Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Mac 19, 2013

BERITA PUKULAN MAUT KEPADA UMNO/BN.... PANAS!!!!

Bekas bos SPRM akan minta maaf pada MB

Bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Seri Ahmad Said Hamdan dijangka akan memohon maaf kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim esok di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Ia berkaitan dengan kenyataan Ahmad Said mengenai dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh MP tersebut berhubung penyelenggaraan kereta peribadi dan pembelian sejumlah lembu bagi Hari Raya Aidiladha pada 2009 untuk kawasan parlimen yang diwakili Abdul Khalid.

Kedua-dua pihak bersetuju untuk membuat penyelesaian di luar mahkamah – yang dirunding sejak aawal pagi ini – dan akan direkodkan di hadapan Hakim Datuk Lau Bee Lan esok.

 
Khalid hari ini memberi petunjuk bahawa beliau tidak akan menuntut gantirugi, namun terma penyelesaian itu hanya akan diketahui esok.

Beliau menamakan Ahmad Said dan kerajaan Malaysia sebagai responden di dalam saman tersebut./MalaysiaKini


#Anda Bakal Jutawan Online##
 
    

2 ulasan:

  1. Kenapa nak selesaikan tuduhan ini di luar mahkamah? Bukankah ini satu fitnah yg bertujuan menjatuhkan air muka sesaorang? Bos2 di SPRM melindungi kes2 pemimpin2 BN dan menjadi tali barut mereka, sehingga mereka kebal dari sebarang pertuduhan. Jangan beri muka! Sekarang dah tak jadi bos nak minta maaf .Dulu masa berkhidmat semua jadi mangkuk, kaki pengampu.

    BalasPadam
  2. Dulu mase keje, kalau kalah kes saman, k'jaan boleh bayarkan gantirugi. S'kang dah pencen kena bayar ngan duit sendiri wo!. Mampus tu beb, mane nak carik fulus. Tu yang terpaksa tebalkan muka dan mintak maaf aje le.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...