan ke atas Terengganu hingga membentuk kerajaan negeri pada tahun berkenaan.

Anwar juga tidak menolak kemungkinan BN akan mengadakan pilihan raya semula jika PAS menang kerusi itu yang sebelum ini dimenangi BN melalui calonnya, Dr Abd Rahman Mokhtar.

HarakahDaily

Ahad, Julai 21, 2013

Fitnah II: Cubaan penjarakan semula Anwar Ibrahim


KUALA LUMPUR 21 Julai: Rayuan terhadap keputusan kes Fitnah II adalah cubaan Umno BN untuk mengheret semula Datuk Seri Anwar Ibrahim ke penjara, kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.
Menurut Surendran, Mahkamah Tinggi telah membebaskan Anwar dari tuduhan tersebut pada Januari tahun lalu dan umum mengetahui ia merupakan konspirasi politik peringkat tertinggi untuk menjatuhkan Anwar.
Malah, katanya, konspirasi itu turut melibatkan institusi seperti polis dan pejabat peguam negara  diketuai Tan Sri Abdul Gani Patail.

“Rayuan ini tak sepatutnya difailkan. Semua orang tahu Gani Patail (peguam negara) orang suruhan Umno. Mahkamah dan polis hanya digunakan untuk menindas dan memenjarakan Anwar,” kata Surendran.
Beliau mengulas kes rayuan berkenaan yang akan berlangsung di Mahkamah Rayuan Putrajaya, esok, ekoran  rayuan kerajaan terhadap pembebasan  Anwar, 9 Januari tahun lalu.

Kes tersebut, yang sebelum ini dilihat sebagai konspirasi kedua mengaibkan Anwar, dijangka sekali lagi menarik perhatian media dalam dan luar negara apabila ia dibicara di peringkat rayuan.
Menurut Surendran, Umno BN kini kehabisan modal untuk melakukan apa sahaja bagi menyekat kebangkitan Pakatan Rakyat ke Putrajaya, termasuk memenjarakan semula Anwar.

“Itu cara terbaik Umno-BN mematahkan kemaraan Pakatan Rakyat ke Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang. Mereka fikir cara terbaik untuk terus berkuasa ialah memenjarakan Anwar,” kata N Surendran.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Januari tahun lalu membebaskan Anwar atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara antara jam 3.10 dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Anwar, 65, yang juga ketua pembangkang dan ahli parlimen Permatang Pauh, didakwa mengikut Seksyen 337B Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan beliau boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

KeadilanDaily

NGO Umno!! Marah Kepada Pemuda PAS... Bagi Admin Pemuda PAS Terbaik!!!!

NGO Melayu umno kecam Pemuda PAS kerana kutuk penculikan

Satu gabungan NGO Melayu umno mengecam Dewan Pemuda PAS  Malaysia (DPPM) kerana mengutuk penculikan dan serangan terhadap Ng Mun Tatt, yang dituduh menghina Islam oleh penculiknya.

"Sebelum DPPM  menyalak tidak tentu arah dalam usaha menagih populariti dengan mengeksploitasi isu ini, kami berharap pihak PAS membuat penyelidikan yang mendalam terlebih dahulu.

NONE"Ng (kanan) hanya sekadar membuat penafian (bahawa dia
menghina Islam) tanpa dikemukakan apa-apa bukti sehingga DPMM menganggapnya cukup untuk berlari menyembah pemuda Cina tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Gabungan yang digelar 'Gabungan NGO  Umno -Melayu' itu merujuk kepada kenyataan Setiausaha Pemuda PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil yang mengutuk penculik tersebut kerana menggunakan agama untuk mewajarkan tindakan jenayah mereka.

Khairul Faizi memberitahu Harakahdaily semalam bahawa penculik tersebut, yang juga turut memukul Ng, adalah pihak yang menghina Islam.

Bagaimanapun, gabungan itu mendakwa PAS sendiri bersekongkol dengan DAP yang didakwanya sebuah parti yang amat rasis.

Ng telah diculik pada 16 Julai dan kemudiannya dibebaskan dalam keadaan bogel dengan kata-kata "saya menghina Islam" tertulis di badannya selepas keluarganya membayar wang tebusan.

