Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, Mei 22, 2013

Blackout505 Kedah hentam Zahid, solidariti buat Adam..... Terimalah!!!!

Blackout505 Kedah hentam Zahid, solidariti buat Adam

Pemimpin Pakatan Rakyat menggunakan pentas Himpunan Blackout505 di Kedah malam tadi untuk menempelak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berhubung amarannya terhadap agenda 'rampasan kuasa'.

Malah, di pentas yang sama puluhan ribu orang membanjiri Kompleks PAS di Kota Sarang Semut turut bersolidariti dengan aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim yang direman lima hari bawah Akta Hasutan susulan kenyataannya dalam sebuah forum.

Tiupan vuvuzela, kibaran bendera parti PAS-PKR-DAP, rentangan sepanduk "Bebaskan Adam Adli" dan nyalaan pemetik api oleh hadirin menjadi tanda sokongan kepada mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang kini ditahan di Lokap Berpusat Kuala Lumpur di Kepong.

Dalam ucapannya, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, dakwaan rakyat mahu menggulingkan kerajaan melalui kekerasan adalah tidak benar memandangkan rakyat tidak mempunyai apa-apa senjata seperti pihak berkuasa.

"Di Malaysia, sesiapa yang memiliki senjata (secara tidak sah) boleh dihukum bunuh," katanya sambil menyifatkan dakwaan Zahid bahawa rakyat mahu menukar kerajaan melalui "kekerasan" adalah satu pembohongan.

"Saya keluar berdemonstrasi daripada kecil hingga tua, tidak pernah membawa senjata...," katanya diiringi ketawa pada hadirin.

Pemimpin muda PKR Badrul Hisham Shaharin juga menepis dakwaan tersebut dan menolak momokkan Arab Spring terhadap perhimpunan anjuran Pakatan dan kumpulan NGO

"Kita tidak mainlah dengan spring-spring ni, yang main spring adalah Umno dan BN," katanya sambil membidas bahawa BN yang sepatutnya 'angkat beg' keluar daripada Malaysia kerana mendapat undi popular 47 peratus berbanding Pakatan dengan 51 peratus.

Sementara itu, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden N Surendran serta Ketua Srikandi Siti Aishah Sheikh Ismail turut menghangatkan suasana apabila menempelak kerajaan yang menahan Adam Adli sekaligus menaikkan semangat anak muda dengan suara tegasnya.

"Kita harus bangkit dan pertahankan negara kita. Dia (pihak berkuasa) mula tangkap Adam Adli yang dikatakan mahu gulingkan kerajaan.

"Sedangkan dia minta rakyat pertahankan kerajaan yang sah, menerima demokrasi bukan menerima penipuan. Tapi buat tindakan (dengan menahannya) untuk takut-takutkan orang lain. Inilah kebangkitan anak muda, kita kena jayakan," kata Anwar.

Mengulangi ucapan dengan mempersoal dan membangkitkan isu penipuan dalam pilihan raya umum lalu, Anwar mengajak rakyat bangkit sekali gus mempertahankan negara ini daripada penipuan khususnya dalam pilihan raya umum lalu.

Beliau mendakwa wujudnya "penipuan besar-besaran" pada pilihan raya umum lalu termasuk dakwaan pengundian warga asing, isu penggunaan dakwat kekal, kertas undi ditemui kawasan mengundi yang lain dan jumlah kertas undi dikeluarkan lebih daripada jumlah pengundi di suatu kawasan.

"(Sebenarnnya) kita sudah menang pilihan raya ini. Kita perlu mempertahankan kemenangan kita... Kita perlu pertahankan keputusan pilihan raya-13 dan tuntut Putrajaya sekarang daripada kerajaan.

"Kita boleh terima, kalau tidak ada orang asing, dakwatnya yang digunakan itu kekal. Tapi jika kamu (kerajaan) tidak boleh mempertahankan, jangan sesekali berani kata pilihan raya itu sah," katanya.

Anwar turut menempelak pemimpin Umno dan NGO pendesak Melayu PERKASA yang berdiam diri dengan pelantikan pemimpin Hidraf P Waythamoorthy yang didakwanya mempertikaikan kedudukan dan hak keistimewaan orang Melayu, dalam kabinet.

"Mana dia PERKASA, mana dia Pemuda Umno. Bangkit. Ada satu suara Pemuda Umno, PERKASA pertikaikan pelantikan ini?... Ini dia politik kemunafikan dan kepura-puraan," tegas Anwar.

Anwar turut menjangkakan suhu politik pada beberapa minggu berikutnya mungkin "sedikit tegang". Bagaimanapun beliau berharap rakyat dapat "bersabar, pertahankan keamanan dan mengikut arahan" pimpinan Pakatan.

Malaysiakini
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...