Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Disember 31, 2013

(Jaminan) Bekas IGP: Himpunan esok mampu dikawal

SHAH ALAM - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai hari ini melontarkan keyakinan rakyat akan bertindak secara rasional ketika menghadiri perhimpunan yang dijadual esok malam.

Jelas beliau yang juga merupakan Pengerusi Yayasan Pengaman Malaysia, rakyat Malaysia lazimnya menghormati undang-undang selain kecekapan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengendalikan himpunan seperti itu sebelum ini.

"Saya yakin situasi esok tidaklah seburuk yang digembar-gemburkan.

"... keyakinan saya disandarkan ke atas dua sebab iaitu PDRM boleh kendalikan sebarang situasi yang timbul ketika perhimpunan tersebut.

"Serta yakin dengan masyarakat Malaysia yang sentiasa berfikiran rasional dalam bertindak," katanya dalam satu sidang media khas di Pejabat Yayasan Pengaman Malaysia hari ini.

Menggulas lanjut, beliau turut mengingatkan anggota PDRM supaya  mengambil langkah berwaspada agar tidak timbul sebarang perkara yang tidak diingini.

"Anggota PDRM perlulah sentiasa mengambil langkah berwaspada. Agar tiada sebarang kekecohan yang berlaku," katanya.

NGO Turun Kos Sara Hidup dan tiga yang lain merancang untuk mengadakan perhimpunan bagi membantah kenaikan kos di Dataran Merdeka yang menjadi salah satu lokasi utama sambutan tahun baru malam esok.

Sinar Harian..

AYUH!!! TURUN RAMAI-RAMAI!!

Isnin, Disember 30, 2013

SPRM tidak boleh siasat anak Rosmah beli kondominium RM110 juta? ha ha ha ha...

SHAH ALAM 30 DIS: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh menyiasat pembelian kondominium mewah bernilai RM100 juta oleh anak tiri Perdana Menteri kerana tidak mempunyai undang-undang untuk menyiasat individu yang membeli aset di luar kemampuan.

Memetik laporan Harakah Daily, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyatakan mereka mencadangkan supaya peruntukan itu dimasukkan ke dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, namun Putrajaya masih belum membentangkannya di Parlimen.

logo SPRM“Walaupun siasatan pemilikan harta tidak sepadan dengan pendapatan bukan fungsi SPRM sepenuhnya, SPRM mengalu-alukan jika perkara ini dimasukkan dalam senarai pindaan Akta SPRM 2009 yang bakal dibawa ke Parlimen pada tahun depan,” kata badan itu dalam satu kenyataan, malam tadi.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas pembangkang mendesak SPRM menyiasat pembelian kondominium mewah penerbit filem Riza Shahriz Abdul Aziz di New York.

Riza adalah anak kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menerusi perkahwinan terdahulu.
Laporan media mengatakan lelaki berumur 36 tahun itu bekerja dalam industri perbankan di London dan beliau mengumpul kekayaannya dalam ekuiti serta hartanah.

Riza juga memiliki Red Granite yang menerbitkan filem terbaru lakonan bintang Holywood Leonardo DiCaprio, “Wolf of Wall Street”.

Seorang kolumnis hiburan menulis berkenaan pembelian kondominum mewah itu, pada Disember 2012 tetapi hanya menjadi tajuk berita selepas laman sesawang Sarawak Report melaporkannya dan mempersoalk pembelian itu.

Kondominium terbabit dikatakan antara paling mahal dan eksklusif di dunia, selain mempunyai 15 bilik dengan keluasan 7,738 kaki persegi dengan pemandangan menarik daripada beranda seluas 1,244 kaki persegi.

Akan tetapi laman sesawang hartanah New York, The Real Deal mengatakan Riza membeli hartanah mempunyai tujuh bilik di West 63rd Street Park Laurel, pada 19 November lalu.

LA Times melaporkan minggu ini Red Granite mendapatkan wang daripada sekumpulan pelabur tidak dikenali daripada Timur Tengah dan Asia serta hanya akan membiayai filem itu sahaja.

Penghasilan Wolf of Wall Street dilaporkan membabitkan US$100 juta di mana Red Granite mengeluarkan dana sepenuhnya.

Selangorkini

Islam Benarkan Rakyat Tegur Kerajaan - TGNA



KOTA BHARU: “Apa sahaja cara kita buat untuk menyedarkan kerajaan tentang kesusahan hidup rakyat Islam tidak menghalangnya. “Boleh dibuat, hendak berhimpun ke.. hendak berdoa ke.. atau naik sepanduk pun boleh.

Negara demokrasi Islam membenarkan rakyat tegur kerajaan,” kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Mursyidul Am PAS berkata, Islam memberi peluang kepada rakyat untuk beritahu kesusahan mereka kepada kerajaan.

 “Waktu Saiyidina Abu Bakar jadi Khalifah beliau menyebut kalau aku betul tolong bantu aku, kalau aku salah tolong betulkan aku. “Kemudian bangun seorang sahabat, dia kata kalau kamu salah aku akan betul dengan mata pedang,” katanya ketika ditemui di pejabat Institut Pemikiran Tok Guru di sini, hari ini.

Beberapa NGO termasuk Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) menganjurkan perhimpunan aman pada malam 31 Disember ini bagi mendesak kerajaan menurunkan kos hidup rakyat. Selepas pilihan raya umum lalu kerajaan BN menaikkan harga petrol 20 sen seliter, dan awal tahun hadapan pula kenaikan tarif elektrik 4.99 sen satu kilowatt.

 Selain itu kenaikan tambang LRT, monorel dan kadar tol di 15 lebuh raya. Bagaimanapun kerajaan BN melalui media dikuasainya melabelkan perhimpunan aman tersebut sebagai agenda bagi menggulingkan kerajaan. Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berkata, beliau menyokong perjuangan anak-anak muda yang bersusah payah membawa isu rakyat. “Tidak boleh kita membisu, hak kita menegur.

Hak orang besar mesti dengar. Sebab itu agama tidak boleh diasingkan daripada politik. Kalau agama dianggap lain daripada politik itu tidak kena. “Kalau tidak ada kaitan dengan agama, maka mereka bebas melakukan apa sahaja sehingga boleh menyelewengkan wang rakyat dan sebagainya.

“Bebas macam mana mereka pun makhluk. Dunia yang kita duduk bukan hak kita, apabila mati kita akan disoal dalam kubur lagi,” ujarnya. Menurutnya juga menjadi orang besar (pemimpin) bukan suatu kesenangan.

Kata beliau ketika berada di kerusi Menteri Besar 24 jam hidup dalam keadaan gelisah dan bimbang percakapannya tidak kena pada pandangan rakyat. “Sebab itulah percakapan, perbuatan, tingkat laku saya selalu beringat, takut-takut saya salah.

Alhamdulillah kesilapan yang dilakukan saya ditegur dalam mesyuarat,” katanya.

 Harakahdaily

Ahad, Disember 29, 2013

SAMM: Tarik balik fitnah atau disaman RM100j (PDRM)



SHAH ALAM - Pertubuhan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak agar Timbalan Ketua Polis Wilayah, Datuk Amar Singh Ishar Singh menarik semula kenyataan beliau yang mengaitkan pertubuhan tersebut sebagai antara penganjur himpunan guling kerajaan pada 31 Disember ini.

 Jelas Presiden SAMM Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard, kenyataan tersebut adalah berbaur fitnah, dan pihaknya tidak teragak-agak untuk menyaman Timbalan Ketua Polis Wilayah tersebut sekiranya tiada bukti kukuh yang mengaitkan pertubuhan tersebut dengan himpunan itu.

“Saya dengan ini mendesak fitnah ini ditarik balik oleh Datuk Amar Singh Ishar Singh dan permohonan maaf dituntut. “…dia harus dedah apa sumber dia, dan dedah bukti gred A sekiranya ada. Saya akan ambil tindakan undang-undang terhadap Datuk Amar Singh Ishar Singh dan semua media jahat yang menjadi lidah penyambung fitnah tersebut. “…isnin ini (30 Disember), Chegu Bard dan SAMM akan menghantar notis undang-undang terhadap Datuk Amar Singh Ishar Singh dan media-media terbabit.

Saya akan memulakan proses saman sebanyak RM100 juta ke atasnya,” katanya yang dipetik menerusi kenyataan medianya. Semalam, memetik laporan berita polis telah mengenal pasti empat kumpulan yang terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dijangka akan membuat kecoh pada sambutan ambang Tahun Baharu di Dataran Merdeka,31 Disember ini.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, pertubuhan tersebut ialah Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Jingga 13, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). "Kami tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan tegas dan menangkap individu yang menimbulkan kekecohan pada malam tersebut," katanya.

 Sinar Harian

Sabtu, Disember 28, 2013

“Hassan Malek tak layak jadi Menteri”

Haniza TalhaKUALA LUMPUR 27 DIS: Kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi & Kepenggunaan Datuk Seri Hassan Malek tak ubah seperti seorang Ketua Umno cawangan dan tidak menggambarkan kedudukannya sebagai seorang menteri
“Kenyataan beliau seperti seorang Ketua Umno cawangan. Tak layak bergelar menteri,” kata Naib Ketua Wanita KEADILAN Haniza Talha ketika dihubungi Keadilandaily.

maharaja_lawak_hasan_malekKatanya, kenyataan Hassan menyakitkan hati rakyat Malaysia yang telah sedia terbeban dengan pelbagai kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

Hassan Malek dilaporkan The Malaysian Insider meminta rakyat Malaysia agar tidak merungut tentang kenaikan kos sara hidup, sebaliknya memberi kritikan membina terhadap langkah kerajaan menaikkan beberapa harga barangan.

Manakala The Star melaporkan kenyataan Hassan bahawa rakyat Malaysia bersetuju dengan kenaikan harga barang berikutan tidak ada rungutan mengenainya.

Haniza yang juga Adun Taman Medan berkata, tugas Menteri adalah mencari penyelesaian masalah rakyat, bukan sekadar mengeluarkan kenyataan sesuka hati.

The_Star - Copy“Tugas Menteri adalah menjaga keperluan rakyat, bukan menyakitkan hati rakyat dengan kenyataan sedemikian,” katanya.

Haniza turut mencabar Hassan untuk membuktikan bahawa kementeriannya akan bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan dam bertemu orang ramai bagi memantau kenaikan harga barangan yang disebabkan penstrukturan subsidi oleh kerajaan.

“Sekiranya kenyataan itu benar, beliau perlu buat ke seluruh negara. Bukan sekadar cakap kosong,” kata Haniza.

Keadilandaily

Terkini!!! Anwar diserang lagi dengan isu seks

SHAH ALAM - Nama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini dikaitkan kembali dengan isu kontroversi seks melalui media sosial. Anwar yang dipetik dalam laman twitternya berkata : "Staf saya maklum blog Umno sibuk sebar foto lucah yang masuk dalam 'favourite' saya," katanya..