Keluarga  Ng telah menafikan pemuda itu telah menghina Islam dan penculikannya  adalah semata-mata untuk mendapat wang daripada keluarga.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata semalam, walaupun penculikan itu didorong untuk mendapatkan wang, tetapi ia juga adalah satu tindak balas terhadap blogger seks Alvin Tan dan Vivian Lee yang didakwa menghina Islam.

Malaysiakini

Admin : Kah kah kah kah.....Pemuda PAS Terbaik!!!!!! Ngo umno Bangang!!!!!!!!!!

Sabtu, Julai 20, 2013

14 aktivis bantah TPPA ditahan Polis di Sabah


Foto Hiasan

KOTA KINABALU 20 Julai: Seramai 11 aktivis Badan Bantah TPPA di Sabah ditahan Polis semasa mengadakan protes membantah rundingan perjanjian itu di hadapan Sutera Habour Kota Kinabalu Sabah pada 20 Julai lalu.

Menurut Penyelaras NGO Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Ahmad Syukri Razab, aktivis terbabit ditahan kira-kira jam 8.30 pagi dan di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Karamunsing. Manakala tiga lagi ditahan semasa bersolidariti di hadapan IPD berkenaan.

Mereka yang ditahan ialah Mohd Asraf Sharafi Mohd, Harieyadi Karmin, Ardin  Manja, Johan Muhammad, Mohd Saifuddin Ahmad, Mohd Firdaus Muhammad Noor, Aliff b Basri, Akhdan Sheik Shah Sabang, Lahirul Latigu, Mohd Fathihie Gadius, Mohd Hisham Jais, Mohd Abdillah Matlin, Sheryne Olivia Yahcob dan Laizah Laida.

Kumpulan itu mengadakan protes bagi membantah rundingan ke 18 perjanjian Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) yang dikatakam sedang berlangsung di Sutera Habour, Kota Kinabalu Sabah.
Menurut Syukri,  Harieyadi Karmin selaku Pengerusi Gabungan Menuntut Hak Rakyat Sabah (GEGAR) memberitahu, kumpulan itu sekadar membuat protes biasa depan pintu utama Sutera Habour dengan mengangkat sepanduk membantah TPPA dan diiringi ucapan pemimpin rakyat.

Harieyadi memberitahu, penganjur setuju berpindah tempat kira-kira 50 meter dari pintu utama Sutera Habour selepas berunding dengan pihak polis. Namun, setelah berpindah, polis datang sekali lagi dan menahan 11 aktivis serta merampas kain rentang mereka.

Kata Syukri, berdasarkan maklumat daripada Abdul Razak Jamil iaitu Peguam yang mewakili kumpulan itu, polis masih tidak membenarkan beliau bertemu dengan anak guamnya.

“Beliau juga dimaklumkan pihak Polis akan menjalankan ujian air kencing ke atas semua tertuduh sebelum melalui proses siasatan seterusnya.
“Pihak Polis juga memberi jaminan semua yang ditahan akan dibebaskan selepas proses soal siasat selesai,” kata Ahmad Syukri.

Keadilandaily

Syarikat kroni SPR tak layak dapat kontrak runding terus - Rafizi Ramli


KUALA LUMPUR 17 Julai: Tiga syarikat yang dikawal individu yang mendapat kontrak membekal dakwat kekal, Mohamed Salleh Mohamed Alli tidak mempunyai rekod kewangan yang melayakkannya mendapat kontrak secara runding terus.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, rekod kewangan terakhir syarikat Salleh menunjukkan ia tidak mempunyai kelayakan mendapat kontrak berkenaan.

Malah, katanya, rekod kewangan salah sebuah syarikat tersebut, Nash Ventures Sdn Bhd juga didapati tidak dikemaskini.

“Kali terakhir Nash Ventures failkan akaun adalah bagi tahun kewangan 2009 tetapi dianugerahkan rundingan terus dalam tahun 2013 malah, mengikut fail terakhir itu, dia tidak mempunyai sebarang perolehan,”

“Hakikat ini menguatkan lagi dakwaan bahawa Salleh mempunyai hubungan yang baik dengan kepimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),”  kata Ahli Parlimen Pandan itu dalam sidang media.

