Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Disember 17, 2012

Panas!!!! Dr M campurtangan siasatan polis dalam skandal seks Anwar, dakwa bekas polis

KUALA LUMPUR, Dis 17 — Perdana Menteri Malaysia paling lama berkhidmat, Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) mengakui dalam memoirnya beliau mencampuri urusan penyiasatan pihak berkuasa dalam skandal seks yang dikaitkan dengan bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dakwa seorang bekas pegawai polis hari ini.

Melalui surat terbukanya, bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim mempersoalkan keputusan Menteri Dalam Negeri Datuk Hishammuddin Hussein untuk mengelak daripada pertelagahan antara dua bekas pegawai tinggi polis — Tan Sri Musa Hassan dan Datuk Ramli Yusuff — yang dilihat akan mewujudkan kebimbangan rakyat dinegara ini terhadap pasukan polis.

“Jika didedahkan bahawa Tun Mahathir sendiri sama ada secara sengaja atau tidak, telah membuat pengakuan secara bertulis, bahawa memang benar beliau telah campur tangan dalam penyiasatan polis berkaitan Buku 50 Dalil, apakah pula respon Hishammuddin atau Perdana Menteri?” kata Mat Zin dalam surat terbukanya yang turut diberikan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, Hishammuddin dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Diharapkan Hishammuddin tidak akan menyatakan pula, bahawa perkara itu adalah urusan peribadi antara Tun Mahathir dan Musa Hassan dan beliau enggan campurtangan juga,” tambahnya.
Jelas pegawai polis yang telah bersara itu, kenyataan-kenyataan Dr Mahathir dalam memoir-memoir beliau, A Doctor in the House dan terjemahannya dalam Doktor Umum yang menjelaskan peranan beliau ketika penyiasatan polis berkaitan Buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri sedang berjalan,adalah bukti jelas bahawa bukan sahaja beliau campur tangan dalam penyiasatan skandal seks timbalannya dengan beberapa lelaki dan wanita, termasuk pelacur.

“Tun Mahathir sendiri yang mendedahkan seolah beliau mempunyai kawalan keatas penyiasatan kes tersebut dan keatas saksi-saksi terlibat. Beliau dengan yakin memberi jaminan akan mengarahkan polis untuk membawa saksi-saksi tersebut ke-Sri Perdana sekali lagi, sekiranya Ketua Menteri dan Menteri Besar serta Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri ingin menemuduga mereka pula.
Perdana menteri keempat itu menulis beliau pertama kali diberitahu tentang dakwaan homoseksual Anwar pada awal 1990an, oleh ketua polis ketika itu, Tun Hanif Omar.

Dr Mahathir, yang memerintah sejak 1981 hingga 2003 berkata beliau diberikan buku 50 Dalil Kenapa Anwar IBrahim Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri, namun kemudiannya menolak perkara itu sebagai sensationalis untuk mendapatkan wang.
Katanya, pada 1997, Ummi Hafilda Ali, adik kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, telah menghantar surat dengan dakwaan tepat kes liwat Anwar.

Bekas perdana menteri itu juga turut berkata, beliau telah menemubual gadis yang dikatakan di bawa untuk melakukan seks dengan timbalannya, yang kemudiannya didakwa dan dipenjarakan atas kesalahan liwat dan rasuah.
Dr Mahathir menulis mereka dipujuk untuk melakukan sedemikian oleh seorang lelaki India yang dikenali sebagai Nalla, dipercayai Datuk KS Nallakarupan, yang merupakan rakan karib Anwar.
Dr Mahathir kemudian berkata beliau memanggil pemimpin Umno termasuk menteri besar dan ketua menteri ke Sri Perdana untuk memberi penerangan terhadap dakwaan skandal Anwar dan menunjukkan mereka bukti gambar dam saksi.

Jelas Mat Zin, Dr Mahathir sendiri yang mendedahkan seolah “beliau mempunyai kawalan keatas penyiasatan kes tersebut dan keatas saksi-saksi terlibat, malah turut memberikan arahan yang tidak sepatutnya kepada Musa Hassan, sehingga ia dipercayai mempengaruhi keseluruhan penyiasatan.”
Beliau berkata bekas IGP Musa seharusnya “membantah dan menghalang Tun Mahathir memberikan akses kepada saksi dan pelacur ... kerana Tun Mahathir mempunyai kepentingan peribadi daripada hasil penyiasatan buku 50 Dalil, dan sebagai Presiden Umno, menteri dalam negeri, dan kemudiannya perdana menteri.

Anwar kemudiannya didapati bersalah melakukan rasuah pada 1999 dan liwat tahun berikutnya.
Beliau kemudiannya dipenjara enam tahun sebelum Mahkamah Persekutuan menukar pendakwaan kepada liwat.
Empat tahun kemudian, beliau mengetuai pakatan pembangkang memperolehi kemenangan ketika pilihan raya umum 2008, menafikan dua pertiga Barisan Nasional (BN) dan merampas lima negeri.

Anwar yang kemudiannya didakwa kali kedua untuk kes liwat dalam karier politiknya awal tahun ini, hampir tiga tahun selepas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa menjadi mangsa ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
Mat Zain, merupakan pegawai penyiasat ketika insidem “mata lebam” Anwar ketika Liwat I, sering memperkatakan wujudnya campurtangan daripada badan eksekutif tanah air kerajaan dalam operasi pihak polis, termasuk IGP, dan Peguam Negara./TheMalaysiaInsider

JIHAD EKONOMI SERTAI NOW!!.... CEPAT TERKINI!!
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...