TOLONG!! SILA KLIK BANNER INI..

Taip Tajuk Untuk Cari Di Blog Ini

Memuatkan ...

Khamis, Mei 31, 2012

Ceramah Terkini!!! Ketua AMK PKR Di KL (video)



#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!

Adun PKR Bersih!!! - SPRM

Pengerusi Panel Penilaian Operasi (IPO) SPRM, Datuk Seri Hadenan Abdul Jalil
SPRM: Adun Sri Muda, Batu Caves 'bersih'
 
Pengerusi Panel Penilaian Operasi (IPO) SPRM, Datuk Seri Hadenan Abdul Jalil
bercakap pada sidang media berhubung isu penyelewengan pasir di Selangor
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengisytiharkan kes membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Mat Suhaimi Shafiei dan rakan sejawatannya kerusi Batu Caves, Amirudin Shari, yang disiasat berhubung isu penyelewengan pasir di Selangor, dengan rasminya telah ditutup.

Kedua-dua merupakan wakil rakyat PKR di Selangor.

Menurut Pengerusi Panel Penilaian Operasi (IPO) SPRM, Datuk Seri Hadenan Abdul Jalil, walaupun sebelum ini kes itu telah dibuka semula namun hasil siasatan terkini mendapati kedua-dua Adun tersebut tidak bersalah di bawah undang-undang SPRM.

"Kami secara rasminya telah bersetuju untuk tutup kes kedua-dua Adun tersebut kerana mendapati mereka tidak bersalah atas dakwaan terhadap mereka berdua," katanya.

Sebelum ini, kenyataan media melaporkan  Suhaimi dan Amirudin telah disiasat oleh SPRM berhubung isu penyelewengan pasir di Selangor.

Selain itu, Shuhaimi telah didakwa kononnya beliau terlibat dalam penyelewengan pasir bermula pada 23 Mei 2009 apabila Adun Sri Muda itu bertemu wakil syarikat yang terlibat dalam pembinaan Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) di Hotel Sunway, Seberang Prai./SinarHarian

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)    
 
  Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!   
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!

Tsunami politik PRU13 dari selatan - Datuk Mustafa Ali


Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali
 
SHAH ALAM - Jika perubahan senario politik empat tahun lalu dikaitkan dengan tsunami politik dari utara, perkembangan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) didakwa akan bertolak dari selatan Semenanjung - yang Pas mengatekorikan sebagai "tsunami dari selatan."

"Pada PRU kali ini, saya melihat kecenderungan tsunami muncul dari arah selatan di mana sokongan di negeri Johor khususnya semakin meningkat, tidak seperti dahulu di mana kita sering hilang deposit. Kita nampak peningkatan kali ini," kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dalam temu bual dengan Sinar Harian dan Sinar Harian Online semalam.

Ekoran tsunami politik 8 Mac 2008, Pas-DAP-PKR yang membentuk kerjasama politik, menawan kuasa kerajaan negeri di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Kelantan diterajui Pas sejak 1990. Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak tumbang awal 2009 ke tangan Barisan Nasional (BN).

Selain lima kerajaan negeri itu, ketiga-tiga parti itu turut memperoleh 84 kerusi Parlimen, sekali gus menafikan majoriti tradisi dua pertiga BN.

Selepas kejayaan itu, ketiga-tiga parti tersebut membentuk kerjasama politik atas nama Pakatan Rakyat (PR).

Mengulas lanjut, Mustafa berkata, pihaknya yakin bahawa tsunami politik kali ini akan muncul dari selatan sebab "tsunami dari arah utara sudah kering, sudah tepu."

"Jadi tsunami dari arah selatan pula," katanya secara berseloroh tetapi memperlihatkan keyakinan perikatan berusia empat tahun itu.

Dilihat ada kaitan dengan tanggapan itu, Pas mahu menurunkan Naib Presidennya, Salahuddim Ayub bertanding di Johor.

Sebelum ini, Salahuddin mengesahkan akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan ia akan menjadi keutamaan beliau.

Sebelum ini, Salahuddin, anak kelahiran Johor, bertanding kerusi Parlimen Kuala Krai.