Dalam pada itu, beliau turut mendedahkan tiga buah syarikat yang dikawal Mohamed Salleh iaitu Integrated Chellenger (M) Sdn. Bhd, Allisons Corp Sdn Bhd dan Nash Ventures Sdn. Bhd didaftar di alamat sama.

Syarikat tersebut beralamat di nombor 44A &44B, Jalan Tengku Ampuan Zabedah A 9/A, Seksyen 9, 40100, Shah Alam, Selangor.

“Ini mengesahkan maklumat yang saya dedahkan sebelum ini bahawa syarikat-syarikat yang dikawal oleh individu bernama Mohamad Salleh telah berjaya mendapat kontrak perbekalan dakwat, kemeja dan topi secara rundingan terus,” kata beliau dalam sidang media di parlimen.

Menurut Rafizi, salah seorang Pengarah Syarikat Nash Ventures turut mempunyai pertalian dengan Mohamad Salleh, iaitu Shamsia Mansoor yang juga pemegang saham Allisons Corp Sdn Bhd dan mendapat kontrak perbekalan dari Kementerian Pertahanan.

Malah, tambah Rafizi alamat rumah kediaman untuk Shamsia dan Mohamad Salleh juga sama, yang memungkinkan mereka mempunyai pertalian keluarga.

KeadilanDaily

12 kes mati dalam tahanan , hanya 1 didakwa


12 kes mati dalam tahanan , hanya 1 didakwa
 
Kumpulan hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menuntut pihak polis dipertanggungjawabkan terhadap peningkatan kematian dalam tahanan kerana daripada 12 kes pada tahun ini sahaja, hanya tiga anggota polis didakwa (dalam satu kes yang sama).

"...hanya tiga pegawai polis didakwa dalam kes kematian N Dhamendran, dan hanya selepas desakan dan bantahan awam, sementara satu lagi tertuduh hilang," kata Penyelaras Suaram R Thevarajan.

Katanya, dalam kes P Karunanithi, yang meninggal di Tampin pada Jun, sehingga hari ini tiada seorang pun pegawai polis didakwa walaupun bedah siasat dan bukti video menunjukkan kesan leban dan kecederaan di tubuhnya.

Dalam kenyataanya hari ini, Thevarajan menegaskan keperluan memenuhi tuntutan meluas terhadap penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).

Ini kerana, tambahnya, pihak polis gagal mengheret pelakunya ke muka pengadilan.

"Kegagalan memastikan keberkesanan mekanisme kebertanggungjawapan polis mengetengahkan kurangnya hasrat politik untuk mengambil langkah tulen bagi mereformasikan pasukan polis negara ini," katanya.

Malaysiakini

Jumaat, Julai 19, 2013

Terbaik!!!! Masjid dan Surau Lebih Aktif di Bawah Pakatan Rakyat

Faekah Husin bagi kurma

KLANG, 19 JULAI : Peranan masjid dan surau di sekitar kawasan negeri Selangor dilihat lebih aktif dalam menganjurkan program yang bukan hanya berbentuk keagamaan, malah turut merangkumi aktiviti kemasyarakatan sejak negeri itu ditadbir Pakatan Rakyat (PR) pada Mac 2008.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin berkata, Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berjaya mengembalikan fungsi masjid dan surau sebagai tumpuan masyarakat Islam untuk beribadah dan mendapat ilmu.

Menurutnya, bagi merancakkan program Ihya Ramadan pada tahun ini, Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memperuntukkan sebanyak RM2.7 juta untuk diagihkan kepada semua masjid dan surau di negeri ini.

Katanya, bagi masjid peruntukan sebanyak RM1,650 akan diserahkan, sementara surau yang mengadakan solat Jumaat akan menerima sumbangan sejumlah RM1,250 dan RM1,000 pula akan diberikan kepada surau di seluruh Selangor.

“Masjid dan surau diamarahkan dengan begitu baik sekali sejak PR memerintah, malah jauh lebih baik daripada 10 tahun yang lalu.

