TOLONG!! SILA KLIK BANNER INI..

Taip Tajuk Untuk Cari Di Blog Ini

Memuatkan ...

Rabu, Oktober 31, 2012

Pemimpin Umno Sabah Goyang!!

'Tolak royalti 20% Sabah demi kongsi kemakmuran'

Pemimpin Umno Sabah Datuk Seri Shafie Apdal berkata, tawaran royalti minyak 20 peratus kepada negeri itu yang dibuat pembangkang tidak dapat diterima walaupun menarik, demi perkongsian kemakmuran negara.

"Saya datang dari Sabah, rakyat Malaysia. Siapa yang tak mahu (royalti 20 peratus) tetapi kita sedar, (dan) tahu perkongsian mesti ada," katanya yang juga naib presiden Umno.

Menteri pembangunan luar bandar dan wilayah itu sebaliknya menyifatkan tawaran Pakatan Rakyat melalui ketuanya Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sebagai usaha memecahbelahkan rakyat Malaysia.

"Anwar datang ke Sabah dia dakwa kalau kita (Pakatan) perintah dia bagi 20 peratus royalti minyak.

"Hendak dapatkan undi pun janganlah pecah-belahkan rakyat," katanya pada majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Risda dan Jabatan Kemajuan Orang Asli di Kuala Lumpur hari ini./MalaysiaKini

Amaran!!! Terus terang atau hadapi pendedahan - Rafizi Ramli

Rafizi: Terus terang atau hadapi pendedahan
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli hari ini memberi kata dua kepada Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamad Hasan supaya berterus terang dalam isu konsesi pembalakan negeri atau berhadapan dengan pendedahan lanjut.

"Rakyat berhak tahu siapa yang memiliki konsesi pembalakan, berapa banyak pendapatan kerajaan perolehi dan status pemilikan tanah," katanya dalam kenyataan hari ini.

NONERafizi berkata demikian berikutan respons yang didakwa tidak memuaskan oleh Mohamad dalam akhbar Sinar Harian Khamis lalu.

Rafizi mendakwa, kerajaan negeri menyalahi undang-undang dengan membenarkan sebuah syarikat berkaitan Umno memasuki hutan simpan Jeram Padang Selatan.

Katanya, walaupun Mohamad mengatakan bahawa kerajaan negeri telah menggantikan lebih 2,400 hektar tanah untuk dijadikan hutan simpan, ahli dewan undangan negeri Rantau itu sebenarnya tidak mengambil kira aspek keabsahan undang-undang.

"Mohamad telah gagal untuk jelaskan tentang keputusan exco membatalkan status hutan simpan Jeram Padang Selatan yang tidak sah di sisi undang-undang kerana melanggar Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976," katanya.

Mohamad sebelum ini dilaporkan berkata, tanah hutan simpan di Negeri Sembilan tidak pernah diserahkan hak milik kepada individu atau syarikat lain.

azlan"Kalau ada pun, kita hanya pajakkan tanah tersebut untuk melaksanakan tanaman kelapa sawit, jika mereka (syarikat luar) tidak mahu, tanah itu kita akan dapat kembali.

"Kita tidak rugi apa pun, malah tiada risiko dengan perancangan tersebut kerana kerajaan negeri tidak memindahkan hak milik, hanya pajakan sahaja mengikut peraturan yang ditetapkan," beliau dipetik sebagai berkata.

Menurutnya, kerajaan negeri juga telah menggantikan lebih RM2,400 hektar tanah untuk dijadikan hutan simpan, lapor Sinar Harian.

Setiap tahun kerajaan negeri mempunyai kuota untuk mengeluarkan hasil kayu dan sehingga kini baru 3,200 hektar daripada 4,800 yang digunakan.

"Tidak timbul soal hutan diteroka secara haram kerana setiap aktiviti yang dilakukan adalah mengikut undang-undang," katanya lagi seperti dilaporkan harian itu./MalaysiaKini

 BERIKLAN SAMBIL BERNIAGA.... CEPAT TERKINI!!

Selasa, Oktober 30, 2012

Pra-Himpunan Kebangkitan Rakyat Sabtu ini sasar 50,000 peserta

KUALA LUMPUR 30 Oktober: Pakatan Rakyat (Pakatan) mensasarkan kehadiran 50,000 peserta pada Pra-Himpunan Kebangkitan Rakyat di Senawang, Sabtu ini.
“Kita mengharapkan negeri-negeri di selatan tanah air iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan dapat menghantar seramai mungkin peserta memandangkan kedudukan mereka lebih hampir dengan lokasi himpunan,” kata Pengarah Himpunan, Mohamad Sabu.

Menurut Timbalan Presiden PAS itu, himpunan tersebut akan menggabungkan empat warna yang menjadi simbol kepada beberapa tuntutan rakyat yang masih belum ditunaikan kerajaan sehingga kini.
“Warna-warna tersebut terdiri daripada merah, kuning, hijau dan oren,” jelasnya.
Beliau berkata, warna kuning mewakili Himpunan Bersih yang menuntut lapan perkara, manakala hijau berkaitan dengan alam sekitar yang membantah projek Lynas serta Pengerang.

“Warna merah mewakili tuntutan royalti rakyat Kelantan, manakala oren mewakili tuntutan peneroka Felda. Jadi terserah kepada peserta untuk memilih warna baju untuk dipakai pada himpunan itu nanti,” jelas Mat Sabu dipetik Harakah.
Tambahnya, himpunan itu adalah ekoran sikap kerajaan yang masih tidak melayan tuntutan lapan perkara pada Himpunan Bersih sebelum ini termasuk membersihkan senarai daftar pemilih.

“Kita lihat daftar pemilih masih tidak dibersihkan sepenuhnya, terdapat terlalu banyak nama pengundi meragukan, sebab itu kita mengambil keputusan mengadakan himpunan ini bagi mendesak kerajaan memenuhi tuntutan kita,” tegasnya.
Program itu merupakan pemula kepada program jelajah ke seluruh negara yang akan diadakan selepas itu.
Ia dijadual bermula jam 4 petang hingga 12 malam dengan dihadiri semua kepimpinan utama Pakatan Rakyat.
Antaranya termasuk Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Himpunan Kebangkitan Rakyat sepatutnya dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, 3 November ini namun ditangguhkan kerana stadium tersebut akan digunakan untuk Pertandingan Bolasepak Piala Suzuki AFF.

Ia telah diumumkan ditunda ke Januari tahun hadapan dan pihak penganjur sedang membuat permohonan untuk mendapatkan sama ada Stadium Nasional Bukit Jalil atau Stadium Merdeka.
Bagaimanapun, pelancaran himpunan itu tetap dibuat pada tarikh sama tetapi dengan mengubah tempatnya ke Senawang Negeri Sembilan.

Dari Negeri Sembilan, program jelajah Kebangkitan Rakyat pula akan bergerak ke seluruh negara mengikut zon dan negeri.
Menurut Mat Sabu, mereka akan bergerak ke setiap negeri termasuk Kedah, Terengganu, Pahang, Johor serta Perak dan diikuti negeri-negeri lain sebelum kemuncak himpunan tersebut di ibu negara Januari tahun hadapan./KeadilanDaily

 PANAS!!!! MINYAK PETROL JIMAT 50% ,DISAMPIN ITU DUIT MASUK!!!!!!!!!!! DAFTAR SEKARANG!!

Bekas timbalan menteri Umno jangka BN tewas PRU13


KOTA KINABALU: Bekas Timbalan Menteri Persekutuan Datuk Yahya Lampong meletakkan keyakinan yang sangat kuat bahawa BN akan gagal mengekalkan kuasanya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Menurutnya, daripada keseluruhan 222 kerusi parlimen di seluruh negara, beliau menjangkakan 118 kerusi akan dimenangi Pakatan Rakyat pada PRU13 kali ini dan 104 kerusi sahaja akan diperoleh BN.

Beliau yang telah keluar BN dan mengumumkan menyertai PKR baru-baru ini berkata, asas pengiraannya adalah dengan formula (82 + 20 + 16 = 118)

82 katanya adalah jumlah kerusi yang telah dimenangi oleh gabungan PAS,PKR dan DAP pada PRU12, 2008 yang lalu dan dijangka jumlah itu akan kekal pada PRU akan datang.

20 pula adalah jumlah kerusi parlimen yang majoritinya adalah pengundi Cina dan India yang dimenangi BN dalam PRU12 yang sudah tentu pada jangkaannya akan menolak BN pada PRU akan datang.

Asas kekalahan BN itu juga jelasnya, turut disandarkan pada keyakinan bahawa lebih separuh kerusi parlimen Sabah - selama ini menjadi 'tempat berpaut' BN untuk mengekalkan kuasa termasuk pada PRU12 lalu - akan 'swing' kepada Pakatan Rakyat.

Kata Yahya, sekurang-kurangnya 16 dari 25 kawasan parlimen di Sabah bakal dimenangi Pakatan Rakyat pada PRU13 akan datang.

Kawasan itu masing-masing adalah 13 kerusi dari kawasan majoriti pengundi Kadazan, Dusun, Murut (KDM) dan Cina (KDM-C) dan tiga lagi dari kawasan campuran KDM-C dengan pengundi Islam.

Tiga kawasan campuran KDM-C dengan pengundi Islam adalah di Beaufort, Papar dan Kota Belud.

Di Papar dan Kota Belud katanya, jumlah peratusan pengundi KDM-C adalah 40 peratus dan hanya memerlukan sekurang-kurangnya 15 peratus sahaja lagi sokongan pengundi Islam bagi memenangi kedua-dua parlimen tersebut.

Bagi Beaufort pula, parlimen itu diyakini akan dimenangi Pakatan Rakyat apabila bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno yang juga bekas Ketua Umno Beaufort, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin disebut-sebut bertanding di situ.

Lajim juga adalah timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan.

Dan jika benar jangkaan Yahya ini berlaku, bermakna Pakatan Rakyat sudah boleh menguasai Putrajaya dengan 118 kerusi tidak termasuk kerusi perlimen dari Sarawak.