 Tambahnya, perkara itu telah sering berulang ekoran perbuatan "cybertrooper". "Sudah banyak kali berlaku akibat "hack" cybertrooper," katanya. Sehubungan itu, daripada pemerhatian Sinar Harian Online juga mendapati sebuah laman blog pro-Umno telah menyebarkan berita mengenai Anwar yang meletakkannya sebagai "kegemaran" gambar aksi songsang di laman mikro itu.

Dalam perkembangan sama, Anwar yang turut berbalas tweet dengan pengikutnya menyatakan perkara tersebut telah lama berlaku sehingga terpaksa menukar kata laluan akaun itu. "Bukan kali pertama, juga sebelum PRU. "Dah banyak kali di 'hack'. Tukar 'password'," katanya lagi.

 Sinar harian

Jumaat, Disember 27, 2013

BERITA BAIK UNTUK MASA BANJIR... WAJIB BACA!!

KUANTAN_BANJIR

Bantuan UAE RM39 juta mesti untuk mangsa banjir


KUANTAN 27 DIS: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh akan mendapatkan penjelasan daripada Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa Zayed Al-Nahyan berhubung bantuan kemanusiaan USD10 juta (RM39.2 juta) yang akan disalurkan kepada mangsa banjir di Malaysia.

Katanya, penjelasan itu penting untuk memastikan sama ada mangsa banjir di Kuantan turut tergolong dalam kumpulan yang mendapat bantuan.

Kata Fuziah, berdasarkan laporan dipetik daripada Kuwait News Agency (KUNA), ia hanya merujuk kepada Kelantan dan Pekan.

“Saya sudah membuat draf surat dan sedang mencari ‘direct link’ untuk berhubung dengan pihak UAE.
“Saya takut akan ada pihak yang menggunakan kenyataan KUNA ini untuk menafikan bantuan kepada penduduk Kuantan,” katanya kepada Keadilandaily.

Laporan KUNA pada 22 Disember menyatakan antara bantuan kemanusiaan yang dihulurkan termasuk inisiatif Persatuan Bulan Sabit Merah (RCA) UAE untuk membaik pulih lebih 20,000 rumah yang musnah selain menyediakan barangan keperluan asas.

Fuziah Salleh“Saya bimbang bantuan ini akan semuanya pergi ke Pekan seperti Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) sebelum ini, yang mana penduduk Kuantan tidak dipedulikan.

“Masih ramai yang duduk secara setinggan tanpa rumah. Tidak mustahil perkara seperti ini akan berlaku lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Fuziah berkata, bantuan RM500 dijanjikan kerajaan Pusat masih belum diagihkan, manakala masih tidak ada bantuan dari kerajaan negeri.

“Di Kuantan hanya kawasan Tanah Putih dapat bantuan daripada kerajaan negeri iaitu RM250 dan tambahan RM100 daripada tabung misi kemanusiaan,” katanya.

KeadilanDaily

Terbaik!! Rafizi Jawab menteri umno : Saya tak putar belit isu



SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menafikan kenyataan Kementerian Kewangan yang mendakwa dirinya memanipulasi isu penjualan aset kerajaan. Menurutnya, laporan Bank Dunia jelas menunjukkan perkara itu berlaku selain kementerian hanya memberikan alasan bahawa penjualan aset dan pensekuritian pinjaman perumahan kakitangan kerajaan adalah perkara biasa yang berlaku sebelum ini. “Kenyataan itu tidak dinafikan dan kementerian hanya menyebut perkara biasa sahaja.

 Mengapa tidak jawab dalam konteks laporan yang dikeluarkan Bank Dunia. “Ini menunjukkan Kementerian Kewangan tidak boleh menafikan fakta yang dibentangkan Bank Dunia berkenaan kerajaan terdesak dalam mencapai sasaran defisit,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, semalam. Sebelum ini, beliau mendedahkan laporan Bank Dunia berkenaan penjualan aset negara oleh kerajaan bagi mengurangkan defisit ke paras empat peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seperti mana yang ditetapkan.

Laporan itu juga turut menyentuh pendapatan kerajaan akan dijana sebanyak RM1.4 bilion daripada aktiviti penjualan aset selain sejumlah RM4.2 bilion pula melalui pensekuritian pinjaman perumahan. Rafizi berkata, tindakan kementerian yang tidak menafikan perkara itu membuktikan kerajaan mengakui kesahihan laporan Bank Dunia berkenaan. Dalam kenyataan sama, beliau tidak menolak kaedah pensekuritian pinjaman perumahan kakitangan kerajaan akan terus digunakan sebagai alternatif mudah untuk mendapatkan pendapatan tambahan namun, mengakui perkara itu akan memberikan kesan kepada peminjam.

“Memang mereka (kementerian) kata ia bukan sumber utama dan hanya mencakupi 1.9 peratus daripada hasil kerajaan pusat. Namun, RM1.4 bilion itu satu nilai besar yang boleh digunakan untuk pelbagai perkara. “Mereka perlu faham, walaupun amalan yang dimulakan sejak 2004, pensekuritian pinjaman perumahan menjadi salah satu punca krisis kewangan yang melanda Amerika Syarikat dalam tahun 2007 dan 2008,” katanya.

Justeru, menurutnya, tindakan itu mempunyai risiko tersendiri kerana rumah yang dibeli peminjam digadai dalam pasaran sekunder kepada pelabur yang mereka tidak ketahui. “Pensekuritian membabitkan kerajaan menjual portfolio pinjaman perumahan kakitangan kerajaan kepada pelabur melalui penerbitan bon.

 "Ini bermakna kakitangan kerajaan secara tidak langsung berhutang dengan pelabur yang membeli bon diterbitkan melalui kaedah pensekuritian itu,” katanya. PKR dalam kenyataan sebelum ini yakin sasaran defisit lebih rendah iaitu 3.5 peratus boleh dicapai seperti diunjurkan dalam belanjawan PR melalui penjimatan perbelanjaan kerajaan dan membanteras rasuah.

 Sinar harian..

Khamis, Disember 26, 2013

Panas!! “Jelas kerajaan mengakui bahawa laporan Bank Dunia itu benar - YB Rafizi Ramli

rafizi_pc_hq

Kementerian Kewangan alih isu, gagal jawab laporan Bank Dunia

 PETALING JAYA 26 DIS: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli membidas kenyataan Kementerian Kewangan 24 Disember lalu yang menafikan pendedahannya bahawa aset kerajaan dijual untuk mengurangkan defisit negara.

Rafizi dalam pendedahannya minggu lalu berkata, tindakan dilakukan kerajaan di bawah inisiatif pengewangan aset (monetization of assets) bagi memajukan tanah.

“Kementerian Kewangan hanya memberi alasan bahawa penjualan aset dan pensekuritian pinjaman perumahan kakitangan kerajaan adalah satu perkara biasa dan telah pun berlaku,” kata Rafizi pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Laporan Bank Dunia bertarikh Disember 2013 menyatakan, belanja mengurus kerajaan minoriti Najib melebihi belanjawan yang diluluskan iaitu sebanyak RM14.3 bilion atau 7.1 peratus

Manakaala pertumbuhan ekonomi bagi tahun 2013 lebih teruk dari dijangkakan semasa unjurun Belanjawan 2013 dibuat.

“Jelas kerajaan mengakui bahawa laporan Bank Dunia itu benar, aset-aset negara dijual dan digadai untuk mendapat pendapatan tidak dirancang bagi mencapai sasaran defisit negara,” ujarnya.

KeadilanDaily

Jual aset negara bukti Najib terdesak!!! - Rafizi Ramli

BN

Jual aset negara bukti Najib terdesak capai defisit – Rafizi


PETALING JAYA 26 DIS: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak begitu terdesak untuk mencapai sasaran defisit empat peratus, sehingga sanggup menjual aset negara, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

“Mereka tidak boleh menafikan fakta yang dibentangkan Bank Dunia mengenai terdesaknya pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mencapai sasaran defisit.

“Satu-satunya cara untuk mencapai sasaran defisit empat  peratus yang iumumkan Najib bagi tahun 2013 ialah dengan menjual dan menggadai lebih banyak aset kerajaan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Rafizi  turut menyuarakan kebimbangan terhadap kenyataan Kementerian Kewangan yang mengatakan pensekuritian hutang kerajaan dilaksanakan bagi mewujudkan modal pembiayaan tambahan untuk pinjaman perumahan penjawat awam.

Menurutnya, langkah yang dibuat dalam tahun 2004 dan dikendalikan oleh Cagamas, iaitu syarikat pinjaman perumahan negara akan menjadi punca krisis kewangan seperti Amerika Syarikat.
“Pensekuritian pinjaman perumahan menjadi salah satu punca krisis kewangan subprima yang melanda Amerika Syarikat dalam tahun 2007 dan 2008.

rafizi_pc_pkrhq“Ia mempunyai risiko tersendiri kerana rumah-rumah yang dibeli peminjam digadaikan pula kepada pelabur yang mereka tidak ketahui,” tegasnya.

KEADILAN dalam kenyataan sebelum ini yakin sasaran defisit lebih rendah iaitu 3.5% boleh dicapai seperti diunjurkan dalam Belanjawan Pakatan Rakyat melalui penjimatan perbelanjaan kerajaan dan membanteras rasuah.

Namun, pentadbiran Najib Razak enggan memotong perbelanjaan boros kerajaan menyebabkannya mencari jalan menekan rakyat mengakibatkan pengurangan subsidi, kenaikan tarif elektrik, kenaikan harga barang dan terbaru ialah kenaikan kadar tol.

KeadilanDaily

Rabu, Disember 25, 2013

Angkat nilai murni pelbagai budaya masyarakat Malaysia - Anwar Ibrahim

anwar-ibrahimKUALA LUMPUR 25 DIS: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk mempromosi, mengangkat nilai murni dan meraikan kepelbagaian kebudayaan di negara ini.

“Kita harus mengangkat nilai-nilai murni dalam pelbagai budaya dan memanfaatkan kekuatan dalam berbagai komuniti untuk mencapai Malaysia yang lebih bersatu dan harmoni.

“Ini adalah tatanan masyarakat kita yang perlu dijaga dan dipelihara. Mari kita semua terus menjaga toleransi dan menghormati sesama bangsa dan agama,” kata Anwar dalam perutusan Hari Natal 2013, hari ini.

Anwar turut merai dan menghargai peranan penganut agama Kristian di Malaysia secara khusus dan seluruh masyarakat secara amnya yang mengambil pendekatan toleransi dalam menghadapi perbezaan.
“Tahun ini merupakan tahun ujian hubungan Muslim-Kristian di Malaysia.

“Pendirian yang tidak konfrontasi diambil masyarakat Kristian telah memastikan kelanjutan perdamaian dan keharmonian di Malaysia yang terdiri pelbagai bangsa.

“Mari kita semua terus menjaga toleransi dan menghormati antara bangsa dan agama ,” kata Anwar.
Tambah Anwar, perayaan Krismas yang disambut hari ini wajar dijadikan jambatan perhubungan antara masyarakat Malaysia.

“Hari Natal adalah waktu untuk bersama-sama keluarga dan masyarakat, di mana kesalahan sebelum ini dimaafkan, hubungan lama dipererat, manakala yang baru, dimulai.

