Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Mac 11, 2013

'Saya tak rancang, tapi Allah tunjukkan' - Anwar Ibrahim

SHAH ALAM: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan fitnah terhadapnya yang kini satu-persatu mula terbongkar, sebagai pertolongan dari Allah terhdap dirinya yang dizalimi.

Beliau berkata, segala pembongkaran yang berlaku bukan perancangannya tetapi yakin ianya ketentuan Ilahi.

"...tipu muslihat mereka terbongkar satu persatu, saya tak rancang pun, tapi Allah tunjukkan," katanya pada majlis sambutan ulang tahun kelima pentadbiran Pakatan Rakyat di Shah ALam malam tadi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas beberapa fitnah terhadapnya yang kini mula terbongkar satu-persatu.

Ianya termasuk isu Liwat II yang menyaksikan bapa kepada Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim membuat kenyataan bersifat 'u-turn' dengan mendakwa tuduhan liwat tersebut konspirasi pihak tertentu untuk menjatuhkan Anwar.

"....terkini bapa Saiful Bukhari, beliau sendiri minta maaf kepada saya dan keluarga," katanya sambil menegaskan pendedahan bapa Saiful itu tidak diketahuinya malah ia juga tidak dirancang kerana beliau yakin ia adalah pertolongan Allah dan berkat doa yang tidak putus-putus daripada rakyat.

Semalam dalam satu majlis serupa di Pulau Pinang, Anwar turut melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Azlan atas pendedahan yang dibuatnya bahawa anaknya itu dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang mendalangi kes liwat kedua melibatkannya.

Anwar berkata, pendedahan yang dibuat Azlan itu menguatkan lagi bukti konspirasi fitnah jahat yang dilakukan untuk memenjarakannya.

Sementara itu, mengulas fitnah terbaru Umno BN yang mengaitkan beliau sebagai dalang insiden pencerobohan di Lahad datu pula, Anwar berkata, beliau telah bersedia menghadapinya.

"Cara media perdana mainkan saya isu Lahad Datu, saya akan hadapinya, namun undur tidak sekali," katanya./HarakahDaily

Digital Al-Quran Untuk Dijual...
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...