Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Mac 02, 2013

DAP ‘kawan’ perlu disantuni - TGNA

Nik Aziz: DAP ‘kawan’ perlu disantuni
Nik Abdul Aziz menurunkan tanda tangan pada poster yang di tampal pada kereta peserta Konvoi Explo‘R’ace sempena Karnival BioKelantan 2013.
 
KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan kerjasama dengan DAP sambil menyifatkan tidak salah berkawan dengan ‘orang jahat’ asalkan berniat memberi kesedaran Islam kepada mereka.
Nik Abdul Aziz juga menegaskan DAP adalah ‘kawan’ yang perlu disantuni Pas bertujuan memperbetulkan dan memberi nasihat kepada kelompok itu.
Dalam masa yang sama beliau berkata, Umno sering menuduh DAP jahat, tetapi, sebenarnya parti orang Melayu itu sendiri yang lebih jahat kerana dakwanya mengambil pendekatan berteraskan kebangsaan tetapi menolak Islam.

“Kita boleh berkawan dengan orang jahat untuk memberi nasihat, Umno marah kepada Pas berkawan dengan DAP, (Umno) kata DAP jahat, tapi kenapa DAP jahat? Kamu (Umno) jahat juga.
“Berkawan dengan Pas, insya-Allah Pas akan beritahu tentang Islam, syurga begini, neraka begini. Dia hendak dengar atau tidak, peduli apa. Paling penting, tujuan kita berkawan untuk baiki dia (DAP).
“Berkawan dengan Umno, Umno pun jahat juga. Macam mana tidak jahat, Umno tolak Islam ambil kebangsaan, agah(berlagak sombong),” katanya semasa menyampaikan kuliah Jumaat di hadapan Pejabat Pas negeri di sini, semalam.

Dalam pada itu, beliau turut mengecam Mufti Perak, Tan Sri Harussani dalam sebuah akhbar yang menyatakan sikap Pas lebih teruk daripada kafir, baru-baru ini.
Nik Abdul Aziz seterusnya mengelar mufti berkenaan sebagai ‘mufta’ iaitu orang yang tidak pandai yang perlu diberi petua oleh orang lain selain turut melabel Harussani sebagai mabuk dan tidak sedar diri kerana didakwa membuat kritikan tanpa rujukan kedua-dua pihak.

“Mufti sepatutnya mendengar (penjelasan) kedua-dua pihak. Di rumah, anak kita berbalah, kita panggil kedua-duanya, barulah sah yang mana betul yang mana salah, adik atau kakak. Penghulu kampung bila rakyat berbalah, dia panggil dua-dua (pihak). Hakim mahkamah buat keputusan kena ada dua-dua (pihak), kadang-kadang ambil masa puluhan tahun.

“Mufti apa begini? Ini bukan mufti tapi ‘mufta’. Kenyataan Harussani memburukkan nama mufti sahaja, buruk nama orang kampung, (pakai) kopiah 24 jam tapi bercakap tidak betul,” katanya.
Nik Abdul Aziz dalam laman facebook beliau sebelum ini, menasihatkan Harussani supaya lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan dan tidak melampau dalam menunjukkan sokongan beliau kepada Barisan Nasional (BN) dan Umno.

Sinar Harian melaporkan beliau kecewa dengan kenyataan itu dan meminta mufti berkenaan merujuk kepada sumber yang sahih sebelum membuat ulasan terhadap beliau dan pemimpin Pas lain./SinarHarianOnline

Pil Untuk Lelaki Yang Lemah Tenaga Batin..Power!!!!!
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...