Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Mac 19, 2013

Lagi... BERITA PANAS!!! ISU DI SABAH.. KO BN.. KO UMNO

 Bekas DO dakwa Mahathir lulus 'Projek IC'

Seorang bekas pegawai daerah Sandakan, Hassnar Ebrahim mengakui terlibat dalam 'Projek IC' di Sabah pada tahun 1980-an dan mendakwa mengetahui bahawa skim tersebut diluluskan oleh perdana menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Hassnar, berkata beliau menyertai satu “mesyuarat rahsia” pada tahun 1980-an, di mana Timblan Menteri Dalam Negeri pada masa itu, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub “secara terbuka mengakui penglibatan Mahathir”.

Sejumlah 15 orang pegawai menghadiri mesyuarat tersebut, dakwanya, termasuk “tiga orang anggota pasukan polis, termasuk wakil daripada jabatan imigresen dan jabatan pendaftaran negara”, katanya.

Hassnar, 62, berkata demikian pada malam tadi dalam satu forum mengenai pencerobohan kumpulan Suluk di Lahad Datu, Sabah.

Acara berkenaan dianjurkan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor.

Beliau yang kini mengetuai PKR Batu Sapi berkata skim berkenaan untuk memberi kerakyatan kepada pendatang asing beragama Islam itu bermula pada awal 1980-an.

Beliau berkata, pengundi Cina pada masa itu menjadi kumpulan yang menentukan kemenangan parti yang bertanding dalam pilihan raya di negeri berkenaan.

“Jadi, timbul perasaan bahawa kehadiran orang Islam di negeri itu mesti diperkukuhkan untuk memastikan negeri berkenaan kekal di tangan orang Islam,” katanya.

Beliau seterusnya mengimbau kembali pengalamannya pada hari pertama sebagai pegawai daerah Sandakan pada 1982 – jawatan yang disandangnya atas desakan ketua menteri Sabah masa itu, Tan Sri Harris Salleh – di mana beliau diarahkan untuk menandatangani 500 borang pendaftaran kewarganegaraan yang tidak mempunyai butiran pemohon.

“Di antara 1976 dan 1984, saya boleh kata tidak kurang dari 125,000 pendatang asing diberi kewarganegaraan di Sabah,” dakwanya./MalaysiaKini

ADMIN : SELAMATKAN MALAYSIA DENGAN MEMBACA DOA DI BAWAH INI

    

3 ulasan:

  1. Alahai bodohnya cai pr ni..apa kaitan projek IC dgn pencerobohan sulu?? Kalau Tun M bg IC kat kaum sulu sampai diorang memberontak serang malaysia logic la kau nak salahkan Tun M..pengganas yg ceroboh Sabah ni bukannya rakyat sulu Malaysia yg dpt IC,Tp mereka ni warga Filipina..Dan mereka ini bukannya ceroboh Malaysia sbb nakkan IC,Tp perisik filipina laporkan kedatangan mereka Atas jemputan anuar..Lu orang nak salahkan Tun M guna issue ni,jgn sampai kaum sulu Malaysia ni bunuh Lu orang..mereka peribumi Sabah yg layak jd warganegara Dan tanggungjawap pemimpin bg diorang IC

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kebodohan melampau.. kesian... kah kah kah kah...

      Padam
    2. kebangangan hak milik mutlak setiap macai...

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...