Bertolak dari itu, menjawab soalan berapa negeri yang PR yakin akan menang pada PRU13, Mustafa berkata, negeri-negeri yang dimenangi sebelum ini akan dikekalkan.

"PR yakin untuk menang (balik) di Perak,  Terengganu, Negeri Sembilan, (manakala) Johor, Melaka dan negeri yang lain akan berlaku peningkatan sokongan terhadap PR.

"Di Pahang, keluasannya besar dan merupakan negeri (kelahiran) Perdana Menteri, tidak mudah bagi PR tetapi yakin akan berlaku peningkatan sokongan," kata pemimpin dari Terengganu ini/SinarHarian
KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)    
 
  Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!   
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!

Rabu, Mei 30, 2012

Nasihat untuk Mufti Perak - TGNA

Harussani jadi orang tengah debat Najib-Anwar

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mencadangkan Mufti Perak, Tan Sri Harusani Zakaria menjadi orang tengah debat antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, Mufti Perak itu tidak perlu bersusah payah untuk menjadi orang tengah debat PAS dan Umno, sebaliknya menjadi orang tengah debat antara Datuk Seri Najib dan Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat mingguan exco bagi mengulas kenyataan Mufti Perak itu yang menyerangnya dalam media dua hari lalu.

Harusani dalam media berkenaan mendakwa Menteri Besar Kelantan itu sebagai ‘melampau’ kerana meletakkan syarat untuk muzakarah dengan Umno dan menyifatkannya tidak mahu melihat perpaduan dalam Islam.

“Saya nak minta dia (Harussani) jadi orang tengah debat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga Perdana Menteri Najib Tun Razak.

“Dia dah hentam PAS, tetapi nak jadi orang tengah (muzakarah PAS-Umno), mana ada orang nak terima dia.

Tambahnya, andainya Harussani enggan, beliau tidak perlu lagi bercakap banyak dan menyentuh pihak lain.

Pada masa yang sama Tuan Guru turut menjawab kenyataan Harussani yang mempersoal PAS inginkan kerusi pada pilihanraya.

Menurut Tuan Guru, kaedah sekarang sememangnya memerlukan kerusi untuk berdakwah dan menegakkan syariat.

“Andainya tidak ada kerusi, bagaimana kita nak berdakwah," ujarnya./HarakahDaily


KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)    
 
  Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!   
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!

Belanjawan 2012 perlu dibentang semula - DSAI

Anwar Ibrahim
30 Mei 2012
PERTUMBUHAN ekonomi yang lembap iaitu pada kadar 4.7 peratus dalam 2012 seperti yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia baru-baru ini memberikan kesan serius terhadap kewangan negara. Ini adalah kali kedua pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak gagal untuk mencapai sasaran penting ekonomi berdasarkan Belanjawan 2012. Bukan sahaja beliau gagal memenuhi sasaran pertumbuhan ekonomi bagi tahun 2011, pentadbirannya juga tidak berjaya melepasi sasaran pertumbuhan pelaburan swasta pada takuk 14.4 peratus sahaja (berbanding sasaran 16.2 peratus).

Saya telah mengingatkan Najib bahawa kecenderongan beliau memanipulasi unjuran pertumbuhan ekonomi untuk mempamerkan angka defisit yang lebih rendah adalah tidak bertanggungjawab.

Ketika perbahasan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat pada 10 Oktober 2011, saya juga telah menegaskan bahawa andaian ekonomi yang digunakan (iaitu pertumbuhan lima hingga 5.5 peratus dan lima hingga enam peratus untuk tahun 2011 dan 2012) adalah tidak tepat.

Kini terbukti bahawa andaian tersebut yang diguna pakai dalam perancangan Belanjawan 2012 bersifat tidak absah. Pengumuman Bank Negara Malaysia pada 21 Mac 2012 yang menyemak unjuran pertumbuhan ekonomi 2012 kepada emapt peratus hingga lima peratus sahaja menyetujui gesaan saya supaya Belanjawan 2012 dibentangkan semula.

