Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Ahad, Disember 02, 2012

'Saya masih sihat, mampu tadbir negeri' - TGNA


Nik Aziz: 'Saya masih sihat, mampu tadbir negeri'
Nik Aziz bersama Timbalannya, Datuk Ahmad Yaacub ketika menerima kunjungan Heliza dan Meyda Sefira di kediaman rasminya semalam.
 
KOTA BHARU - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kecewa dengan tindakan pihak tertentu yang menyebarkan khabar angin beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital swasta di sini, Rabu lalu.

Nik Abdul Aziz berkata, setakat ini beliau berada dalam keadaan baik dan kesihatannya juga tidak terganggu biarpun sibuk dengan pelbagai tugasan mahupun baru sahaja selesai dengan Muktamar Tahunan Pas kali ke-58 baru-baru ini.

Beliau turut menyifatkan, tindakan menyebarkan berita mengenai kesihatannya yang tidak betul itu adalah satu ikhtiar terakhir (fitnah) pihak tertentu terhadap dirinya.

“Itu ikhtiar (tuduhan) yang paling akhir oleh orang yang tiada ikhtiar. Saya sihat dan sekarang ini pun saya sihatlah.

“Saya masih sihat dan mampu meneruskan kerja-kerja pentadbiran negeri,” katanya dalam nada gembira ketika ditemui media di JKR 10 di sini, semalam.

Beliau berkata demikian bagi menjawab persoalan mengenai tahap kesihatannya setelah terdapat pihak tertentu termasuk blog melaporkan Mursyidul Am Pas itu menerima rawatan di ICU.

Terdahulu beliau menerima kunjungan rombongan dari Singapura dan pelakon Indonesia, Meyda Sefira yang membintangi filem Ketika Cinta Bertasbih serta selebriti terkenal, Heliza Helmi di kediaman rasminya sebelum mengadakan Hari Hiburan Islam di sini pada sebelah malamnya.

Penjelasan Nik Abdul Aziz itu juga sekali gus menafikan kesahihan laporan sebuah blog Rabu lalu yang memaparkan berita beliau dikejarkan ke sebuah hospital swasta kira-kira jam 6.30 pagi kerana serangan sakit jantung.

Memetik laporan itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi  Awang dan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed juga turut melawat Nik Abdul Aziz yang dirawat di hospital berkenaan.

Pada Rabu lalu ketika desas-desus mengenai kesihatan Nik Abdul Aziz tersebar sedangkan pada sebelah paginya beliau mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Nik Abdul Aziz, 81, yang memegang jawatan Menteri Besar sejak 1990 mempunyai masalah kesihatan jantung, darah tinggi dan gastrik.

Pada Ogos 2010, Nik Abdul Aziz menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia kerana saluran jantungnya tersumbat, manakala pada 8 Disember lalu beliau juga dimasukkan ke hospital sama lebih lima hari disebabkan masalah tulang belakang.

Kemudian beliau dimasukkan ke hospital sama, pada bulan sama selepas mengadu mengalami keletihan dan pada penghujung September tahun ini beliau dinasihatkan berehat beberapa hari di HUSM./SinarHarianOnline

Formula dan Rahsia kini terbongkar Hanya RM55 pun boleh jadi JUTAWAN..
    

1 ulasan:


  1. UMNO dan BN sudah memerintah Terengganu hampir 50 tahun..... Tapi Kenapa Pemuda UMNO, Puteri UMNO, Wanita UMNO dan Pemimpin2 UMNO Terengganu tetap BODOH?

    2013 - Tahun Paling Malang Rakyat Terengganu........ Lihat sendiri bukti kalau tak percaya...


    ~ BUKTI 1 ~

    ~ BUKTI 2 ~

    ~ BUKTI 3 ~

    ~ BUKTI 4 ~

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...