Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, April 06, 2013

PAS tanding 3 Parlimen 12 Dun di Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR: PAS Negeri Sembilan mengesahkan akan bertanding di tiga kerusi parlimen, dan 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Perkara itu disahkan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani kepada Harakahdaily, hari ini.

Tambah Taufek, dari keseluruhan lapan kerusi parlimen di negeri itu, PAS bertanding di tiga kerusi, manakala 12 kerusi dari 36 kerusi Dun.

Menurut Tufek, berdasarkan perbincangan dengan Pakatan Rakyat Negeri Sembilan, keputusan itu diambil secara bersama bagi memastikan Pakatan Rakyat dapat menawan Negeri Sembilan.

"Pada 10 April, (Setiausaha Agung PAS) Datuk Mustafa (Ali) akan ke parlimen Jempol untuk mengisytiharkan calon PAS bagi kerusi Jempol secara rasmi," kata beliau.

Manakala, bagi calon-calon lain, PAS bersama PKR dan DAP bersetuju untuk mengumumkan senarai penuh calon Pakatan Rakyat Negeri Sembilan tiga hari sebelum tarikh penamaan calon yang diputuskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pakatan Rakyat Negeri Sembilan memerlukan pertambahan hanya tiga kerusi Dun bagi mendapatkan 'simple' majoriti bagi membolehkan mengambil alih kerajaan negeri.

Pada pilihan raya umum lalu, PR memenangi 15 kerusi daripada 36 kerusi Dun, manakala tiga kerusi daripada lapan kerusi parlimen./HarakahDaily 
    

3 ulasan:

  1. Edar manifesto dan juga masalah BN jika terus memerintah.Edar ke kampung2 pedalaman dan Felda.Edar dari rumah ke rumah.Pada kertas edaran,sertakan tarikh tempat dan masa ceramah yg akan diadakan. Dgn cara ini, sekiranya mereka tak dapat hadir ceramah, maklumat telah sampai ke tangan penduduk luar bandar.Utk lebih menarik, buat tayangan video pd skrin ucapan Saifuddin Nasution tentang bajet 2013, ucapan Khalid Samad, Husam Musa dln2.Tayangan kejayaan ng2 PR, tayangan debat di Parlimen kerana mereka tidak tahu apa itu parlimen dan tidak tahu bahawa sesuatu hal diputuskan oleh parlimen.Buat tayangan isu2 semasa.Juga kelemahan BN. Di Johor DAP buat edaran seperti ini. 50,000 hadir pd ceramah itu.Selamat mencuba, mudah-mudahan berjaya.Tayangan dibuat sebelum kedatangan penceramah atau selang seli semasa ceramah.

    BalasPadam
  2. Di Taman-Taman perumahan juga perlu buat edaran. Ada mak cik, pak cik, masih tegar UMNO ,asyik tonton TV dan baca utusan/Harian.Ada yg percaya DSAI pengkhianat negara, serta dalang pencerobohan tentera Sulu.DSAI akan serah negara pd Cina, Melayu dan raja hilang kuasa.Itulah sebabnya org Melayu takut berubah, sebab terima maklumat yg tak benar.Edaran /harakah/keadilan letak direstoran/gerai makan, dgn kebenaran pemiliknya.Letak distesyen teksi,dimasjid dln2.BN edar surat khabar diPejabat Pos kpd org ramai yg sedang menunggu giliran.Begitu juga dipejabat Hasil ,ada tv,ada utusan.Pakatan rakyat juga perlu perluaskan sebaran maklumat dgn pelbagai cara, selain dari ceramah dan kain rentang.

    BalasPadam
  3. Bagus cadangan. .harus diambil buat strategi memecah kubu UMNO

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...