“Saya menerima banyak respon positif daripada masyarakat setempat yang begitu berpusu-pusu untuk mengunjungi masjid di sekitar Selangor kerana teruja terhadap aktiviti dan program keagamaan serta ilmu yang dianjurkan,” katanya semasa menghadiri Majlis Penyerahan Kurma kepada Masjid di sekitar DUN Pelabuhan Klang, di sini.

Dalam majlis itu, Faekah yang mewakili Abdul Khalid menyerahkan kira-kira 2,000 pek buah kurma kepada setiap 10 buah masjid di sekitar DUN itu.

Antara masjid yang menerima sumbangan tersebut ialah Masjid Bukit Tinggi, Masjid Pendamar, Masjid Kampung Idaman, Masjid Ar Rahman dan Masjid Ubudiah.

Agihan kurma telah dilaksanakan sejak tahun 2008 lagi bagi beberapa kawasan di sekitar Selangor di mana tidak kurang 10,000 pek akan diagihkan kepada rakyat. Selangorku

Faekah Husin bagi kurma 01

Khamis, Julai 18, 2013

Pamplet Pro Mursi yang diedarkan semalam semasa perarakan di Jalan Qasr el Aini


“Kepada keluarga dan saudara-saudara senegara kami”

Ingin kami tegaskan kepada kalian, sesungguhnya pendirian kami untuk berdiri menentang rampasan kuasa ini tiadalah melainkan ingin mempertahankan legitimasi perlembagaan dan kedaulatan demokrasi yang terzahir melalui :

1. Presiden pilihan rakyat melalui sistem demokrasi.
2. Perlembagaan yang dibina hasil persetujuan rakyat.
3. Dewan Syura (salah satu komponen bagi badan legislatif di Mesir)

Inilah yg dikatakan sebagai ekspresi sebenar kehendak majoriti rakyat yang kini dinafikan oleh pihak kudeta dan konco- konconya untuk dilaksanakan. Jadi mereka telah membubar dewan rakyat
kemudian berkonspirasi dalam menjayakan rampasan kuasa yang telah menculik Presiden dari rakyat mereka, tidak cukup sekadar itu lalu dibubar pula dewan syura seterusnya diikuti dgn penggantungan perlembagaan.

Apa yang lebih teruk ialah, seluruh majoriti rakyat kini dipaksa utk tunduk terhadap kehendak golongan-golongan minoriti yang berkepentingan yang tanpa segan dan silu melantik dari kalangan mereka Presiden dan anggota kabinet serta menggantikan perlembagaan dengan yg baru tanpa mendapat mandat dan persetujuan rakyat.

Pada hari-hari sebelum berlakunya rampasan kuasa, sabotaj telah dirancang dan telah menyebabkan berlakunya krisis- krisis seperti krisis petrol, diesel dan elektrik yang telah berjaya dijadikan umpan untuk mencetus kemarahan dan kebangkitan rakyat ; yang akhirnya keluar membanjiri jalanan pada 30 Jun yang lepas. Satu demonstrasi yang tidak menjangkau tempoh sehari namun dicanang oleh media-media Pro Kudeta sebagai 'Revolusi Rakyat'.

Lantas keadaan ini seolah- olah berjaya menarik perhatian pihak tentera yang prihatin terhadap keselamatan dan kehendak rakyat, namun pihak tentera hanya menutup sebelah mata serta tidak menghiraukan keberadaan jutaan rakyat (sejak 28 Jun hingga ke hari ini) yang membanjiri seluruh medan di seluruh pelosok negara; demi menyatakan sokongan mereka terhadap demokrasi dan Presiden yang telah mereka pilih.

Bukan setakat itu sahaja, malahan respon pihak tentera terhadap pihak Pro Legitimasi hanyalah dengan melancarkan jenayah penyembelihan ke atas demonstran pada Isnin 8/7/2013 tatkala mereka sedang bersujud di dalam solat subuh mereka lalu dibunuh atas dosa memelihara kedaulatan legitimasi. Dianggarkan 100 nyawa terkorban dan lebih daripada 1000 org cedera dalam peristiwa tersebut.

