Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, April 06, 2013

Sah, Anwar mahu kekal di Permatang Pauh


Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim
 
BUKIT MERTAJAM - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat keputusan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Pengumuman itu dibuat di hadapan kira-kira 500 penyokongnya ketika menghadiri ceramah umum di padang awam Taman Pauh sebentar tadi, sekali gus menamatkan spekulasi yang berlarutan hampir sebulan lalu.

Kelmarin beliau berkata akan bertanding di Perak, tetapi akan membuat keputusan akhir dan muktamad selepas mengadakan pertemuan dengan penduduk Permatang Pauh.
Dengan keputusan itu, beliau berharap dapat menjawab segala spekulasi mengenai kerusi yang akan ditandingi kali ini.

Beliau pada masa yang sama berharap pengundi dapat terus memberikan sokongan dan membantu beliau untuk mempertahankan kerusi di situ.
"Walaupun selepas ini saya akan sibuk membantu untuk mengukuhkan negeri Perak,saya berharap penduduk akan membantu pertahankan Permatang Pauh," katanya./SinarHarianOnline
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...