Oleh itu, saya ulangi gesaan yang dibuat di Dewan Rakyat sebelum ini bahawa Belanjawan 2012 seharusnya dibentangkan semula dan dibahaskan dalam Parlimen pada sesi bulan Jun ini memandangkan andaian pertumbuhan yang digunakan adalah salah. Jika Barisan Nasional berterusan membelanjakan wang negara berdasarkan belanjawan tersebut, ini akan memberikan kesan parah terhadap kadar defisit dan ianya boleh melangkaui had 55 peratus nisbah hutang negara berbanding KDNK.

Kenyataan mengelirukan oleh Najib bahawa Pakatan Rakyat tidak berhasrat untuk melaksanakan kebijakan ekonomi yang jelas setakat ini juga perlu disanggah. Beliau secara jelas telah mengelirukan khalayak rakyat tatkala menuduh Pakatan Rakyat menjanjikan gaji minima sebanyak RM4,000.

Pakatan Rakyat mencadangkan pendekatan tuntas untuk mengatasi kemerosotan ekonomi kesan ketidakcekapan tatakelola dan penyelewengan Barisan Nasional. Satu daripada penjajaran semula ekonomi yang dicadangkan adalah dengan mengubah dasar yang menumpukan kepada sasaran ekuiti 30% Bumiputera yang disalahguna oleh Barisan Nasional; kepada sasaran ekonomi berteraskan pendapatan minima RM4,000 sebulan untuk setiap isi rumah bagi setiap keluarga dalam tempoh lima tahun tempoh pentadbiran Pakatan Rakyat. Malang sekali apabila Perdana Menteri Malaysia tidak dapat membezakan di antara gaji minima yang dikuatkuasa melalui undang-undang buruh dan sasaran pendapatan isi rumah yang dicapai melalui kebijakan ekonomi.
Sasaran ekuiti 30 peratus Bumiputera telah dimanipulasi oleh kroni dan pihak berkepentingan untuk memperkayakan diri mereka sedang rakyat jelata terus sengsara. Jurang di antara kelompok kaya dan miskin semakin meluas dengan ketara akibat penyelewengan yang dilakukan kononnya atas keperluan mencapai sasaran 30 peratus ekuiti ini.

Pengurusan kekayaan negara secara lebih adil seharusnya ditumpukan untuk memastikan setiap keluarga menikmati mutu hidup yang baik. Pendapatan setiap keluarga mesti ditingkatkan sejajar dengan peningkatan kos kehidupan. Setiap keluarga mesti meraih pendapatan yang lebih tinggi dari garis kemiskinan supaya mampu membuat pelaburan untuk masa depan anak-anak mereka.

Justeru, sasaran ekonomi yang ditetapkan oleh Pakatan Rakyat agar jumlah pendapatan setiap keluarga di Malaysia sekurang-kurangnya mencecah RM4,000 sebulan bukan saja tepat secara moral, bahkan mampu untuk dicapai menerusi gabungan dasar ekonomi prorakyat yang dicadangkan.

Najib tidak sewajarnya mengkritik dasar-dasar ekonomi Pakatan Rakyat apabila beliau sendiri terus mengelak untuk berdebat secara terbuka tentang dasar-dasar tersebut. Jika beliau yakin bahawa Pakatan Rakyat tidak berkemampuan untuk melaksanakan tawaran-tawaran ekonomi tersebut, beliau seharusnya berani untuk mempertahankan pendirian  beliau itu dalam perdebatan terbuka.

Keengganan beliau untuk berdebat dengan saya berkaitan dasar-dasar ekonomi hanya mengesahkan dakwaan mutakhir ini bahawa beliau sememangnya memimpin sebuah kerajaan yang lemah - baik dari aspek ekonomi, moral dan juga intelektual.

*Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)    
 
  Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!   
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!

Umno/bn tak ada isu kah kah kah kah... Siap sedia PRU13!!!

Azmin: Dakwaan RPK timbul semula sebab pilihan raya

Timbalan preside PKR Azmin Ali berkata dakwaan berhubung siasatan ke atas pemilikan hartanya sehingga jutaan ringgit sengaja ditimbulkan memandangkan pilihan raya umum akan berlangsung tidak lama lagi.

