LAWAN TETAP LAWAN......!!!!!!!!!!!
LAWAN SAMPAI MENANG...!!!!!!!!!!!!!!!!!
"PERUBAHAN ADALAH MUDAH.....
TUKAR SOKONGAN ANDA KEPADA PAKATAN RAKYAT DALAM SEKELIP MATA...!!!!"
Ucapan Ikhlas Anwar Ibrahim (Rakyat Wajib!! Dengar dan Tonton Video ini)
BINA WANG BANYAK..
Ruang Iklan Teks Berbayar
Panas!! Hanya Modal RM25, Anda Berpotensi Mendapat RM10,000 Dalam Masa 5 Minggu - KLIK SINI 11/7/13 Tamat
Product Menjimatkan Petrol Terkini!!!! Sehingga 50%...- BERMINAT KLIK SINI13/10/13 Tamat
Khamis, Mac 07, 2013
TIAN CHUA: JAWAPAN KEPADA SERANGAN MEDIA UMNO
Sejak tanggal 1 Mac, pemimpin-pemimpin BN dan kerajaan telah melancarkan
serangan bertubi-tubi terhadap saya. Blog dan cybertrOoper pro-BN juga
meyebarkan numbor telefon saya dan menghasut penyokong BN hantar mesej
ancaman kepada saya.
Pada tanggal 4 Mac, Parti Umno telah hantar
surat tuntutan kepada saya bahawa saya harus memohon maaf kepada Umno.
Di sini saya tegaskan sekali lagi, saya tidak pernah keluarkan apa-apa
kenyataan yang menghina mana-mana pihak. Saya akan serah kepada mahkamah
untuk membersihkan nama saya.
Tuduhan
bahawa saya telah menghina Pasukan Keselamatan adalah fitnah dan
pembohongan jahat oleh pemimpin-pemimpin BN. Saya ingin ulangi pendirian
saya bahawa saya menghormati perana Pasukan Keselamatan dan jasa mereka
dalam tugasan mempertahankan negara. Saya juga bersimpati dengan
anggota-anggota keselamatan yang berkorban atau menjalankan
tanggungjawab dalam keadaan yang sangat mencabar.
Di sini saya
ingin buat kali terakhir untuk menjelaskan kenyataan yang telah
diwara-warakan oleh pemimpin-pemimpin BN dari perdana menteri ke bekas
Ketua Polis Negara yang mendakwa saya menghina anggota keselamatan.
Saya ingin terangkan kontek kenyataan saya dalam KeadilanDaily.com:
Saya
dihubungi wartawan untuk komen tentang pecerobohan di Lahad Datu pada
pagi 1 Mac ketika ada berita antarabangsa melaporkan ada tembakan
berlaku. Saya secara jelas menyatakan perkara ini belum ada kesahihan
dan ada media black-out di Malaysia.
Perenggan yang kemudian,
sesiapa pembaca celik sudah tentu faham ia dinyatakan dalam kontek ada
usaha setengah-tengah pemimpin BN dan blogger cuba kaitkan pihak
pembangkang dalam pencerobohan Lahad Datu. Ia mesti dibaca bersama
banyak artikel-artikel sebelum ini yang mendakwa saya dikirim oleh DS
Anwar ke Manila untuk berunding dengan MNLF. Juga ada dakwaan Anwar
mendalangi peristiwa Lahad Datu. Segala ini telah disifatkan sebagai
sandiwara oleh ramai pemimpin-pemimpin yang lain.
Perkara ini
dirumitkan lagi bila ada blogger Umno termasuk Papagomo dan lain-lain
rekakan berita bahawa saya berucap di Puchong menyifatkan pengorbanan
anggota keselamatan dengan ayat "Komando Mati Katak". Ini fitnah yang
keterlaluan dan telah membawa ancaman terhadap keselamatan peribadi
saya. Saya menasihatkan semua blogger yang menyiarkan berita palsu ini
untuk berhenti dalam 24 jam, dan saya akan hantar surat saman kepada
sesiapa yang meneruskan sebaran berita palsu ini.
Saya amat kesal
terhadap pemimpin-pemimpin BN dan juga media yang dikuasai mereka
memular-belitkan kenyataan saya sehingga menghasut kebencian orang ramai
yang tidak ketahui kebenaran. Ini adalah tindakan yang tidak
bertanggungjawab dan bermotif politik.
