Iklan Penaja 1

Picture

Khamis, Jun 13, 2013

Pilihan raya semula di kawasan berlaku penipuan - DSAI

Pilihan raya umum ke-13 masih belum selesai dan pemilihan semula perlu dibuat di kawasan berlaku penyelewengan dan salah laku, tegas Ketua Umum KEADILAN, Datuk Sri Anwar Ibrahim.

“Tak selesai pilihan raya yang lalu. SPR perlu letak jawatan. Yang jelas tipu, yang khianat mesti dibetulkan. Walau apa alasan pun, (kita perlu) pilihan raya semula.

“Kita tidak akan tolak ansur. Kalau (mereka) padam lampu, hilangkan peti undi, (kita) betulkan, itu tuntutan kita,” katanya di hadapan lebih 15 ribu hadirin di Himpunan Black 505 Kelantan malam tadi.

505kb2
Lebih 15,000 hadirin di himpunan ‘Black 505? Kelantan di Padang Majlis Daerah Ketereh
Anwar berkata, selagi SPR belum dihukum, rakyat tidak akan bertolak ansur dan himpunan Black 505 di Padang Merbok, Kuala Lumpur 22 Jun depan sebagai manifestasi kemarahan rakyat.

“Rakyat bukan hamba, rakyat punya hak, bagaimana nak suarakan? Najib takkan dengar, Umno juga tak nak dengar, bekeng (ganas), agah (sombong) tak tentu pasal.

“Sebab itu 22 haribulan ini kita berhimpun. Ini peluang terbaik untuk rakyat suarakan secara aman dan teratur. Kita nak betulkan keputusan pilihan raya di Padang Merbok,” tegas Anwar.

KeadilanDaily

0 ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Iklan Penaja 2

Hasil carian imej untuk bisnes mudah

Catatan Popular Mingguan

Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Iklan C

Blog Archive