“Saya mengucapkan Selamat Natal kepada semua penganut Kristian di Malaysia dan selamat tahun baru 2014 kepada semua warga Malaysia,” kata Anwar.

KeadilanDaily

“Gani Patail sedia disiasat, kenapa SPRM tidak bertindak?

KUALA LUMPUR 24 DIS: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga hari ini tidak melakukan sebarang tindakan, meskipun Peguam Negara, Tan Seri Abdul Gani Patail telah membuat tawaran terbuka bagi menyiasat akaun miliknya.

Shamsul Iskandar“Gani Patail telah menawarkan dirinya untuk siasat akaunnya di Hong Kong. Jadi pihak SPRM dan PDRM (Polis Diraja Malaysia) harus melakukan tindakan lanjut.

“Saya mendesak PDRM dan SPRM membentuk Suruhanjaya Khas Diraja yang terdiri daripada pegawai kanan yang berpengalaman.

“Memandangkan kes ini merupakan kes berprofail tinggi melibatkan seorang peguam negara,” kata Shamsul kepada Keadilandaily.

17 Disember lalu, Gani Patail membenarkan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli memeriksa akaun bank miliknya bagi membuktikan Peguam Negara itu sedia disiasat berhubung pendedahan sogokan berkaitan tuntutan bertindih Pulau Batu Puteh.

Manakala ahli parlimen Pakatan Rakyat 4 Disember lalu membuat laporan polis menggesa siasatan berhubung pendedahan tersebut berdasarkan perakuan sumpah (SD) bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim.

SD tersebut mendedahkan wujud unsur rasuah melibatkan Gani dalam kes tuntutan bertindih Pulau Batu Puteh hingga negara kalah dalam tuntutan tersebut.

“Sepatutnya orang yang dimaksudkan dalam akuan tersebut terlibat dalam siasatan, Tak cukup sekadar panggil Md Zain yang membuat akuan sumpah. Adakah terdapat dua undang-undang beralainan?

“Kalau seorang bekas pegawai polis dipanggil, mengapa orang yang berjawatan lebih besar (Peguam Negara) tidak dipanggil untuk siasatan?

“Ini menunjukkan undang-undang pilih kasih (double standard) kata Shamsul.

KeadilanDaily

Selasa, Disember 24, 2013

Pecah Berita!!! Kadar tol naik besar-besaran lepas Anwar dipecat BN

KUALA LUMPUR 24 DIS: Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan pemimpin yang memainkan peranan penting untuk membekukan kenaikan tol lebuh raya sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai Menteri Kewangan.
SimAhli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, Anwar pada ketika itu menggunakan kuasanya untuk membekukan kenaikan tol sebanyak beberapa kali.

“Selepas beliau (Anwar) dipecat daripada kerajaan, kenaikan tol menjadi urusan setiap tahun, dan akhirnya membawa kepada kenaikan tol besar-besaran pada tahun 1999 hingga 2000,” kata Tze Tzin dalam kenyataan.
Beliau berkata, semua perjanjian konsesi tol digubal dan diluluskan Unit Perancang Ekonomi di bawah kuasa Perdana Menteri pada ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tze Tzin yang juga Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN berkata, Menteri Kerja Raya yang bertindak menandatangani perjanjian konsesi berkenaan sebagai wakil kepada kerajaan Malaysia.

“Peranan Menteri Kewangan adalah untuk mentadbir kontrak selepas ia ditandatangani. Tidak syak lagi Anwar adalah Menteri pada tahun 1991 hingga 1998 iaitu semasa kontrak itu dimeterai, tetapi beliau hanya mewakili dasar yang ditetapkan BN dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir,” katanya.

Tambah beliau, kenyataan Naib Presiden MCA, Datuk Chua Tee Yong mendakwa Anwar bertanggungjawab terhadap perjanjian konsesi lebuh raya di Malaysia membuktikan beliau (Tee Yong) mula mendapat suntikan ‘viagra politik’.

saya_suka_bayar_tolBagaimanapun semangat yang ditunjukkan pemimpin MCA itu bagaikan ‘tidak kena tempat’ apabila terpaksa menuding jari kepada Ketua Umum KEADILAN untuk menutup kegagalan Barisan Nasional (BN) selaku pemerintah.
Tze Tzin menggesa pimpinan baru MCA supaya bangkit menentang kenaikan tol dan mempertahankan rakyat Malaysia daripada berdepan tekanan itu dengan menyertai perhimpunan rakyat pada 31 Disember ini.

Katanya, MCA perlu mencontohi Pakatan Rakyat Selangor yang mengarahkan anak syarikatnya selaku pemegang saham untuk membantah kenaikan kadar tol di Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) baru-baru ini.

“Kerajaan Selangor yang memiliki pegangan saham melalui anak syarikatnya bertindak tegas untuk menghentikan kenaikan tol di Kesas.

“Bagaimana pula dengan MCA? Apa yang telah mereka buat?
“Jika mereka gagal untuk bersuara demi kepentingan rakyat, ia hanya mengesahkan persepsi ramai bahawa MCA tidak berkuasa dalam BN,” katanya.

 Selangor Kini

Isnin, Disember 23, 2013

Nur Jazlan jangka BN akan kalah lebih teruk....Kenyatan Panas!!!!

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed menjangkakan BN akan mengalami kekalahan lebih teruk di kawasan bandar dalam pilihan raya umum akan datang ekoran kenaikan harga barang dan kos sara hidup.

Laporan Sinar Harian hari ini memetik kenyataan MP Pulai itu yang berkata, kerajaan terpaksa berdepan dengan kemarahan rakyat akibat kenaikan kos berkenaan.

 “Akibat kenaikan itu orang marah dan tidak undi kerajaan. (Dalam) PRU13 kita sudah kalah di bandar dan PRU14 nanti, BN akan (kalah) lebih teruk (di bandar),” katanya.

Beliau turut mempertahankan tindakan kerajaan yang menurutnya mungkin terpaksa mengorbankan janji pilihan raya – untuk menurunkan kos sara hidup.

 “Ada ketikanya, kerajaan tidak dapat elak demi kepentingan negara. Jadi perlu dikorbankan (manifesto itu),” katanya lagi.

 Malaysiakini

Ahad, Disember 22, 2013

Berita Panas!!!! Hampir 130,000 muflis bukti kegagalan BN

KUALA LUMPUR 21 Dis: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata kelemahan dasar kerajaan menjadi faktor utama hampir 130,000 diisytiharkan muflis dalam tempoh tujuh tahun. Beliau berkata masalah kewangan akibat peningkatan gaji yang perlahan, kos sara hidup yang tinggi dan beban hutang isi rumah menjadi faktor ramai individu diisytiharkan bankrap.

Shamsul_AMK"Mereka yang terperangkap adalah kelas pertengahan berpendapatan isi rumah 4,000 ke atas yang menjadi kelompok paling ramai muflis dan mereka tidak mendapat bantuan dari kerajaan. "Kelas pertengahan ini yang mengunakan kad kredit, ada yang pinjam along kerana pendapatan tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan asas," "Pada masa sama kerajaan terus membebankan rakyat dengan mengumumkan siri kenaikan harga barang, tol, minyak dan lain-lain.

Keadaan ini menyumbang iklim ekonomi yang tidak seimbang dengan pendapatan dan perbelanjaan rakyat," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil. Perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak minggu lalu mengumumkan seramai 129,640 diisytiharkan muflis dalam tempoh 2005 hingga 2012. Daripada jumlah itu, sebanyak 68,299 adalah individu berusia di bawah 45 tahun. Antara faktor menyebabkan muflis adalah kegagalan membayar balik pinjaman sewa beli kenderaan, pinjaman perumahan, pinjaman peribadi dan perumahan.

Menurut Shamsul, kerajaan tidak mempunyai idea baru untuk menjana pertumbuhan ekonomi dan gagal menguruskan wang rakyat hingga berlaku ketirisan saban tahun. "Di negara lain, cukai yang tinggi diterjemahkan kerajaan dengan menyediakan kemudahan infrastruktur seperti pengangkutan awam untuk meringankan ekonomi rakyat. "Keadaan ini tidak berlaku di Malaysia apabila harga kereta mahal dan rakyat tiada pilihan. Kerajaan juga tidak ada mekanisme untuk mengawal harga rumah yang semakin tinggi," ujarnya.

 Justeru beliau menyeru kerajaan mengambil langkah mengatasi masalah ini seperti membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mebantu rakyat yang berdepan masalah hutang. Malah, institusi zakat juga, katanya perlu diperkasakan bagi membantu golongan itu yang dikategori sebagai asnaf.

 Keadilandaily

Harga barang naik, Najib akan diturunkan

Pakatan Rakyat memberikan kata dua kepada Datuk Seri Najib Razak agar menghentikan siri kenaikan kos sara hidup, atau berhadapan risiko kehilangan jawatan sebagai perdana menteri dalam masa terdekat jika terus berbuat demikian. Amaran keras itu dilontar Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang percaya kedudukan Najib sekarang semakin goyah, berdasarkan dapatan tinjauan badan pengkaji Merdeka Center, baru-baru ini.

"Dalam banyak-banyak yang naik, ada satu yang turun - populariti Najib yang semakin turun. "Kalau dia berani naikkan apa-apa lagi, dalam masa tiga atau empat bulan ini dia akan terpaksa turun daripada jadi perdana menteri. "Kalau berani dia naikkan harga barang, kita akan turunkan Najib Razak daripada kerusi perdana menteri," kata anggota Parlimen Pandan itu di ibu negara lewat malam semalam.

 Beliau berkata demikian pada pelancaran kempen 'Faham GST, Tolak GST' yang disempurnakan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tinjauan Merdeka Center mendapati populariti Datuk Seri Najib Razak di kalangan pengundi menjunam 10 mata kepada 52 peratus dalam bulan Disember dan merekod tahap paling rendah sejak dilantik sebagai perdana menteri pada September 2009.

 Tinjauan itu dibuat selepas pengurangan subsidi bahan bakar pada September 2013, pembentangan belanjawan negara 2014 sewaktu kerajaan mengumumkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan kenyataan tambahan berkenaan kenaikan tarif elektrik yang bermula pada Januari 2014. Terkini, pemilik hartanah di Kuala Lumpur bakal berhadapan kenaikan kadar cukai taksiran bermula bulan Januari 2014.

Sidang khas bincang aset negara Sementara itu, Anwar dalam ceramahnya berkata beliau akan menggesa Najib mengadakan sidang khas Parlimen bagi membincangkan kemungkinan aset negara dijual untuk memperbaiki kadar defisit negara seperti dilaporkan Bank Dunia. Menurut Anwar, perkara itu dipersetujui pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat menerusi mesyuarat yang berlangsung sebelum pelancaran kempen malam tadi. "Jadi hari Isnin surat akan sampai kepada Datuk Seri Najib, kena ada sidang khas parlimen (untuk bincangkan) kenapa jual aset negara," kata Anwar.

