Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Ahad, Jun 30, 2013

Panas!! Lagi Kejahatan SPR Terbongkar!!!

Calon PAS DUN Guai lapor kepada SPR Pahang berhubung Borang 14

Calon PAS bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Guai membuat laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pahang berkaitan salah laku ketua tempat mengundi (KTM) yang tidak mengembalikan Borang 14 semasa Pilihan Raya 2013 lalu kepada agen-agen parti mereka.

Dalam laporan tersebut beliau menyatakan KTM telah menyalahguna kuasa dengan tidak menyerahkan borang laporan mengenai Penyata Keputusan Rasmi itu di kerusi DUN Guai pada 5 Mei lalu dan tiga kes berlaku iaitu di saluran 6 pusat daerah mengundi (PDM) Purun, saluran 5 PDM Kumai dan saluran 4 PDM Bukit kepayang.

Timbalan Yang Dipertua PAS Bera yang juga calon bagi DUN Guai, Musaniff Abdul Rahman berkata, peruntukan undang-undang tersebut membuktikan kesalahan yang dilakukan KTM adalah serius.

“SPR jangan hanya sebut undang-undang dalam buku tetapi mestilah diamalkan. Ada kemungkinan petugas SPR kurang mendapat latihan cukup sebab ada kes petugas polling agent PAS yang membantu menunjuk ajar KTM,” kata Musaniff dipetik dari laporan Harakahdaily.

“Akibat langsung kepada calon jika Borang 14 tidak dikembalikan ialah berkemungkinan keputusan undi boleh diubah. Kecenderungan untuk menukar keputusan itu memang ada apa lagi semuanya berlaku kepada saluran pengundi muda,” tambah beliau lagi.

Merujuk kepada undang-undang pilihan raya, jika KTM tidak menyerahkan Borang 14, KTM bersalah di bawah Peraturan 25 (12) (b) (ii) PPP dengan hukuman penjara tidka lebih dua tahun atau denda tidak lebih RM5,000 seperti termaktub dalam Seksyen 4 (g) Akta Kesalahan Pilihan Raya. – 30 Jun, 2013

TheMalaysiaInsider
    

1 ulasan:

  1. dikawasan aku 5 pusat mengundi, satu tempat ada 3 saluran mengundi, Utk makluman 13 dr 15 KTM saluran tersebut adalah ahli pas..

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...