Dakwaan itu sengaja ditimbulkan di blog Malaysia Today walaupun beliau telah menyerahkan semua bukti yang diminta ketika disiasat 17 tahun lalu, katanya.

NONE"Saya tidak ada wang sebanyak itu. Namun dengan semua bukti yang saya kemukakan, kenyataan bank, dokuman yang diminta, saya serahkan semuanya kepada pihak berkuasa.

"Mereka patut putuskan apa yang hendak dilakukan selepas itu. (Siasatan dilakukan sejak) 17 tahun lalu.
Azmin turut mengulas dakwaan Raja Petra bahawa ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan supaya siasatan rasuah itu dihentikan.

Katanya, SPRM yang dikenali dengan nama Badan Pencegah Rasuah pada masa itu sudahpun mengambil keputusan untuk tidak mendakwa Anwar atas tuduhan tersebut.
Beliau berkata demikian dengan merujuk satu tulisan berhubung kes berkenaan oleh Datin Kalsom Taib yang merupakan isteri kepada bekas pengarah BPR Datuk Shafee Yahya.

Menurut buku bertajuk "The Shafee Yahya Story: Estate Boy to ACA Chief" itu, Kalsom menceritakan bahawa Anwar sepatutnya didakwa kerana mempengaruhi Shafee untuk menutup penyiasatan ke atas Azmin.

Pendakwaan tersebut bagaimanapun tidak disertakan ketika Anwar dibawa ke mahkamah.
Kenapa timbul semula?
"Kenapa sekarang Raja Petra (pengendali Malaysia Today) timbulkan? Sebab pilihan raya sudah dekat," katanya dalam satu wawancara dengan Malaysiakini hari ini.

Tambahnya, beliau tidak perlu membuat penjelasan kepada Raja Petra kerana beliau sudahpun memberi kerjasama kepada pihak berkuasa, 17 tahun lalu.
"Sekarang (Raja Petra) mahu saya ulang perkara sama?," katanya yang menambah, rakyat juga mengetahui "siapa sebenarnya Raja Petra."

"Rakyat boleh melihat waktu (yang dipilih untuk menimbulkan) dakwaan ini," katanya lai.

Beliau mengulas dakwaan Raja Petra yang mendakwa memiliki "fail rahsia" berhubung siasatan SPRM (Badan Pencegah Rasuah pada masa itu) bertarikh 1995 berhubung transaksi saham, hartanah dan kenderaan Azmin.

Ekoran itu, SPRM membuat laporan polis ke atas Raja Petra berhubung pendedahan dokumen siasatan berkenaan dalam tulisan bertajuk MACC 'Deep Throat' comes out of the closet (Pemberi maklumat SPRM dedah identiti diri) yang disiarkan semalam.

Laporan hari ini menyebut, Panel Penilaian Operasi SPRM juga akan mengadakan mesyuarat untuk melihat semula dakwaan itu./MalaysiaKini
 
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!

Jika PRU-13 lewat, peluang lebih baik untuk Pakatan - Husam Musa


KOTA BHARU: Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, berkata tempoh pilihanraya yang lewat, memberi peluang kerajaan Pakatan Rakyat termasuk Kelantan mempromosikan program mereka kepada rakyat.

Menurutnya, kerajaan di bawah Pakatan Rakyat termasuk Kelantan tidak menjadi masaalah sekiranya pilihanraya umum lewat diadakan kerana ianya akan memberi peluang kerajaan negeri masing-masing mempromosikan program kebajikan yang diimpikan rakyat.

Ketika memberitahu Harakahdaily, beliau menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-13 mungkin lewat diadakan berikutan masaalah pemimpin negara yang masih belum selesai.

“Bekas Perdana Menteri Tun Mahathir sendiri yang mendakwa pilihanraya umum akan diadakan mungkin selepas hari raya.

“Pada masa yang sama isu scorpene masih melingkari Perdana Menteri yang belum selesai,”ujarnya.