Terdahulu, beliau melancarkan kempen 'Faham GST, Tolak GST' di kawasan padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru. Walaupun hujan turun renyai-renyai sehingga menyebabkan padang basah dan lecak seperti sawah padi, majlis itu tetap berjaya menarik kehadiran kira-kira 500 orang yang setia menunggu sehingga acara selesai.

Majlis yang bermula pada jam 9.30 itu hanya selesai kira-kira sepuluh minit sebelum jam 12 tengah malam. Turut hadir adalah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, penasihat anggota Parlimen DAP, Lim Kit Siang serta Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

 Malaysiakini

Sabtu, Disember 21, 2013

GST lebarkan jurang pendapatan seperti kapitalis AS- Anwar Ibrahim




KUALA LUMPUR 21 Dis: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu rakyat negara ini mengalami nasib sama di Amerika Syarikat di mana jurang ekonomi yang kian melebar antara golongan kaya dan miskin. Katanya, Pakatan Rakyat membantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bukan kerana sistem cukai itu , tetapi kerana ia lebih memihak kepada tauke-tauke besar dan kroni.

 Anwar"Di antara kecaman kuat terhadap sistem kapitalis di Amerika Syarikat ialah kerana pertumbuhan ekonomi itu memberi manfaat kepada golongan kecil. "Saya ke sana baru-baru ini dan meneliti laporan terkini 2010 hingga 2012. Kekayaan yang bercambah itu mencecah trilion ringgit tetapi dimanfaatkan oleh kurang dari satu peratus rakyat di sana," katanya ketika berucap semasa pelancaran kempen 'Faham GST - Tolak GST' di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru malam tadi.

 Kempen berkenaan turut menampilkan Presiden Pas, Datuk Seri Abd Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, pimpinan Pakatan yang lain beserta beberapa NGO. Abdul Hadi dalam ucapannya mengatakan GST sebagai zalim kerana dikenakan kepada semua golongan rakyat sama ada kaya atau miskin. "Islam menetapkan zakat ini kena pada orang yang kaya dan berada untuk diagihkan kepada mereka yang tidak berada. "Percukaian dalam Islam yang dikenakan termasuk kepada orang Islam menetapkan sekiranya sumber negara sudah cukup, maka cukai dihapuskan," tegasnya.

Sementara itu, Lim Kit Siang pula membidas pihak yang mengatakan negara akan muflis jika GST tidak dilaksanakan. "Apa yang menyebabkan suatu negara muflis bukan sebab ada cukai seperti GST atau tidak tetapi kerana negara itu korup, rasuah, banyak pembaziran, keborosan dan mempunyai kerajaan yang tidak baik," katanya.

 Keadilandaily

Ada beratus pendakwaraya, kenapa AG lantik Shafee?

KUALA LUMPUR 20 DIS: Lawyer for Liberty (LFL) menggesa kerajaan menarik lantikan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai ketua pendakwaraya dalam kes rayuan pembebasan Fitnah II, kerana pejabat Peguam Negara (AG) mempunyai ratusan pendakwaraya.

ERIC_PAULSEN - Copy“Ini mengukuhkan persepsi orang ramai bahawa pejabat AG berpihak dan bertindak atas arahan Umno untuk mendakwa pembangkang dan mencipta tuduhan politik.

“Pejabat AG mempunyai ratusan timbalan pendakwaraya yang berkelayakan. Shafee takkan mampu memberikan perbicaraan yang adil. Lantikan Shafee sebagai pendakwaraya mesti ditarik semula,” kata jurucakap LFL, Eric Paulsen (gambar).

Kata Eric, Shafee adalah peguam Umno yang terkenal dan muncul di mahkamah sebagai penasihat dalam banyak kes melibatkan kepentingan Umno.

Shafee juga menjadi peguam kepada bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Najib Razak, isterinya Rosmah Mansor dan musuh-musuh politik Anwar.

Malah, Shafee sendiri terlibat dalam beberapa perbicaraan melibatkan kes fitnah berprofil tinggi yang difailkan Anwar.

LFL“Tujuan dakwaan jenayah bukannya untuk menyabitkan sesuatu tuduhan, tetapi meletakkan perbicaraan dengan adil, bebas dengan mengemukakan semua bukti kepada mahkamah sebelum sesuatu keputusan dibuat.

“Manakala pendakwaraya bukan menentukan kesalahan, melainkan memastikan seseorang tertuduh menerima perbicaraan dengan adil,” kata Eric.

Berdasarkan pelbagai fakta didedahkan kata Eric, Shafee tidak boleh melaksanakan peranannya sebagai pendakwaraya tanpa curiga, prejudis dan campur tangan politik.

“Tarik semula pelantikan Shafee sebagai pendakwaraya dari mengetuai pejabat AG dalam kes ini,” tegas Eric.

KeadilanDaily

Panas Gile!!!! Najib jual aset negara

Najib jual aset negara untuk capai sasaran defisit

(Ainudin Othman)

RafiziPETALING JAYA 20 DIS: Laporan Bank Dunia mendedahkan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak menjual aset negara untuk menampung perbelanjaan negara dan mengurangkan hutang, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

“Ini adalah pendedahan yang cukup mengejutkan kerana pentadbiran Najib sudah sampai ke peringkat menjual aset negara dan mencagarkan harta-harta negara (melalui securitization of government mortgages) untuk menampung keborosan dan pembaziran kerajaannya,” kata Rafizi.

Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN,, hari ini.
Katanya, laporan terkini dari Bank Dunia iaitu ‘Malaysia Economic Monitor:December 2013′ pada muka surat 10 menyatakan kerajaan ingin mencapai sasaran defisit 4 peratus bagi 2013 melalui keuntungan cukai tambahan berjumlah RM11.8 bilion.

Menurut Rafizi, RM1.4 bilion itu dijangka diperoleh daripada jualan aset dan RM4.2 bilion daripada cagaran harta-harta negara.

“Saya syak rancangan menjual aset negara ini telah pun berlaku kerana ia bertujuan mencapai sasaran defisit 4 peratus bagi 2013 yang sebenarnya telah gagal.

worldbankreport“Ini bermakna, harta-harta negara telah pun dijual dan digadai supaya hasilnya itu diperolehi dalam tahun 2013 untuk menutup jurang pendapatan dan perbelanjaan negara,” ujarnya.

Menurut Rafizi, beliau akan menggesa satu sidang Parlimen tergempar dipanggil secepat mungkin bagi membincangkan tindakan menjual dan mencagarkan aset negara seperti yang didedahkan di dalam laporan Bank Dunia.

“Perkara ini akan saya bawa dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan malam ini (20 Disember) supaya permohonan sidang tergempar Parlimen boleh dibuat secepat mungkin,” katanya.

KeadilanDaily

Jumaat, Disember 20, 2013

LIVE!!! LIVE!!! KEMPEN FAHAM GST, TOLAK GST DI ( TVSELANGOR )

Faham_GST

KUALA LUMPUR 20 DIS: Kempen Faham GST Tolak GST akan dilancarkan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur jam 8 malam ini.

Kempen tersebut dilancarkan bagi memberi penerangan menyeluruh mengenai mekanisme pelaksanaan GST dan bebanan yang bakal dihadapi rakyat.

Majlis Pelancaran tersebut akan dihadiri pemimpin Pakatan Rakyat antaranya Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Turut menyampaikan ceramah malam ini ialah Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua dan Pengarah Penyelidikan Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad.

Orang ramai dijemput menghadiri majlis pelancaran tersebut. keadilanDaily..

Link sini @ sini

PM mungkir janji-janji demokratik - Anwar Ibrahim



Ekoran penggantungan mingguan The Heat, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disifatkan mungkir janji untuk melakukan perubahan demokratik.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah terbaru Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu sekali gus menunjukkan tahap tidak bertolak ansur terhadap perbezaan dan kritikan.

"Ia bertentangan sama sekali dengan janji perdana menteri dan menteri dalam negeri untuk membenarkan ruang demokratik lebih besar," katanya.

Ditemui pemberita selepas menghadiri prosiding mahkamah rayuan di Putrajaya hari ini, Anwar berkata, perkara itu akan dibangkitkan dalam mesyuarat majlis Pakatan Rakyat esok. "Ini trend gangguan dan kami membantah keras tindakan KDN ini," katanya.

Malaysiakini

Tiada beza Ahli Sunnah, ASWJ - DR Asri



SHAH ALAM - Tiada perbezaan pengertian antara Ahli Sunnah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, ia hanya ringkasan penggunaan istilah oleh sesetengah pihak.

 Menurutnya, pihak yang mengatakan pengertian itu tiada persamaan sebenarnya tidak mengetahui hal sebenarnya.

 "Maknanya sama sahaja. Ahli Sunnah itu hanya ringkasan penggunaan. Siapa sebut ada beza dia tak reti. Selalunya sebut Ahli Sunnah untuk pendekkan ayat namun, maksud sebenar masih merujuk kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Memetik fatwa Majls Fatwa Kebangsaan, pengertian sunnah ialah sunnah Rasulullah SAW, pengertian jemaah ialah kumpulan sahabat dan tabien yang bersepakat di atas kebenaran daripada Kitab ALLAH dan sunnah Nabi.

Pengertian Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah kumpulan orang Islam yang berpegang kepada al-Quran, al-sunnah dan pendapat sahabat yang bersepakat di atas kebenaran yang nyata dari Kitab ALLAH dan Sunnah Rasulullah SAW.

 Sinar Harian

Khamis, Disember 19, 2013

SD Mat Zain: Najib kemuka afidavit palsu sorok salahlaku Gani....Panas!!!!!!!

MAT_ZAINKUALA LUMPUR 19 DIS: Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim (kanan) dalam akuan bersumpahnya mendedahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengemukakan afidavit palsu.

Dalam perakuan bersumpah Mat Zain yang didedahkan 7 Oktover lalu, Najib mengemukakan afidat pasli untuk menyorokkan salahlaku Peguam Negara, Tan Seri Abdul Gani Patail.

Menurut Mat Zain, pada September 2011 satu sapina diserahkan kepada Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor untuk memberi keterangan dalam kes perbicaraan fitnah II keatas Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun Najib Razak menerusi peguamnya mengemukakan permohonan kepada mahkamah untuk mengetepikan sapina berkenaan.

Najib mengikrarkan afidavit sokongan dan pembetulan pada September 2011 bagi menyokong permohonannya.

Najib didalam Afidavit tersebut memohon supaya sapina tersebut diketepikan kerana beliau tidak dapat memberikan sebarang keterangan yang relevan yang dapat membantu mahkamah dalam perbicaraan tersebut.

Datuk Mat Zain Ibrahim didalam akuan bersumpahnya mendedahkan, ikrar dikemukakan Najib dalam perenggan 5 dan 13 dalam afidavit tersebut palsu dan tidak benar.

Ini kerana menurut Mat Zain, Najib telah ditaklimatkan olehnya berkaitan perbuatan pemalsuan keterangan dalam penyiasatan insiden mata lebam sejak Oktober 2008.

Kata Mat Zain, tidak munasabah dan satu pembohongan apabila Najib bersumpah bahawa beliau tidak dapat memberikan maklumat releven kepada mahkamah berkaitan isu yang dibawa pihak pendakwaan.

