Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Disember 01, 2012

Lagi pendedahan Felda jual minyak sawit ke Israel

KUALA LUMPUR 30 November: Satu lagi ‘bom besar’ berkaitan penjualan minyak sawit ke Israel oleh Felda akan didedahkan dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat di Batu Pahat esok, kata Mazlan Aliman.

“Saya akan dedahkan satu lagi maklumat berhubung penjualan minyak sawit Malaysia ke Israel esok, dalam himpunan di Johor,” kata Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) itu.
Beliau turut mengulas kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang mempertimbang untuk saman Suara Keadilan dan Harakah.
Maslan berkata, kedua-dua akhbar tersebut memaparkan kenyataan Mazlan berhubung isu penjualan minyak sawit kepada Israel.
Selasa lalu, Suara Keadilan pada muka depannya melaporkan, anak syarikat Felda menjual minyak sawit kepada Israel, malah nilai import negara dari Israel berjumlah RM2 bilion pada 2010 dan 2011.
Sementara laporan Harakah pula bertarikh 26 November.

“Itu hak dia untuk saman. Apa yang saya nyatakan itu adalah benar. Saya ambil kira semua dokumen dan fakta. Saya tak takut berhadapan perkara ini,” tegas Mazlan ketika dihubungi.
“Saya ada banyak lagi maklumat untuk didedahkan, terpulang pada dia untuk saman, tapi ingat, setiap pendedahan akan bawa kesan yang lebih teruk kepada Umno,” katanya.

Mazlan sebelum ini mendedahkan penjualan sejumlah besar minyak sawit kepada Israel sejak tahun 2010.
Mazlan turut mendedahkan invois jualan minyak sawit mentah kepada Bunge Agribusiness Singapore Pte Ltd, syarikat Israel berpengkalan di Singapura./KeadilanDaily

JIHAD EKONOMI SERTAI NOW!!.... CEPAT TERKINI!!
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...