Katanya, kes ini adalah yang pertama membabitkan ketua kerajaan dan ketua parti disebuah negara, yang akan memberi kesan jika mengadakan pilihan raya ketika isu peribadi masih melingkari hidupnya.

“Besar kemungkinan bila semakin hampir pilihan raya, dokumen-dokumen dan isu yang berkaitan akan terserlah,”ujarnya.

Dengan sendirinya, tambahnya lagi ia mengancam kedudukan parti pemerintah yang telah lama diberi kepercayaan oleh rakyat.

Selain itu, katanya keyakinan rakyat kepada parti pemerintah kini belum mantap apatah lagi banyak isu yang menimbulkan rasa kecewa rakyat seperti NFC dan PTPTN.

Jelasnya, sekiranya pilihanraya umum diadakan khususnya selepas isu debat utama yang membabitkan PTPTN yang banyak memberi masaalah pada rakyat, ianya akan menjerat leher Umno sendiri.

Kerana itu, sambungnya kerajaan negeri Pakatan Rakyat mempunyai peluang untuk mempromosikan program masing-masing pada rakyat terutama soal kebajikan.

"Kalau pilihan raya ditakdirkan tahun hadapan elok juga, sekurang-kurangnya lebuhraya sepanjang 20 kilometer dapat disiapkan," katanya/HarakahDaily
KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)    
 
  Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!   
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!

Selasa, Mei 29, 2012

Video Panas!!!!! Umno bakal di kuburkan!!!! (video Hot!!!!!!!)



#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!

Ceramah berfakta Terkini!!! Siti Aishah Shaik Ismail KL (video)



#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!

Mengapa Najib, Umno takut debat dengan Anwar?

Riduan Mohd Nor, 29 Mei 2012
Di saat budaya debat mula diterima rakyat negara ini sebagai medium membuat penialaian terhadap sesuatu isu, namun masih ada lagi yang melihat debat tidak mendatangkan apa-apa faedah.

Malangnya, kenyataan 'memperlekeh' debat itu yang seolah-olah dilihat hanya mendatangkan keburukan, datang dari pemimpin negara sendiri.

Terbaru, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim yang menyifatkan debat tidak menguntungkan mana-mana pihak sebaliknya mendorong kepada perbuatan tuduh menuduh dan kata-kata nista.

Beliau merujuk kepada keperluan debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dicadangkan banyak pihak.

Sebelum ini, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor juga mengeluarkan pandangan serupa bahawa, debat di antara Najib dengan Anwar tidak perlu.

Beliau memberi alasan pembangkang khususnya Anwar akan mencetuskan suatu keadaan untuk mendapatkan 'mileage' politik dalam debat itu.

Apa yang menjadi persoalan kini, adakah pemimpin Umno ini tidak melihat contoh depan mata debat antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli berhubung Pemansuhan PTPTN pada 22 April lalu?

Rata-rata melihatnya sebagai sesuatu yang positif, dan langsung tidak timbul persoalan siapa menang siapa kalah antara mereka.
Bagaimana pula debat antara Anwar dengan Datuk Ahmad Shabery Cheek pada Julai 2008 untuk menurunkan harga minyak. Adakah debat tersebut mendatangkan keburukan?

Terbaru sebuah NGO Asli sekali lagi mahu menganjurkan debat antara Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng selepas debat serupa dianjurkan mereka Februari lalu.

Malah Guan Eng yang Ketua Menteri Pulau Pinang dengan hati terbuka menerima tawaran debat itu hari ini.

Jika benar budaya debat tidak membawa kebaikan, patut hapuskan sahaja pertandingan debat di sekolah mahupun di universiti yang sudah diamal sejak sekian lama.

Dalam isu debat Najib-Anwar ini, saya tidak tahu kenapa Najib dan Umno perlu mengelak sampai rapat ke dindidng.

Kenyataan dari pemimpin Umno yang mewakili suara Najib menolak debat ini hanya akan dilihat sebagai 'mengampu' bos sahaja.