"Pakatan hanya memerlukan 112 kerusi untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

"Justeru, Pakatan Rakyat sudah berupaya membentuk kerajaan dengan sokongan rakyat Semenanjung dan Sabah. Maka kawasan parlimen Sarawak adalah Bonus," katanya./HarakahDaily

Akar umbi pertahan TG Nik Aziz


Akar umbi pertahan Nik Aziz
Mohd Amar (empat kiri) sewaktu mengadakan lawatan 
ke Kampus Limkokwing Akademik Kelantan, semalam.

KOTA BHARU - Pas Kelantan masih memerlukan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menerajui Kerajaan Negeri terutama dalam pilihan raya biarpun wujud tanggapan beliau sudah tidak mampu menjadi pemimpin setelah 22 tahun.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Nik Abdul Aziz merupakan orang yang paling layak kerana pengalaman, ketokohan dan kebolehan serta kehormatan masyarakat kepadanya.

“Kami yang minta Tok Guru (Gelaran kepada Nik Abdul Aziz) untuk terus berkhidmat walaupun sudah  beberapa kali beliau menyuarakan hasrat untuk berhenti,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Terdahulu beliau meluangkan masa selama tiga jam melawat Kampus Limkokwing Akademik Kelantan di sini, yang turut dihadiri oleh Ketua Akademiknya, Dr Zainal Abidin.

Katanya mengulas mengenai desakan beberapa pihak yang seolah-olah bermati-matian mahukan Nik Abdul Aziz berundur, Mohd Amar menjelaskan hanya Pas yang lebih tahu siapa yang layak untuk memastikan Kelantan terus kekal di bawah pemerintahan Pas.

“Biar kami (orang Pas) buat keputusan ini dan ia bukan kerja mereka kerana kami lebih tahu siapa yang boleh bertanding dan memegang jawatan tersebut.

“Pengekalan Tok Guru juga tiada kaitan dengan masalah dalaman tetapi kami sendiri mahukan beliau,” katanya.

Sementara itu, menjawab tuduhan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang menyifatkan Nik Abdul Aziz sebagai makan gaji buta, Mohd Amar menafikan dakwaan itu sebaliknya beliau sudah menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua sebaiknya.

Dalam kenyataan itu, Ibrahim berkata, Nik Abdul Aziz perlu berundur kerana beliau tidak boleh berfungsi mentadbir dan menjadi ketua kerajaan yang efektif, beliau tidak boleh jadi ketua pentadbir berkesan kerana keadaan yang uzur.

Mohd Amar berkata, sebagai menteri besar tanggungjawabnya hanyalah memberikan idea dan arahan manakala yang melaksanakan serta melakukannya adalah kerja exco.

“Jadi di sini tiada istilah makan gaji buta dan walaupun beliau uzur tetapi pemikiran dan pendapatnya masih diperlukan,” katanya./SinarHarianOnline
  
BERIKLAN SAMBIL BERNIAGA.... CEPAT TERKINI!!

Chegubard Berang Dan Kecewa!!

Chegubard berang, dakwa polis 'hilangkan diri'

Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin kecewa dengan tindakan polis yang didakwanya menghilangkan diri sewaktu berlakunya kekecohan di ceramah Pakatan Rakyat di Johor kelmarin.

NONEBadrul Hisham yang lebih dikenali sebagai Chegubard antara penceramah dalam majlis yang dianjurkan oleh DAP di ibu pejabat PAS Sri Alam di Masai pada malam kelmarin.

Dakwanya, sebaik program bermula jam 9 malam, sekumpulan 10 hingga 12 individu mengunci dalam sebuah balai raya yang terletak 50 meter serta memasang kaset ceramah dengan kuat.

Beliau mendakwa, individu itu penduduk tempatan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan Umno dan balai raya tersebut telah ditukar menjadi bilik operasi BN.

Badrul mendakwa, beliau kemudiannya berulang-ulang kali menggunakan mikrofon di atas pentas meminta polis untuk bertindak terhadap provokasi tetapi mendakwa anggota polis yang berpakaian preman dan beruniform 'secara misteri' menghilangkan diri.

NONE"Saya panggil tiga kali supaya polis supaya tampil dan hadirin juga memanggil mereka tetapi tiada seorang pun berbuat demikian.

"Saya yakin ada anggota polis kerana polis berpakaian preman telah memasang video kamera di hadapan pentas," katanya sambil menambah kekecohan itu berlaku sekalipun Pakatan telah memaklumkan kepada polis sejak dua minggu lalu.

Katanya, apabila suasana semakin tegang, beliau 'menyelamatkan' video kamera itu atas sebab keselamatan memandangkan terdapat hadirin yang berang telah menghampirinya.

Badrul juga menjelaskan beliau tidak berniat untuk mencuri video kamera tersebut sebaliknya bimbang dengan keselamatannya dan berjanji akan memulangkannya selepas berbincang dengan Ketua Cawangan Khas Johor Ramli Hassan./MalaysiaKini

 PANAS!!!! MINYAK PETROL JIMAT 50% ,DISAMPIN ITU DUIT MASUK!!!!!!!!!!! DAFTAR SEKARANG!!

Isnin, Oktober 29, 2012

Ceramah Terkini!!! Anwar Ibrahim Di Selangor (video)




DR Asri dijemput berwacana bersama Ulamak PAS


KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat menjemput Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin untuk menyampaikan pandangan dan kritikannya kepada dewan itu dalam wacana ilmu bersama ahli-ahli Dewan Ulamak.

“Saya merujuk kepada kebimbangan Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin bahawa ulama-ulama dalam PAS dibimbangi tidak boleh ditegur apabila memerintah kerajaan pusat nanti  dalam satu wacana baru- baru ini,” kata setiausahanya, Dr Mohd Khairuddin A. Razali (gambar) kepada Harakahdaily.

Menurutnya, oleh kerana kebimbangan tersebut dilontarkan dalam wacana awam yang disiarkan isinya dalam media perdana dan mendapat respons umum pula, maka sayugia Dewan Ulamak PAS Pusat menyatakan pandangan balas terhadap kenyataan tersebut.

Jelasnya, Dewan Ulamak PAS Pusat sentiasa berlapang dada dengan sebarang pandangan, teguran dan kritikan luar terhadap apa jua tindakan yang diputuskan secara jamaei dan pandangan yang dilontarkan oleh Dewan Ulamak dengan merujuk kepada al-Quran, al-Hadis, Ijma dan Qias di samping pandangan dan ulasan ulamak-ulamak muktabar sepanjang zaman.

Hal ini, katanya sesuai dengan akhlak Islam yang menganjurkan konsep nasihat-menasihati dan arahan agar berbincang sesama muslim, antaranya Alllah berfirman yang bermaksud: “Demi masa. Sesungguhnya manusia pasti dalam kerugian melainkan orang yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran”. (Surah Al-Asr)

Selain itu, katanya Dewan Ulamak PAS Pusat berbesar hati menjemput Dr Asri untuk menyampaikan pandangan dan kritikan beliau terhadap Dewan Ulamak PAS Pusat dalam wacana ilmu bersama ahli-ahli Dewan Ulamak sebagai satu medan perbincangan dan bertukar-tukar pandangan.

Tambahnya, tarikh wacana boleh diberikan berdasarkan kelapangan masa Dr Asri.

“Saya akan berhubung dengan Dr Asri secara personal untuk urusan lanjut wacana tersebut. Semoga dengan itu kita boleh terus membudayakan akhlak berbincang dan bertukar-tukar pandangan seperti dianjurkan oleh Islam,” ujarnya./HarakahDaily

BERIKLAN SAMBIL BERNIAGA.... CEPAT TERKINI!!

MB Selangor Kekal Di kerusi Bandar Tun Razak - DSAI

Anwar: MB akan pertahan kerusi Bandar Tun Razak

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim akan bertanding sekali lagi bagi mempertahankan kerusi parlimen Bandar Tun Razak yang dimenanginya dalam pilihan raya umum lalu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua pembangkang mengumumkan akan mencalonkan semula Khalid dalam ceramah di hadapan 300 hadirin di Sungai Besi pagi ini kerana "penduduk Bandar Tun Razak mesti tahu isu Talam".

S Pakatan dinner AnwarAnwar berkata, Khalid boleh dipercayai kerana bekas ahli korporat itu tidak pernah menyalah guna kuasa walaupun berjaya mengumpulkan sejumlah wang yang besar untuk Selangor.

Beliau bagaimanapun tidak menyentuh kedudukan Khalid dalam Dewan Undangan Negeri Selangor. Khalid juga penyandang kerusi Ijok.

Sebelum ini terdapat gosip dalaman bahawa kedudukan Khalid sebagai menteri besar kemungkinan akan diambil alih oleh Timbalan Presiden PKR Azmin Ali./MalaysiaKini

 PANAS!!!! MINYAK PETROL JIMAT 50% ,DISAMPIN ITU DUIT MASUK!!!!!!!!!!! DAFTAR SEKARANG!!

Ceramah Terbaru Anwar Ibrahim Di Selangor (video)



Bisnes Online Terbaru!!! Panas!!!! Pedas!!!!!!

Contohi rakyat Turki tukar kerajaan...

KUALA LUMPUR 27 Okt: Berdasarkan pengalaman kerajaan Turki, bekas Pengerusi KEADILAN Terengganu, Abdul Rahman Yusof yakin situasi genting ekonomi Malaysia boleh diselamatkan asalkan Pakatan Rakyat diberi mandat memerintah.

Sebelum Parti Keadilan & Pembangunan Turki (Parti ARK) mengambil alih kerajaan pada 2002, katanya, negara itu menanggung hutang hingga 74 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
“Ia menyebabkan Turki mengalami keruntuhan mata wang pada 2000-2001,” katanya pada kenyataan media, hari ini.
Selepas Parti ARK mengambil alih kerajaan pada 2002 dengan dipimpin Recep Tayyip Erdogan, beliau berkata, Turki mencatat pertumbuhan luar biasa pada kadar purata 6.8 peratus antara 2002–2008.
“Pada 2011, Turki mencatat pertumbuhan ekonomi tertinggi di dunia pada kadar 8.49 peratus daripada KDNK yang dianggap sebagai keajaiban.