Sebuah peristiwa hitam bagi negara Mesir yang buat pertama kalinya dalam sejarah ketenteraan mesir, rakyat ditembak munggunakan peluru hidup yang dilepaskan bukannya oleh samseng-samseng dan penjenayah tetapi dari pihak tentera dan polis yang sepatutnya memelihara keamanan. Juga dalam masa yg sama berlaku penangkapan tokoh-tokoh politik secara besar-besaran tanpa soal bicara namun samseng-samseng dan penjenayah dibiar bebas bermaharajalela.

Justeru, ingin kami tegaskan sekali lagi pendirian kami iaitu menolak kudeta dan segala yang berkaitan dengannya, dan kami menuntut agar dikembalikan hak rakyat dalam sebuah Negara yg demokrasi
(Presiden dan ahli dewan syura yang dipilih melalui pilihan raya-Perlembagaan yang dipersetujui bersama)

Dengan ini kami menyeru sekutu-sekutu kami yang yakin bahawa jutaan rakyat bersama menyokong mereka, untuk mereka bertanding secara demokrasi dalam pilihan raya parlimen yang mendatang yang memungkinkan mereka untuk menang majoriti dewan dan mengubah kerajaan yang sedia ada; kabinetnya dan polisi-polisi juga merubah perkara-perkara yang tidak sesuai di dalam perlembagaan sedia ada yang harus dipinda dengan cara demokrasi dan bukanlah dgn mengambil rampasan kuasa tentera sebagai jalan keluar.

Ketahuilah bahawa rentetan daripada kudeta ini ialah, tiada lain selain menyebabkan negara dilanda krisis yang teruk dan ketegangan hubungan antara rakyat sesama rakyat dan juga tentera yang akan menyaksikan pertumpahan darah yang lebih dahsyat lagi.

Sesungguhnya cukuplah apa yang telah kami lihat akan kezaliman sejak seminggu yang lepas dari sebuah pemerintahan tirani dan kuku besi pihak tentera yang mengongkong dan menindas suara rakyat.

Kami sama sekali tidak akan redha untuk mereka memegang tampuk pemerintahan bagi negara kami yang tercinta ini sekali lagi selepas kami sudah bebas dari peristiwa hitam selama 60 tahun yg lepas dalam cengkaman regim tentera.

Sesungguhnya kami sedikit pun tidak menyimpan dendam ataupun ingin berperang dengan saudara kami; pihak polis dan tentera.
Kerana hakikatnya mereka ini adalah benteng negara yang bertanggungjawab memelihara keamanan, namun permasalahannya ialah terhadap kelompok yang wujud di dalam tentera yang terlibat secara langsung dalam konspirasi yang telah mengakibatkan campur tangan tentera dalam arena politik dan pertumpahan darah.

Kami akan terus menentang kudeta ini, dengan cara aman dan tidak akan melayan apa jua provokasi. Akan kami guna segala cara yg aman dalam memberi tekanan terhadap pihak tentera. Biarpun menelan masa yang lama, namun kami akan teguh dan konsisten sehingga mereka turun dan menyerah kerana ianya lebih mudah jika hendak dibandingkan dengan harga yang perlu dibayar oleh rakyat jelata apabila regim ini stabil dan berkuasa.

Oleh itu, kami menyeru kepada semua untuk bersatu padu berganding bahu demi mengembalikan impian kita untuk menjadikan negara Mesir sebagai sebuah negara demokrasi madani; yang wujud di dalam kamusnya istilah pertukaran kuasa dan bukannya sebuah negara tirani kuku besi dibawah pemerintahan tentera yang rakus dan ingin berkuasa berabad lamanya.

Sumber : Wartawan Mesir Kini

Makin Panas!!! Rafizi Ramli dedah Mohamed Salleh terbabit dua lagi syarikat pembekalan SPR


Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli (gambar) hari ini mendedahkan dua lagi syarikat yang dikawal oleh Mohamed Salleh Mohd Ali iaitu Nash Ventures Sdn Bhd dan Allisons Sdn Bhd yang dikatakan mempunyai kaitan mendapat kontrak pembekalan secara rundingan terus daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Semalam, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kasim  di Dewan Rakyat mengesahkan Nash Ventures Sdn Bhd mendapat kontrak perbekalan topi dari SPR semasa Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) lalu.

