Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, Mac 07, 2013

Kerajaan gagal tangani isu ceroboh Sabah - Anwar Ibrahim


Sabah diceroboh
Sabah diceroboh
 
PETALING JAYA - Kerajaan gagal menangani insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah dengan baik kerana mengambil masa yang lama iaitu 23 hari sehingga lapan anggota keselamatan terkorban, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Beliau berkata, keadaan itu menunjukkan kelemahan dalam kepimpinan yang ada hari ini.

"Ini bukan kegagalan di pihak polis atau ATM tetapi kepimpinanan.

"Berlaku kelemahan dalam memberi arahan daripada pihak atasan. Kenapa kerajaan perlu menunggu sehingga 23 hari baru mengambil tindakan sedangkan kedaulatan telah digugat," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.

Anwar turut menjadikan tragedi di Sauk sebagai contoh di mana insiden itu hanya mengambil masa empat hari diselesaikan.

Ketua Pembangkang itu juga mendesak kerajaan mengadakan persidangan Parlimen tergempar bagi membincangan isu tersebut dan mendapatkan penjelasan sepenuhnya tentang krisis itu.

Malah katanya penyelesaian secara politik itu perlu diambil untuk jangka panjang bagi memulihkan keadaan di Sabah.

"Ahli Parlimen berhak dapat penerangan sepenuhnya mengenai krisis ini.

"...Perdana Menteri tidak boleh menangguh atau melenggahkan masa untuk memanggil sidang Parlimen," tegasnya.

Beliau kesal apabila ada pihak yang cuba mengaitkan beliau dengan pencerobohan itu walaupun pihak Kesultanan Sulu sendiri mengeluarkan kenyataan menafikan pembabitannya dalam hal tersebut.

"Banyak matlamat berhubung perbincangan kerajaan dan pihak Sulu perlu jelaskan.

"...Kesultanan Sulu sendiri telah keluarkan kenyataan menafikan sebarang perkaitan saya dalam insiden Lahad Datu itu," jelasnya./SinarHarian

Beriklan Sambil Menjana Puluhan Ribu Sebulan.. Klik Sekarang!!!!!
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...