Sedangkan, beliau berkata, negara sekelilingnya seperti Greece, Sepanyol dan Itali berdepan krisis kewangan dan ekonomi.
“Rakyat Malaysia perlu menukar kerajaan demi masa depan yang gemilang seperti yang rakyat Turki alami sekarang,” katanya./KeadilanDaily

Sabtu, Oktober 27, 2012

Asri keterlaluan samakan ulama Pas dengan Ayatollah - Ketua Penerangan Ulama Pas

SHAH ALAM - Ketua Penerangan Ulama Pas, Nik Muhammad Zawawi Salleh menyifatkan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin "agak keterlaluan" dalam menyamakan ulama-ulama parti itu dengan kepimpinan Ayatullah Khomeini dari Iran, yang didakwa tidak boleh ditegur.
"Bekas mufti itu juga agak keterlaluan apabila menyamakan pimpinan ulama dalam Pas dengan Ayatullah Khomeini.

"Semua sedia maklum bahawa Pas berpegang kepada aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Ayatullah Khomeini pula berpegang kepada aqidah Syiah.
"Dua akidah yang sangat berbeza antara satu sama lain," kata beliau dalam satu tulisan dibawa organ Pas, Harakahdaily.

Katanya, pengikut Syiah menganggap bahawa Ayatollah adalah lebih tinggi martabatnya daripada para Nabi.
"Jadi tidak peliklah Ayatollah tidak boleh ditegur dan disentuh," kata beliau yang juga Ketua Penerangan Pas Terengganu.

Ketika muncul pada program Wacana Sinar Harian ke-15 Selasa lalu, Asri berkata, Pas tidak seharusnya menjadi seperti pemerintahan Ayatollah di Iran sekiranya berjaya memerintah Putrajaya kelak.
Asri, bekas Mufti Perlis berkata, kalau ada yang bermentaliti bahawa orang agama yang berkuasa tidak boleh ditegur, negara akan menjadi lebih korup dari sekarang.

“Saya rasa ini satu masalah dalam Pas, masalah sekarang ini Pas belum menjadi pemerintah, tetapi kalau kita tidak bahas hari ini, kita akan jadi seperti Iran, yang mana pemimpinnya Ayatollah tidak boleh ditegur dan disentuh.

“Kalau kita tidak hati-hati terutamanya parti politik termasuk Pas... kalau mereka naik (menjadi pemerintah) dengan mentaliti orang agama tidak boleh disentuh, ditambah dengan isu pemimpin dan tokoh agama itu ada kuasa pula, kita akan menghadapi negara yang lebih  korup daripada apa yang berlaku sekarang,” katanya ketika menjawab soalan dari moderator Dr Mazlee Malik berhubung sejauh  mana beliau melihat pemimpin ulama Pas yang tidak boleh ditegur.

Menjawab pandangan Asri itu, dua Naib Presiden Pas kelmarin menjawab bahawa pihaknya memberi jaminan tidak akan sama sekali akan menjadi pemimpin-pemimpin bergelaran Ayatollah Iran jika diberi mandat memerintah Kerajaan Pusat kelak kerana parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu sentiasa mengamalkan sikap terbuka kepada semua pihak tanpa mengira fahaman politik.
 
"Bekas mufti itu ketika menjawab persoalan tersebut berkata bahawa jika Pas menjadi pemerintah dengan mentaliti orang agama tidak boleh disentuh, negara akan menjadi lebih korup daripada apa yang berlaku sekarang.
"Beliau menyamakan situasi itu dengan pemerintahan Ayatollah Khomeini di Iran yang tidak boleh ditegur dan disentuh," jelas beliau.

Nik Muhammad berkata, moderator tersebut pula seolah-olah dilihat ingin menjatuhkan kredibiliti dan memburukkan persepsi masyarakat terhadap para pimpinan ulama dalam Pas dengan mengemukakan persoalan tersebut.
Ini adalah kerana beliau tidak mengemukakan apa-apa contoh, bukti dan fakta atas dakwaan bahawa golongan tersebut dalam Pas tidak boleh ditegur, tambah beliau.
Menurut Nik Muhammad, Pas khususnya para pimpinan ulamanya sentiasa terbuka untuk menerima segala kritikan dan teguran.

"Lihat sahaja sikap Datuk Seri Presiden, pimpinan ulama tertinggi dalam Pas menerima kritikan dan teguran yang keras daripada (bekas pensyarah UIAM) Dr. Aziz Bari yang mempertikaikan kepimpinannya.
"Keterbukaan beliau lebih terserlah apabila beliau sendiri mencadangkan agar dianjurkan seminar khusus bagi memberi peluang kepada Dr. Aziz Bari mengemukakan kritikan dan teguran tersebut di hadapan ahli dan pimpinan Pas," katanya lagi.

Kata Nik Muhammad, perlu dijelaskan bahawa reaksi ini bukan bermakna Dewan Ulama Pas Pusat tidak boleh menerima teguran apabila disamakan dengan Ayatollah Khomeini tetapi teguran yang dikemukakan mestilah dikemukakan bukti, contoh dan berfakta.

"Ini adalah kerana tanpanya, ia akan memberikan persepsi buruk kepada para pimpinan ulama dalam Pas dan dianggap sebagai tuduhan yang dibuat untuk menjatuhkan kredibiliti Pas yang bakal melangkah ke Putrajaya, insya-ALLAH.

"Bahkan bekas mufti itu sendiri juga telah mengemukakan pandangan dalam wacana tersebut agar teguran yang hendak dibuat mestilah profesional," katanya.

Pada masa yang sama katanya, Pas sentiasa mengajar kepada semua ahli supaya berani menegur dalam apa jua perkara yang bercanggah dengan syariat Islam termasuk juga menegur mana-mana kesilapan yang dilakukan oleh pucuk pimpinan parti.
"Sejarah ini sangat banyak berlaku di sepanjang perjuangan Pas," kata beliau lagi./SinarHarianOnline

 PANAS!!!! MINYAK PETROL JIMAT 50% ,DISAMPIN ITU DUIT MASUK!!!!!!!!!!! DAFTAR SEKARANG!!

Tahniah DAP berani bidas MCA - TGNA

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat berterima kasih kepada pemimpin DAP Anthony Loke kerana membelanya daripada tuduhan pemimpin MCA bahawa beliau membenarkan merogol wanita bukan Islam.

Menteri besar Kelantan itu juga menegaskan, tindakan Loke yang berkobar-kobar sehingga menepuk meja dalam parlimen itu menggambarkan keberanian anggota parlimen Rasah itu.

pakatan ceramah shah alam 041211 nik aziz"DAP berani bidas MCA, tetapi Umno takut. Tak boleh harap kepada Umno untuk jaga Islam, jaga Melayu pun tak ke mana," kata Nik Aziz.

Perkara itu dinyatakan dalam surat daripada setiausaha politiknya Wan Nik Wan Yussof kepada Loke hari ini yang turut memberitahu Nik Aziz amat terharu dengan tindakan Loke itu.

Loke pada 22 Oktober lalu bangkit mempertahankan Nik Aziz yang dirujuknya sebagai "Tok Guru", dengan menyifatkan kenyataan Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seah Kie yang disokong Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek itu sebagai "paling biadap".

Tindakan itu menyebabkan speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia kemudian mematikan mikrofon Loke dan memintanya tidak membawa hujah politik luaran ke dalam dewan.

Loke: Surat buktikan kemurahan hati
Sementara itu, dalam reaksinya di Facebook, Loke berkata, beliau dengan rendah diri menerima surat itu dan mendoakan kesihatan Nik Aziz untuk terus memimpin PAS dan Pakatan Rakyat.

NONE"Surat dari Tok Guru ini sekali lagi membuktikan kemurahan hati dan kesederhanaan beliau walaupun sudah bergelar YAB MB selama 22 tahun!

"Saya berasa amat kerdil di depan seorang tokoh agama dan politik yang mempunyai jiwa dan hati yang begitu besar seperti Tok Guru Niz Aziz!

Heng pada 20 Oktober lalu menuduh Nik Aziz membenarkan merogol wanita bukan Islam sekiranya mereka tidak mematuhi kod etika pakaian Islam.

Heng membuat kesimpulan itu berdasarkan video lama Nik Aziz yang didakwa menyebut wanita patut dirogol jika tidak menutup aurat./MalaysiaKini

Bisnes Online Terbaru!!! Panas!!!! Pedas!!!!!!

Jumaat, Oktober 26, 2012

Anwar Ibrahaim beritahu YB Zul minta bayaran - Dr Syed Husin Ali

Senator PKR Dr Syed Husin Ali berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkannya kepadanya bahawa anggota parlimen Kulim Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin meminta bayaran bagi mengosongkan kerusi untuk memberi laluan kepada ketua pembangkang itu bertanding.

NONE"Yang mula-mula beritahu saya adalah Anwar Ibrahim ketua umum PKR," kata Syed Husin sewaktu menjawab soalan peguam, Hasnal Rezua yang mewakili Zulkifli dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Syed Husin pada 27 Januari lalu menuntut ganti rugi sebanyak RM10 juta, ganti rugi teladan, faedah, kos dan relif yang dirasakan wajar oleh mahkamah.

Tuntutan itu dibuat terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, ketua pengarang Utusan Malaysia Datuk Aziz Ishak dan Zulkifli.

Dalam kenyataan tuntutannya, Syed Husin berkata Utusan Melayu dan Abdul Aziz dengan niat jahat dalam akhbar Utusan bertarikh 20 November 2011 menerbitkan kata-kata berunsur fitnah terhadap beliau dalam berita bertajuk "Zul Noordin nafi dakwaan Syed Husin".