Rafizi berkata, berdasarkan carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Mohamed Salleh adalah pengarah kepada Allisons Sdn Bhd bersama Shamsia Mansoor dan wanita itu juga adalah pengarah di Nash Ventures Sdn Bhd.

Menurut Pengarah Strategi PKR itu, berkemungkinan Mohamed Salleh dan Shamsia adalah pasangan suami isteri kerana tinggal di alamat yang sama dan nombor MyKad kedua-duanya menunjukkan berasal dari Singapura.

Rafizi turut mempersoalkan syarikat berkenaan dipertimbangkan untuk pembekalan kepada SPR kerana syarikat itu tidak mengemaskini rekod kewangan dan kali terakhir difailkan kepada SSM ialah pada 2009.

Beliau berkata, dengan diberi peluang secara rundingan terus makin menguatkan lagi dakwaan Mohamed Salleh mempunyai hubungan baik dengan kepimpinan SPR.

"Saya masih percaya Integrated Ventures Sdn Bhd sebagai pembekal dakwat kekal kerana jika saya berkata perkara yang tidak benar sudah pasti ahli parlimen BN merujuk saya ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen," katanya.

"Speaker menggesa saya untuk mengulangi pertuduhan syarikat berkenaan ada kaitan dengan SPR. Maka oleh sebab itulah sidang media ini diadakan," kata Rafizi pada sidang media di Parlimen, hari ini. - 18 Julai, 2013.

TheMalaysiaInsider

Umno Baruputra: Rakyat juga yang ketinggalan

 

Isu ini terus dimainkan oleh UMNO. Kalau UMNO tewas maka masa depan orang Melayu akan musnah. Oleh yang demikian, orang Melayu mesti terus menyokong UMNO. Tapi untuk tujuan apa? Supaya mereka yang kita beri kuasa boleh terus mengayakan golongan UMNO Baruputra? Keadaan rakyat Melayu ketinggalan di belakang. UMNO menjerit sana sini mengenai Melayu itu dan ini. Tapi yang merasai nikmat dari kuasa politik yang rakyat beri ialah putera bangsawan, putera pemimpin UMNO, putera dan puteri kroni UMNO dan putera pegawai tinggi kerajaan.

Perkara ini saya dengar juga selama saya berada dalam persidangan Dewan Rakyat. Teriakan Melayu itu dan Melayu ini lantang kita dengar. Kadang-kadang dalam nada yang bellicose dan mengajak kita bergaduh.

Yang berteriak Melayu ini dan Melayu itu lupa bahawa lebih ramai orang Melayu menolak mereka. Dari jumlah 11.23 juta yang keluar mengundi, jumlah Melayu ialah 65% atau 7.3 juta.

UMNO dan BN mendapat 3.4 juta undi Melayu. Ini bererti 3.9 juta orang Melayu menolak BN berbanding dengan 3.4 juta. UMNO sendiri secara keseluruhan mendapat 3.2 juta undi yakni sama dengan jumlah ahli UMNO.

Maka yang menjerit Melayu itu dan ini, menjerit atas autoriti apa? Majoriti Melayu tidak bersama kamu.

Kita nak tanya, apa parti Melayu yang terbesar lakukan selama mereka perintah. Sejak 1955 hingga hari ini, yang perintah kerajaan persekutuan ialah perikatan dan BN yang dikepalai oleh UMNO.

Pendapatan purata orang kampung yang majoritinya Melayu sekitar RM3,000 sebulan. Ini angka purata. Dalam kawasan saya Raub, saya tidak tahu bagaimana sebahagian besar rakyat Melayu mencari pendapatan. Mereka hanya bekerja kampung atau makan gaji sebagai buruh menoreh getah. Dengan harga getah yang amat rendah keluaga Melayu yang hanya mempunyai pendapatan sebanyak RM200 sebulan pun ramai?

Maka pendapatan purata RM3,000 sebulan tidak bererti apa-apa kepada orang Melayu. Sebahagian besar berada di luar lingkungan pendapatan purata ini. Tapi, kebetulan itulah dianya tahap kelayakan menerima BR1M. maka BR1M sebetulnya pengesahan bahawa orang Melayu miskin selama berada dalam pemerintahan UMNO.