Manakala sikap sepi perdana menteri menyahut debat ini hanya mengesahkan pandangan rakyat bahawa Najib sememangnya takut untuk berhadapan dengan Anwar.
Penulis ialah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia.

HarakahDaily 

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)    
 
  Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!   
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!

Tarian maksiat: Apa pendirian Majlis Fatwa?

KUALA LUMPUR 28 Mei: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mempersoal tindakan kerajaan menganjurkan Himpunan Jutaan Belia 2012 minggu lalu yang dicemari program maksiat dan menyimpang jauh dari ajaran Islam.
Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, apa yang turut mengecewakan adalah kenapa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir yang menjaga Hal Ehwal Agama Islam tidak menasihatkan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak supaya membatalkan segala aktiviti maksiat.

“DPPM menganggap Datuk Seri Jamil Khir turut bersekongkol dalam menganjurkan program maksiat ini.
“DPPM juga mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan menyatakan pendiriannya berhubung sambutan Hari Belia yang diadakan oleh kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Penganjuran sambutan Hari Belia itu yang bermula Rabu lalu dan berakhir semalam mencetus pelbagai reaksi negatif orang ramai.
Rata-rata mereka kecewa dengan program hiburan melampau yang dihidangkan kepada anak muda termasuk penampilan artis jemputan kumpulan wanita dari Korea, K-Pop yang mempersembahkan tarian berpakaian seksi dan menjolok mata.

“Dengan menampilkan artis seksi sebagai hidangan masyarakat, kerajaan menganggap itu sebagai suatu perkara yang biasa dan tidak ada salahnya.
“Mungkin inilah nilai wassatiyyah (kesederhanaan) yang hendak diterapkan oleh Perdana Menteri,” katanya.
Tambah Riduan, kerajaan seperti tidak kisah jika golongan belia hanyut dengan kelalaian dan rosak akhlak asalkan mencapai matlamat mereka untuk menarik kehadiran ramai belia.
“Apakah mesej yang hendak disampaikan dari penganjuran program maksiat seperti ini?

“Adakah konsert ini akan membina sebuah masyarakat yang sihat, berakhlak mulia dan berminda positif atau menjadikan generasi muda lebih liar dan jauh daripada agama Islam?

Tegas Riduan, apa yang berlaku dalam Sambutan Hari Belia itu hanya mengesahkan bahawa Umno bukanlah sebuah parti untuk umat Islam berpaut, tetapi Islam semakin tersisih dan terpinggir di bawah pemerintahan Umno./KeadilanDaily

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)    
 
  Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!   
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!

Isnin, Mei 28, 2012

Acara 'tak ubah seperti lumba haram' - Chegubard (SAMM)

NGO bawah PKR, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyelar kenyataan menteri belia dan sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang meremehkan kes kemalangan dalam acara perlumbaan ketika sambutan Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya pada Sabtu lalu.

Pengerusi SAMM Badrul Hisham Shaharin berkata Ahmad Shabery sepatutnya lebih bertanggungjawab dan bukannya mengeluarkan kenyataan "seolah-olah melepaskan batuk di tangga" berhubung kemalangan yang menyebabkan 17 orang cedera itu.

"Kecelakaan tersebut sepatutnya boleh dielak namun oleh kerana penganjur tidak mengendahkan aspek keselamatan, malah penganjuran sukan berisiko tinggi seperti drag race itu tidak ubah seperti penganjuran sebuah perlumbaan drag haram.

"Bagi SAMM, pihak penganjur utama Himpunan Sejuta Belia termasuk menterinya harus bertanggungjawab tanpa berdolak-dalik menyalahkan takdir dan pihak lain terutamanya penonton yang menjadi mangsa penganjuran yang tidak selamat.

"Seharusnya kecelakaan seperti ini boleh dielak jika ciri keselamatan diutamakan," katanya lagi dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Shabery ketika mengulas kejadian itu semalam meminta supaya kes berkenaan tidak dipolitikkkan dengan alasan "kes kemalangan boleh berlaku di mana-mana. Kalau tak berlaku di sini, tiada jaminan ia tak berlaku di tempat lain."