Menurutnya, Zulkifli menerbitkan perkara sama dalam blog beliau dengan tajuk "Anjing-anjing Pencen".

Syed Husin turut memohon injunksi menghalang semua defendan daripada menerbitkan sebarang kata-kata bersifat fitnah tersebut.

Menurut Syed Husin lagi, Anwar memberitahunya, Zulkifli meminta bayaran RM60,000 sebagai balasan untuk mengosongkan kerusi parlimennya.

Perkara yang sama katanya turut dinyatakan Anwar kepada ahli-ahli biro politik PKR.

"Perkara itu bukan sahaja diberitahu pada saya tetapi juga kepada biro politik," katanya.

Justeru, beliau percaya Anwar bercakap benar tentangnya.

Beliau turut percaya kepada Anwar kerana beliau telah mengenali Anwar buat masa yang lama.

"Beliau adalah pelajar saya (di Universiti Malaya), rakan tahanan saya (dalam penjara) dan kemudiannya pemimpin saya.

"Jadi apabila beliau beritahu (perkara itu), saya percayakannya," kata Syed Husin.

Bercakap lanjut, Syed Husin berkata Zulkifli berbohong dalam tulisan blognya yang menjadi tumpuan utama saman itu.

Menurutnya, beliau tidak pernah menemui Zulkifli sebagai wakil Anwar dan menawarkan jawatan dalam anak syarikat Selangor sebagai balasan mengosongkan kerusi parlimen yang disandangnya.

"Apa yang beliau sebutkan adalah bohong sepenuhnya apabila mendakwa saya mewakili Anwar.

"Beliau juga berbohong tentang dakwaan saya memberitahunya saya dijanjikan jawatan senator jika melepaskan jawatan timbalan presiden PKR," kata Syed Husin.

Tambahnya lagi, kesediaan Zulkifli melepaskan kerusinya walaupun belum bersetuju berbuat demikian jika syaratnya tidak dipenuhi memberikan gambaran salah kepada orang ramai.

"Kepada orang ramai, beliau akan kelihatan seperti malaikat apabila menarik diri (daripada kerusinya).

Syed Husin diwakili peguam N Surendran dan Latheefa Koya sementara Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin mewakili Utusan dan Aziz.

Perbicaraan yang berlangsung di hadapan Hakim Vazeer Alam Mydin Meera itu akan disambung semula pada 5 November depan./MalaysiaKini

Bisnes Online Terbaru!!! Panas!!!! Pedas!!!!!!

Khamis, Oktober 25, 2012

Sidang Media Terkini!!! Rafizi Ramli (video)




Berita Panas!! Altantuya, Pedas!!!

Kes rayuan pembunuhan Altantuya ditangguh lagi - pada saat akhir

Mahkamah Rayuan telah sekali lagi menangguhkan pendengaran kes rayuan dua anggota polis yang dihukum mati kerana pembunuhan warganegara Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada Oktober 2006.

Sebelum ini, kes rayuan tersebut yang dijadual didengar pada bulan Ogos telah ditangguhkan dan tarikh baru ditetapkan pada 31 Oktober dan 1 November ini.

Peguam Hazman Ahmad yang mewakili Cif Inspektor Azilah Hadri, ketika dihubungi semalam berkata, tiada tarikh baru yang ditetapkan.

altantuya razak baginda murder 110707 sirul escortedHazman tidak membalas SMS Malaysiakini mengenai sebab pendengaran kes rayuan tersebut ditangguhkan.

Apabila pendengaran kes rayuan tersebut yang dijadualkan pada 27
Ogos ditangguhkan pada bulan Julai, peguambela berpendapat ia disebabkan oleh sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Pada April 2009, Azilah dan Lans Koperal Sirul Azhar Umar dijatuhkan dihukum mati kerana membunuh Altantuya selepas perbicaraan selama 159 hari.

Penghakiman bertulis hanya dikeluarkan pada bulan Mac tahun ini.

Penangguhan secara tiba-tiba semalam itu dilihat sebagai aneh kerana hanya minggu lepas peguam Sirul, Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican, mengesahkan pendengaran kes rayuan itu akan berjalan seperti yang dijadualkan.

Hasnal juga memberitahu Malaysiakini bahawa mahkamah telah memberi amaran kepada peguambela ketika itu bahawa tiada lagi penangguhan akan dibenarkan.

Pada masa itu, Malaysiakini juga meminta pengesahan daripada seorang timbalan pendakwaraya kanan yang terlibat mengendalikan kes tersebut, dan beliau berkata ia akan berjalan seperti yang dijadualkan, sambil berkata Pejabat Peguam Negara sedang sibuk membuat persediaan./MalaysiaKini

Bisnes Online Terbaru!!! Panas!!!! Pedas!!!!!!

Rabu, Oktober 24, 2012

Amaran Keras!!!! Jangan Tidur!!!!!!!

Kenyataan Umum
24 Oktober 2012

BERSEDIA UNTUK KE JALANRAYA ATAU DITIPU

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini memandang serius khabar angin mengatakan PRU makin hampir dan kemungkinan diadakan tahun ini. Kelihatan parti-parti politik atau aktivis yang melawan regim sedikit terhanyut dengan persiapan PRU yang memperlihatkan betapa peluang untuk menang tinggi berdasarkan mood perubahan rakyat.

Namun SAMM mahu semua pihak sedar, regim pewaris penjajah ini sudah terlalu banyak jenayah terkumpulnya. Mereka pernah berikrar "biar hancur tulang-belulang namun Putrajaya harus dipertahan". Maka dalam PRU kali ini semua elemen akan digunakan untuk memastikan 'kemenangan' parti regim. SPR sudah tentu menjadi aparat utama untuk melaksanakan penipuan. Bukan setakat penipuan media tetapi penipuan lebih dasyat lagi. Klik sini lihat penipuan janji Najib.

Yakinlah jika melalui pilihanraya Bn akan hilang kuasa maka pilihanraya ini juga akan diharamkan. Ini pernah berlaku - Lihat sahaja Pilihanraya Kerajaan Tempatan ketika menyaksikan parti regim kalah teruk tanpa segan silu pilihanraya kerajaan tempatan ini diharamkan dan perbagai mitos direka sehingga pengharaman yang menjadi tragedi buruk demokrasi negara berjaya ditelan rakyat walaupun secara paksa.

PRU ke 13 akan dilangsungkan dengan penuh penipuan. Bayangkan telah terbukti warganegara Filipina yang telah mengaku di mahkamah membeli kad pengenalan dan juga telah dijatuhi hukuman denda oleh mahkamah tetapi namanya dengan kad pengenalan yang dibeli itu ada dalam senarai pemilih. Klik untuk baca lanjut.

Itu belum lagi bagaimana nama dan no kad pengenalan wujud dalam senarai pengundi tetapi tidak wujud dalam daftar pendaftaran negara. klik sini untuk baca lanjut.

Antara contoh lain ialah Mohd Nawi Daud, bernombor kad pengenalan 500508-03-5345 mengundi di Daerah Mengundi Seksyen 16 mengikut daftar pemilih 2008. Daftar turut menunjukkan alamatnya ditanda sebagai ‘Tiada’ dengan nombor rumah ditulis sebagai ’28′. Ada berpuluh ribu rumah di Shah Alam, di Seksyen 16. Yang mana satu? Apa tujuan kemaskini tetapi dirombak dengan begitu mengelirukan?

Kejanggalan dalam senarai daftar pemilih berlaku apabila ada permohonan menjadi pengundi sebelum lahir.

H’ng Sau Ching bernombor kad pengenalan 790823-08-5885, lahir pada 23 Ogos 1979 di Parlimen Parit Buntar memohon menjadi pengundi pada 15 Januari 1950. Contoh permohonan menjadi pengundi pada hari kelahiran pula berlaku pada individu bernama Nur Khalida Salmi Mohd Nawar, pengundi di Serdang dengan nombor kad pengenalan 821026-10-5010.

Manakala permohonan sebelum umur masuk persekolahan berlaku di Parlimen Setiu kepada individu bernama Zulkarnain Harun bernombor kad pengenalan 790531-06-5559. Individu ini memohon menjadi pengundi ketika berumur 11 bulan 29 hari.

Sehingga kini belum ada petanda daftar pemilih diperbaiki. Pilihan raya mungkin akan diadakan pada Januari 2013 dan ini bermakna pilihan raya akan dijalankan dalam penipuan.

Kepada parti-parti politik melawan Bn ketahuilah bahawa anda sedang diperdaya dan ditipu untuk memasuki gelanggang PRU yang penuh penipuan. Jangan nanti setelah masuk gelanggang dan tewas dengan penipuan baru mengajak rakyat melawan, rakyat akan bosan.

Tidak ada sesiapa pertikai perlunya menumbang regim untuk menyelamatkan negara tetapi lebih perlu membersihkan pilihanraya sebelum memasukinya. Jawatankuasa BERSIH juga perlu lebih bersifat terbuka menjalinkan hubungan dengan perbagai pihak. Perjuangan BERSIH bukan milih satu-satu pihak tetapi milik rakyat Malaysia, masa untuk forum dan bincang duduk dalam dewan sudah tamat. Ini masanya untuk turun ke jalanraya. Regim pekak ini harus diasak dengan berani.

Perlu usaha serius dari semua pihak! Satu juta ke jalanraya "Bubar SPR sebelum bubar Parlimen Malaysia"

Sekian

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia 
 
 

Rakyat Malaysia Desak!! Soi Lek Mohon Maaf..


Hina Islam: 150 berhimpun minta Soi Lek minta maaf
Seramai kira-kira 150 penyokong Pakatan Rakyat berhimpun di hadapan ibu pejabat MCA hari ini bagi menuntut supaya presiden parti itu, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek meminta maaf atas kenyataan yang didakwa menghina Islam.
NONEKumpulan berkenaan mengancam akan mengadakan demonstrasi lebih besar dan menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong sekiranya Chua tidak memohon maaf dalam tempoh seminggu.

