Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Disember 03, 2012

'Soal jasa, Umno kena bersikap terbuka' - TGNA


Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat 
 
SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyangkal kenyataan pemimpin-pemimpin Umno bahawa hanya parti itu sahaja menyumbang jasa kepada rakyat negara ini.
Sebaliknya kata beliau, Umno "perlu bersikap terbuka" kerana Pas yang memerintah Kelantan dan beberapa negeri lain sekarang dan sebelum ini juga ada jasa kepada rakyat dan negara.
"Dalam ucapan pemimpin Umno (semasa penggulungan) juga mengajak rakyat mengenang jasa-jasa Umno selama ini. Soal Tuan Guru (Nik Aziz), apakah Umno sahaja yang berjasa?... semacam Umno sahaja yang berjasa!
"Pas di Kelantan pun banyak jasa," kata Nik Aziz dalam satu kenyataan menerusi laman sosial beliau semalam  mengulas perkembangan di Perhimpunan Agung Umno 2012 yang berakhir kelmarin.

Nik Aziz menarik perhatian dengan menggariskan beberapa jasa pihak Pas termasuk di Kelantan yang ditadbir sejak 1990.

"Pertama, pengurusan kewangan Kerajaan Kelantan acap kali mendapat pujian Ketua Audit Negara. Membuktikan jasa Pas yang mentadbir amanah rakyat tanpa ketirisan, rasuah dan penyelewengan.

"Keduanya menerusi pendekatan pentadbiran Islam, Pas berjaya mengubah pemikiran rakyat Kelantan berpandukan agama iaitu "orang-orang yang diberi nikmat oleh ALLAH". Kesannya ramai wanita sudah mengamalkan ajaran agama termasuklah Wanita dan Puteri Umno pun sudah ramai bertudung (tutup aurat), berkat jasa Kerajaan Negeri di bawah Pas melaksanakan kempen berpakaian menutup aurat.
"Seharusnya pemimpin Umno bersikap terbuka, kenanglah juga jasa pihak lain," katanya.

Ia antara tiga respons Nik Aziz berhubung ucapan penggulungan pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno kali ini.
Beliau seterusnya berkata, "perwakilan Umno berucap penuh dengan maki-hamun yang 'sikit habuk' rakyat tak leh nak tumpang... kerana ucapan menimbulkan permusuhan, kebencian dan mengguris perasaan kaum lain".

Mengenai permohonan maaf Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menyampaikan ucapan dasar Khamis lalu, Nik Aziz berkata, "kita boleh maafkan dengan syarat, pertama, Umno kena tukar dasar dulu (dari berjuang atas nama kebangsaan Melayu kepada Islam yang syumul)."
"Ia selari dengan tuntutan Biro Ulama Umno tahun 1951 dulu," kata beliau.

Nik Aziz juga berkata, pihaknya akan memaafkan Umno dan Barisan Nasional jika peruntukan pembangunan disalurkan kepada Kerajaan Negeri bukannya Jabatan Pembangunan Persekutuan.
"Dan, ketiga hak rakyat Kelantan, hendaklah membayar royalti minyak kepada Kerajaan Negeri. Jika tidak sanggup buat tiga perkara ini, maka 'tiada maaf bagimu'," kata Menteri Besar./SinarHarianOnline

Hanya dengan modal sekali RM25 anda berpotensi mendapat RM10,000 dalam masa 5 minggu sahaja!
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...