Perlumbaan berkenaan dianjurkan bersama oleh kementerian Ahmad Shabery dan syarikat MUSC Motorports./MalaysiaKini

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)    
 
  Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!   
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!

Anwar Ibrahim mohon batal tuduhan berkaitan BERSIH 3.0

Anwar mohon batal tuduhan berkaitan BERSIH 3.0

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan permohonan untuk membatalkan pertuduhan di bawah Akta Perhimpunan Aman terhadapnya atas alasan beliau bukan merupakan pihak kepada prosiding undang-undang berkaitan dengan perintah sekatan melarang perhimpunan BERSIH 3.0.

Pada 22 Mei lalu, Anwar didakwa di bawah Seksyen 4 (2) (c) Akta tersebut bersama-sama dengan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan bekas ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Badrul Hisham Shaharin kerana menyertai perhimpunan 28 April dan melanggar perintah mahkamah.

Permohonan tersebut difailkan hari ini oleh peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar./MalaysiaKini

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)    
 
  Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!   
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!

Ustaz Azhar Idrus terhangat minggu ini

Harakahdaily, 27 Mei 2012
KUALA LUMPUR, 27 Mei: Artikel blog daripada http://al-hajari.blogspot.com membongkar mengapa kuliah perdana Ustaz Azhar Idrus di PICC yang dijadualkan pada 26 Mei telah dibatalkan adalah artikel paling popular di Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke 21.

Di tempat kedua juga diungguli oleh artikel blog bergambar http://kerabubersuara.blogspot.com mengisahkan betapa besarnya pengaruh Ustaz Azhar Idrus dengan wanita Yang Telah Berhijrah Menutup Aurat.

Artikel membongkor siapa Shahrul Nasrun Kamarudin, yang menyerang rumah Datuk S Ambiga minggu lalu menduduki tempat ketiga. Rupa-rupanya beliau ialah CEO Red Carpet, syarikat pengurusan program yang kantul akibat kegagalan 'Karnival Kelantan Fiesta 2010' selepas diserang ribut.

Artikel bergambar daripada http://naimnikmat.blogspot.com mengisahkan bagaimana cara biasa Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat bersama rakyat menduduki tempat keempat.

Di tempat kelima ialah artikel bergambar kelakar daripada http://naimnikmat.blogspot.com yang mempersoalkan adakah Umno kini berhadapan dengan sabotaj parti.

Berikut ialah 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu, 20 Mei hingga 26 Mei, 2012.

1
K-Pop punca kuliah Ustaz Azhar Idrus dibatal
2
Ustaz Azhar Idrus Dikelilingi Artis Wanita Yang Berhijrah. Allahuakhbar!
3
Shahrul, lelaki di belakang Kelantan Fiesta 2010
4
Kebiasaan bagi TG Nik Aziz, luar biasa bagi MB-MB Umno (gambar)
5
BN kena sabotaj (1 gambar)
6
Annuar Musa dipecat dari Umno?
7
Rafizi lawan KJ, Najib yang tertekan
8
Atuk kencing berdiri, maka cucu kencing berlari
9
Azan dan sujud di Padang Kota
10
Saman Khalid Samad: Utusan kalah lagi

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)    
 
  Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!   
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!

Pidato Terkini!!!!! DSAI Untuk Kaum India (video)



#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!

Sabtu, Mei 26, 2012

Ceramah Power!!!! Khalid Samad di Pantai Permai, Pantai Dalam. (video)



#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!

Ceramah Terbaru!!!! Haji Mohamad Sabu Padang Kabar Marang (video)




#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!

Kenyataan Tun Mahathir Yang Bodoh!!!


Datuk Saifuddin Nasution Ismail
Datuk Saifuddin Nasution Ismail
Pakatan: Kenyataan Mahathir tidak berasas 
 
SHAH ALAM – PKR menyifatkan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa pihak pembangkang akan menimbulkan kekecohan ganas sekiranya kalah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sebagai tidak berasas.

Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, kenyataan Dr Mahathir seharusnya dilihat secara terbalik, dan mendakwa pihak Umno-Barisan Nasional (BN) yang akan mencetuskan keganasan.