Tuntutan itu adalah berhubung dakwaan Chua minggu lalu bahawa pekerjaan seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan terjejas – termasuk dalam sektor rumah urut dan perjudian – sekiranya hudud dilaksanakan.

Memorandum berkenaan menyebut, tuntutan itu juga ekoran kenyataan Chua yang mendakwa lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara negara paling korup, tidak stabil dan tidak selamat.

NONEChua juga pada Sabtu lalu mempertahankan kenyataan naib pengerusi Wanita MCA Heng Seai Kie yang mendakwa PAS menbenarkan merogol wanita bukan Islam sekiranya mereka tidak mematuhi kod etika pakaian Islam.

Tuntutan itu dinyatakan dalam satu memorandum yang diserahkan kepada setiausaha kerja pemuda MCA, Leonard Tan Soon Huat di perkarangan bangunan tersebut.

NONEPerhimpunan selama kira-kira 40 minit itu antara lainnya dipimpin ahli jawatankuasa pusat PAS Idris Ahmad, ketua penerangan Pemuda PAS Riduan Mohd Noor, ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Md Akin dan juga pemimpin NGO Jingga 13.

Turut menjadi perhatian dalam perhimpunan tersebut ialah pelakon Abby Abadi yang turut melaungkan slogan "Hidup Islam" dan "Hidup Rakyat" bersama peserta lain./MalaysiaKini

 PANAS!!!! MINYAK PETROL JIMAT 50% ,DISAMPIN ITU DUIT MASUK!!!!!!!!!!! DAFTAR SEKARANG!!

Umno penggalak aktiviti menghina Islam - Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib


KUALA LUMPUR: Islam sebagai agama rasmi Kerajaan Malaysia, tidak seharusnya menjadi sekadar slogan yang dilaung-laungkan, kata Penolong Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib (gambar).

Justeru, beliau berkata Umno BN sebenarnya tidak pernah serius memperjuangkan Islam, sekalipun untuk meletakkannya pada kedudukan agama rasmi Malaysia.

Menurutnya, sikap berdiam diri para pemimpin Umno BN terhadap kenyataan biadab Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebenarnya telah dijangka, bahkan mereka sendiri terbukti senada dan selaras dengan ucapan Presiden MCA.

“Umno BN sebenarnya bukan sahaja gagal mendidik parti komponen Barisan Nasional untuk menghormati Islam sebagai agama rasmi, bahkan mereka adalah sebab dan alasan sebenar di sebalik penghinaan dan penolakan masyarakat Malaysia terhadap Islam dan syariatnya,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Buktinya, kata beliau Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sendiri secara terang-terangan menolak pelaksanaan undang-undang hudud di Malaysia.

Walaupun begitu, ujarnya kenyataan Dr Chua Soi Lek sebenarnya terlalu biadab, melampau dan sama sekali tidak menghormati sensitiviti umat Islam di Malaysia.

Kenyataannya, tegas beliau benar-benar telah mengguris hati rakyat Malaysia yang beragama Islam.

Justeru, katanya jika masih ada umat Islam yang tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap kenyataan biadab Chua Soi Lek, barangkali mereka sendiri belum benar-benar menerima Islam sebagai cara hidup dan pegangan dalam kehidupan.

Tambah beliau, tindakan menghina Islam oleh MCA juga menampakkan bahawa Umno semakin lemah, khususnya dalam membela nasib umat Islam dan bangsa Melayu.

Beliau berkata, Umno juga dilihat terdesak mahu menarik sokongan masyarakat bukan Melayu sehingga sanggup menggadaikan prinsip dengan membiarkan agama sendiri dihina.

“Islam bukanlah  ajaran rekaan para Nabi dan Rasul, apalagi rekaan tuan-tuan guru mahupun Ahli Feqah sebaliknya Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah kepada para Nabi dan Rasul, disampaikan dan dikembangkan oleh para sahabat, sehinggalah ke hari ini,” jelasnya.

Muhammad Ismi menambah, generasi terdahulu telah bersusah payah menyampaikan Islam, sehingga ianya benar-benar tulen dan tidak diselewengkan.

“Menentang Islam, bermakna menentang Allah. Menghina Islam, bermakna menghina Allah,” ujarnya.

Ini, ujarnya adalah perkara asas yang perlu difahami oleh pemimpin Umno BN yang mengaku dirinya beragama Islam, dan mahu memperjuangkan Islam di Malaysia.

“Sebagai umat Islam, wajib kita membela agama daripada dihina ataupun diselewengkan daripada kefahaman yang sebenar.

“Semoga Allah memberikan taufiq, hidayah dan inayahNya untuk terus berjuang membela dan menyampaikan Islam dengan kefahaman yang murni, indah dan sejahtera,” katanya lagi./HarakahDaily

   Bisnes Online Terbaru!!! Panas!!!! Pedas!!!!!!

Negara di ambang musnah – Anwar Ibrahim


Bajet defisit 15 tahun berturut-turut, negara di ambang musnah – Anwar

KUALA LUMPUR 24 Oktober: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, negara mengalami defisit selama 15 tahun berturut-turut sejak 1998 dan berkemungkinan berlanjutan hingga 2015 ekoran salah urus tadbir dan rasuah berleluasa.

“Negara mengalami defisit 15 tahun berturut-turut sejak saya dipecat pada 1998 hingga 2012. Dalam Bajet 2013 yang sedang kita bahas juga mengalami defisit. Dijangka berterusan sehingga 2015 dan mungkin seterusnya,” katanya dalam laporan perbahasan bajet Kementerian Kewangan.
Anwar berkata, hutang negara tidak termasuk jaminan hutang sudah mencecah RM476 bilion atau 54 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau 55 peratus daripada Keluaran Negara Kasar (GNP) pada penghujung 2011.

“Ini amat mencemaskan kerana hampir mencecah 55 peratus daripada KDNK iaitu paras bahaya sesebuah negara sebelum terjerumus dalam kebankrapan seperti Greece,” katanya.

Menurut Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, ketika beliau menjadi Menteri Kewangan pada 1991 hingga 1997, belanjawan negara sentiasa seimbang atau lebihan manakala ekonomi pula mencatat pertumbuhan purata 8.7 peratus.
“Bandingkan prestasi ini dengan Menteri Kewangan sekarang yang disandang Datuk Seri Najib Razak dari 2009 hingga 2011 yang hanya mencatat pertumbuhan KDNK secara purata pada kadar 3.2 peratus sahaja,” katanya.

Syorkan Turki sebagai model untuk reformasi ekonomi, politik
Membandingkan dengan Turki sebelum ini, Anwar berkata, negara tersebut hampir muflis disebabkan pertumbuhan ekonomi hanya empat peratus selain menangung hutang hingga 74 peratus daripada KDNK.

Bagaimanapun katanya, setelah Parti Keadilan dan Pembangunan Turki (Parti ARK) mengambil alih pemerintahan, pertumbuhan ekonominya meningkat 6.8 peratus pada 2002 hingga 2008.
Malah di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Taib Erdogan, Ketua Umum KEADILAN itu berkata, Turki mencatat mencatat pertumbuhan ekonomi tertinggi di dunia iaitu 8.4 peratus daripada KDNK pada 2011.

Anwar turut menempelak Umno BN kononnya mereka sahaja yang dapat menyelamatkan ekonomi sedangkan negara di ambang muflis angkara kepincangan pengurusan ekonomi.
“Rekod jelas membuktikan kerberkesanan kepimpinan Pakatan Rakyat dalam mengurus tadbir negeri jauh lebih baik daripada BN,” tegasnya.

Beliau mengulangi gesaan supaya rakyat bersedia menukar kerajaan sebelum negara dilanda krisis ekonomi dan peningkatan hutang di bawah pemerintahan Umno BN./KeadilanDaily


Sanusi fitnah Anwar, tuduhan tiada asas - PKR


Nik Nazmi Nik Ahmad
Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad 
 
SHAH ALAM - PKR menafikan kenyataan Tan Sri Sanusi Junid, seorang veteran Umno bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah menggagalkan agenda Melayu ketika memegang jawatan Menteri Kewangan.

Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, nyata sekali kenyataan Sanusi adalah fitnah semata-mata dan tidak berasas.
"Kenyataan bekas Menteri Kabinet, Tan Sri Sanusi Junid bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim menggagalkan agenda Melayu ketika memegang jawatan Menteri Kewangan adalah tidak berasas sama sekali," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sanusi dan Anwar pernah menganggotai Kabinet ketika era kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Anwar dipecat oleh Dr Mahathir pada September 1998.
Selain itu, Sanusi juga pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung Umno dan Naib Presiden Umno.

Nik Nazmi berkata, ketaksuban beliau dalam menyerang Anwar dan mempertahankan Dr Mahathir dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin membuatkan beliau tidak nampak penyelewengan ekonomi yang telah menjadikan rakyat Malaysia umumnya dan Melayu umumnya sebagai mangsa.

Daim juga merupakan bekas Bendahari Umno.
Nik Nazmi berkata, menurut Sanusi ketika sebuah forum ekonomi Melayu semalam, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Daim cuba ‘meniru’ dasar anti-Yahudi Jerman dahulu dengan tidak memberikan lesen perbankan kepada masyarakat bukan Melayu.

"Namun Sanusi mendakwa usaha ini digagalkan oleh Anwar yang memberikan lesen perbankan kepada dua kumpulan bukan Melayu iaitu Hong Leong Bank dan Alliance Bank.
"Tuduhan Sanusi tidak berasas. Alliance Bank Malaysia Berhad merupakan syarikat perbankan di bawah Alliance Financial Group Berhad (AFG) yang dikaitkan dengan Tun Daim Zainudin," kata beliau lagi.
Nik Nazmi berkata, Daim dikatakan memiliki ekuiti 14.8 peratus AFG menerusi Langkah Bahagia Sdn Bhd.