Pendapatan purata orang Melayu 70% dan 85% dari pendapatan purata Cina dan India. Ini bemakna, yang paling miskin ialah Melayu. Setelah berbilion dibelanjakan dan setelah puluhan dasar dijalankan. Setelah puluhan tahun memerintah, 7.2 juta Melayu berpendapatn kurang dan RM1,700. 8.7 juta dengan pendapatan RM1,500. Pekali gini atau gini coefficient Melayu sekitar 0.421 di kalangan Melayu menunjukkan perbezaaan pendapatan antara kaya dan miskin Melayu masih meluas walaupun sudah diperbaiki semenjak 2009. Pekali untuk Malaysia ialah 0.431. sehingga 2012, incidence of poverty di kalangan Melayu yakni peratusan Melayu yang jatuh di bawah garis kemiskinan ialah 2.2%.

Saya mengajak pembaca Melayu merenung perkara ini. Yang menerpa kepada kita memohon bantuan kebajikan ialah Melayu. Yang menerjah kita apabila ada malapetaka dan bencana alam ialah Melayu. Yang memohon bantuan kewangan untuk ke hospital untuk  mendapaat rawatan khusus dan memerlukan wang nak hantar sekolah ialah Melayu. Jika mak dan bapa bermula sebagai penerima bantuan JKM, anak pun sama mewarisi status ini. Bahkan untuk bayar rumah dan bil api pun yang datang memohon pertolongan ialah orang Melayu.

Yang meraung tidak dapat hak milik tanah yang diusahakan 30-40 tahun ialah Melayu. Jadi, Melayu yang macam mana BN tolong?

UMNO tolong UMNO Baruputra. Ketua eksekutif yang bergaji 400 ribu ke atas dan 1.2 juta sebulan? Malah ada yang jadi menteri, tahun lepas mendapat gaji dan emolumen RM6-7 juta. Melayu jenis ini tidak kisah tak dapat hak milik, tak tahu pun apa JKM, tak tahu perasaan ditimpa bencana alam, tak peka hidup dalam gerobok usang, tidak tertekan mahu menyekolahkan anak dan sebagainya.

Jadi jeritan Melayu itu dan ini yang berkumandang dalam Dewan Rakyat selama saya bersidang hanya hipokrasi hendak menunjuk-nunjuk si penjerit menjuarai kepentingan Melayu. Bagaimana teriakan yang kuat menyelesaikan masalah kemiskinan dan keterbelakangan Melayu?

Jeritan bukan ganti kepada integriti, tataselia yang baik, kerajaan yang bersih dan cekap, pematuhan kepada pemerintahan ikut undang2 dan akauntabiliti. Jeritan dan pekikan bukan ganti kepada dasar yang jujur dan ikhlas. - http://sakmongkol.blogspot.com

Rabu, Julai 17, 2013

Pakatan perlu sesuaikan strategi untuk menang PRU14 - Rafizi Ramli


Dia tidak pernah berhenti berfikir, jauh sekali mengenang kejayaannya sendiri. Itulah Rafizi Ramli (gambar) yang memandang pertarungan dalam lima tahun akan datang secara jujur dan realistik.

Biarpun selepas 71 hari berakhirnya pilihan raya umum paling sengit di Malaysia yang menyaksikan pembangkang memperoleh lebih undi popular berbanding Barisan Nasional (BN) sekaligus meranapkan impian Perdana Menteri untuk merampas semula majoriti dua pertiga.

"Kita tidak boleh semata-mata bergantung sokongan pengundi bandar untuk menang. Kita mesti merangka strategi untuk menawan kawasan luar bandar dan pedalaman," kata Pengarah Strategi PKR berusia 36 tahun itu.
Tentunya beliau gembira dengan kekuatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berdasarkan data statistik. Tetapi, pilihan raya  itu sudah berakhir dan sokongan penduduk bandar pula pada tahap tepu.
"Antara sekarang dan PRU14, tumpuan perlu difokuskan kepada sokongan pengundi Melayu di luar bandar.