“Saya menekankan bahawa dengan mengikrarkan afidavit sedemikian rupa menunjukkan bahawa Datuk Seri Najib, secara bersungguh-sungguh dan dengan sengaja membenamkan apa-apa keterangan salahlaku Gani Patail,” tulis Mat Zain dalam akuan bersumpahnya.

KeadilanDaily

Anwar Ibrahim mahu fail aduan disiplin Shafee



Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memfailkan aduan kepada Lembaga Disiplin Majlis Peguam berhubung dakwaan salah laku peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai peguam cara.

Berdasarkan SD (akuan berkanun) Datuk Mat Zain Ibrahim, ada percanggahan kepentingan dan salah guna tugas berdasarkan peraturan majlis peguam.

 "Saya akan kemukakan aduan pada lembaga disiplin dalam beberapa hari akan datang," katanya kepada pemberita.

 Antara perkara itu, dakwa Anwar, kegagalan melaporkan maklumat jenayah melibatkan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, seperti didakwa dalam Mat Zain, bekas pegawai kanan polis. Abdul Gani bagaimanapun menafikan dakwaan itu.

 Malaysiakini

PKR halang kenaikan tol melalui pegangan saham Kerajaan Selangor - Anwar Ibrahim

PETALING JAYA 18 DIS: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menghalang kenaikan kadar tol di beberapa lebuhraya di Selangor melalui pegangan saham yang dimiliki Kerajaan Negeri, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 Ia berikutan Kerajaan Selangor memiliki 30 peratus pegangan saham KESAS melalui anak syarikatnya Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) manakala SPRINT dan Lebuh raya Damansara Puchong (LDP) 20 peratus melalui Kumpulan Perangsang.

Beliau sudah berbincang dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang bersetuju membawa isu itu dalam mesyuarat Exco dan arahan bakal dibuat kepada wakil Kerajaan Negeri dalam konsortium lebuh raya untuk menolak kenaikan tol.

 “Saya sudah berbincang dengan Menteri Besar dan bersetuju Kerajaan Negeri akan menggunakan pegangan sahamnya di dalam lebuhraya untuk menolak kenaikan tol yang diumumkan BN,” katanya.

 Ketua Pembangkang itu berkata demikian pada sidang media di Ibu pejabat PKR di Petaling Jaya di sini, hari ini. Kata Anwar, Abdul Khalid bersetuju Kerajaan Negeri akan mengenakan syarat lebih ketat terhadap cadangan lebuh raya baru yang mahu dibina iaitu DASH, KIDEX, SUKE dan KLORR.

 Katanya, antara syarat dikenakan ialah kebenaran pembangunan hanya diberi jika syarat keuntungan yang mengikut formula lebih adil kepada rakyat dipatuhi Kerajaan Pusat dan pemegang konsesi.

Beliau berkata, pemegang tanah dan urusan pentadbiran tanah hanya dibenarkan jika syarat bersabit kadar tol yang adil kepada rakyat dan kebertanggungjawaban pemegang konsesi kepada rakyat Selangor dipatuhi. “Ini sebahagian tindakan yang boleh diambil Kerajaan Selangor untuk membendung kenaikan tol.

 tol naikSebenarnya, kuasa yang ada di peringkat Kerajaan Pusat jauh lebih besar dan sudah tentu boleh sahaja menghentikan kenaikan tol jika ada kemahuan dan keikhlasan,”katanya lagi.

 Menyangkal dakwaan menteri konon kenaikan tol tidak dapat dielak, Anwar berkata Kerajaan Pusat ada pegangan saham besar dalam konsortium pemegang konsesi lebuh raya, sekali gus boleh menggunakannya untuk melindungi kepentingan rakyat.

“Kerajaan Negeri pula ada kuasa memastikan kebenaran merancang, pengambilalihan tanah, jajahan dan lain-lain tertakluk kepada syarat tertentu yang ditetapkan sebelum lebuh raya dibina,” katanya. Oleh sebab itu, Anwar n kerana ia termaktub di dalam perjanjian yang dimenterai.

 “Saya juga menolak alasan yang diberikan BN bahawa kerajaan tidak berkuasa untuk membendung kenaikan tol,”katanya lagi. -EZY

 Selangorkini

Rabu, Disember 18, 2013

Shafee bohong dalam afidavitnya - Anwar Ibrahim

 
Anwar: Shafee bohong dalam afidavitnya

Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang berhadapan rayuan terhadap pembebasannya daripada kes Liwat II dan sedang memohon menggugurkan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pendakwaan, mengemukakan ketidakselarasan dalam afidavit balas peguam kanan itu.

Ketua umum PKR dan anggota Parlimen Permatang Pauh itu juga mendakwa, terdapat "cita-cita" yang diketahui bahawa Shafee mahu menjadi peguam negara yang akan datang.

Anwar mendakwa afidavit Shafee bertarikh 14 Disember 2012 berkata, fakta bahawa Shafee mahu menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail itu diketahui ramai di kalangan pengamal undang-undang dan pegawai polis.

"Ini menjelaskan kenapa Shafee kritikal kepada Gani, seperti dinyatakan dalam akuan berkanun (SD) (bekas ketua CID Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrhaim)," katanya dalam afidavit balas.

Malaysiakini

KENYATAAN MEDIA TERKINI!! DS ANWAR IBRAHIM

KENYATAAN MEDIA

ALIRAN WANG HARAM TIADA KAITAN DENGAN GST

Laporan Global Financial Integrity (GFI) mengenai jumlah aliran wang haram keluar dari Malaysia yang menduduki tangga keempat tertinggi di dunia sebaiknya dipandang serius. Sikap yang mempersoalkan angka-angka dan lebih cenderong bersembunyi di belakang statistik tidak akan membantu Malaysia mengatasi masalah ini pada kala kedudukan kewangan negara semakin rapuh.

Kenyataan rasmi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Dato’ Paul Low yang meremehkan unsur rasuah dan kegiatan haram yang menyumbang kepada aliran wang haram itu membayangkan sikap Barisan Nasional. Tidak kiralah sama ada komponen rasuah itu hanya 20% atau 50% dari jumlah aliran wang haram, jumlahnya adalah berpuluh bilion ringgit setiap tahun dan mempunyai kesan besar kepada ekonomi negara.

Terbaru, Barisan Nasional memberi alasan bahawa pelaksanaan GST akan membantu mengurangkan aliran wang haram dengan mengurangkan masalah “trade mispricing”.

Saya ingin menegaskan bahawa GST tidak mempunyai pengaruh yang besar terhadap masalah aliran wang haram, apatah lagi yang berhubung dengan jualan eksport ke luar negara. GST ke atas eksport adalah pada kadar sifar (zero rated supply) dan tidak mempunyai kesan pun ke atas harga barangan eksport.

Masalah “trade mispricing” selalunya diuruskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri melalui audit percukaian kerana ia bersabit dengan cubaan mengelak cukai dengan mengenakan transfer pricing yang tidak adil.

Alasan yang menggunakan masalah aliran wang haram ini untuk mengiyakan pelaksanaan GST menunjukkan bagaimana Barisan Nasional cuba mengelirukan rakyat yang rata-rata masih kurang memahami GST. Ia juga bermakna Barisan Nasional tidak ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam menyelesaikan masalah aliran wang haram.

Oleh itu, saya percaya KEADILAN dan Pakatan Rakyat perlu mempertingkatkan lagi usaha untuk mendidik rakyat mengenai kesan pelaksanaan GST terutamanya dalam keadaan harga barang dan perkhidmatan utama dinaikkan berturut-turut.

Saya dan pimpinan kanan Pakatan Rakyat termasuk Dato’ Seri Hadi Awang dan Saudara Lim Kit Siang akan melancarkan kempen anti GST yang bertemakan #fahamGSTtolakGSTdi Kelab Sultan Sulaiman pada 20 Disember 2013 (Jumaat ini) bermula jam 830 malam. Kempen ini kemudian akan dibawa ke negeri-negeri di seluruh negara dan fasa pertama yang melibatkan penerangan mengenai GST dijangka tamat menjelang Mac 2014.

Selain itu, pimpinan-pimpinan KEADILAN telah diarahkan untuk mengendalikan taklimat mengenai GST di kawasan masing-masing. Malam ini, satu taklimat #fahamGSTtolakGST akan diadakan di Auditorium MPAJ jam 830 malam yang memberikan kursus GST percuma kepada orang ramai.

Saya percaya pelaksanaan GST pada tahun 2015 masih boleh dihentikan sekiranya rakyat sehaluan bersama-sama menentangnya.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Umum

18 DISEMBER2013

Panas!!! Serangan terhadap Mat Sabu, petrol Malaysia terjejas di Iraq?

mat-sabu-sept12KUALA LUMPUR 18 DIS: Sumber yang rapat dengan kerajaan mendedahkan kepada Keadilandaily bahawa perusahaan carigali minyak oleh syarikat-syarikat Malaysia di negara Timur Tengah terjejas teruk kerana isu Syiah yang dicanang kerajaan Malaysia.

Sumber tersebut menambah, kerajaan Iraq menjadi tidak selesa dengan tindakan Malaysia terutama apabila ada usaha untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang dituduh berfahaman Syiah.

Ini dijangka akan menjejaskan hubungan dua hala dan perniagaan di antara Malaysia dan Iraq yang merupakan antara rakan dagangan penting Malaysia.

Iraq memiliki kira-kira 60 peratus penduduknya yang berfahaman Syiah, bahkan pernah melantik perdana menterinya, Ibrahim Al Jaafari yang juga menganut ajaran itu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini membuat serangan peribadi ke atas Mat Sabu dengan mendakwa Timbalan Presiden Pas itu mengamalkan fahaman Syiah.

Bagaimanapun, Mat Sabu menafikan perkara sekeras-kerasnya, sebaliknya mengakui beliau hanya mengagumi ketokohan pemimpin Iran, Ayatollah Khomeini. Petronas menghentikan import minyak dari Iran sejak 2012, atas sekatan Amerika Syarikat.

iraq_oilBaru-baru ini, Petronas mengumumkan perolehan pertamanya daripada lapangan minyak Garraf yang terletak di wilayah Thi Qar di selatan Iraq. Petronas Carigali Iraq ialah pengendali lapangan minyak Garraf.

Manakala rakan kongsinya ialah Japan Petroleum Exploration Co Ltd dan North Oil Company, syarikat milik negara itu. Petronas Carigali juga dilapor berminat dalam lapangan minyak Halfaya Iraq yang dikendalikan PetroChina serta lapangan minyak Majnoon dan Badra.

KeadilanDaily

“Najib, mana akujanji BN turunkan kadar tol lepas PRU-13?

KUALA LUMPUR 17 DIS: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terang-terangan menipu rakyat Malaysia apabia menaikkan kadar tol, berlawanan dengan akujanji kempen pilihan raya umum ke-13 Barisan Nasional.

janji_dicapatiAntara manifesto BN di bawah tajuk Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar ialah ‘mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat’.

“Ini merupakan pembohongan yang bertaraf lima bintang, kerana dilakukan orang yang berkedudukan tinggi dalam negara ini,” kata pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail.

