Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, Disember 12, 2012

Rafizi Ramli Buat Hal Lagi!!!!

Rafizi akan serah bukti 'deposit konsesi' pada ICAC

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata beliau akan menyerahkan beberapa lagi dokumen kepada Suruhanjaya Bebas Mencegah Rasuah (ICAC) Hong Kong bagi menggesa badan itu membuka semula siasatan ke ke atas sumbangan RM40 juta kepada Umno Sabah.

Katanya, ia termasuk dokumen yang didakwanya sebagai salinan pengesahan pemindahan wang ahli perniagaan Michael Chia melibatkan akaun di beberapa negara.

NONEBeliau mendakwa, dokumen tersebut mungkin mengaitkan individu tertentu berhubung kutipan wang deposit konsesi balak Sabah.

Rafizi memberi alasan, kelulusan permit serta kutipan hasil berkenaan dikendalikan kerajaan Sabah tanpa melibatkan pihak lain, katanya yang merujuk Enakmen Perhutanan Sabah 1968 dan Peraturan Permit Pembalakan Sabah 1969.
"Oleh yang demikian, sebarang kutipan wang bagi deposit konsesi oleh pihak lain berkemungkinan besar adalah wang rasuah yang dibayar untuk mendapatkan konsesi," katanya.

Beliau mendakwa slip pengesahan urusniaga ini menunjukkan pemindahan wang ke akaun dikawal Michael Chia oleh syarikat yang dikaitkan dengan konsesi balak di Sabah.

musa aman pc in sabah 190608 01Katanya, beliau juga akan mengemukakan satu akuan berkanun bekas pemimpin Umno Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin berhubung dakwaan sumbangan RM40 juta itu.

Dalam akuan tersebut, Lajim antara lainnya mendakwa tidak pernah tahu mengenai sebarang pengisytiharan di peringkat majlis tertinggi Umno mahupun Umno Sabah berhubung sumbangan RM40 juta itu.
Kenyataan Lajim itu merujuk kepada kenyataan menteri di jabatan perdana menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berhubung sumbangan RM40 juta dari Michael Chia.
Dalam jawapan bertulisnya di Parlimen pada 11 Oktober lalu pula, Nazri berkata kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menunjukkan, wang berkenaan merupakan sumbangan kepada Umno Sabah dan bukannya kepada Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.
Rafizi berkata, beliau akan mengemukakan dokumen berkenaan kepada pegawai ICAC di Hong Kong, esok./MalaysiaKini

Kontraktor Electrikal Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka..
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...