"Pada PRU13, kita dapat sokongan kuat pengundi bandar tetapi undi penduduk luar bandar sebenarnya menjadi kunci kepada kemenangan pada pilihan raya akan datang.
"Kita perlu berbuat sesuatu bagi mengatasi kebimbangan masyarakat Melayu terutama jaminan dan keyakinan mereka dalam suasana kehidupan di negara berbilang kaum. Inilah isu yang BN kuasai penuh, menakut-nakutkan rakyat terhadap Pakatan," katanya
Memang penganalisis politik senada bahawa BN terus mengekalkan kuasa lantaran kejayaan mereka mendominasi undi luar bandar terutama di kawasan Felda.

Kejayaan BN didorong dua taktik - pemberian tunai kepada penduduk kampung dan menjanjikan jumlah lebih lumayan jika kekal menang dan menakut-nakutkan orang Melayu bahawa hak keistimewaan hilang jika Pakatan Rakyat (PR) berkuasa.
PAS yang diharap-harap meraih undi di luar bandar pula banyak menghabiskan masa mempertahan diri daripada serangan tuduhan menjadi kuda tunggangan DAP. Malah, masalah itu juga terus dihadapi PAS pada kempen pilihan raya kecil di Kuala Besut.

Rafizi menunjukkan kesungguhan dalam menyesuaikan pendekatan PKR dan PR untuk menawan hati masyarakat Melayu apabila bertelagah dengan rakan pemimpin pembangkang apabila menyokong kepentingan kursus Tamadun Islam Tamadun Asia (Titas).
Kekecohan isu itu hanya membenarkan dakwaan masyarakat Melayu totok betapa orang Cina dan bukan Melayu enggan menerima apa jua berkaitan kepentingan Islam, namun Rafizi tidak bersetuju pengenalan kursus itu sebagai suatu proses Islamisasi yang merebak di Malaysia.

Selain itu, Rafizi yang menjadi terkenal melalui pendedahan skandal NFC juga menganggap PKR perlu menggilapkan lagi imej muda, berbakat dan profesional.
Ternyata, PKR berjaya dalam meraih memenangi hati anak muda berbakat sekaligus membantu parti itu mendekatkan golongan muda di negara ini.
"Kita tidak boleh bergantung kepada proses politik semula jadi, naik dari bawah. Kita perlu mencari mekanisme untuk terus menaikkan orang berbakat.

"Sebenarnya, kita bagus dalam banyak isu dan ia menjadi kekuatan yang perlu diteruskan kerana BN terbukti gagal menangkis isu berbangkit," kata Ahli Parlimen Pandan itu.
Pada PRU13, Pakatan menang 89 kerusi Parlimen, bertambah tujuh berbanding pilihan raya sebelumnya dengan DAP paling banyak kerusi iaitu 38 manakala PKR (30) dan PAS (21)
Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider, Rafizi juga sempat berkongsi pengalaman pertama kalinya berhujah di Parlimen.

Biarpun menang majoriti besar iaitu 26,729 undi terhadap pemimpin MCA, Gary Lim, sanggup berdepan dengan pemimpin utama BN dan kerap berucap dalam banyak perhimpunan, beliau mengakui gementar setiap kali berbahas di Parlimen.
"Sampai sekarang saya masih gugup setiap kali berdiri dan berucap di Parlimen. Jadi, saya selalunya menyediakan nota terlebih dahulu," katanya.

Namun, beliau agak terkejut dengan layanan yang diterima dan penyokong BN.
"Selepas pelbagai pendedahan yang saya lakukan beberapa tahun kebelakangan ini, saya sangka mereka langsung tidak akan senyum tetapi saya terkejut, mereka baik terhadap saya," katanya.
Secara berjenaka, Rafizi percaya layanan itu mungkin berbeza jika Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang menyaman beliau berikutan skandal NFC, menjadi ahli parlimen tetapi beliau tidak bertanding PRU13.
"Saya mengatasi rasa gentar sejak dua tahun lalu. Dalam keadaan ini, saya sedar saman itu hanya untuk mendiamkan saya," katanya. - 17 Julai, 2013.

TheMalaysiaInsider

Iklan Penaja 2

Hasil carian imej untuk bisnes mudah

Catatan Popular Mingguan

Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Iklan C

Blog Archive