Langkah Bahagia bersama-sama pihak-pihak berkaitan syarikat pelaburan Singapura, Temasek Holdings Ltd mempunyai kepentingan di dalam AFG menerusi Vertical Theme Sdn Bhd, katanya.
"Hubungan AFG dan Daim bermula sejak 1982 lagi apabila beliau membeli Malaysian French Bank. Malaysian French Bank kemudian dinamakan Multi-Purpose Bank. Pada 1997, Langkah
Bahagia membeli saham di dalam Hock Hua Bank (Sabah). Salah seorang pemilik saham Langkah Bahagia, Mohd Nasir Ali mengumumkan bahawa beliau bertindak bagi pihak Daim.

"Hock Hua Bank kemudian ditukar nama menjadi International Bank Malaysia Berhad dan digabungkan bersama Multi-Purpose Bank serta enam lagi syarikat kewangan untuk menjadi AFG," kata beliau.
Sanusi yang pernah menjadi Menteri Besar Kedah memberitahu forum ekonomi Melayu semalam bahawa Dr Mahathir dan Daim telah hilang harapan orang Melayu akan mengawal ekonomi.
Apabila mereka melihat kemajuan lambat, mereka memutuskan untuk mengikuti contoh Jerman tidak memberikan lesen perbankan kepada orang-orang Yahudi.

Akan tetapi rancangan tersebut gagal selepas Anwar menjadi Menteri Kewangan yang meluluskan lesen kepada kumpulan perbankan bukan Melayu iaitu Alliance Bank dan Hong Leong Bank.
Nik Nazmi menambah, kemungkinan agenda Melayu yang dimaksudkan Sanusi adalah untuk menjaga kepentingan saham kroni-kroni Umno-BN seperti bagaimana Petronas ditekan untuk menyelamatkan syarikat milik anak Dr Mahathir, Mirzan iaitu Konsortium Perkapalan Berhad sewaktu krisis ekonomi 1997 dengan harga melebihi kadar pasaran.

"Namun yang menghalang usaha tersebut ialah Anwar," katanya lagi./SinarHarianOnline

 PANAS!!!! MINYAK PETROL JIMAT 50% ,DISAMPIN ITU DUIT MASUK!!!!!!!!!!! DAFTAR SEKARANG!!

Selasa, Oktober 23, 2012

Kes Anwar Ibrahim saman Utusan diputuskan 27 Dis

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan tarikh 27 Disember untuk memutuskan kes saman fitnah oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas akhbar Utusan Malaysia berhubung laporan mengenai temubualnya dengan BBC.

Hakim Datuk VT Singham menetapkan tarikh berkenaan untuk menyampaikan penghakimannya selepas seorang pengarang berita kanan Utusan dan seorang wartawan memberi keterangan di mahakah untuk membela akhbar milik Umno itu.

Anwar menamakan penerbit Utusan Melayu (M) Bhd dan pengarang kumpulannya Datuk Abdul Aziz Ishak sebagai defendan dalam saman tersebut.

Ketua umum PKR itu diwakili peguam N Surendran dan Latheefa Koya, sementara Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin mewakili Utusan./MalaysiaKini

  Bisnes Online Terbaru!!! Panas!!!! Pedas!!!!!!

Khalid MB Selangor paling berjaya - DSAI


Anwar
Anwar memuji integriti Abdul Khalid sebagai MB Selangor.
 
SHAH ALAM – Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor paling berjaya kerana kekuatan integriti beliau, sepanjang hampir lima tahun menerajui negeri itu.

Anwar berkata, tuduhan bahawa sesetengah individu yang terlibat dalam bidang politik mengundang kekayaan untuk kepentingan peribadi diakui berlaku di negara ini, namun kebanyakannya dikaitkan dengan pemimpin Barisan Nasional (BN).

“Bagi saya, ukuran pertama yang penting (sebagai pemimpin) ialah integriti. Ada jawatan, dia tidak akan ambil tanah, balak, syarikat dan komisen daripada projek negeri. Orang boleh kritik dia (Abdul Khalid) kedekut, itu saya setuju, tetapi kekuatannya ialah integriti. Selangor mempunyai lebihan wang negeri RM2 bilion.

“Sebab itu integriti moral perlu ada dalam politik negara dan antarabangsa. Masalah kita dalam negara apabila orang masuk politik untuk cari kekayaan. Bila pemimpin ada integriti, dia mampu mentadbir negara,” katanya pada majlis Makan Malam Keadilan Selangor 2012, kelmarin.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Penasihat Ekonomi Selangor berkata, Pakatan Rakyat (PR) tidak akan menggunakan pendekatan fitnah atau berunsur negatif dalam memenuhi misi menawan
Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak, sebaliknya mereka berhasrat menang berdasarkan fakta.

Beliau berkata, fakta itu boleh dilihat menerusi kejayaan empat negeri, Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah yang diterajui PR, sekali gus membuktikan mereka mampu mentadbir negara.
Katanya, mengambil contoh Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang, kedua-dua negeri itu dikatakan menyediakan peruntukan kira-kira RM500 juta untuk pembinaan rumah kos rendah.

“Kita hendak menang (PRU13) bukan kerana kita hendak fitnah (BN). Tidak, kita hanya hendak menang berdasarkan fakta umpamanya kejayaan negeri yang ditadbir PR seperti Selangor dan
Pulau Pinang yang sediakan setengah bilion ringgit untuk pembinaan rumah kos rendah.

“Pembinaan rumah kos rendah ini sepatutnya menjadi tanggungjawab Kerajaan Pusat. Kerajaan negeri hanya beri tanah mempercepatkan proses kelulusan (pembinaan) saja, tetapi Pulau
Pinang dan Selangor catat sejarah pertama (sediakan peruntukan ini),” katanya.

Pada majlis itu, lebih 5,000 orang hadir sempena Jelajah Merdeka Rakyat di Selangor.
Konvoi jelajah itu diadakan jam 10 pagi bermula di Dewan Undangan Negeri (Dun) Dengkil, Morib, Pelabuhan Klang, Sementa, Melawati, Ijok dan berakhir di Kota Anggerik.

Selain Abdul Khalid, turut hadir, Speaker Dun Selangor, Datuk Teng Chang Khim; Timbalan Presiden PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu./SinarHarianOnline

Gila!! Hampir sejuta pengundi Sarawak dikecuali audit PSC – Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR 22 Oktober: Hampir sejuta data pemilih Sarawak dikecuali menjalani proses audit Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) ekoran kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membekal senarai nama.

Dedah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen hari ini, dari 1,009,312, hanya 14,928 data pemilih di negeri itu diaudit manakala selebihnya terpaksa dikecuali daripada proses itu kerana berlaku pertindihan dengan daftar pemilih Sabah.

“Ini bukti tindakan SPR dari senarai yang diperoleh, walaupun diberi jaminan oleh PSC,” kata Anwar dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 berkaitan SPR.

Anwar berkata, jumlah 14,928 pemilih Sarawak itu hanyalah 1.5 peratus dari keseluruhan pengundi.
Menurutnya, jumlah keseluruhan nama pemilih di seluruh negara yang diaudit PSC adalah 11,585,956, berbanding statistik daftar pemilih bagi suku tahun keempat 2011 berjumlah 12,595,268.

Beliau turut mengkritik keberkesanan SPR dalam pengurusan pilihan raya, sedangkan agensi itu menerima peruntukan RM400 juta, dua kali ganda peningkatan iaitu RM203 juta ketika mengendalikan Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008.

Selanjutnya, Anwar merumuskan, hasil audit PSC mendapati tiga kepincangan besar iaitu keraguan terhadap kelayakan permohonan pemilih, alamat tidak lengkap dan rombakan serta penggabungan lokaliti yang menimbulkan kekeliruan.
“Kalau begini keadaannya, ia menunjukkan SPR masih lemah. Apakah ini keupayaan SPR, walaupun telah ada sistem MyKad?” soal Anwar./KeadilanDaily

 PANAS!!!! MINYAK PETROL JIMAT 50% ,DISAMPIN ITU DUIT MASUK!!!!!!!!!!! DAFTAR SEKARANG!!

Isnin, Oktober 22, 2012

Live!!!! Terkini!!! Jelajah Merdeka Rakyat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Taman Melati, Wangsa Maju Bersama DSAI


Pakatan Rakyat Supporters
#TumbangBN
UNTUK SEBARAN UMUM (MOHON SEBARAN)
Jelajah Merdeka Rakyat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Taman Melati, Wangsa Maju


LIVE : http://new.livestream.com/accounts/1706262/events/1616515


   JIHAD EKONOMI BERMINAT SILA DAFTAR SEKARANG!!    

Panas!! DAP Pertahankan TGNA...


Isu rogol: DAP tepuk meja bela Nik Aziz

DAP hari ini berkobar-kobar mempertahankan PAS ekoran tuduhan pemimpin MCA bahawa mursyidul am parti itu Datuk Nik Aziz Nik Mat membenarkan orang Islam merogol bukan Islam.

NONEBangkit mempertahankan Nik Aziz yang dirujuknya sebagai "Tok Guru", Anthony Loke (DAP-Rasah) menyifatkan kenyataan Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seah Kie yang disokong Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek itu sebagai "paling biadap".

"Chua Soi Lek ialah presiden MCA yang paling biadap," katanya sambil menepuk meja.

Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia kemudiannya mematikan mikrofon Loke (atas) dan meminta anggota parlimen Rasah tidak membawa hujah politik dalam dewan.

Bercakap dalam Persidangan Agung Wanita MCA di Kuala Lumpur kelmarin, Heng menuduh PAS membenarkan merogol wanita bukan Islam sekiranya mereka tidak mematuhi kod etika pakaian Islam.

Heng membuat kesimpulan itu berdasarkan video lama Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang didakwa menyebut wanita patut dirogol jika tidak menutup aurat.

"Daripada ucapan Nik Aziz, kami simpulkan bahawa Nik Aziz secara terbuka meminta orang Islam merogol bukan Islam, adakah saya benar?" tanya Heng di hadapan 1,032 perwakilan.

