Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, Mac 06, 2013

Pencerobohan boleh ditangani segera - Anwar Ibrahim

Anwar: Pencerobohan boleh ditangani segera

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendapat pencerobohan Lahad Datu oleh kumpulan bersenjata, sepatutnya boleh ditangani dengan segera.

Menurutnya, berdasarkan penerangan bekas-bekas jeneral kanan tentera yang menyertai PKR, beliau percaya ketumbukan tentera Malaysia mempunyai kekuatan untuk menangani pencerobohan itu dalam masa yang singkat.

NONE"Perkara ini boleh ditangani dengan segera kerana saya percaya dengan kapasiti pasukan keselamatan kita.

"Dan kami (PKR) beruntung kerana kita mendapat penerangan dari bekas jeneral kanan askar yang menerangkan keadaannya dan kemungkinan ia boleh ditangani dengan pantas," katanya dalam sidang media selepas satu forum anjuran pejabat beliau di Kuala Lumpur petang semalam.

Anwar turut menegaskan bahawa kerajaan perlu mengambil sikap "bersedia dan tegas" dalam dasar keselamatan mereka.

"Apabila berurusan dengan kumpulan militan, kerajaan perlulah bersedia dan tegas.

"Itu sewajarnya telah jelas dalam polisi keselamatan kita," katanya sambil menambah bahawa rakyat Malaysia kini bukan menentang orang Sulu tetapi sebaliknya mereka menentang penceroboh bersenjata.

Beliau turut menyeru agar isu pencerobohan yang merupakan isu keselamatan negara tidak dikaitkan dengan isu pilihan raya.

"Saya lebih gemar mengasingkan isu berkaitan keselamatan nasional ini daripada isu pilihan raya," katanya./MalaysiaKini

 #Anda Bakal Jutawan Online##
 
    

2 ulasan:

  1. sebenarnya samada berunding dahulu atau terus banteras, kerajaan akan salah juga..bertindak cepat atau lambat akan disalahkan juga.... dijalankan oleh polis atau tentera pada awalnya juga akan disalahkan juga..... samada semua pengganas mati atau dapat ditangkap pun akan disalahkan juga....pendek kata semua strategi oleh pasukan keselamatan salah belaka... uang betul adalah pakar strategi anuar berahi..m

    BalasPadam
    Balasan
    1. woi...kau cuba jangan celupar....ini masaalah negara tindakan pantas prlu dibuat jangan dok nak bincang bincang kalu kat negara lain dah selesai dah...mampos semua.....

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...