Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, Disember 07, 2012

Giliran Hisham lepas jawatan - Riduan Mohd Nor


KUALA LUMPUR: Jika benar Datuk Seri Hishammuddin Hussein mahu mereformasikan Umno dan kerajaan pimpinannya, beliau perlu berani mengambil tanggungjawab dan mengambil langkah serupa dengan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang melepaskan jawatan beliau sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

“Hanya dengan cara ini beliau dapat membersihkan dirinya dan mengelak lebih banyak tuduhan dilemparkan ke atas dirinya,” ujar Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor dalam satu kenyataan.

Berikut ialah kenyataan penuh beliau.

Saya mengalu-alukan langkah Tan Sri Musa Hassan, bekas Ketua Polis Negara secara berani berusaha membetulkan kebejatan kepimpinan negara yang dianggap telah semakin rosak.

Tan Sri Musa Hassan wajar dipuji kerana berusaha gigih meskipun mungkin berdepan dengan jalan sulit oleh mereka yang terdesak untuk mengekalkan kuasa mereka.

Jika Tan Sri Musa Hassan sendiri sanggup mendedahkan penyelewengan yang berlaku di zamannya oleh pemimpin politik terhadap pegawai kerajaan, ini bererti ianya ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku dalam jabatan kerajaan.

Pengakuan beliau bahawa jika beliau tidak mengeluarkan dakwaan seperti ini, negara akan menjadi semakin rosak ada kebenarannya.

Bayangkan jika individu berprofil tinggi seperti Tan Sri Musa tidak berani ke depan mendedahkan segala kepincangan yang berlaku dan membiarkan sahaja keadaan itu berlaku, dikhuatiri menteri berkenaan atau mungkin lebih ramai menteri lain terlibat jauh dalam campurtangan terhadap  jabatan kerajaan.

Peranan Tan Sri Musa amat besar kerana beliau mewakili segelintir pegawai kerajaan yang mengadu penyelewengan menteri dalam urusan pentadbiran kerajaan.

Mungkin ramai lagi pemimpin kerajaan di peringkat bawahan yang menghadapi masalah yang sama dengan Tan Sri Musa namun tidak berani tampil kerana takut berdepan dengan pelbagai risiko.

Sebaiknya kerajaan membiarkan Tan Sri Musa Hassan mendedahkan lebih banyak kepincangan jika benar kerajaan bersikap jujur, profesional dan telus dalam menjalankan pentadbiran negara.

Dalam hal ini, Perdana Menteri perlu mengambil sikap berkecuali dan tegas dengan memastikan menteri di bawahnya benar-benar tidak terlibat dengan pelbagai skandal yang memalukan.

Antara langkah paling tegas adalah memastikan Datuk Seri Hishammuddin Hussein melepaskan jawatan atau bercuti bagi memberi laluan siasatan dibuat ke atasnya.

Jika benar Datuk Seri Hishammuddin mahu mereformasikan Umno dan kerajaan pimpinannya, beliau perlu berani mengambil tanggungjawab dan mengambil langkah serupa dengan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang melepaskan jawatan beliau sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Hanya dengan cara ini beliau dapat membersihkan dirinya dan mengelak lebih banyak tuduhan dilemparkan ke atas dirinya.

Menghadapi senario PRU ke 13 yang bakal menjelang, beliau perlu berfikir panjang menghadapi dua persimpangan, melepas jawatan untuk menjaga imej Perdana Menteri dan Umno yang disayanginya atau teruskan jawatan dan rebah bersama-sama Perdana Menteri dan Umno./HarakahDaily

Formula dan Rahsia kini terbongkar Hanya RM55 pun boleh jadi JUTAWAN..
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...