“Jika kita lihat sejarah Dr Mahathir, selalunya kenyataan beliau memberi maksud yang lain. Kita perlu melihat secara tersirat. Beliau sukakan perkara paradoks.

“Jika Umno-BN tewas pada PRU13, maka merekalah yang mencetuskan keganasan. Oleh itu saya melihat kenyataan Dr Mahathir sebagai kenyataan pihak yang berada di hujung nyawa,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Semalam, Dr Mahathir berkata pihak pembangkang akan melancarkan demonstrasi ganas secara berterusan sekiranya mereka tewas pada PRU13 nanti.

Menurutnya, demonstrasi ganas itu juga sebagai satu cara untuk menunjukkan kepada negara luar bahawa rakyat negara ini menolak keputusan pilihan raya yang kononnya telah dimanipulasi oleh kerajaan BN.

Sementara itu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub pula mendakwa Dr Mahathir berkhayal dan kenyataannya itu adalah salah satu manifesto kerajaan Umno- BN dalam pilihan raya umum akan datang bagi menimbulkan tanggapan negatif terhadap parti Pakatan Rakyat (PR).

"Saya merasakan Mahathir dihantui oleh keganasan demontrasi yang berlaku seperti di negara Arab dan nasihatkan supaya tidak terlalu berfikir negatif kepada demonstrasi yang dilakukan di Malaysia.

"Kita berhimpun menggunakan cara yang sah dan ikut undang-undang dan sama sekali tidak ada niat untuk cetuskan hura-hara pada Bersih 3.0 lalu," katanya.

Salahuddin turut berkata, setelah 12 kali PRU diadakan tetapi parti PR tidak pernah lakukan perkara yang menyalahi perlembagaan dan mereka rela kalah pada sitem pilihan raya walupun tidak berpuas hati dengan PRU 13 akan datang.

“Bayangkan kalau memang kami berniat untuk bertindak ganas pada hari itu, Kuala Lumpur akan menerima kesan yang dasyat dan saya bimbang kalau BN yang akan berkelakuan ganas seperti yang terjadi pada ceramah semalam (malam kelmarin)," katanya./SinarHarian
KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)    
 
  Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!   
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!

'PM adalah Melayu Islam' - DSAI


Anwar Ibrahim
JOHOR BAHRU - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan Rakyat (PR) sudah memutuskan supaya Perdana Menteri adalah seorang Melayu yang beragama Islam.

Menurutnya, pihaknya mempercayai isu dan dasar yang sudah diputuskan itu adalah adil kepada semua dan menyifatkan kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh untuk memperjuangkan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri sebagai berlunaskan semangat Perlembagaan Persekutuan.

“PR memang memutuskan dengan cukup jelas supaya Perdana Menteri harus seorang Melayu yang beragama Islam untuk PRU akan datang. Isu dan dasar ini kita percaya ia adil kepada semua.

“Saya tidak pertikai suara semangat Perlembagaan Persekutuan. Malah DAP telah umumkan bahawa pada PRU akan datang, seandainya PR menang, Anwar Ibrahim akan ditonjolkan sebagai Perdana Menteri. Saya Melayu Muslim, melainkan beberapa orang Umno yang menganggap saya Cina,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pulai Springs Resort di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi DAP itu yang mahu terus berjuang untuk memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri.

Mengulas serangan ketika beliau berceramah dan anaknya, Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR di Lembah Pantai, Kuala Lumpur, kelmarin, Anwar mendakwa tindakan itu dilakukan ‘samseng’ Umno./SinarHarian
KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)    
 
  Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!   
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!

Catatan Terkini...

HANYA RM10.00 SEBULAN
[ Tempah sini ]

Iklan VIP
http://www.kekcoklat.com/images/banner/banner468.gif
Iklan Penaja


Iklan Penaja


DERMA IKHLAS KEPADA KAMI SILA " KLIK " IKLAN DI BAWAH.

Blog Agen Dsai Ikut..

CARTA BLOG PR POPULAR..!!

P.R.O - fm

Catatan Popular Daripada Agen Dsai