Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, Mac 14, 2013

Dr Aziz Bari turut pertikai kelewatan hantar tentera - Isu Lahad Datu

KUALA LUMPUR 14 Mac: Pakar undang-undang, Profesor Dr Abdul Aziz Bari turut mempertikai kelewatan kerajaan menghantar pasukan tentera dalam menangani situasi di Lahad Datu, Sabah.
Aziz Bari 02
Menurut Aziz, alasan kononnya kerajaan perlu akur terhadap Konvensyen Geneva 1949,  adalah tidak berasas.
Ia ekoran kenyataan Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota ATM, Mejar Jeneral Datuk Abdul Aziz Ibrahim 4 Mac lalu yang mendakwa Malaysia perlu mematuhi undang-undang antarabangsa itu, dalam menangani pencerobohan.

Bagaimanapun menurut Aziz, konvensyen Geneva hanya merujuk pada isu-isu kemanusiaan berhubung tawanan perang, termasuk kaedah bagaimana pihak yang tidak bertempur (non combatant) perlu ditangani.
“Ia bukan halangan kepada penggunaan tentera dalam menangani masalah termasuk pencerobohan asing.

“Dalam konteks Sabah, undang-undang berkenaan tidak relevan. Apa yang perlu adalah pihak tentera khususnya, tidak melakukan kekejaman dan tindakan di luar batas kemanusiaan sewaktu menjalankan tugas dan misi mereka,” kata Aziz dalam kiriman email kepada keadilan daily.

Kenyataan Aziz itu juga susulan kenyataan bekas Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid yang mengatakan kerajaan mengambil masa  iaitu 23 hari untuk menangani isu itu.
Dalam sidang media semalam, Ghafir turut menggesa kerajaan memohon maaf kepada rakyat Malaysia dan keluarga anggota keselamatan yang gugur semasa bertempur dengan pengganas di Lahad Datu.

Mengulas lanjut, Aziz berkata, sebagai negara berdaulat, Malaysia berhak mengguna khidmat tentera untuk mempertahankan kedaulatan.
“Ini dijamin oleh undang-undang antarabangsa yang kini termaktub di bawah Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN Charter),” ujar pakar perlembagaan itu.

Beliau dalam pada itu bersetuju dengan kenyataan bekas panglima tentera darat Malaysia, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein yang berpendapat pencerobohan itu sepatutnya boleh ditangani dalam masa lebih singkat.

“Kekeliruan dan kelambatan bertindak di pihak kerajaan menyebabkan wujudnya apa yang dikatakan sebagai tidak adanya rantaian arahan (chain of command) yang dibangkitkan oleh Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein,” ujarnya./KeadilanDaily

 Extra income dari rumah
    

5 ulasan:

  1. SIAPA dR bAHARI YG NAK BERCAKAP MENGENAI STRATEGI TENTERA,SEMUA NAK JADI HERO! PUN---K, PUIHHHHH, TAK PAYAHLAH KALAU SAHAJA NAK CEPLAK CAKAP JENERAL HASHIM YG BERLAGAK HANYA KUMPUL BARANG ANTIK MASA PERKHIDMATAN. SELEPAS KES SAUK, SEPATUTNYA DIA DAH LETAK JAWATAN KERANA KEGAGAALANNYA YG KETARA. TANYA DIA BANYAK KES YG MELIBATKAN KEGAGALANNYA, DIA KONON NAK `TUTUP' SEMUA ASKAR TAHU DIA NI.....MANGKOK HAYUN, PKR MEMANG PATUT KENA TIPU!!!AMBIL JENERAL LAPUK

    BalasPadam
  2. Ulasan penyokong umno yg setaraf dgn lembu2 ...

    BalasPadam
  3. setuju..!!!!!bukan setaraf lembu;inilah(PELATUK) lembu BN yang sedang menguak...

    BalasPadam
  4. Tentera kita dn pdrm tidak mempunyai pengalaman dlm perang sebenar,bebanding negara jiran,Indonesia, philipina, dn Thailand, yg kerap kali berperang,10,org pahlawan kita gugur bukan bilangan yg kecil,walaupun musuh hampir 60org terkorban, disegi tektikal kita gagal,menjangka, gagal menjangka tektik musuh ,contoh Israel seorg tentera Israel tebunuh 60org polis palastin terkorban..

    BalasPadam
  5. kepale bapak la sengal, sikit2 nk undang2... haha. bodo!!!
    polis n atm ade la prosedur sndri, dorg pun tau la cmne nk tangani.
    xpya nk poyo sgt, najiz bhari btool...
    bajet pandai sgt, poyo!!!
    brape kne byar xtau.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...