Dr Chua dalam sidang media selepas itu mempertahankan kenyataan Heng itu kerana mendakwa ia benar./MalaysiaKini

 Bisnes Online Terbaru!!! Panas!!!! Pedas!!!!!!

Terkini!!!!!!!!!!!!! DSAI Belasah!!!! Umno/BN

'Ingat bapak dia punya jet?'
Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tidak menjadi kesalahan baginya dan pemipin Pakatan Rakyat untuk menggunakan jet dalam program bertemu rakyat.

Dalam ucapannya ketika bertemu sekumpulan penduduk di Puchong, Anwar secara berseloroh berkata langkah itu juga boleh mengelakkan daripada serangan menggunakan cat dan batu.

"Kita naik bas kena baling cat. Naik kereta kena baling batu. Jadi kita naik jet. Biar mereka tak boleh baling batu. Kalau baling, kena muka mereka balik.

"Memang ada syarikat yang bagi pinjam. Dulu tak bagi. Sekarang bagi sebab dia tahu kita akan menang. Sekarang ada lima syarikat yang nak bagi pinjam," katanya.

Kenyataannya itu bagi mengulas isu jet yang digunakannya ketika program Jelajah Merdeka Rakyat ke Sabah pada bulan lalu.

Isu berkenaan dilaporkan dengan meluas dalam media pro-BN dan dijadikan modal dalam kempen ceramah pemimpin pro-BN – dengan jolokan "Buyjet (Beli jet)" – sebagai sindiran untuk mempertikai belanjawan alternatif Pakatan.

"Seolah-olah dosa besar naik jet. Ingat bapak dia punya jet?," kata Anwar lagi dalam majlis yang turut dihadiri oleh menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan beberapa orang anggota exco negeri.

Dalam program bersama kira-kira 200 orang penduduk itu, Anwar turut menerima borang keahlian PKR daripada penduduk kawasan tersebut.

Kampung berkenaan merupakan antara tujuh lokasi sekitar negeri Selangor yang dilawatinya hari ini dalam program Jelajah Merdeka Rakyat Anwar.

Selain Desa Ayer Hitam, Anwar bersama kumpulan pemimpin Pakatan itu akan mengunjungi Pantai Morib, Kuala Langat, Banting, Klang, Ijok dan terakhir di Shah Alam.

Beliau juga dijadualkan menghadiri Majlis Makan Malam Keadilan Selangor dan Ceramah Merdeka Rakyat di perkarangan Stadium Melawati, Shah Alam./MalaysiaKini

BAGAIMANA JANA WANG DI BLOG USAHAWAN INTERNET..

Soi Lek Sudah Gila!!!!!!!!!!!!!!

Soi Lek: negara amal hudud antara yang 'paling korup'

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara negara paling korup, tidak stabil dan tidak selamat.
Dalam ucapannya di perhimpunan agung MCA ke-59 itu, Chua tidak menamakan mana-mana negara namun menggunakan dakwaan itu untuk menyerang Pakatan Rakyat.

NONE"DAP berjaya meyakinkan orang bukan Islam bahawa hudud PAS akan mengurangkan jenayah dan rasuah di dalam negara. Ini satu lagi penipuan besar," katanya.

Dalam ucapan selama 45 minit itu, Chua secara umumnya menyerang seterunya DAP dan sesekali memuji perdana menteri.

Chua menyerang slogan Ubah DAP, yang menurutnya satu singkatan bagi "Untuk Bentuk Agama dan Hudud ala PAS"./MalaysiaKini

PANAS!!!! MINYAK PETROL JIMAT 50% ,DISAMPIN ITU DUIT MASUK!!!!!!!!!!! DAFTAR SEKARANG!!

Ahad, Oktober 21, 2012

Bubar!! Umno, Semua Masuk PR....

Nik Aziz: Amal mawaddah, bubar Umno naung dalam satu parti
KOTA BHARU- Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengajak umat Islam bersatu dalam satu parti dengan mengamalkan mawaddah (sifat kasih sayang) dalam politik sambil berkata, “kita tiru tindakan” bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, sejak lebih 20 tahun Kelantan, pihaknya tidak nampak ada hubungan (mawaddah) wujud di antara parti Pas dan Umno biarpun terdapat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di negeri ini.
“Kita ajak orang Melayu supaya berbalik semula kepada Islam kerana apabila kita tinggalkan cara Islam, ertinya kita sudah terlajak.

“Apabila kita terlajak, kita tidak percaya kepada Islam dan apabila tidak percaya kepada Islam, kita tidak percaya kepada al-Quran, tidak percaya kepada Nabi Muhammad dan tidak percaya kepada ALLAH…ini cukup bahaya,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Program Sambutan Hari Keluarga Mawaddah Peringkat Negeri Kelantan di Taman Tengku Anis, Tanjung Chat, di sini, hari ini.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Kerajaan Kelantan, Wan Ubaidah Wan Omar; isteri Nik Aziz, Tuan Sabariah Tuan Ishak dan Pakar Motivasi, Dr Robiah K.Hamzah.

Nik Aziz berkata, sebagai umat manusia, mereka diminta menjaga Islam kerana ajaran agama itu cukup sempurna termasuk melalui demokrasi Islam.

Menurutnya, dalam politik, manusia perlu menghubungkan politik dengan Nabi Muhammad iaitu apabila menyebut nama Nabi Muhammad SAW, ia mengingatkan umat terhadap politik Islam.
“Dalam sembahyang, kita menyebut salam ke atas Nabi Muhammad biarpun Nabi tiada waktu kita solat, namun kita diajar ada hubungan rapat manusia dengan Nabi,” katanya.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, bagi melaksanakan mawaddah dalam kedua-dua parti (Pas-Umno) berkenaan, beliau ada membuat cadangan kepada rombongan yang sampai dari Kuala Lumpur semalam.
“Saya kata begini kepada rombongan itu semalam, kita tiru tindakan Dr Mahathir (Tun) buat kepada Parti Semangat 46 iaitu semasa Parti Semangat 46 nak masuk Umno dulu, Dr Mahathir kata bubar Parti Semangat 46.

“Begitu juga jika Umno mahu berbaik dengan Pas, kita juga mahu bubar dasar kebangsaan, kita (Pas) masukkan dasar Islam, bubar Umno, apa kurangnya dengan Islam,” katanya.
Katanya, Dasar Kebangsaan itu pertamanya adalah ajaran dari Eropah dan keduanya, Islam mampu menjamin manusia ke pintu syurga./SinarHarian

  JIHAD EKONOMI BERMINAT SILA DAFTAR SEKARANG!!    

Sabtu, Oktober 20, 2012

Panas!!!! Pakatan Rakyat Sekarang Dalam Keadaan Menang!!!!

Pakatan Rakyat Kini Pada Kedudukan 'Majoriti Mudah'!


Apakah yang dimaksudkan dengan majoriti mudah?


Takrifan yang paling sesuai adalah seperti berikut:


Parlimen Malaysia kini mempunyai 222 kerusi di seluruh negara.


Untuk memperolehi majoriti mudah, sesebuah pakatan politik mesti memenangi sekurang-kurangnya separuh daripada jumlah tersebut, atau 111 kerusi (222 bahagi 2 = 111 kerusi).


Ini bermakna pakatan politik yang hendak menubuhkan kerajaan persekutuan mestilah mempunyai lebih 111 kerusi iaitu mesti berkelebihan sekurang-kurangnya satu kerusi berbanding pakatan politik lain (112).


Keyakinan tersebut berdasarkan kepada kaji selidik sebelum pergolakan Umno Sabah melanda, Pakatan Rakyat mensasarkan menguasai sekurang-kurang 105 kawasan parlimen, yakni kekurangan 7 lagi kerusi bagi membentuk majoriti mudah.

Namun kata Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli situasi itu tiba-tiba berubah selepas tsunami politik berlaku dalam Umno Sabah dengan menyaksikan beberapa wakil rakyat meninggalkan parti itu.

Hujah tersebut disokong pula penganalisis politik Sarawak, Dr Jeniri Amir yang mengandaikan sekurang-kurang 10 kerusi di Sabah dan Sarawak sudah berada dalam tangan Pakatan Rakyat seandainya tidak berlaku pertembungan tiga penjuru.

Rafizi berkata, berdasar kepada perkiraan Dr Jeniri yang mempunyai kepakaran perkembangan politik di Sabah dan Sarawak, bermakna Pakatan sudah mengatasi BN dengan kelebihan sekurang-kurangnya 8 kerusi.

“Perkiraan ini dibuat bukan secara sekadar syok sendiri sebaliknya ada asas berdasar kepada beberapa petunjuk termasuk kajian beberapa badan penyelidik dan perkembangan semasa yang berlaku.

“Kalaulah andaian itu hanya sekadar syok sendiri, sudah tentu sejak dua bulan lalu Perdana Menteri, Najib Altantuya telah membubarkan parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan.

“Namun Perdana Menteri masih lagi teragak-agak kemungkinan besar laporan daripada perisik Umno dan kerajaan masih memberi isyarat negetif,” katanya pada Wacana Perdana anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri di Kelantan Trade Centre (KTC) malam tadi.

Turut bertindak sebagai ahli panel anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, Dr Jeniri dari Unimas, manakala Dr Mazslee Malek (UIA) bertindak sebagai moderator.

Orang ramai memenuhi dewan konvensyen KTC biar pun pada waktu yang sama diadakan ceramah di 22 tempat di seluruh Kelantan termasuk di Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa.

Rafizi yang kemudian menjadi sasaran dihujani pelbagai soalan daripada penonton juga memberitahu sikap tiada keyakinan diri Perdana Menteri boleh ditengok kepada sejarah kehidupannya.

Menurutnya, Najib Altantuya dilantik sebagai Menteri Besar Pahang ketika berusia 26 tahun bagi meneruskan kesinambungan ayahnya Tun Abdul Razak. Kemudian berusia 29 tahun dilantik pula sebagai menteri kabinet.

