Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Oktober 15, 2012

Turki larang semua pesawat Syria

15 Oktober 2012
Pesawat Syria yang ditahan Turki.
Pesawat Syria yang ditahan Turki.
 
ANKARA - Turki pula mengambil tindakan balas dengan melarang kesemua pesawat Syria daripada menggunakan ruang udaranya - keputusan diambil sehari selepas Damsyik mengambil  langkah yang sama kelmarin.

Tindakan terbaru ini, yang menggambarkan peningkatan ketegangan kedua-dua negara jiran itu, diumumkan oleh Kementerian Luar Turki semalam.

Menurut jurucakap kementerian itu, larangan ini merangkumi penerbangan pesawat awam dan tentera.

Malah, Turki juga menasihatkan pesawat-pesawat awam negaranya agar mengelak daripada menggunakan ruang udara Syria./SinarHarian

JIHAD EKONOMI BERMINAT SILA DAFTAR SEKARANG!!  
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...