Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, Mac 20, 2013

Najib mesti jawab pendedahan video Taib Mahmud – DSAI

KUALA LUMPUR 20 MAC: Pakatan Rakyat menggesa Perdana Menteri menjawab pendedahan bukti rakaman yang mendedahkan dakwaan kerakusan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud merompak hak rakyat Sarawak.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebagai pemimpin berwibawa dalam memimpin sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, adalah mustahil untuk Datuk Seri Najib Razak berdiam diri dalam isu ini.
DSAI
“Beliau mesti beri ulasan mengapa perkara ini dibiarkan ataupun tidak mengambil beberapa tindakan segera.
“Kita berharap Perdana Menteri respon segera mengenai perkara ini,” katanya dipetik Sinar Harian.
Beliau berkata pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di ibu pejabat PAS, petang semalam.

Anwar berkata, perkara itu adalah serius memandangkan badan antarabangsa telah meneliti akaun, beberapa penyalahgunaan kuasa dan jumlah dana yang dikumpulkan Taib serta keluarganya.
“Najib tak boleh diam diri selepas beliau banyak mendiamkan diri terutama berkaitan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pencerobohan di Lahad Datu.

“Ini adalah isu yang akan membuatkan Pakatan Rakyat akan terus ketengahkan,” kata Anwar dipetik.
Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula dipetik membidas Najib kerana tidak mengotakan janji untuk menukar Ketua Menteri Sarawak selepas Pilihan Raya Negeri 2011.

“Kegagalan Najib berbuat demikian membuktikan beliau pemimpin yang gagal mengotakan janji.
“Apa yang berlaku sekarang, menunjukkan Taib lebih berkuasa daripada Perdana Menteri termasuk bekas Perdana Menteri yang pernah perintah negara selama 22 tahun,” kata Kit Siang./KeadilanDaily

Beriklan Sambil Menjana Puluhan Ribu Sebulan.. Klik Sekarang!!!!!
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...