Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, April 26, 2013

Panas!!! PR dakwa Umno 'beli' bilik gerakan


Abdul Khalid Ibrahim
Abdul Khalid Ibrahim 
 
SHAH ALAM - Kerajaan Selangor mendakwa satu gerakan besar-besaran dilakukan Umno Selangor untuk membeli bilik gerakan Pakatan Rakyat (PR).

Pengerusi PR Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa, pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu selain cubaan Barisan Nasional (BN) menabur wang kepada pengundi sewaktu berkempen.
Menurutnya, beliau menyeru rakyat di negeri ini membuat laporan dan memberi maklumat jika terdapat mana-mana calon, ejen mahupun penggerak parti politik menawarkan wang tunai ketika berkempen.

“Mereka boleh lapor kepada saya, SPR atau polis. Saya berharap Transparency International memantau isu ini supaya pilihan raya dijalankan secara adil dan bebas," katanya ketika sidang media di dewan Kediaman Exco Kerajaan Selangor di Seksyen 7, di sini semalam.
Sementara itu, beliau berkata, PR menyahut cabaran Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Razak untuk membentangkan kad laporan kecemerlangan pentadbiran negeri sepanjang lima tahun ini.
“Kita akan bentangkan kad laporan di Klang 1 Mei nanti sempena siri jelajah manifesto yang disertai Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah.

“Kita alu-alukan kehadiran BN untuk menyaksikan pembentangan ini termasuk calon-calon menteri besar BN,” katanya.
Dalam pada itu, beliau mempertikaikan niat sebenar Najib melancarkan kempen Sayangi Selangor.
“Jika beliau menyayangi Selangor beliau patut hormati semangat federalisme yang termaktub dalam Perlembagaan yang mana kerajaan negeri dibenarkan mentadbir tanpa kongkongan dari kerajaan pusat.

“Kenyataan Najib jika BN dapat menakluki Selangor beliau sendiri akan pantau pentadbiran MB Selangor menunjukkan beliau tidak mempercayai calon MB Umno,” katanya.

SinarHarianOnline
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...