“Manakala jawatan Ketua Pemuda Umno disandangnya selepas jawatan itu dikosongkan Anwar Ibrahim. Ini bermakna beliau tidak pernah melalui cabaran yang sengit bagi mendapat kedudukan dalam parti dan kerajaan.

“Berdasar kepada pengalaman itu maka tidak hairanlah sekarang Najib tiada keyakinan diri untuk mengisytiharkan pilihan raya, lebih-lebih lagi cabaran Pakatan begitu sengit sekali,” ujarnya.

Takiyuddin pula berkata, Najib Altantuya menunggu masa yang begitu lama bagi mendapat mandat daripada rakyat  setelah menduduki kerusi perdana menteri, di mana sehingga sekarang lebih tiga tahun berbanding perdana menteri sebelumnya.

Sedangkan Abdullah Ahmad Badawi mengambil masa empat bulan sahaja bagi membubarkan parlimen selepas dilantik perdana menteri, begitu juga Mahathir Mohamad lapan bulan, Hussien Onn kurang dua tahun.

Dr Jeniri mengandaikan kesukaran Pakatan meluas di Sabah dan Sarawak kerana faktor rakyat tempatan masih mendapat sumber maklumat daripada televisyen dan radio berbanding sumber alternatif lain.

“Ini dapat dilihat pada pilihan raya negeri Sarawak tahun lepas Media Prima yang mengendali televisyen swasta di negara ini dikerah dengan bilangan petugas paling ramai bagi membantu kempen BN,” tambahnya./JalanPulang


  BAGAIMANA JANA WANG DI BLOG USAHAWAN INTERNET..

Ceramah Terkini!!! Anwar Ibrahim Di Sabah (video)



PANAS!!!! MINYAK PETROL JIMAT 50% ,DISAMPIN ITU DUIT MASUK!!!!!!!!!!! DAFTAR SEKARANG!!

Jumaat, Oktober 19, 2012

Bekas IGP tak pernah sedia untuk bicara - Mat Zain

Mat Zain: Bekas IGP tak pernah sedia untuk bicara

Bekas ketua polis negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan daripada awal tidak pernah bersedia untuk untuk perbicaraan saman fitnahnya terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara ini jelas apabila Musa difahamkan menghadapi masalah mencari peguam utama setelah Hisyam Teh Poh Teik dan Ghazi Ishak memaklumkan tidak dapat hadir pada hari itu.

Tambahan pula, senarai saksi Musa dilihat tidak lengkap sebelum perbicaraan kerana selain bekas KPN memberi keterangan seperti dituntut, beliau meletakkan bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Mat Zain Ibrahim sebagai saksi keduanya.

NONEMat Zain (kiri) memberitahu Malaysiakini, beliau terkejut dengan tindakan Musa membariskannya sebagai saksi.

"Saya tidak pernah disepina atau dimaklumkan oleh Musa atau peguamnya berkaitan hasrat memanggil saya atau merakamkan kenyataan saya untuk persediaan kenyataan saksi. Saya percaya bahawa peguam Anwar betul, mereka tak minta penyelesaian.

"Musa sebenarnya yang berbohong kepada orang awam dan memutuskan menarik balik (kes itu). Musa tidak mahu kes itu dimulakan," dakwa Mat Zain, bekas pegawai penyiasat dalam kes siasatan mata lebam Anwar.

Musa pada 16 Oktober lalu menarik balik saman fitnah terhadap Anwar berkaitan laporan polis oleh ketua pembangkang itu berhubung dakwaan mereka cipta bukti dalam perbicaraan Liwat 1./MalaysiaKini

  JIHAD EKONOMI BERMINAT SILA DAFTAR SEKARANG!!    

Husam Musa bidas kenyataan Shaziman (menteri umno)


Datuk Husam Musa

KOTA BHARU - “Kalau asyik tunggu pertimbangan, sampai bila Kelantan nak dapat lebuh raya” tegas Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor yang menyatakan pihaknya tidak pernah membatalkan projek pembinaan jalan Kuala Krai-Kota Bharu.

Husam yang juga Naib Presiden Pas berkata, terdapat kekeliruan mengenai kenyataan Shaziman mengenai kos yang dikemukakan bagi jajaran 77 kilometer itu yang didakwa tinggi.

“Saya kurang jelas apa yang dinyatakan, mungkin, (pembaikan jalan Kota Bharu-Kuala Krai) jika itu maksudnya sudah tentu RM1.6 bilion itu besar jumlahnya, tetapi apa yang kita laksanakan ini adalah lebuh raya (baru), ia dua perkara yang berbeza,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Kelmarin Shaziman ketika menggulung  Rang Undang-Undang Perbekalan di Dewan Rakyat menyatakan, pihaknya tidak membatalkan projek itu sebaliknya menilai semula dan mencari alternatif lebih baik berbanding cadangan asal.

Terdahulu beliau mahu Kerajaan Kelantan menumpukan usaha menyelesaikan isu air bersih di negeri itu berbanding mengutip derma bagi membina lebih raya.

Husam berkata pihaknya tidak menunggu lebih lama untuk mengetahui pertimbangan Kerajaan Pusat kerana keperluan lebuh raya itu kini penting untuk rakyat Kelantan.

“Itu baru pertimbangan, belum tahu lulus tidak lulus lagi dan jika lulus pula berapa lama untuk memulakan projek itu,” katanya.

Mengulas mengenai kenyataan Shaziman yang bersedia untuk memberi bantuan teknikal dalam pembinaan lebuh raya itu, Husam berkata, beliau tidak percaya dengan kata-kata sahaja, malah mahu menteri itu beri surat pengesahan kepada Kerajaan Negeri.

Semasa Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) yang berakhir Rabu lepas, Husam berkata, pihak kontraktor akan mula pembinaan Lebuh Raya Rakyat itu selepas musim tengkujuh yang dijangka berlaku November dan Disember ini./SinarHarianOnline

Bisnes Online Terbaru!!! Panas!!!! Pedas!!!!!!

Khamis, Oktober 18, 2012

Solat dahulu sebelum tonton bola – TG Nik Aziz



KOTA BHARU: Tuan Guru Datuk Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan pemain dan penonton menjaga solat dan berdisiplin sempena perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia 20 Oktober ini.

Menteri Besar berkata, waktu Maghrib begitu singkat, hendaklah dilaksanakan dahulu solat sebelum menonton perlawanan bola.

“Mengerjakan ibadat solat suatu kewajipan walau di padang sekali pun. Kita kena menjaga disiplin kita dengan Allah Taala bersesuaian dengan sifat kita sebagai seorang hamba-Nya.

“Selain itu bagi pemain hendaklah jaga disiplin ketika beraksi di padang,” ujarnya di sini.

Kelantan akan bertemu ATM pada perlawanan akhir Piala Malaysia yang akan diadakan di Stadium Shah Alam. Kelantan pernah muncul juara pada 2010.

Kerajaan negeri juga mengumumkan cuti peristiwa pada Ahad ini.

Menteri Besar berkata, melatih pemain bola sepak supaya mengingati tanggungjawab masing-masing sebagai hamba Allah Taala adalah suatu kewajiban.

“Kita akan mendapat kebaikan yang lebih sekiranya memenuhi tuntutan itu,” tambahnya.

Beliau juga turut mencadangkan supaya perkataan “bermain bola” ditukar kepada istilah lain memandangkan bola sepak sekarang suatu kerjaya sehingga boleh menghasilkan rezeki.

“Perkataan main sebenarnya tak comel, nampak hanya main, sedangkan bola kini sudah menjadi mata pencarian. Patut kita tukar mentaliti bermain kepada satu kerja halal,” ujarnya./HarakahDaily

 BAGAIMANA JANA WANG DI BLOG USAHAWAN INTERNET..

Kerajaan Selangor The Best!!!!

Kewangan S’ngor membanggakan, pelaburan naik RM1.55 bilion

KUALA LUMPUR 18 Oktober: Prestasi kewangan Selangor membanggakan apabila hasil wang pelaburan yang diperoleh pada 2011 meningkat sebanyak RM1.55 bilion berbanding tahun sebelumnya.
Pencapaian ini sekaligus mengekalkan peningkatan wang pelaburan negeri itu bagi tahun kelima berturut-turut.

Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berpuas hati dengan prestasi itu yang diyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2011.
“Kenaikan pelaburan pada tahun lalu sebanyak RM1.55 bilion berbanding tahun sebelumnya, RM928,61 juta.
“Ini merupakan peningkatan berterusan untuk tahun kelima berturut-turut,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat mingguan Exco di Shah Alam semalam.

Mengikut LKAN, Khalid berkata, Selangor turut mencatatkan kejayaan dalam beberapa aspek.
“Ia meliputi peningkatan hasil sebanyak RM62.5 juta dari RM1.571 bilion pada 2010 kepada RM1.634 bilion pada 2011.
“Kumpulan wang disatukan naik kepada RM1.944 bilion dari RM1.58 bilion pada 2010,” kata Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu.

Selanjutnya, beliau berkata, kerajaan negeri turut menerima pujian dari segi peningkatan hasil wang simpanan.
“Kedudukan kewangan yang baik dengan peningkatan dari segi wang simpanan, hasil pelaburan dan pengurusan kewangan.

“Sembilan daripada 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan lima badan berkanun mencatat untung. Pembayaran hutang awam sangat baik. Projek pembangunan juga sangat baik dari segi perbelanjaan dan bilangan projek lulus,” jelasnya./KeadilanDaily

  JIHAD EKONOMI BERMINAT SILA DAFTAR SEKARANG!!    

Catatan Terkini...

HANYA RM10.00 SEBULAN
[ Tempah sini ]

Iklan VIP
http://www.kekcoklat.com/images/banner/banner468.gif
Iklan Penaja


Iklan Penaja


DERMA IKHLAS KEPADA KAMI SILA " KLIK " IKLAN DI BAWAH.

Blog Agen Dsai Ikut..

CARTA BLOG PR POPULAR..!!

P.R.O - fm

Catatan Popular Daripada Agen Dsai