Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Disember 10, 2012

Berita Panas!!!!!! Ahli Parlimen Jerantut Keluar Umno!

Ahli parlimen Jerantut, Pahang yang juga merupakan bekas timbalan menteri pengangkutan di era pemerintahan bekas perdana menteri kelima, Abdullah Ahmad Badawi, Tengku Azlan Sultan Abu Bakar mengisytiharkan dirinya keluar Umno berkuat kuasa semalam.

Dalam satu laporan yang dipetik melalui akhbar berbahasa Tamil, Makkal Osai, Tengku Azlan yang merupakan adinda kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pernah mengisyaratkan bahawa dirinya tidak akan bertanding semula mempertahankan kerusi parlimennya kira-kira dua bulan lalu menerusi satu temubual bersama sebuah akhbar berbahasa Melayu ketika itu.

Tengku Azlan merupakan antara veteran Umno negeri yang awal-awal lagi bertindak keluar dari parti umno itu dipercayai tidak berpuas hati dengan kepimpinan perdana menteri, Najib yang dianggap gagal memulihkan Umno yang semakin berpecah akibat kelemahan pentadbirannya sendiri.

Maklumat ini diperolehi menerusi satu mesej di Twitter milik Naib Presiden KEADILAN yang juga ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang menghantar foto keratan akhbar itu semalam.-jalan pulang
 
Sumber : SINI

    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...