14 Disember lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar mengesahkan kadar tol dinaikkan pada tahun hadapan.

Lima belas lebuh raya kebanyakannya sekitar Kuala Lumpur, akan menaikkan kadar tol antara 50 sen hingga RM2 bermula 1 Januari 2014.

Justeru kata Azan (gambar), kenaikan ini telah menjadi merupakan tradisi dan kebiasaan kerajaan Umno-BN.
azan“Setiap kali selepas pilihan raya kita akan lihat kenaikan harga barangan dan perkhidmatan di Malaysia seolah-olah satu tradisi.

“Bagi Umno pilihan raya bukanlah satu mandat yang diperoleh daripada rakyat. Tetapi mereka melihat pilihan raya merupakan satu peringkat untuk menyusun dan merangka semula kenaikan harga barang ke peringkat seterusnya,
“Mereka seolah-olah berpuasa sebelum pilihan raya. Selepas menang pilihan raya mereka beraya dan meraikan kemenangan.

“Ketika itu rakyat dilupakan. Budaya begini berterusan untuk pilihan raya akan datang jika Umno terus memerintah,” katanya.

KeadilanDaily

Isnin, Disember 16, 2013

Anwar ingatkan Jakim jangan jadi boneka





SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) supaya tidak membenarkan agensi itu dijadikan boneka untuk menjatuhkan musuh politik Barisan Nasional (BN). Kata Anwar, jika kerajaan mempunyai cukup bukti untuk mengaitkan Mohamad Sabu dengan fahaman Syiah, maka pendakwaan sepatutnya terus dilakukan. Mohamad atau Mat Sabu ujarnya perlu diberi ruang untuk membela diri di atas tuduhan yang dilemparkan ke atasnya.

“…sekiranya kerajaan sudah cukup mempunyai bukti maka teruskan pendakwaan dan jangan hanya retorik semata-mata. "Dalam perundangan Islam pun sudah termaktub yang menuduh harus kemukakan bukti kemudian barulah dituduh membela diri. "Jadi biarlah beliau diberi ruang dan peluang," kata Anwar kepada media selepas melancarkan buku "Spirit of Merdeka" di Hotel Empire, Subang Jaya semalam.

 Susulan dari pendedahan 10 bukti Kementerian Dalam Negeri (KDN) Mat Sabu terlibat dengan fahaman Syiah, Jakim pula tampil memberi kenyataan untuk menggesa pemimpin Pas itu mengemukakan bukti. "Saya ingin bertanya kepada pegawai Jakim adakah beliau mengikut arahan dari Naib Presiden Umno atau berdasarkan undang-undang Islam?" soal Anwar merujuk kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

 "Kerana sebelum ini ada kes yang saya bawa di Mahkamah Syariah, Jakim tidak pernah menolong, Jakim perlu tetapkan pendirian dulu," katanya. Anwar turut mengatakan beliau pernah melawat Ayatollah Ruhullah Musawi al-Khomeini pada awal tahun 1980 di atas kapasitinya selaku Pengerusi Angkatan Belia Islam Malaysia.

 "Saya merupakan rombongan kedua ke Tehran selepas Revolusi di Iran untuk bertemu dengan Khomeini. "Adakah ini juga bermaksud saya turut mengamalkan fahaman Syiah? Saya pergi pada tahun 1980 kerana diundang dan semasa saya menjadi Timbalan Perdana Menteri tiada orang dakwa saya pula?" katanya.

 Sinar harian

Sabtu, Disember 14, 2013

Hanif Omar perlu risaukan isu rasuah, kos sara hidup - Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

KUALA LUMPUR 14 DIS: Kenyataan Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar bahawa ada komplot untuk menghancurkan negara, disifatkan usaha menutup masalah sebenar seperti rasuah dan kenaikan kos sara hidup, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Menurutnya, Hanif sepatutnya bimbang dengan nasib rakyat yang dihimpit kenaikan harga barangan dan bukannya mengeluarkan kenyataan membodek kerajaan ataupun Sultan.

Pada masa ini, katanya, harga rumah, kos bahan api dan barang keperluan harian mengalami kenaikan dan membebankan rakyat, berbanding pendapatan mereka yang tidak berganjak.

“40% isi rumah di negara ini mempunyai pendapatan bawah RM3000 sebulan. Isu ini yang patut beliau bangkitkan. Bukan cuba momokkan rakyat dengan mengeluarkan kenyataan yang tidak relevan,” katanya ketika dihubungi.

Saifuddin berkata, isu hak istimewa Bumiputera, kedudukan raja-raja Melayu dan kesucian agama Islam tidak pernah dipersoalkan Pakatan Rakyat. Sebaliknya, pimpinan PR sendiri komited mempertahankan perkara itu seperti ditegaskan dalam perlembagaan.

“Semasa konvesyen PR di Shah Alam pada 19 Disember 2009, pimpinan tertinggi PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang telah menandatangani deklarasi yang mempertahankan perkara-perkara asas ini sebagai komitmen mereka memeliharanya dalam Perlembagaan Malaysia,” ujarnya.

Dalam pada itu, ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menganggap Hanif menjatuhkan kedudukannya sebagai bekas Ketua Polis Negara dengan menjadikan dirinya seperti ‘lembu dicucuk hidung’ oleh kerajaan.

“Kerajaan telah membuat penyelewengan terhadap hak istimewa Bumiputera. Mereka ‘putera’kan kroni dan mem’bumi’kan kaum Melayu dan Bumiputera,” katanya.
Tambahnya, Hanif patut menyalahkan kerajaan yang gagal dalam menjalankan fungsi sehingga munculnya rakyat negara ini yang mengaku diri sebagai tuhan seperti yang didakwanya.

KeadilanDaily

Jumaat, Disember 13, 2013

Kerajaan Selangor anjur solat hajat mohon penstrukturan air segera selesai

SHAH ALAM 13 DIS : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyertai majlis solat hajat dan bacaan yassin bagi memohon isu penstrukturan air Selangor dapat segera diselesaikan di Masjid Negeri, Shah Alam, malam tadi.

Kira-kira 200 jemaah hadir ke majlis berkenaan yang diketuai oleh Imam Besar Masjid Negeri, Ahmad Mustafa Mohd Sidin.

2Hadir sama, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad; Exco Agama, Permodenan Pertanian Dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi dan Exco Sukan, Dr Yunus Hairi.

Majlis terbabit dimulakan dengan acara solat Maghrib secara berjemaah diikuti dengan solat hajat, bacaan yassin dan solat Isyak.

Sebelum ini, Abdul Khalid komited menyelesaikan isu penstrukturan air di negeri itu dengan menawarkan RM9.65 bilion kepada empat syarikat konsesi

Empat syarikat konsesi terbabit dalah Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd, Konsortium Abbas Sdn Bhd, Puncak Niaga Sdn Bhd dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd yang meliputi industri air di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.\
-NFN-

SelangorKini

Khamis, Disember 12, 2013

Mat Zain: Shafee tak sebut dokumen kait AG


Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datu Mat Zain Ibrahim mempersoalkan tindakan Tan Sri Shafee Abdullah kerana tidak membangkitkan mengenai bungkusan dokumen yang diserahkan kepada peguam kanan itu pada 24 September lalu.

Katanya, Shafee perlu menjelaskan berhubung dokumen berkenaan, yang tidak disebut dalam afidavit peguam berkenaan di mahkamah semalam.

Mat Zain dalam kenyataannya hari ini mendakwa, bahan yang diserahkannya itu adalah bukti paling penting yang boleh membuktikan dakwaan bahawa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail terlibat dalam pemalsuan bukti dalam siasatan kes mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Shafee perlu menjelaskan kepada mahkamah sebab beliau menyembunyikan satu fakta penting bahawa beliau mengakui menerima satu bungkusan dokumen daripada saya pada 24 September, dua minggu sebelum SD (pengakuan berkanunnya) diperakui dan apa yang boleh dibuktikan oleh dokumen tersebut,” kata Mat Zain.

Beliau berpendapat, Shafee telah melanggar Kanun Keseksaan dan juga Akta Profesyen Guaman kerana tidak memaklumkan perkara itu kepada mahkamah.

“Shafee sepatutnya tahu bahawa dengan pelantikannya untuk mengetuai pendakwaa beliau dianggap sebagai 'penjawat awam' dan terikat dengan takrif 'penjawat awam' bawah Kanun Keseksaan, yang antara lainnya menetapkan beliau untuk memberi maklumat mengenai kesalahan.

“Sebagai seorang peguamcara beliau terikat dengan Akta Profesyen Guaman ketika bertindak sebagai pendakwa, beliau tidak boleh menyekat bahan yang boleh mewujudkan (fakta) bahawa seseorang tertuduh tidak bersalah.

“Beliau sepatutnya melihat kembali bungkusan dokumen yang disahkan telah diterimanya pada 24 September lalu,” kata Mat Zain lagi.

Shafee semalam mengemukakan afidavit ke Mahkamah Rayuan susulan permohonan Anwar untuk menyingkirkannya dari mengetuai pihak pendakwaan dalam rayuan berhubung pembebasan ketua pembangkang itu dari pertuduhan kes Liwat II.

Malaysiakini

Masyarakat Islam perlu reformasi pendidikan & pembaharuan intelektual - Anwar Ibrahim


WASHINGTON, AS 11 DIS: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, masyarakat Islam di seluruh dunia perlu maju dan menyesuaikan diri dengan cabaran globalisasi melalui reformasi pendidikan tinggi dan pembaharuan intelektual.

 Anwar IbrahimMenurut Anwar, reformasi pendidikan tinggi dalam masyarakat Islam perlu berkembang daripada bentuk tradisional tanpa meninggalkan tradisi kajian keilmuan Al-Quran dan Hadis. Namun, beliau menyatakan kebimbangan apabila keperluan mendemokrasikan akses pendidikan masih menjadi masalah yang berpanjangan di negara-negara Islam.

 "Krisis pendidikan tinggi dalam masyarakat Islam boleh dimanifestasikan dalam pelbagai cara. Salah satu ialah kurangnya memberi tumpuan kepada pembangunan sosio-ekonomi," kata Anwar. Beliau berkata demikian pada ucaptama di Simposium 'Reformasi Pengajian Tinggi dalam Masyarakat Islam' yang dianjurkan Institut Pemikiran Islam Antarabangsa (IIIT) di Woodrow Wilson International Center for Scholars, Washington, AS.

 Dalam pada itu Anwar berkata, antara punca krisis tersebut ialah pemilihan sumber, kandungan, kualiti, kewangan serta isu-isu tadbir urus. "Di saat masyarakat lain telah mengubah sistem mereka, negara-negara Islam pula masih bergelut dengan cabaran mengintegrasikannya dalam pendidikan moden," ujarnya.

Anwar di Wilson Center, Washington DC dalam program 'Reform of Higher Education in Muslim Societies'. Anwar di Wilson Center, Washington DC dalam program 'Reform of Higher Education in Muslim Societies'.[/caption] Tambah beliau, masyarakat Islam tidak perlu alergik dengan barat, bahkan mengambil manfaat dari keilmuan dan sistem pendidikan peradaban itu untuk membangunkan ummah.