Dalam keadaan negara kita
menghadap ancaman anasir-anasir ganas, keseluruhan rakyat Malaysia
sepatutnya berdiri teguh memberi sokong penuh kepada Pasukan Keselamatan
kita. Malangnya, kerajaan tidak terhenti-henti menyerang politik lawan.
Sepatutnya ahli-ahli politik harus menunjukkan rasional dan kematangan
untuk membina kesepakatan menghadapi krisis negara.
Saya harap
episod tuduh-menuduh ini boleh dihentikan serta-merta. Kepada anggota
keselamatan yang mengorbankan nyawa dan kesejahteraan diri, saya
sampaikan penghormatan tertinggi dan harap adu-domba politik di antara
kerajaan dan pembangkang tidak melemahkan semangat. Teruskan perjuangan,
rakyat Malaysia menyanjungi kamu semua./KerajaanRakyat
Tian Chua -----------------
BIRO KOMUNIKASI PARTI KEADILAN RAKYAT A-1-09, Merchant Square No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1 47410 Petaling Jaya
3 Wania 1 Lelalki Bersekududukan...
-
*Penguatkuasa JAJ mengambil keterangan daripada dua wanita Indonesia yang
didapati tinggal bersama seorang lelaki yang bukan muhrim.*
BATU PAHAT – Tiga...
Kerajaan Nak Main Sorok2 La Pulak...!!!!
-
**
*Apa disembunyikan?
*
Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), iaitu antara NGO paling giat
memperjuangkan isu ini menganggap kerahsiaan melampau dalam ...
Apa yang tersirat disebalik konflik di Syria
-
10 Syaaban 1434 H. [MOD] -
Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
Syria menghadapi arus perubahan musim bunga politik yang sedang berlaku di
dunia Arab secara khusus...
Speaker: BN pilih Pandikar
-
[image: Tan Sri Pandikar Amin Mulia]
SHAH ALAM - BN telah memilih semula nama Tan Sri Pandikar Amin Mulia
sebagai Yang diPertua Dewan Rakyat bagi penggal...
TPPA: Pakatan Rakyat masih tidak puas hati
-
Harakahdaily, 18 Jun 2013 Jumaat, 14 Jun 2013 yang lalu, kami telah bertemu
dengan wakil-wakil MITI yang diketuai oleh Datuk Rebecca Sta Maria, KSU
Kemente...
PENGUMUMAN PENTING DARI TULANG BESI
-
Assalamualaikum kepada pembaca2 sekelian.
Atas sebab2 yang tidak boleh didedahkan, Tulang Besi mengisytiharkan bahawa
Tulang Besi terpaksa menutup blog Tul...
The Opposition’s New Mandate
-
TMI Thousands of Malaysians voted abroad during the 13th general election.
Many more returned from Singapore, Australia, Hong Kong, London and Taiwan,
trad...
Hak berhimpun dijamin Perlembagaan Malaysia
-
RAKYAT Malaysia berhak menyertai perhimpunan seperti termaktub dalam
Perlembagaan selagi tidak bercanggah dengan Akta Perhimpunan Aman (APA),
kata peguam L...
@abdhalimspeaker fail petisyen Dun Teluk Bahang
-
Datuk Abdul Halim Hussain yang masih dimahsyurkan sebagai Speaker Dewan
Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang baru-baru ini mengemukakan petisyen
Pilihan Ra...
Syin Dal Ya Ha.
-
*Salam semua. Salam Sejahtera juga ... Jom luangkan masa sejenak dengan
membaca kisah ini. Menghargai emak @ **ibu, mama., tanpa mengenepikan
keistimewaan ...
Proton - Utusan Malaysia Menipu
-
proton pula menghantar memo kepada pengedar-pengedarnya
Ia menjelaskan, laporan akhbar itu tidak mendapat pengesahan daripada
Proton.
“Laporan berkenaan...
Multazam...Tempat paling dimakbulkan doa!
-
Dengan izin Allah, berdoa dengan adab dan tingkahlaku yang tertib dan
terjaga di hadapan Kaabah yang mulia, yakinlah bahawa doa pasti akan di
makbulkan c...
Team Pemikir Muhyiddin Segaja Untuk Singkirkan Najib
-
Oleh *PenorehGetah*
Poster misteri menyokong Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
menggantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana ment...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan