Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Mac 16, 2013

Pas Putrajaya mahu Datuk Husam Musa


Pas Putrajaya mahu Husam Musa
Husam Musa
 
SHAH ALAM  - Pas Kawasan Putrajaya berharap pucuk pimpinan Pusat merestui hasrat mereka mahu Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, bertanding di kerusi Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Menurut Yang Dipertuanya, Mohamad Nazir Zakaria, peluang untuk Pas menang di Putrajaya agak besar sekiranya Husam diletakkan sebagai calon kerana pada PRU12 lalu calon Barisan Nasional, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hanya menang dengan majoriti tipis sahaja.

"Tidak mustahil beliau boleh menang di Putrajaya kerana pada PRU12 lalu Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan, Mohamad Nor tewas tipis kepada Tengku Adnan.

"Namun terpulang kepada Pusat untuk putuskan,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.

“Sebenarnya sudah tiga kali kita menghantar surat berkaitan calon di Putrajaya kepada pihak Pas Pusat untuk dipertimbangkan, malah kita telah bertemu dengan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkenaan dengan hasrat ini.

"Pas kawasan telah bersetuju untuk menerima kehadiran Naib Presiden itu dan cadangan itu telah dibincangkan dalam mesyuarat Pas Putrajaya," katanya.

Mohamad Nazir berkata, sebelum ini kedengaran bahawa Parlimen Putrajaya akan ditandingi oleh seorang pimpinan tertinggi Pas, “Memang kita sudah bincang calon-calon layak bertanding dalam PRU13, termasuk calon import, tetapi kita bertegas mahukan Naib Presiden Pas itu," katanya./SinarHarianOnline

ORANG ISLAM AYUH BERSATU!! sOKONG KLIK
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...