 "Terdapat persepsi umum dalam wacana beberapa ulama Islam bahawa falsafah dan pendidikan Barat adalah sekular dan bertentangan dengan etika dan moral. "Pada pendapat saya, ini tidak berasas," kata Anwar.

 Justeru Anwar menegaskan, masyarakat Islam terutamanya kelompok intelektual dan golongan pendidik perlu bersedia memenuhi keperluan masyarakat Islam kontemporari yang berdepan tekanan globalisasi.

 KeadilanDaily

Rabu, Disember 11, 2013

Permohonan Anwar ketepikan Shafee ketuai pendakwa ditangguh

PUTRAJAYA:  Mahkamah Rayuan di sini menangguhkan kepada 19 Dis untuk mendengar permohonan kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetepikan peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai pendakwa utama dalam rayuan pihak pembela terhadap pembebasan pemimpin pembangkang itu daripada tuduhan meliwat.
              
Hakim Aziah Ali, yang mempengerusikan panel tiga anggota, hari ini menetapkan tarikh itu setelah meluluskan permohonan peguam Tommy Thomas, yang mewakili Anwar, agar pihaknya diberi lebih banyak masa untuk menjawab affidavit Muhammad Shafee yang diterimanya pagi ini.
              
Sementara itu, pendengaran rayuan pendakwa terhadap pembebasan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, yang dijadual berlangsung hari ini, juga ditangguhkan apabila peguam Karpal Singh, yang mewakili Anwar dalam kes itu, dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sejak Sabtu lepas (7 Dis) kerana jangkitan paru-paru.

Aziah juga menetapkan 19 Dis sebagai tarikh pengurusan kes berhubung rayuan pendakwa.

Mahkamah juga meminta Anwar hadir di mahkamah pada pendengaran akan datang. Anwar tidak hadir pada pendengaran hari ini kerana menghadiri seminar di Washington, Amerika.

Panel itu turut dianggotai Hakim Datuk Rohana Yusuf dan Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh.
              
Pada 6 Dis, Anwar, 66, memfailkan permohonan kedua untuk mengetepikan Muhammad Shafee daripada pasukan pendakwa. Kali ini, beliau menggunakan maklumat yang terkandung di dalam perisytiharan berkanun bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Mat Zain Ibrahim sebagai asas untuk memfailkan permohonan baharu bagi mengetepikan Muhammad Shafee.
              
Permohonan pertama beliau ditolak Mahkamah Rayuan pada 17 Sept tahun ini dan rayuannya kepada Mahkamah Persekutuan juga ditolak.
              
Permohonan pertama Anwar untuk mengetepikan Muhammed Shafee adalah berdasarkan kesahan pelantikan beliau dan atas alasan wujud percanggahan kepentingan kerana beliau (Muhammad Shafee) dikatakan menjadi saksi penting dalam perbicaraan kes liwat melibatkan Anwar.
              
Pada 9 Jan tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan dan melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di sebuah unit Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Pendakwa mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan terhadap pembebasan Anwar itu.

Dalam prosiding hari ini, Thomas memohon diberi lebih banyak masa untuk memfailkan afidavit balas mereka, manakala Muhammad Shafee mahu kes itu dibicarakan secepat mungkin dan membayangkan kepada mahkamah kesediaan beliau membatalkan percutian agar kes itu dapat didengar.
              
Aziah berkata mahkamah tidak memiliki salinan afidavit Muhammad Shafee.
              
Setelah prosiding berakhir, peguam yang mewakili Anwar dan pendakwa dilihat memasuki kamar hakim.
              
Sementara itu, Ram Karpal Singh, seorang lagi peguam yang mewakili Anwar, memberitahu pemberita bahawa Anwar menghantar sepucuk surat kepada mahkamah untuk memohon prosiding hari ini ditangguhkan kerana beliau perlu menghadiri seminar di Amerika.
              
Dalam afidavit membantah permohonan Anwar untuk mengetepikan beliau, Muhammad Shafee berkata Anwar membuat cubaan secara sengaja, sedar dan tekal untuk mengetepikannya daripada menjadi pendakwa dalam kes itu dengan menumpukan permohonannya kepada alasan remeh serta menyusahkan dan tindakan ini merupakan perbuatan menyalahgunakan proses mahkamah kerana ia dicipta untuk menyebabkan berlakunya kelewatan maksimum dan penangguhan yang tidak mempunyai merit.
              
Dalam afidavit itu, Muhammad Shafee menafikan beliau memberi komen berkaitan dakwaaan salah laku Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung kekalahan Malaysia dalam perbicaraan kes Batu Puteh kepada Singapura.

HarakahDaily

Pecah!!! Shafee dakwa Singapura beri layanan istimewa pada Gani Patail – SD Mat Zain

KUALA LUMPUR 11 DIS: Peguam Umno, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendakwa Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail mendapat layanan lebih istimewa berbanding layanan yang diberikan Singapura kepada seorang Menteri yang melawat negara itu.

Malah Shafee juga mendakwa Gani pernah diberi layanan cukup istimewa apabila dijemput terus dari ‘tarmac’ ketika beliau sampai dengan penerbangan ke negara jiran itu.

Perkara tersebut dinyatakan dalam akuan bersumpah bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim yang menceritakan butiran perbincangan diantara beliau, Shafee dan Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Ramli Yusuff dalam pertemuan mereka di pejabat Shafee.

Semasa pertemuan diantara mereka, Shafee juga mendakwa Gani Patail yang mengetuai pasukan undang-undang bagi delegasi Malaysia dalam pendengaran kes pertikaian hak terhadap Pulau Batu Putih diantara Malaysia dan Singapura melakukan pengkhianatan yang menurutnya menimbulkan kemarahan bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir.

gani_madey_shafeeGani didakwa dengan sengaja tidak mengemukakan keterangan penting dalam perbicaraan Pulau Batu Putih di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada tahun 2007.

Tindakan tersebut akhirnya menjadi punca pulau yang jaraknya hanya 7.7 batu nautikal dari Johor menjadi milik Singapura.

Shafee semasa pertemuan tersebut juga menjelaskan kepada Mat Zain bahawa satu jumlah wang yang sangat besar dipindahkan ke dalam akaun bank Gani di Hong Kong.

KeadilanDaily

harga tol naik: BN tambah bebanan rakyat

SHAH ALAM 10 DIS : Kerajaan pusat diingatkan tidak sesuka hati menaikkan kadar tol selepas kenaikan beberapa harga barang dan perkhidmatan yang berlaku dalam tempoh singkat.

Ketua Biro Pelaburan dan Perdagangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Wong Chen, berkata jika benar kerajaan pusat berhasrat menaikkan kadar tol, mereka diminta untuk mendedahkan terma perjanjian konsesi kepada umum dan jangan menggunakan alasan tidak masuk akal.

Wong ChenKatanya, pakar ekonomi dan rakyat dapat menilai kewajaran tindakan kerajaan itu dengan adanya pendedahan perjanjian konsesi daripada pihak terbabit.

“Jika benar telus, dedahkan berapa kos pembinaan sesuatu lebuh raya dan jumlah kutipan yang dibuat sepanjang ia beroperasi.

naik tol“Jangan mudah bebankan rakyat tetapi syarikat kroni kenyang dengan hasil yang dikaut berlipat ganda sejak bertahun lamanya,” kata Wong Chen.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kelana Jaya dihubungi Selangorkini bagi mengulas desas-desus bahawa kadar tol di beberapa lebuh raya sekitar Lembah Klang akan dinaikkan pada tahun hadapan.

Dakwaan itu mula timbul ekoran kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof bahawa kerajaan pusat akan membuat keputusan sama ada kadar tol akan kekal atau dinaikkan, pada awal Januari ini.

Fadillah berkata, kerajaan pusat dapat menjimatkan sehingga RM 400 juta setahun jika bayaran pampasan kepada syarikat konsesi dihentikan.

gobind0408Sementara itu, Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh, menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tampil memberi jaminan bahawa tidak akan berlaku kenaikan harga tol seperti yang dijanjikan Barisan Nasional (BN) sebelum ini, terutama ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu.

“Kerajaan juga berkali-kali menjawab kepada saya di Parlimen bahawa mereka sentiasa mencari jalan untuk mengurangkan kadar tol dan kesesakan trafik di lebuh raya sekitar Lembah Klang.

“Adalah tidak masuk akal untuk tol dinaikkan sedangkan kenderaan yang menggunakan lebuh raya semakin hari meningkat, bermakna banyak juga kutipan tol yang dikaut syarikat konsesi. Jadi, kerajaan perlu menjelaskan perkara ini dan bukannya menaikkan kadar tol,” katanya.

-NFN-

Selangorkini

Selasa, Disember 10, 2013

Panas!!! Najib salahkan media, terus paksa rakyat terima GST

KUALA LUMPUR 10 DIS: Penafian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa kenyataannya disalah lapor media hanya alasan meneruskan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

the_star_lapor“Mustahil akhbar yang dikawal Barisan Nasional (BN) akan mengeluarkan kenyataan sedemikian jika tidak benar,” kata ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen kepada Keadilandaily.

“Jika benar akhbar itu tersalah petik kenyataan, ambil tindakan terhadapnya,” katanya.

Pada 25 November akhbar The Star bertajuk ‘Najib: It’s either GST or facing bancruptcy’ memetik Najib sebagai berkata, Malaysia perlu melaksana GST jika mahu Malaysia menjauhi risiko muflis seperti negara Greece jika terus meminjam wang.

Pada hari yang sama Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan sewaktu sidang Dewan Rakyat pula berkata, kedudukan kewangan negara masih stabil.

Najib dalam satu majlis di Putrajaya semalam menafikan kenyataannya yang mengatakan negara akan muflis jika GST tidak dilaksanakan.

Sebaliknya, dia mengatakan Malaysia berisiko menjadi seperti Greece jika negara terus berbelanja tanpa mengambil kira jumlah pendapatan yang dipungut.

Wong_Chen“Jika benar negara tidak akan muflis, tak payah laksanakan GST. Kedudukan kewangan negara bukan bergantung kepada GST, sebaliknya cara kewangan negara diuruskan,” ujar Wong Chen (gambar).

Mengikut anggaran Malaysia akan memungut tambahan pendapatan sebanyak RM26 bilion setahun apabila GST dilaksanakan.

“Apabila GST dilaksanakan, Najib dan BN akan dapat lebih banyak duit untuk belanja.

Duit yang banyak ini akan membuatkan mereka terus boros tanpa mengurangkan hutang negara. Rakyat pula terpaksa menanggung beban,” katanya

KeadilanDaily

Panas!!! Mat Zain: Najib tahu Gani Patail palsukan keterangan

KUALA LUMPUR 10 DIS: Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim dalam akuan bersumpahnya (SD) mendedahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tahu peranan dimainkan Peguam Negara, Tan Seri Abdul Gani Patail dalam pemalsuan keterangan insiden mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim.

MAT_ZAINMat Zain dalam akuan bersumpahnya menyatakan beliau telah bertemu Najib selama setengah jam yang ketika itu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya pada bulan Oktober 2008.

Menurut SD Mat Zain, pertemuan tersebut diatur oleh seorang ahli perniagaan yang mempunyai hubungan akrab dengan Najib dan beberapa pemimpin tertinggi Umno yang lain.

Mat Zain (gambar) mengesahkan kepada Najib bahawa kejadian pemalsuan keterangan laporan perubatan yang diadukan oleh Anwar memang benar berlaku dan terdapat dokumen- dokumen untuk membuktikan dakwaan Anwar.

Tambahnya, dalam pertemuan tersebut beliau mengesahkan kepada Najib bahawa wujud komplot diantara Gani serta dua individu lain bagi melakukan pemalsuan tiga laporan perubatan berkaitan kecederaan mata lebam Anwar.

Lebih mengejutkan, di dalam akuan tersebut Mat Zain mendedahkan dalam pertemuan tersebut Najib sendiri membuat beberapa komen menunjukkannya seolah-olah tahu apa yang berlaku dan peranan dimainkan Gani Patail.

Mat Zain sebelum ini menyatakan, kerajaan gagal bertindak berdasarkan akaun bersumpah bertarikh 7 Oktober 2013 yang dibuatnya.

keadilanDaily

Isnin, Disember 09, 2013

Anwar paling layak diumpamakan seperti Mandela

Naib presiden PKR N Surendran berkata tokoh Malaysia yang paling layak diumpamakan seperti tokoh anti perkauman Nelson Mandela adalah ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, Anwar merupakan pemimpin Melayu pertama yang memecahkan tembok perkauman dan membentuk kerjasama politik antara kaum.

NONE"Buat kali pertama, kita mendapat ahli politik Melayu dengan kewibawaan kebangsaan dalam diri Anwar, yang berulang kali menyatakan 'jangan lihat warna kulit rakyat, tapi lihat keperluan mereka',” katanya.

Bercakap kepada Malaysiakini, MP Padang Serai itu berkata ia menjadi intipati mesej Anwar sejah bertahun-tahun lamanya.

Surendran berkata, mesej berkenaan berjaya memecahkan cengkaman kaum Umno dan BN.

"Dalam konteks ini, perjuangan Anwar selari dengan perjuangan Nelson Mandela untuk menghentikan politik perkauman,” katanya.

Tambahnya, Anwar juga berulang kali menyebut bahawa Pakatan Rakyat tidak akan memburu pemimpin BN selepas berjaya membentuk kerajaan persekutuan.

"Akan ada suruhanjaya kebenaran dan perdamaian seperti di Afrika Selatan. Perjuangan ini bukanlah mengenai balas dendam tetapi untuk menyelamatkan negara,” katanya.

Katanya, seperti juga Mandela, Anwar turut dikurung atas tuduhan yang diada-adakan dalam konspirasi politik untuk menamatkan karier politiknya.

Kerajaan bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

Malaysiakini

PERUTUSAN HARI ANTI-RASUAH SEDUNIA - ANWAR IBRAHIM

KENYATAAN MEDIA 9 DISEMBER 2013

PERUTUSAN HARI ANTI-RASUAH SEDUNIA

 9 Disember adalah hari Anti-Rasuah Sedunia yang diilhamkan oleh Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu hasil dari resolusi 58/4 bertajuk “United Nations Convention against Corruption”.

 Hari ini diraikan dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran awam akan bahaya korupsi dan rasuah serta keperluan akan suatu usahasama antarabangsa bagi menangani bersama permasalahan ini.

Korupsi dan langkah pembanterasan rasuah pada mana-mana peringkat dan kadar, perlu ditangani oleh semua lapisan masyarakat, bangsa dan agama. Kesedaran harus wujud agar mana-mana bakal penerima dan pemberi rasuah boleh terus dihapuskan.

Korupsi dan rasuah yang berkekalan akan mambantutkan pembangunan sosial, melebarkan kesenjangan pendapatan dan menambahkan bebanan kewangan pada rakyat terbanyak. Korupsi dan rasuah yang membarah di Malaysia telah menyebabkan pelbagai ketirisan dan pembaziran dalam kewangan kerajaan seperti yang dibangkitkan sendiri pihak kerajaan di dalam Laporan Tahunan Ketua Audit Negara.

Hasil ketirisan ini telah mengurangkan pendapatan negara yang akhirnya menyebabkan pertambahan bebanan hidup rakyat melalui pengurangan subsidi bahan keperluan asas seperti gula, elektrik, petrol dan pertambahan cukai kepada rakyat seperti cukai GST yang bakal dilaksanakan kelak.

Kerajaan perlu melipatgandakan usaha-usaha membanteras korupsi dan rasuah pada mana-mana peringkat dalam mana-mana bentuk. Ini memandangkan Malaysia hanya mampu mencapai tangga ke-53 daripada 177 negara dalam Index Persepsi Rasuah Dunia 2013 (World Corruption Index) berbanding Singapura pada tangga ke-5 dan Brunei pada tangga ke-38.

Terbukti permasalahan korupsi dan rasuah dilihat semakin berterusan walaupun setelah berbagai program transformasi politik dan ekonomi dipergiatkan. Jelas, tiada tekad politik dan kesungguhan dari pihak kerajaan untuk memerangi gejala korupsi dan rasuah secara habis-habisan.

 Pada hari Anti-Rasuah sedunia ini, marilah kita sama-sama melipatgandakan usaha membanteras korupsi dan rasuah yang seharusnya bermula dengan menambahkan kesedaran individu serta masyarakat awam akan bahaya korupsi dan rasuah berterusan melalui pendedahan isu-isu semasa yang berkaitan.

Pimpinan negara perlu menjamin tatakelola yang baik dengan tekad tegas membanteras rasuah.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat

PKR: Ketua menteri Melaka 'angkuh'

Ketua Angkatan Muda PKR (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata kenyataan Datuk Idris Haron berhubung kesediaan untuk memaafkan pengundi Cina kerana tidak menyokong BN menunjukkan sikap angkuh ketua menteri Melaka itu.

Shamsul berkata, kenyataan Idris itu menunjukkan bahawa BN sememangnya menyalahkan pengundi Cina atas prestasi mereka yang merosot dalam pilihan raya umum lalu.

“Kenyataan Idris ini jelas menunjukkan beliau setuju bahawa masyarakat Cina wajar dipersalahkan atas kegagalan BN mendapatkan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata tempoh pentadbiran BN yang lama memberi gambaran bahawa ia tidak dapat dikalahkan sehingga menghasilkan “pemimpin angkuh” seperti Idris.

MP tersebut yang merampas kerusi Bukit Katil dari penyandangnya, bekas ketua menteri Datuk Seri Ali Rustam berkata, Pakatan Rakyat berjaya meraih 52 peratus dari undi popular yang terdiri dari masyarakat pelbagai kaum.

Beliau mengulas kenyataan Idris pada Jumaat lalu yang menyebut bahawa beliau sedia memaafkan pengundi Cina walaupun golongan itu tidak menyokong BN.

Malaysiakini
      

Ahad, Disember 08, 2013

Anwar sifatkan Mandela sebagai simbol pembebasan

KUALA LUMPUR 7 DIS: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Nelson Mandela sebagai pemimpin hebat pada era ini dan kematiannya suatu kehilangan besar bagi masyarakat dunia.

“Ikon kebebasan yang hebat, Nelson Mandela kini bersemadi selamanya, meninggalkan warisan bukan sahaja untuk Afrika tetapi untuk seluruh dunia dan generasi akan datang,” kata Ketua Umum KEADILAN itu dipetik Keadilan Daily, hari ini.

Anwar-mandela
Mandela, bekas presiden kulit hitam pertama Afrika Selatan dan pejuang kebebasan anti Aparteid meninggal dunia di kediamannya di Johannesburg pada Khamis selepas menderita jangkitan paru-paru sejak sekian lama.

Perjuangan Mandela menentang dasar aparteid iaitu undang-undang yang membezakan antara masyarakat kulit putih dan hitam di Afrika Selatan bermula pada 1948 hingga 1991.

Menerusi Liga Pemuda Kongres Kebangsaan Afrika (ANC Youth League) yang dibentuk pada 1941, beliau menjelajah seluruh Afrika bagi meniup semangat menentang dasar Aparteid yang zalim.

Parti ANC kemudian diharamkan selepas pemberontakan di Sharpeville pada tahun 1960, dan Mandela ditangkap serta dipenjarakan pada tahun 1961.

Beliau menghabiskan satu pertiga daripada hayatnya dengan menjalani hukuman penjara selama 27 tahun ketika pemerintahan rejim Aparteid.

Selepas menolak beberapa tawaran bersyarat rejim Afrika Selatan, Mandela yang dikenali dengan gelaran ‘Madiba’ akhirnya dibebaskan pada 11 Februari 1990.

Akibat tentangan hebat ANC dan tekanan antarabangsa, pengharaman parti ANC berakhir.

Pada 10 Mei 1994, beliau dipilih sebagai Presiden kulit hitam pertama di Afrika Selatan selepas memenangi Pilihan Raya pada tahun itu.

Selangorkini

Sabtu, Disember 07, 2013

Fitnah II: Anwar mahu gugurkan Shafee melalui SD Mat Zain

KUALA LUMPUR 7 DIS: Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat permohonan menyingkirkan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah daripada mengendalikan pendakwaan dalam kes rayuan Fitnah 2 menggunakan Akuan Bersumpah (SD) Bekas Pengarah Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim.

Menurut Ketua Pembangkang itu, Messrs Karpal Singh & Co sudah memfailkan permohonan tersebut semalam.

“Alasan bagi permohonan baru ini terkandung dalam afidavit yang saya failkan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Permohonan tersebut berdasarkan SD yang dibuat pada 7 Oktober 2013 oleh Mat Zain yang didedahkan kepada umum pada 2 Disember lalu.

Dalam SD berkenaan, kata Anwar, Shafee mengetahui tindakan Gani sengaja menyembunyikan bukti penting mengenai Pulau Batu Puteh di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 2007, menyebabkan Malaysia kehilangan pulau itu kepada Singapura.

Shafee juga memberitahu Mat Zain “Anda tidak akan percaya jika anda melihat jumlah wang tunai dipindahkan ke dalam akaun Gani di Hong Kong”.

Anwar berkata, SD Mat Zain juga memberitahu Shafee bersetuju bahawa Dr Abdul Rahman Yusof, seorang perunding forensik di Hospital Kuala Lumpur mereka keterangan dalam siasatan kes mata lebam membabitkan Ketua Umum KEADILAN itu pada 1999.

SD itu juga mendedahkan Shafee berpendapat tiga panel yang dipengerusikan Hakim Mahkamah Persekutuan, Abdul Kadir Sulaiman membebaskan Gani dan bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan dalam dakwaan menyalahgunakan sampel DNA membabitkan Anwar.

“Pendedahan mengejutkan ini mendedahkan pengetahuan Shafee berhubung pembabitan Gani dalam mereka bukti dan jenayah lain, yang melibatkan diri saya,” kata Anwar.

KeadilanDaily